Jom Follow

Isnin, 24 Mei 2010

isnin yg dinanti-nantikan


salam
bertemu lagi hari ini. lambat sikit menulis. tak berapa sihat. batuk. kini dah ok sikit. dah boleh menulis. idea tu dah ada.

tak sihat mungkin 2 hari berturut jalan jauh. hari jumaat tu pergi johor dan balik pun dah lewat. esoknya pagi-pagi lagi pergi ke kuantan dan sampai rumahnya jam 3am. tak cukup rehat kot. faktor usia.

hari ini hari yang kita nanti-nantikan. hari inilah hari kita nak kutip dokumen, hari inilah harin nak submit dokumen. hari ni nak follow up orang bank. hari nilah nak transfer duit. hari inilah nak ambil duit cash dengan prospek. hari inilah juga nak buka bill kat stokis. banyak kerja tetapi kita seronok buat kerja ini. sibuk tapi puas.

demo hari jumaat, sabtu dan ahad kalau boleh dapat cash terus. kalau tak kena urus dokumen. jadi hari inilah hari yang paling sesuai nak dapatkannya. seawal mungkin mesti dapat. kalau dah janji masa demo dengan dia, hari ini terus ke pejabat dia dan call apabila dah sampai opisnya. kalau pagi-pagi anda call dan nak gi ambil dokumen sekejap lagi, akan ada berbagai alasan. mungkin hari ini tak dapat dokumen tu.

lagi lambat, risiko tak jadi masuk makin besar. jangan tunggu esok lagi. dah sejuk, tak jadi pulak. masa kita dah tak banyak lagi. kena pantas.

kerja opis, hari ini hari stress. malas nak ke opis. masa saya mengajar dulu, hari paling malas. ada pulak perhimpunan, dengar pengetua dok berleter dan macam-macam lagi. terlupa pulak saya, cikgu-cikgu sekolah saya dulu mintak belanja mereka sempena hari guru. kena belanja juga. ikatan silaturrahim dengan mereka masih utuh lagi, walaupun saya dah berhenti. selalu juga ziarah mereka. dengar rintihan mereka.
"kerja banyak"
"cuti sekolah pun kena kerja"
"kena ngajar kelas tambahan"
"banyak dah tak boleh claim"
"kau bertuah dah tak ngajar lagi"
bermacam-macam lagi rungutan. tapi tak buat apa-apa tindakan pun untuk lepas dari belenggu tersebut. dok tunggu kat situ juga.meniagalah, buat MLM atau insurans dan banyak lagi yang boleh buat kalau mahu berubah. kalau sekadar merungut tak selesai apa-apa masalah. bila dah ok boleh berhenti kerja.

MLM pun kerja juga, cuma tak ada opis je. tak ada pakaian rasmi. opis kita adalah mulut. jumpa dengan orang senyum, sapa dan salam. kalau ada response boleh terus sharing peluang. ingat sharing je, jangan beria-ria ajak mereka join. cukup sekadar buka minda dan cerita sikit potensi yang ada dalam MLM.

mlm boleh jana pendapatan. bukan skim cepat kaya. masuk dan esok dah kaya. dah boleh goyang kaki. mlm ni kena buat usaha berterusan. mula-mula masuk, masa kerja lama tapi hasilnya tak berapa banyak. bila dah sampai tahap-tahap tertentu, kerja sedikit kurang, tapi banyak masuk.
nak sampai tahap ini memerlukan kesabaran.
memerlukan perancangan teliti dan buat apa yang telah kita rancang.
kena ada disiplin tinggi. kena ada pembimbing.
nak berjaya juga kita mesti ada;
skill
sincere
service
system
synergy
ini akan diulas pada catatan akan datang.

jangan lupa, target minggu ini. mesti capai. paling kurang seorang yang join sehari. jadikan minggu lepas sebagai panduan untuk lebih hebat lagi minggu ini. jangan kurang pulak. masalah nanti. saya yakin anda semua hebat dan mampu capai target tersebut. cuma perlu buat tindakan.
'saya masih kerja"
"saya sibuk'"
"saya ,saya,saya....."
kalau nak berjaya jangan banyak alasan. buat lepas kerja. buat selepas sibuk. cari juga masa nak jumpa prospek. kalau benar-benar nak pasti ada jalan keluar. MP TT ni sekejap je dah boleh siap.

ada buku yang saya baca. agen insurans boleh buat closing 1 setiap hari selama 7 tahun berturut. malah buat closing 600 orang selama 18 bulan, ini yang join, tapi yang mesti jumpa mesti lebih ramai lagi. tahun-tahun kebelakangan ini dia masih buat closing 250 kes setahun. ukur dengan kerja kita selama ini. dah berapa ramai yang dah kita jumpa. dah berapa banyak orang kata 'no ' pada kita. kalau nak berjaya biarlah sampai 1000 atau 2000 kali, pun kita tak akan undur belakang.

projek TT ni bagus dan lagi boom. ramai lagi yang boleh join. semakin banyak kuantiti semakin cepat kita jumpa kualiti. leader inilah akan memacu meniaga kita.

jumpa anda di puncak kejayaan......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger