Jom Follow

Jumaat, 2 September 2011

Bechah Kelubi...


Kampung Bechah kelubi...
Tempat aku dilahir dan dibesarkan.
Tempat aku kenal kehidupan.
Tempat aku mengaji quran.
Tempat aku bbidah burung.
Tempat aku cari ikan darat.
Tempat aku kerek tembakau.
Tempat aku chedung padi.
Tempat aku main dekchot.
Tempat aku main polis sentri.
Tempat aku main bola.
Tempat aku main bedil buluh.
Tempat aku kutip getah.
Tempat aku main layang-layang.
Tempat aku main lago buah getoh.
Tempat aku plago ikan spila.
Tempat aku tahan taut.

Itu semua, sebelum aku keluar dari Bechah Kelubi.
Ke KL sambung belajar dan mencari rezeki.
Hingga kini. Balik kampung pun sekejap semua tapi dah cukup untuk mengenang itu semua.

Aku pulang ke desa nan permai. WRY 181. Ziarah orang tua dan bertemu dengan orang kampung.

Rumah aku. Ini dah berapa kali berubah. Kalau tak silap aku dah 3 kali.
Bukit Panau. Tercegak di kampung aku. Dulunya tempat penduduk sekitar memanjatnya. Kini tak lagi. Tak menarik lagi.

Bukit Panau waktu pagi, musim lembab.Kerap hujan. Berkabus. Aku snap foto ini, pagi khamis 20/10/11, semasa nak gi make kedai bidoh.

Rumah Ropa( jiran sebelah kiri rumah aku) dan rumah Roji(adik aku)

Bekas rumah Mulloh Mok Su Esoh dan Mulloh Pok Su Mat. Tunggu masa menyembah bumi. Bersemak. Betul-betul sebelah rumah aku. Dah lama meninggal. Mok Su Esok lebih dulu ke alam baqa. Seingat masa aku tingkatan 5, 1990. Masalah adik beradik yang buat jadi bersemak. Pada awal-awal dulu, Satar nak duduk situ. Tapi aleh-aleh tak jadi. Dengar cite berselisih paham dengan ddeloh. Betul k3 tak betul, aku tak berapa tahu.

Balaisah kampung Bechah Kelubi. Di bina dalam kawasan rumaoh Pok Tengah Cik Mat dan betul-betul depan rumoh Jali. Kat sini juga ada beberapa warga emas yang tinggal. Dibina disebelahan dengan balaishah.

Rumah Mat Mu, sepupu aku. Kerajaan bagi. Macamana dia boleh dapat aku tak tahu. Jarang-jarang dia menginap kat sini. Dah ada rumah.

Rumah Pok Ya, skali dengan kedai. Pok Ya, anok pok tengah cik mat.

Lepas semaye asar, lepok-lepok sambil minum teh. kelihatan Pok Tengah Cik Mat dan Cek aku dok berehat lepas semaye asar.

Kedai Bidoh. Tempat aku makan pagi. Nasi belauk kalau aku balik kampung. Murah. Lagi satu, tempat berjumpa dengan orang kampung. Sekali sekala belanja mereka makan pagi. Masalah Bidoh ni, buat nasi tak banyak. Lambat sikit dah habis.


Kelihatan beberapa orang kampung sedang makan. Nasi belauknya murah. Hanya RM1.50 sahaja. Paling murah. Tapi sayangnya, dia masak tak berapa banyak. Kelihatan Abe Cik Muso. Pok Su Li(aku dah tulis pasalnya dlm berbudi pada tanah), Ripin(JKKK), Sle.

Rumput lembu.

Bekas tapak rumoh, Mulloh Pok Su Mamud. Dok sini sebelum pindah ke Bukit Mas. Dok dalam tanah ore. Masa Mok ok, tiba masa anok, dah tok leh duduk. pindah ke bukit mas. tapi hatinya tetap melekat dengan Bechah Kelubi. Boleh dikatakan hari-hari dia akan sampai ke Bechah Kelubi.

Balaishah lamo. Ada cite disebalik balaishah ini. kena entri lain. orang Bechah Kelubi tahu.

Kegiatan ekonomi kampung Bechah Kelubi.

Setelah pusingan pertama berakhir. Nak tunggu tanam pusingan seterusnya.

Rumoh Mulloh Pak Cu Said. Lo ni tinggal isterinya. Mek Ma dengan Mek dia yang tinggal.

Ban tembakau. Dah jadi arca sekarang. tembakau dah tak tanam. tak buat apa.

Sulung(anok buah aku) naik pokok skiat. Nak makan buahnya. Dah pupus. Budak-budak lo ni dah tak makan. Tak tahu pun boleh makan. Masa aku budok-budok dulu. buah skiat ni la jadi rebutan.

Tuan pokok skiat. Bini Mulloh Pak Do Him. Namonya tak berapa ingat. Sapo tahu tulung royat ko kawe.

Rumoh Cik Hasan. Jarang2 duduk. Masih bertugas. Hujung minggu je balik.

Rumoh Abe Cik Muso.

Rumoh Mulloh Tok Wan Hussin. Tinggal kat sini isterinya bersama dgn bujal.

Hujung kampung aku. Sebelah dengan kampung paloh. dulu orang tanam padi dan tembakau. Sekarang ni tak lagi. Dah jadi tempat orang tambat lembu saja.

Petang-petang gini. Lepok atas batas. Sambil tengok lembu serta dok sembang pasal lembu. jual, beli, beranok, smeleh. semuanya berkaitan dengan lembu. kelihatan puji(baju putih belakang). Sle' (atas motor) dan ...aku tak ingat namonya. Dia dok di kampung kubang gendang. Itu yang aku tak kenal. Tapi pagi dan petang akan sampai. Dia bela lembu kat sini.

Aiman cuba plokoh.


Ttolib Pak Ngoh Kadir. Hujung sebelah satu lagi. Petani dan penternak jaya kampung bechah kelubi. Lembu dan bertani adalah bidangnya. jajo kot rumoh-rumoh. Tolak ko peraih pun buat juga. Dok kkapung asalkan rajin. Rezeki melimpah ruah. Salah seorang anaknya sedang belajar di Al Azhar. Satu lagi akan ke USIM.

Rumoh TTolik Pak Ngoh Kadir.

Kubur Kampung Bechah Kelubi.
Rumah di kg Bechah Kelubi
  1. Jusoh Mutor- sedang sakit(meninggal semalam iaitu 22/12/11-lepas asar)
  2. Mullah Pok Cik Nawi.-Anuar, Ahmad(cikgu mrsm),Azizah( dok Shah Alam, Pian(maybank), Mariah(Cikgu= sama tua dengan aku. Mengajar kat KT kalau tak silap aku)
  3. Pak Chu Soh-
  4. Jusoh Roti- Nusi(menetap di Johor, Semalam(20/10/12) jumpa dengan abg samhan. rupa-rupanya dia berjiran dengan Nusi) dan Ssudin; ini yg aku kenal rapat.
  5. Pol Mudo Jali-Pok Sdara aku. Zainuri, noryani, cik moh, cik na, cik yah( 21/10/12)pantang anak ke-2).
  6. Bidoh(kedai)-2 ore anak. Madi, Rowi.
  7. Pok Teh Latif-miji(JB, sama tua dgn aku), hashim(JB)
  8. Sleme-
  9. Mat Ya-
  10. Cik Hasan
  11. Abe Cik Muso- pok yi(JKR), duan(JKR), mariah(sama tua dgn aku), hilmi(Library Negara), nudin, ropi,
  12. Mok Su Gayoh(bini mulloh tok wan hussein)- wan ya(SKMK), sabri(Kilang jual roti),sedi(bujal), suki(Gua Musang), puji(Polis;Bentong), Salji(PLKN) & Rajo.
  13. Wan Ya-2 anak
  14. Eden-
  15. Ya Wan Munoh.
  16. Mek Munoh( bini mulloh pak do him. lo ni dah kahwin lain)
  17. Kak Mah(imah)
  18. Kak Cik Cipoh-Sebu, Stopa,
  19. Mek Joh(kedai)
  20. Mok We Esoh-mamat, mek joh,
  21. Mamat Mok We Esoh( anok pok mudo jali nga Mok We Esoh)
  22. Minoh
  23. Abe Mat Ali(dah meninggal 4 hari lepas)-marilah sama2 kita sedeqahkan alfatihah.
  24. Abe Mat(rumoh aku)- meninggal  dunia pada 31/1/2012, hari selasa.
  25. Roji(adik)
  26. Li(abg)
  27. Ropa.
  28. Pok Tengah Cik Mat-Roni(sama tua dgn aku), Jemu(Kuantan), Pok Ya(Kedai runcit), Hashim(Cikgu;Grik), Pok Loh(Ipoh), Imi, Cik Rohin,
  29. Mat Ya-zakaria(kedai)
  30. Imi Pok Tengah Cik Mat
  31. Jali
  32. Mak Mu-sepupu aku, depan balaishah. Jarang-jarang duduk situ.
  33. Mak Chu Ti Muye(bini mulloh pak chu said)-pok yeh(Gua Musang;Driver Kesedar), pok ju(kedai runcit kahwin dgn Mek Joh), mek ja(Kajang),mek ma(Risda)
  34. Jjidah
  35. Zah Holek.
  36. Mok Su Senah(bini mulloh Abe Soh)-sepupu cik aku.
  37. Ripin(ketua jkkk)
  38. Abe Cik Yo-mat ali(KL),sepu.
  39. Mok Su Mani(bini mulloh abe dollah)-
  40. Pok Den(bekas polis)
  41. Mek Nak( mok Nisah)
  42. Pok Su In
  43. Ttolik Pak Ngoh Kadir.
  44. Pok Nik Joh
  45. Husin Mulloh Tok Ngulu Jusoh
  46. Barudin(Mulloh)
  47. Roji(anak mulloh barudin)
  48. Jusoh Habit
  49. Mok Ye
  50. Mail Abe Talib
  51. Mulloh Abe Talib
  52. Zulkifli
  53. Kak Nik Minoh
  54. Pak Do Wen
  55. Mamat(tarmizi-penyewa)
  56. Pak Ngoh Kadir-
  57. Abe Satar
  58. Abe Nor
  59. Puyah
  60. Wok Slemee- rowi, ppeli, manah,
  61. Stopa Pak Ngoh Kadir
  62. Yu Ti
  63. Nudin Abe Cik Muso(penyewa)
  64. Ustaz(penyewa)
  65. Saari
  66. Idah(kedai)
  67. Kak We Zah(kedai)
  68. Sedi(kedai)
  69. Mok Tengah Besoh- meninggal dunia 8 hari sudah....(7/12/11)
  70. Ripin
  71. Mok Muda TTimoh(Mulloh Pok Mudo Junuh)
  72. Pak Ngoh Had.
gambar saja dulu. citenya kemudian.....

foto terbaru.
Aku balik kg pada 3/12/11 dan kelik  KL 6/12/11.
Lepas asar. sebelum maghrib.
Hari sabtu. Aku berkesempatan tawaf kampung.
Mengungkit kenangan silam.
Sempat juga aku snap cagok dengan sadak. Alat tradisional yang masih diguna pakai di kampung untuk, cceruk rumput lembu.

 
Lembu dok dalam kandangnya. Dok makan rumput cceruk dengan dedok. Agar cepat besar dan cepat boleh jual atau sembelih.

Kandang kosong, tunggu nak isi lembu sahaja.

Rumput lembu. Terdapat kesan sudah dipotong. Lepas dipotong, tabur baja. Rumput subur kembali.

Padi menghijau.

Bisa tenang lihat padi yang menghijau.

Salah seorang ore kg bechah kelubi. Din. dok di slow kuang, Manik Urai. Menoreh getah, milik mulloh toknya. Sekitar 500 pokok. Dah 9 tahun. Sekarang ni mula menanam lagi sekitar 3 ekar. Bila boleh toreh nanti, bertambah lagi pendapatannya.

Rumoh Mulloh Tok Su Daud(tok sdara aku) yang tinggal. Tangga dan jemore sahaja yang utuh bertahan. Tanah sekitarnya dijadikan kebun oleh Pok Su Li dan Abe Cik Muso. Pakat tanam lada solok.Lada ditanam diantara barisan anak-anak getah.

Berbudi pada tanah.

Rajin....tekun...inilah hasilnya.

Lihatlah buahnya...buat solok....

Lada solok..

Luasnya...lada solok.

Kebun lada solok.

Jusoh Habit. Dah lama berkebun. Besarkan anak-anak hasil dari berbudi pada tanah. 2 anaknya ikut jejak langkahnya. hussin di lojing. Mamat di gua musang. 2 2 dah berjaya sebagai usahawan tani.

Buah TTene. Celo, cicah budu. aloh la sedapnyo. Kalau baru kutip lagi terasa kesedapannya.

Ajid. Dok Kubang Gendang. Kahwin dengan 2 pupu aku. Tapi tok berapo kenal. Kena jauh-jauh jah. Hari2 mari bechoh Kelubi. Pero lembu. Tu dok bawoh paro pokok prio, hok dia tanam. bukan banyak pun. hanya 4 pokok sajo.

Buah prio...baru belaja bbuah. ore kato buah ni laju..berebut ore pakat beli.
Sebelum aku cabut ke KL.
Semalam selasa, 6/12/11.
Sempat juga aku tawaf kampung. 
Selepas makan nasi belauk di kedai Bidoh.
Gi ke baruh atau ore kelantan buat ppade.
Dah lama aku tak berderat ppade.
Lalu ikut batas-batas. 
Rumput pun dah panjang. Hujan cukup.
Gi tengok anok getoh yang Cik aku tanam.
Dah setahun bokali.
Tapi sayangnya Cik aku dah tok cek kat.
Dah lelah. Tok leh wat gapo satu.
Jalan atas rumoh nok gi ddapur pun lelah.

Kebun getah. Baru setahun.

Getah yang Cik aku tanam semasa sihat dulu. Tanoh baroh bertukar pada ladang getah. Ore kampung doh tok tanam padi lagi. 3,4 tahun lagi boleh nnoreh.

Pokok kunyit. Tunggu nak cuci.

Ubi stelo.


Daun sireh dari dekat. Sapo make sirih lagi lo ni. Doh tok ramai serupo dulu lagi doh. Sebab tu, kg pun dah jare2 ore tanam pokok sireh.

Rumoh Kak Cik Cipoh ado burung kukur jambul. Baru beranok.


Kak Cik Cipoh. Salah seorang penghuni kampung Bechah Kelubi. Tengok tu, pisang. Nak gi letok kkedai Pok Ya. 30 sen sebiji. Murohnya. Kat KL, 50 sen sebiji. doh la kecik. tok berapo masok.
26/12/11

Sekali lagi aku balik kampung.
aku balik dengan tergesa-gesa.
check aku tak sihat. sakitnya menyerang kembali.
jam 4 pagi aku tersedar dari tidur. terbaca kat wall aku.
jam 4.45 pagi aku bertolak. balik bersama Cdm dan baby.
Aiman tak nak balik.
Chek aku. dah lebih 80 tahun. sejak bulan 2 ni, kesihatannya sedikit merosot. dah x leh buat apa-apa.

tidur sambil duduk.

sampai kampung jam 11 tengahhari.
rehat sekejap...tidur la tu.
petangnnya bawa chek aku gi berubat kat tok pelanduk.
berubat secara tradisional.





Abe Muhamad Cik Poh. Aku snap lepas solat maghrib kat masjid.

Roni. Sahabat karib aku. Masih setia dengan kampung. Dah malas nak tinggalkan kampung. Sekarang ni berbudi pada orang kampung. Jadi driver orang kampung.
Semalam(26/1/2012) chek aku masuk spital tanah merah.

6/2/2012.
isnin.
dah sampai kl.
aku balik dari kampung semalam.
dari rumah aku jam 5.15 petang.
hantar aiman ke asrama maahad pengajian islam.
gi ambil wan inda dulu.
lepas baru bertolak ke KL.
singgah makan roti tempayang dulu di kok lanas.
depan pasaraya jeliro.
sedap dan murah. kena kuah kambing dan ayam.
wow! sungguh menyelerakan.
kenyang sampai pagi.

sebelum aku terlupa aku balik kampung kerana,
chek aku meninggal dunia pada pagi selasa 31/2/2012.
masa tu aku dok servis keta.
ketika itulah aku dapat call dari yana(anak buah) dalam teriak tangis.
bagi tahu, yang chek aku dah tiada, sebentar tadi.
(mak aku cakap, yana call, ketika nak sampai ke hospital, abang had bagi tahu kat dia.
dia pun belum sampai hospital lagi).
aku apa lagi, tunggu siap servix keta.
terus balik rumah dan ambil cdm terus bergerak ke kampung.
aku dan cdm je yang balik.
sulung balik sendiri dengan keta kelisa.

aku sampai lebih kurang jam 5.30 petang.
baru lepas mandi jenazah.
sempat lihat, wajah chek buat kali terakhir.
sempat kucup dahinya.
solat jenazah.
simpan di kubur malar.

aku bernasib baik.
sehari (isnin)sebelum chek aku menghembus nafasnya yang terakhir.
aku sempat balik, bertemu dan bersembang-sembang dengannya.
kalau tak menyesal sampai bila-bila.
aku pun tak tahu kenapa.
chek aku masuk hospital kali ini.
aku tak terus balik. sebaliknya dok tangguh-tangguh.
lepas sehari ke sehari.
padahal chek aku masuk hospital pada 26/1/2012 lagi.

abe azizi dah balik.
abe zi dah balik dan bawa chek aku ke hospital.
aku jadi yang lambat balik.
tapi nasib menyebelahi aku,
isnin itu aku balik, ziarah chek aku kat hospital.
tapi malam itu terus balik kl.
dan berkira-kira nak balik lagi pada sabtu hujung minggu,
lepas JTS penang.

abe had juga sempat jumpa chek.
dah 2,3 hari sebelum meninggal,
chek asyik dok sebut-sebut nama abe had(anakke-2).
pagi, sebelum menghembus nafas terakhir,
chek aku sempat bertemu dengan abe had.
abe had sampai dari JB, lebih kurang jam 9 pagi.
balik dari jb bersama abe zi.
abe zi memang dah janji nak balik hari tu.
segala-galanya dalam nasib baik.

abe aziz, terus balik masa chek mula-mula masuk spital.
dia dapat call kematian, ketika bertolak ke tempat niaga.
van penuh barang, jadi dia tak terus balik.
gi meniaga dulu dan baru bertolak balik.
sampai pun dah malam.
dia pun tak ralat tak sempat jumpa chek.
dia baru je balik kl, hari ahad.

Cik Romoh(isteri mahasan) meninggal dunia.
minggu depan makan 40 hari.

Sehari sebelum meninggal. aku sempat bertemu dan bersembang-sembang dengannya. masa tu dah tak lalu nak makan.

Kubur chek. simpan di Kubur Malar(Sungai Batu)

Kubur chek disebelah kubur abang iparnya.
Hari ke -2. Mek dan Mok Noh(kakaknya) bersama Pok Mudo Jali.
Sekitar Kubur Malar.
Antara kubur yang terawal dan lama.
Antara sebab aruah chek disimpan di sini,
desakan dari kakaknya(mok aji esoh).
Kalau nak dikira ada satu lagi kubur yang lebih dekat dengan rumah,
kubur Johol. Kubur bechah kelubi tak leh, berair.
lagi pulak sekarang ni musim hujan.
Antara kubur-kubur terawal.
Mok Aji Esoh; aku panggil Mok. Kakak pada chek. Mulloh chek ada seorang lagi adik. Mok Su Slamoh. 3 malam juga dia tidur rumah aku.
Sedeqah bacaan yasin oleh anak cucu aruah chek.
Aqi.

Aiman

Aku anak ke-2 bongsu dari 9 adik beradik.
Sekitar majlis tahlil.



Tok muat dale rumoh. Atas jemoran pun jadilah.
Mereka yang datang majlis tahlil.

Abe Zi ( Anak sdara panggil Pok Teh). Menetap kat JB.

Pusing kampung.

Gelanggang badminton depan rumah Minoh.

Penyokong pun boleh tahan juga.
Makan pagi. Nasi belauk, teh secawan. RM1.70.

Kedai Bidoh, jadi pilihan orang kampung. Murah.....

lain-lain foto.
Pok Long.

Anak buah. Takut sangat dengan aku.

Main dek chot.
wow!
Aku kelik kg lagi.
Make 40 hari.
Antara foto yang sempat aku pukul.

Tangki air baru. Lebih besar kapasitinya. Lebih kukuh. Lebih tahan lama.
Ado lagi jual rokok pesen ni.

Caro ore kg bayar minum. Tinggalkan duit dalam piring. Tok payoh tanya tuan kedai, dah tahu regonyo.


Abe Che Muso. Sedang bergiat sektor pertanian pulak. Lada solok, kini buah labu pula.
Wow!
29/5/2012.
Sekali lagi aku balik bechah kelubi.
Walaupun lebih lama dok kat kampung,
tapi tak sempat bersembang2 kat kedai kopi.
Pagi-pagi kena hantar Aiman ke KB,
sekolahnya buat kelas tambahan.

Jalan Bechah Kelubi dok comel.
Doh tak dok lube-lube lagi.
Dah tar.
Jale loh kulu.

Jale loh kilir
Wow! Bangganya jadi budak bechah kelubi.
Kelik kampung kali ini,
sempat aku gi ziarah Pok Su Mud,
Kubang Gendang.
Sepupu mullah chek aku.
dia dah tak berapa sihat.

Raya 1433H.
Aku balik awal.
Hari rabu pagi aku dah sampai Bechah Kelubi.
4 hari sebelum raya.
Nak berbuka puasa kat kampung.

Raya pertama kat Bechah Kelubi.
Solat kat Balaishah Bechah Kelubi.
Cek Rohi(anok Pok Tengah Cek Mat) jadi imam.
Dia tok dok di Bechah Kelubi.
Dio dok kampung bini dia.
Kalau tak silap aku, Kampung Jenerih Tujuh.

Lepas solat, ada jamuan sikit.
Nasi kapit, kuah kacang.
Lepas tu, pakat-pakat ke kubur.
Pakat tengok foto-foto yang aku sempat snap.

Jali dan Abe Cek Muso.

Pian Pok Cik Nawi.

Wan Ya & Anak Pok Ya.

Rowi..


Add caption

Yusof..


PPeli Abe Slemen.
 Lepas makan-makan.
Gi pulok ke kubur ramai-ramai.
Buat tahlil...
Seingat aku, ni pertama kali buat begini.
Sebelum-sebelum ni, gi sendiri-sediri.

Suasana di kubur Bechah Kelubi selepas solat hari raya. Pakat-pakat berteduh bawah wakaf. Panas. Dok bersila lendik tu, aku tak kenal sangat. Tapi cam muka.


Kat kubur ini.
Mulloh Nenek aku.
Tapi tak ingat dah kat mana letaknya.
Masa nenek meninggal aku SPM..

Aku tak pi kubur Mulloh Chek.
Aku gi hari jumaat sebelum raya.


Ni aku share sikit video Bukit Panau.
jom tengok. Tak rugi.
Orang Bechah Kelubi pun tak pernah rakaman video.
Padahal depan rumah kita je..
Aku ambil video ini dari Merah Silu...


19/10/12.
Khamis malam.
Sekali lagi aku balik Kelate.
Ada kerja sikit.

Jam 6.30 pagi jumaat aku sampai de Bechah Kelubi.
Solat subuh dan pi kedai bidoh.
Make nasi belauk & kerabu.
Ngatu-ngatuk pun aku gi.
Bukan apa, boleh temu mata dengan orang kampung.
Lepas makan tu, baru boleh tidur.

Jam 9 lebih bangun.
Sembang-sembang dengan Mek.
Tanya tu, tanya ni.
Mereka dok kat dalam..
Ore wanita pun ada juga pagi tu.
Tak sempat jumpa orang.
Balik sekejap je.
Lorat.
Ada kerja je balik.
Aku mungkin balik sekali lagi raya haji ini.
  
28/10/12
Bertemu lagi.
Lagi kisah kampung aku.
Bechah Kelubi.
Raya haji 2012.
Aku balik Bechah Kelubi.
Aku dengan Baby je balik.
Aiman memang dah kat Kelantan.
Balik pun sebab nak beraya dengan Aiman.
Baru je gi sana.
So malas nak balik KL.
Jadi aku & Baby je balik Bechah Kelubi.

Aku balik Bechah Kelubi.
Khamis malam. Malam raya. Lepas kelas.
Ingatkan orang dah tak ramai kat jalan.
Tapi jem gile. 
Mula-mula tu nak ikut Ipoh.
Tapi tengok jalan ke sana jem juga.
Aku buat keputusan ikut LPT.
Tapi nak masuk Plaza Tol Gombak dah jem.
Tapi terpaksa redah juga, pasal nak balik Bechah Kelubi.
Dua jam nak sampai Plaza Tol Karak.
Biasanya perlukan hanya 25 minit je.

Lepas Tol Karak.
Lebih lancar. Tak rehat. Drive terus.
Aku sampai Bechah Kelubi.
Jam 8.20 pagi. Orang dah siap solat hari raya.
Aiman pun x pi solat.
Geramnya...

Kat bawah ni aku share beberapa foto yang sempat aku snap.
Foto ore sebeleh lembu.
Empat ekor lembu juga tumbang kat Bechah Kelubi.
Sulung korban jugak.
Ambil lembu???
RM400 juga segie.

Foto-foto ini Aiman yang snap.
Masa tu, aku tidur saja.
  
Imi Pok Tengoh Cek Mat sedang urus lembu.
Tarik jangan tak tarik.
Betulkan kepala, hadap kiblat.
Dah siap sembelih.
Jali.
Rokok kat mulut tu!!Tok boleh tinggal rokok.
Pandai ko Jemu tu!
Dah nak siap.
       
  Pagi sabtu.
Dapat solat subuh berjemaah kat surau.
Sempat jumpa Jemu & Pok Yeh.
Selepas solat subuh. Berwirid sehingga 30 minit.
Pok Yeh. Kerja driber Kesedar. Menetap di Gua Musang. Sama umur dengan Mulloh Sukiman(abg aku).
Jemu(Azmu) Menetap di Cherating. Tua 2 tahun dari aku.
   
     Nantikan lagi kisah-kisah selanjutnya.
Selagi aku bernyawa, Insyaalah selagi itulah akan ada kisah Bechah Kelubi.

1/3/2013.
Sekali lagi aku nak kisahkan pasal kampung aku.
Kampung Bechah Kelubi, Chetok, Pasir Mas Kelantan.
Kisah dan cerita ini, semasa aku balik kampung pada 26/12/12 baru-baru ini.
Setiap kali balik, aku akan pastikan ada foto-foto baru, sebagai koleksi dan mengisi blog ini.
Banyak kisah & sejarah telah aku rakamkan.

Sesekali balik.
Banyak kisah-kisah baru yang dapat aku dengar.
Aku selalu tanya Mek.
Sape mati? Sape Kahwin? Sape beranak?
Berapa orang dapat 5A. Sape dapat masuk Matrikulasi. Sape Masuk U.
Nak tahu lagi.
Singgah @ Gi breakfast kat kedai-kedai.
Seperti kedai Pok Ya & Kedai Bidoh. Kedai Sedi- jarang-jarang aku gi.
Aku dok beso, makan nasi belauk kedai Bidoh.
Kelik baru-baru ni pun aku breakfast di kedai Bidoh, murah sangat-sangat.
Sedapnya boleh tahan jugak.
Sambil makan-makan boleh jupo mata dengan orang kampung.

Aku sempat jumpa Abe Nor, Ayoh Solahudin & Sadahana.
Lama juga dok sembang-sembang tanya kabar Solahudin.
Sain aku ketika sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.
Kami berpisah ketika tingkatan 4. Ake ke SMDMPR TM dan dia ke SMKTPR Lemal.   
Sekaran ni dia kerja Pegawai Mara Negeri Kelantan(jaga projek), dah 2 tahun.
Sebelum ni dia kerja di Kuantan, Pahang. Isterinya masih di Kuantan. Bertugas sebagai guru. 

Kisah banjir. Kisah PRU13. Dan macam-macam lagi.       
  
Jalan aloh ko Joho.
  
Simpang 3 Kedai Sedi.
Kalbok. Air naik hari tu. Sapa tok leh nok lalu.
  
Pokok petai, depan rumah Yuti.
Simpang 3, Bechah Kelubi.

Bukit Panau waktu pagi di musim boh.

Kandang lembu Ttolit.

Bukit Panau. Pandangan depan rumah Mulloh Jusoh Muto.

Aku: tukang cerita.
  
Sambung lepah ni.
Nok tubik smeta. 
 

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. gambr ore2 bechah kelubi tu..popular pok2 dia..kebun sayur sapo tu?mn?

    BalasPadam
  3. bechab klubi,banyak sungguh kenangan pahit manis aku disini.

    BalasPadam

Sociable