Jom Follow

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jutawan Senyap-Penjaja Cina

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Bertemu lagi. Awal pagi. Jam 4.
Aku dah bangun. Awal tidur. Mengantuk.
Balik dari Penang, jam 4.30 pagi baru lena.
Sambung lepas subuh sekejap.
Jam 11pagi dah keluar rumah.
Menuju destinasi kerja.
IOI menjadi pilihan kami.
mencari, berbincang, sharing, 
bina kehidupan yg lebih indah.
tambah pendapatan, utk hidup lebih berbunga-bunga.
rata2 yg ditemui, gaji kecik.
sukar utk berubah kehidupan.
mesti lakukan sesuatu utk keluar dari kehidupan sekarang.
ada yg balik kg, setahun sekali.
ada yg ikat perut, kirim duit setiap bulan ke kg.
bantu adik2. bantu keluarga.
lantaran itu, impian mereka telah berkubur.
seolah2 itulah kehidupan. padahal kehidupan bukan sekadar itu.
gi kerja, balik kerja. lebih luas. lebih indah.
jam 5 petang baru kembali semula ke teratak kami.

Sebelum ke IOI.
Singgah dulu kat bank.
Di bandar puchong jaya.
Terkesan aku dgn penjual2 ini.
Ada 3 penjual.
Semuanya Cina.
Mungkinkah mereka jutawan senyap?
Aku tahu, ramai dah biasa tengok.
saja2 aku rakam gambar.
sambil berjualan. membina empayar kehidupan sebagai penjaja.
rajin dapat lebih. keluar awal dapat lebih.
balik lambat dapat lebih.
cuaca elok, dapat lebih. ramai gi bank, dapat lebih.
tak kena saman, masuk ok.


Rojak. Dah lebih 4 tahun. Dulu pakai motor, kini dah berubah. Ada pembantu Indonesia. Meniaga byk saingan. Dulu x ramai yg jual rojak. kini dah semakin ramai. jadi sale kurang. itu rungutannya. tapi dah selalu dengar, kata2 dulu ok. sekarang x ok. tapi tetap meniaga. tetap kembang. tetap maju. tetap boom. kadang2 terpikir. betul ke yg dia kata.

Jelas tanda harga. Bukan main cakap saja.

Ini satu lagi. Pakai basikal. Jual keledek dan kacang. Laris jualannya.

Cucuk keledek. Pastikan masak,baru jual. Harganya boleh tahan. Tapi sedap. Lemak dan manis.

Ini pulak penjaja buah potong. Dah lama berniaga kat sini. Laris jualannya. Buah pun segar2.Jaga kualiti. Juga ada pembantu. Selalu gi melancong. Hebat. Jual buah. Biasa2, tapi bisa gi melancong. bisa kaya. bisa hidup senang. mana tahu, bisa kembang meniaga buahnya. kenapa orang melayu tak berniaga begini. Malas ke melayu? dia ni dah ada meniaga lain. jual hamper. ketika ini kasi member yang buat.

Cdm Kartini bersama dgn tokey ubi keledek dan kacang. Selalu sangat jumpa. Dah kenal. Selalu gi bank. Teruja dgn sikap dia. Tua2 masih berniaga. Mana ada pencen. Kalau melayu, pilih jadi jaga dari penjaja begini. Leceh katanya. x ada modal jadi alasan.

Ini pulak teman aku semalam. Cdm Kartini teruskan misinya. Aku pulak dgn misi aku. sehari sebuah buku. 170 minit aku perlukan masa utk habiskan buku Noorah. 2 tempat berbeza. 1 lagi tu, baru sentuh sikit. pagi ini cuba habiskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable