Jom Follow

Selasa, 18 Mei 2010

cabaran2


cabaran datang untuk mematangkan kita. kita banyak belajar dari cabaran yang datang. lambat jadi cdm, kadang-kadang satu rahmat. banyak kita boleh belajar. kalau cepat, banyak tak tahu. banyak silap. meniaga pun tak kembang-kembang. dok takat lama je. bonus pun ciput-ciput je. masa ddm dulu, upline support, upline banyak bantu, upline selalu bagi motivasi. semangat sentiasa membara. dah naik cdm, upline dah lepaskan anda. dah sama pangkat. dah kena jaga group sendiri, kena handle meeting sendiri, dan kena jadi tempat rujukan rakan kongsi. masa inilah, terkapai-kapai, ilmu belum cukup. seperti si buta kehilangan tongkat. masa inilah mentor amat penting.

apa akan jadi kalau tak ada mentor?
apa akan jadi kalau lambat jumpa mentor?

mentor tempat kita buat rujukan.
lagi ramai pun baik juga.
buanglah rasa pandai
buanglah rasa tahu.
buanglah rasa reti.
buanglah koya serba tahu.
jumpa mereka
bergurulah,
tanyalah pada mereka.
mana tahu semangat menjadi-jadi lepas jumpa mereka.
meniaga pun akan meletup. tapi tak semestinya sekali jumpa terus jadi. mungkin makan masa 5,6 bulan baru jadi.

lambat tak apa asalkan jadi. kalau tak jumpa, kita terkapai-kapai. tercari-cari arah. kami nampak jelas, tapi kami ada maruah juga. tak akan kami je yang beria-ria nak bantu. si empunya diri tak nak pun. kami doakan agar mereka tu berjaya jua.
pening-pening, terkial-kial, tercari-cari. kesiannya.
mentor hanya boleh sokong kita punya meniaga. tapi bukan buat meniaga untuk kita. kita juga kena buat sendiri.
ada yang pening tapi masih malu nak jumpa. bukan apa sekadar minum secawan teh je pun. borak-borak pasal meniaga. mana tahu boleh tolak meniaga.
kami sebenarnya prihatin dengan meniaga anda. tapi anda mesti open mind juga.
jangan segan, kita dok bincang. mana tahu kot-kot kami boleh tolong. tapi tak janji meniaga anda terus jadi dengan sekali jumpa. setidak-tidaknya berkongsi cerita meniaga.
kalau belum jadi cdm. ada upline dan mentor lagi baik.
belajarlah menjadi leader yang hebat dan belajar menjadi murid yang hebat juga.
upline adalah orang yang menaja kita. hanya ada satu je upline.

pangkat mana pun kita, demo adalah kerja wajib. tak boleh berhenti orang baru. disamping membimbing kena juga menaja. tak boleh berhenti kalau nak meniaga sepanjang hayat.
cdm sekali pun kena demo setiap hari. pendapatan baru bertambah.

sm mesti belajar berdemo sendiri. cepat-cepat belajar dan boleh buat sendiri. bila boleh wat sendiri baru meniaga laju. tak tersekat-sekat. tak tunda-tunda appt. dah boleh gerak sendiri. nak laju. nak lambat. bergantung kepada kt, bukan lagi pada upline. baru syok meniaga.

ssm lagi kena pandai, dah nak bawa sm pulak. pendek kata mesti boleh buat sendiri. baru dikatakan meniaga. selagi dok harap upline tolong demo, payah sikit.
upline pun jangan terlalu cepat lepaskan dline gerak sendiri. kena ajar dulu sehingga boleh buat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable