Jom Follow

Rabu, 26 Mei 2010

TT


cakap-cakap negatif pasal projek TT:
susah nak close.
kena jumpa lagi ramai orang,
masa sama dengan dulu tapi hasil kurang,
proses sama juga dengan yang dulu,
kelas-kelas kena gi juga.
kerja lagi banyak.

cakap-cakap positif pasal TT:
mudah,
ramai boleh join,
group lagi besar,
volume naik,
bonus besar,
melancong lagi ramai boleh g,
meeting semakin ramai datang,
ceruk mana pun boleh sponsor orang,
kerja, tak kerja, suri rumah pun mampu buat.
cash pun ramai yang ada,
tak pening kepala pasal barang.
cepat siap demo.
rehat tengahari pun boleh buat 1,2 demo.

semasa sarapan semalam sempat jumpa dengan kawan. dok cite pasal ramai yang kecewa dengan hai-o. marah-marah lagi. menyesal masuk. seolah-olah kena tipu. salah sendiri. tak tunjuk orang, tak datang kelas. masuk dan tak buat apa-apa tapi nak kaya. mustahil!!!

Beberapa leader lama, dok bincang pasal leader-leader baru. mula-mula dulu begitu bersemangat. semua cabaran senang je atasi. semangat membara. tapi sekarang ni dah berubah. dah kecut.

Ada yang langsung tak nak buat. Tak angkat call upline. SMS dah tak balas. Kelas-kelas dah tak datang lagi. Ada yang cari lubang lain. Dah tak seronok buat hai-o. Dah tak ada masa depan.

kenapa?
tak tahan cabaran. meniaga ini memerlukan ketahanan yang tinggi.

alasan mula banyak;
Sibuk kerja. Anak demam. Keluarga datang rumah. Ada kursus. Ada kenduri.
sebenarnya nak sembunyikan dah tak nak buat. dah tak yakin boleh berjaya.

mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang.
gi meeting bukan boleh kaya pun,
ikut taipan tak besar pun meniaga.

Carilah di luar sana. MLM yang boleh bagi sama dengan hai-o. 1,2 kaki pun kita dapat income besar. Kalau kat lain tak akan dapat. Kelebihan kita pada MP dan melancong 3 kali setahun. MP mudah dan senang nak penuhinya.

dengan projek TT ini, bukan setakat 6 kaki je kita boleh buat. malah 12 kaki pun kita boleh buat. buat, buat,buat.

semua orang dah tak nak buat. dah mati semua. cari orang baru, itu je jalan penyelesaiannya. boleh juga korek yang bawah-bawah. mana tahu ada 1,2 yang masih berminat dengan projek TT. cerita projek baru.

ada sesetengah orang projek dulu tak boleh buat tapi bila projek TT ni boleh buat. menjadi-jadi pulak tu.

bukan tak boleh buat projek TT ni, cuma kena keluar dari zon selesa. dulu dah selesa sangat. buat sikit dapat banyak. berubah. saya pun kena berubah. ubah pemikiran semula. buat seolah-olah baru bermula. asah skill semula. perlukan masa nak mahirkan. bukan senang nak berjaya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable