Jom Follow

Ahad, 30 Mei 2010

perjumpaan cdm taipan 181

Semalam meeting CDM. Semua cdm ada, kecuali beberapa CDM yang ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. CDM Ah Hock pun ada. Semalam banyak dok bincang pasal cabaran dalam meniaga. Pertukaran strategi ini mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap syarikat.
Ada yang dah ragu-ragu kekukuhan syarikat.
Ada yang dah tak nak teruskan meniaga.
Ada yang dah lompat kapal lain.
Ada yang dok tunggu dan lihat.

Semalam ini semua dirungkaikan. Pertukaran strategi adalah untuk meniaga lagi besar. TT untuk naikkan volume. Nak lebih ramai lagi boleh join hai-o. Nak lahirkan lebih ramai CDM lagi. syarikat seperti biasa. Tak ugoh pun. Taipan tetap utuh, tetap bersemangat meniaga, tetap adakan meeting di seluruh negara. Taipan terima ini sebagai satu rahmat, Taipan terima dengan positif. Apa yang Taipan buat ialah cari strategi terbaik untuk menyesuaikan dengan strategi terbaru.

Sesetengah group, tak terima dengan positif. Marah pada syarikat. Marah pada kerajaan dan sebagainya. Kononnya nak sekat dari mereka meniaga besar. Kononnya tak suka melihat mereka kaya. Apa-apa pun ikutlah syarikat.

Semalam juga CDM Kartini menyentuh pasal loyalti. Kenapa dapat peluang buat duit sehebat ini ramai lagi yang tak loyal. Sayang, suka pada syarikat ketika dapat bonus besar. Bila kecil dah tak berapa suka. Lihatlah orang-orang MLM lain mereka begitu loyal, tak dapat duit banyak pun tak apa. mereka begitu taksub pada syarikat mereka, sehingga tutup terus dari mendengar cite-cite mlm lain. mereka nak cite pasal hebatnya syarikat mereka, tapi tak nak dengar kehebatan orang lain. hai-o ini dah dapat duit, produk berkualiti dan sistem bimbingan pun masih tak loyal. sepatutnya kita lebih taksub dari syarikat-syarikat lain. banyak dapat income dalam masa terpantas. nak dapat income besar tak perlu tunggu 4,5 tahun dulu. 4,5 bulan pun boleh dapat. hairan! orang lain ajak join lain, terus berkira-kira nak ikut. tak payah. baik terus buat hai-o. baik bersama taipan.
CDM Muhamad Razali ada cakap sikit. sentuh kelesuan meniaga. kita lesu, dline 10x lesu. kalau kita mengelabah, dline 10x mengelabah. kalau kita takut, dline lagi takut. jadi sebagai upline, kita mesti bersemangat. mesti teguh dengan TT. mesti ada mentaliti juara.
bagaimana nak terus bersemangat?
1
diri sendiri kena bina dan ikut group yang terkuat. jumpa dengan leader yang masih nak berniaga. banyakkan masa kita dengan mereka yang nak berjaya atau dahaga kejayaan. jangan layan orang yang tak nak berniaga. jangan banyak habis masa dengan orang negatif dalam group kita.
2
tak ada prospek? bagaimana nak buat? buka phonebook je. tengok berapa ramai lagi kawan. semak satu persatu yang mana yang dah join. terlalu sedikit. jadi masih ramai lagi kawan yang belum kita jumpa. ajak mereka, kita buat sama-sama. kami yang turun bantu.
3
zaman pakej boleh close, kenapa sekarang ni tak? masalah tetap sama iaitu modal dan nak cari 6 TT. kalau kita boleh selesaikan 2 perkara ni, mereka akan join. duit akan masukkkk. modal kita akan uruskan untuk mereka, kalau mereka tak mampu. kalau ada cash lagi baik. masalah nak cari 6 TT. kita suruh mereka senaraikan 20 orang kawan yang kerja kerajaan, 20 nama kawan yang kerja swasta, 20 nama saudara mara, 20 nama kawan-kawan lama. dah ada 80 nama, tapi kita nak hanya 20 orang je dan dari 20 orang tu kita nak hanya 6 orang je. bukan banyak pun. sedikit je. satu hari pun dah boleh penuh 6 kaki. kita yang akan gi jumpa mereka ini bersama dengan dia. bukan dia yang pergi sorang-sorang.

foto semalam
mc cdm shahril, baru balik mengerjakan umrah. ada jamuan kurma dan air zam zam.


pusing kanan. pusing kiri, pusing depan. go go taipan


penuh semangat cdm kita menari tu. cdm kelantan ada, cdm penang, cdm perlis, cdm sabah dan cdm kawasan tengah. meniaga punya pasal mereka sanggup datang.
cdm kartini menekankan betapa perlunya loyal pada syarikat dan group. kena pupuk pada awal-awal meniaga lagi. tapi masih belum terlambat lagi. go go taipan.

cdm muhamad razali berkongsi cerita mudahnya berniaga bersama TT


cdm Ah Hock. beruntungnya kita dapat berniaga bersama satu group terhebat, terbesar dan tercepat. kita dalam Taipan mungkin tak rasa beruntung. tanyalah orang di luar sana, mereka nak berniaga bersama taipan tapi tak berpeluang.


sesi semalam diakhiri dengan slot cdm faridah. tapi sebelum tu cdm juliani menyeru supaya sama-sama kita kuatkan ukhuwah sesama kita dan hentikan cerita-cerita belakang. malangnya bateri habis. tak sempat nak rakam gambarnya. cas semasa cdm juliani bercakap. mintak maaf banyak-banyak cdm.


menjamu di makhbul lepas meeting. makan lagi padahal tadi ada jamuan kek hari jadi cdm ash dan cdm shahril. tak kenyang kot.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger