Jom Follow

Sabtu, 29 Mei 2010

pasar minggu


cdm kartini dengan pok adik

26/5/2010 (khamis)
perjalanan dari Seberang Jaya lancar je. tak banyak lori. fokus pada jalan. sedar tak sedar dah sampai jeli. sampai kat rumah kami di pasir putih jam 4am. tidur sekejap.
jam 10am gi pasar minggu. orang pasir putih pasti menunggu-nunggu hari ini. pasarnya meriah. tapi sejak tempat dah bertukar, sedikit kurang. dok KL pun kalau hari khamis, teringat nak gi pasar minggu.
pakaian yang ada di sana. banyak gerai menjual kain, baju.
tapai pulut daun getah. ada kencing manis jangan dok makan. terlalu manis. kalau nak sangat. gomo gi! meniaga sebanyak tu, cukup untuk makan hari-hari je. mana boleh buat duit. satu periuk je. kalau pandai menabung tak jadi masalah. belanja harian semakin bertambah. kos di kampung sebenarnya lagi tinggi dalam sesetengah kes.

pokok ubat raja satun. aku pun tak berapa tahu. banyak lagi gerai jual ubat. ada yang bawa ular sebagai tarikan ubatnya. si penjualnya sebagai penghibur jalanan. seronok kalau gi dengar celotehnya. tak jemu. itu kalau ada masa free.
ikan kering pun ada.

ini lagi popular. petai.
makan nasi kena budu ikan bakar. petai pulok ada.
meleleh air liur.

mutabak pun ada. panas-panas lagi tu.
dalam raga tu dodol. katanya buat sendiri. aku pun tak pasti betul ke tak. meniaga sara diri. agak-agak dalam raga tu ada berapa dodol.


baju merah hitam tu, bukan orang taipan tapi orang agrobank. dok kutip bayaran balik pinjaman. tak payah gi bank bayar ada orang tukang kutip. hebatnya. jadi tak salah dengan projek tt ni pun ada yang buat pinjaman.

teruja kami melihat ketekunan para peniaga. keramahannya. orang lalu je tegur. buat MLM pun mulut tu kena lebat orang kata. baru senang dapat prospek stranger. mula-mula tu mungkin malu nak tegur, bila dah biasa, pantang jumpa orang. nak cite je pasal meniaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger