Jom Follow

Isnin, 31 Oktober 2011

Vietnam, BOOOOOOOOOm.


wah!wah!wah!
Lepas satu. Satu lagi muncul.
Belum hilang penat. Datang satu lagi fight terbaru.
Tak jauh sangat. Negara jiran.
SeAsean sahaja. Tapi ramai yg belum pernah sampai.
Tempat shopping. Best. Barang murah, banyak pilihan pulak tu.
Nak fight pun x berapa banyak. Pastikan ramai2 kita ke sana.

Setiap tahun. Ada saja fight melancong.
Bertuahnya badan berada dalam syarikat yang memahami kehendak pengedarnya.
Tak payah cakap, syarikat dah tahu. Syarikat cekap hidu kehendak pengedarnya.
Bukan 1 fight, tapi 3 x fight. 3 destinasi yang dituju.
Bertuahnya badan.

Nak gi dgn duit sendiri. Susah sikitla.
Sayang duit. Kalau free, kenapa x pulun sakan.
Jgn lepaskan peluang terbuka ini.
Sign up cepat. Masih boleh gi.
Masih boleh layak lagi. Belum mula pun.
Esok baru mula..

Jom adik.
Jom kakak.
Jom abang.
Jom mak cik.
Jom pak cik.
Jom broo.
Jom brader.
jom!jom!jom!
Join kami. 
RM 50 sahaja.
Mulakan sekarang.
RM4100. Bulan pertama dalam gengaman.


Who Wants to be a Millionaire...


Tahniah...
Sushi Kumar, menang kuiz "Who Wants to be a Millionaire."versi India. 
Setelah 5 musim baru ada pemenang utama.
1 juta US dollar.
RM3 juta.
byk tu.

Peniaga Melayu...


Lensa pagi ini.
Pagi2 ke Public Bank.
Bayar apa2 yang patut.
Tengok org berniaga.
Breakfast punya menu.
Mula2 nak beli, gi dekat, hilang selera.
Tak tahu kenapa.

Lihatlah perbezaan antara peniaga melayu dengan peniaga cina.


Ini peniaga Cina, jual roti dan kuih.
Peniaga Melayu, jual kuih dan nasi lemak. lebih banyak pilihan.
Ini satu lagi peniaga Melayu, juga jual nasi lemak dan kuih. selang 10 meter dengan peniaga Melayu tadi.
Ini pun peniaga Cina. Tunggu nak masuk parking.
Kita mesti berubah....

Garam Buluh, BOOOOOm

Garam Buluh.
Garam Buluh Utk Masak.
Garam Buluh Utk Minum.


ha!ha!ha!
Hari ini, aku nak share.
saja-saja nak share.
apo ko bendo, yg nak share.
Garam Buluh...
setiap pagi aku minum.
dah banyak bulan.
tahap kesihatan pun semakin baik.
garam ini, alkali sifatnya.
garam biasa yg kita guna, tu bersifat asid.
semua dh tahu, garam biasa tu pembunuh senyap.
tapi masih ramai yg dok guna.
seperti membunuh keluarga dlm jangka masa panjang.
hi!hi!hi!

masin ke?
garam kan masin.
masin utk kesihatan.
tak apo.
dah byk yg guna.
dah byk yg dpt manfaat.
dah ramai yg semakin sihat.
membantu merawat penyakit.
sakit apa?

bangun pagi.
minum dulu, biasanya akan buang air besar.
kosong perut, kelegaan besar.

masak.
dah x guna lagi garam biasa.
tukar kepada Garam Buluh Hai-o.
utk kesihatan kita sekeluarga.

harga x mahal.
mampu beli.
utk kesihatan mana ada mahal.


Ahad, 30 Oktober 2011

Ahad:BOOOOOOM


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

baru balik dari IOI.
gi main bowling bersama mim dan aiman
seronok dpt main dgn aiman.
mimnya seboleh mungkin kena ikut.
dia seronok kalau ada mak bapak,
tengok dia main, dan puji sikit.
"abang hebat,"
"abang boleh hebat lagi,"
aiman akan main lagi enjoy.
aiman akan main lagi happy.
aku tengok pun seronok.

gi tadi pun dah jam 5.15 petang.
main 5 games, penat sikit la.
main sampai jam 7.10 malam.
lepas tu solat maghrib dulu kat IOI.
singgah makan kat jaya jusco food court dulu.
pekena nasi ayam. sedap dan capai standard.
malam ini rehat sambil baca majalah Personal Money.
aku beli kat IOI, dah lama x baca majalah ini.
ada topik menarik. buat pitis dgn hobi.
hi!hi!hi!...

itu yang petang tadi,
pagi tadi lain punya cerita.
pagi2 dah gi bukit jalil.
jalan2 kat situ, nak sihatkan badan.
dah lama x berpeluh sakan.
kalau ada pun sekadar panas sahaja.
lepas situ,aku ke USJ 9. 9.45 pagi baru bertolak.
kelas wab, berjalan. Cdm kartini, yg ke kelas.
aku dok kat restoran cina muslim.
baca buku. Brian Tracy.
"No! Excuses"
"Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya".

seronok. dpt semangat utk keluar dari zone selesa.
zone selesa, yang memeluk erat aku.
hingga sukar utk bergerak menuju zone kemenangan.
asyik beralasan. asyik buat dalih, sahaja.
asyik dok sembang, pasal impian, pasal kejayaan, pasal matlamat.
tapi dok sembang sama pasal alasan. hinggakan alasan itu kukuh ikat kita dari berjaya.

Sahabat peneman aku kat restoran tadi. Namanya Eh Jun Guang. 2007 masuk Islam. Datang ke USJ 9, semata-mata jual buku kajiannya sebelum dia memeluk Islam. Kajian ini dia buat semasa berumur 17 tahun. Selepas buat kajian, dia terpanggil utk memeluk Islam. Bila keluarga tahu, segala perbelanjaan dia ditarik balik. Masa tu dia sedang belajar kat TAR Kolej. Terpaksa berhenti belajar. Sekarang ni sedang kumpul duit, nak sambung belajar di UNITAR, kemasukan Januari 2012. Sewa bilik di Wangsa Maju, dan kerja di syarikat buku utk tampung hidup. Nak minta derma, x sesuai., katanya. buku tu ada 2 jilid. harga RM18 utk 2 jilid. Aku dah beli minggu lepas. Belum baca habis. Ingatkan masih ada kat rumah. cari2 tak jumpa. rugi rasanya. kena beli lagi, kalau jumpa dia lagi. aku harap minggu depan dia akan ke USJ 9 lagi.





Beratnya Aku!!!!!T


wow!
ini sudah lebih.
dah berat sgt.
dah cecah 100 kg.
masih x sedar lagi ke?
masih x kesah lagi ke?
masih nak melantak lagi ke?
masih nak makan tidur saje ke?
masih nak santai2 lagi ke?
masih x nak exercise ke?
hi!hi!hi!.

byk penyakit kalu masih dok gitu.
mati cepat tu, kalau x mati pun dok sakit2 buat apa hidup.
kelak menyusahkan orang.
hi!hi!hi!.

kan diabetis. kan sakit jantung. kan darah tinggi...kan!kan!kan!
kena buat sesuatu. kena buat tindakan. kena buat perubahan.

sekadar 'kena', nak buat apa.
sekadar 'kena', apa pun x jadi.

mesti dah sekarang.
'kena' tu 20 tahun dulu bro.....

lepas ni 'kalau' pulak akan muncul.
kalau dulu aku exercise.
kalau dulu aku exercise.
x lah sakit begini..hi!hi!hi!

Berat sape la ni...




Taman Bukit Jalil

wow!
kat mana tu.
cantik nampak.
menarik tertarik.
boleh gi jogging kat situ.
boleh berlari ke seberat itu.
hi!hi!hi!
setakat jalan laju tu boleh la.
pagi ke petang ke tengahari ke.
baru sihat sikit.
biarlah turun berat badan tu.
nanti macam badak air pulak.
x mustahil, kalau masih kekalkan gaya hidup seperti hari ini.
gaya hidup makan banyak.....
roti kosong sampai 3.
nasi belauk sampai 2 bungkus.
masa free byk. malas pun banyak.
apa pun x jadi.
berubah la, sebelum terlambat.
berubah sebelum parah.

kalau dah mula exercise tu tahniah la.
buat lah betul2, jgn sekerat jalan je.
2,3 hari, berhenti.
2,3 minggu, berhenti.
2,3 bulan, berhenti.
2,3 tahun, berhenti.


Ini Buktinya


Nah ini buktinya.
Huh!! selesai closing hari ni..berdebar2 menanti kelahiran bintang baru penutup sales oktober 2011..kelahiran 3 DDM & 1 CDM.

Bangkitlah Insan Hebat...


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Hidup mesti diteruskan.
Tak boleh mengalah dengan mudah.
Tak boleh angkat bendera putih sebelum bercawat kotel.
Tak boleh menyalahkan keadaan, atas kegagalan kita.

Mungkin belum cukup bekerja.
Mungkin belum cukup ilmu.
Mungkin belum kaut bekerja.
Mungkin bekerja, macam kuat tapi separuh hati.
Mungkin belum cukup bimbingan dari upline.
Mungkin belum cukup tuntun oleh mentor.


Kita sendiri cakap dah x leh buat.
Kita sendiri rasa dah x leh buat.
Kita sendiri percaya dah x leh buat.
Kita sendiri dok sembang sesama kita, pasal kecewa x close.
Kita sendiri dok merungur, dah x leh buat.
Kita sendiri dok sms, dah x leh buat.
Kita sendiri dok termenung, berfikir dah x leh buat.
Kita sendiri dok salahkan akademi taipan181, padahal malas nak wat kijo.

Ni aku nak cakap.
Ni aku nok royat.
Ni aku nak umumkan.

Kita masih boleh berniaga.
Kita masih boleh buat duit dengan biz ini.
Kita masih boleh kaya dgn meniaga ini.
Kita masih boleh dapat buat sepenuh masa.
Kita masih boleh gi melancong.
Kita masih boleh bershopping.
Kita masih boleh simpan duit.


Percayalah.
Yakinlah.

Buatlah.
buatlah dgn penuh semangat.
kebalikan semangat dulu2.
kembalikan kehebatan dulu.
upline masih sama.
mentor masih sama.
akademi taipan181 masih sama.
marketing plan masih sama.
sistem masih sama.

Org lain sdg buat duit.
org lain sdg enjoy dgn biz.
org lain sdg gile dgn biz ini.
org lain hari2 ada yg join.
org lain hari2 ada yg close.
org lain hari2 ada yg sign up.
org lain hari2 ada jumpa prospek.

kalau kata x ada nak masuk.
tu org lain ada.
kalau kata org dah muak dgn nama hai-o,
tu ada yg masih belum dengar pun nama hai-o.
kalau kata hai-o, ni tipu,
hai-o, masih berdiri teguh.
kalau kata, kelas x ada org.
tu yg datang tu siapa.

ooo! brader.
org x tahu pun kelas kita dulu.
org baru dtg tetap hebat, tetap mengujakan,
tetap mengkagumkan.
mereka x tahun pun kelas kita dulu.
yg x mengujakan adalah kita2, org lama.
yg x rasa hebat adalah kita2, org lama.
yang x mengkagumkan adalah kita2, org lama.
kenapa?
dok ingat kisah lama.
dah jd sejarah.
dok kenang kisah lama.
dah jd kenangan.
dok bangga fenomena dulu.
dah jd, terakam dlm minda sahaja.
usah ingat lagi.
usah kenang lagi.
usah bangga lagi.

kita perlu bangkit kembali.
kita bina kejayaaan kembali.
kita bina kekayaan semula.
kita booomkan kembali.

kembalikan semangat.
kembalikan motivasi.
kembalikan keghairahan.
kembalikan kegilaan.
semuanya ini lahir dari dalam.
kita sendiri yg kuasainya.

buangkan semua karut marut dari minda.
minda kita telah penuh dgn karut marut.
minda telah gelap dgn karut marut.
minda kita kelam dgn karut marut.
minda kita hitam dgn karut marut.
karut marut ciptaan kita sahaja.


x leh buat.
x ada org nak.
org dah jemu.
org dah muak.

sape kata?
sape cakap?
siapa sahkan ini semua?
minda kita lah yang sahkan.
minda kita lah yang mempercayainya.

bila dah sah.
bila dah percaya.
jadi, gi demo pun x 100%.
jadi, jumpa prospek x 100%.
jadi ajak ke kelas x 100%.

OOOI!
cdm baru masih keluar.
keta baru sdg keluar.
motor baru sdg keluar.
rumah baru dok beli.
umrah dah daftar.
handbag baru, dok bawa.
baju baru, dok beli.

wahai insan hebat.
ayuh kita eratkan kesatuan.
kita turun medan.
kita kembali ke gelanggang.
kita kembali bertarung.
kita kembali bertempur.
kita pasti menang.
kita pasti juara.
kita tetap unggul.

aku yakin.
aku percaya.

x ada penghalang lagi.
cuma halangan dalam diri sajalah.
x ada cabaran lagi,
cuma cabaran diri sendiri sajalah.


teman tengok bola....




Sabtu, 29 Oktober 2011

Honda Banjir.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Thailand dilanda banjir sejak julai, dah 2 bulan berlarutan.
Kematian cecah 370 orang dan kerugian cecah 6 bilion US dollar.
memusnahkan 300,000 hektar tanah pertanian.
(jaga2 org yg suka makan beras siam, harga akan meningkat)
kat bawah ni, kereta yg ditenggelami air.
ini kat kilang Honda Thailand.









15,000 Bakal Hilang Kerja


Melaka: Dianggarkan 15,000 kakitangan awam berstatus kontrak di seluruh negara bakal kehilangan pekerjaan apabila kontrak mereka tamat bermula 31 Disember ini.

Pegawai dan anggota kerajaan yang bakal ditamatkan kontrak membabitkan peringkat kementerian, badan berkanun, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan, kontrak mereka tidak akan disambung tahun depan menerusi notis dikeluarkan terhadap semua kakitangan awam terbabit.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam ( Cuepacs ), Datuk Omar Osman berkata, mereka bakal kehilangan pekerjaan itu membabitkan perbagai perjawatan di sektor perkhidmatan kerajaan.

Katanya, kakitangan berkenaan ada yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

"Maklumat awal yang kami terima, mereka yang bakal kehilangan mata pencarian itu termasuklah jurutera, arkitek, akauntan, pegawai tadbir diplomatik.

"Kebanyakan kakitangan kontrak itu pula semuanya berkelayakan dan tidak berdepan dengan sebarang masalah disiplin, selain usia mereka masih muda," katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ismail Md Yusof yang akan bersara wajib bulan depan.

Hadir sama, Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng dan Pengarah Imigresen negeri, Kamaludin Ismail. Pada majlis itu turut diadakan sesi dialog di antara Cuepacs serta ahli KPISM.

Omar berkata, pihaknya banyak menerima surat, selain turut dihubungi pegawai dan kakitangan terbabit yang memohon pihaknya supaya melakukan sesuatu bagi membolehkan kontrak mereka disambung.

Katanya, pelbagai rungutan diterima pihaknya yang menyatakan mereka akan menghadapi masalah sekiranya kehilangan mata pencarian kerana sudah mempunyai komitmen dengan pembiayaan pembelian rumah dan kenderaan serta mempunyai anak yang masih kecil.

"Ada juga ibu bapa yang mempertikaikan anak-anak mereka yang akan diberhentikan itu mempunyai kelayakan yang baik dengan memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama.

"Maklum balas yang kami terima di peringkat ketua jabatan pula, mereka tidak mempunyai masalah dengan kakitangan kontrak terbabit dan hanya menunggu pertimbangan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini Cuepasc sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas pengumuman Bajet 2012 lalu bagi meminta malkum balas mengenai perkara itu.

Katanya, beliau berharap Perdana Menteri dapat menimbangkan supaya menyambung kontrak kakitangan terbabit untuk tempoh satu atau dua tahun lagi.

"Mereka bakal berdepan dengan pelbagai tekanan sekiranya hilang pekerjaan kerana hilang sumber pendapatan dan perlu mencari pekerjaan lain dengan segera," katanya.

Aku- ada kerja, x salah buat part time. jual kat pasar malam ke, buat insurans, MLM, jual burger dan banyak lagi. kerja kita tak semestinya kekal seumur hidup. 
jom berniaga. jom buat biz. 9/10 punca rezeki dari perniagaan. macam2 biz boleh dilakukan untuk menampung kehidupan. belajar tinggi2 pun x semesti makan gaji dengan kerajaan.



Jumaat, 28 Oktober 2011

Halau Suami Sengkek


Gombak: Hanya kerana tidak mampu memberi kemewahan selepas enam tahun berkahwin, seorang isteri menghalau suaminya dari rumah mereka di Taman Seri Gombak, di sini dua hari sebelum sambutan Deepavali lalu.

Lebih menyedihkan, teksi yang menjadi sumbar rezeki suaminya turut dirampas.

Sebaik dihalau, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menumpang tidur di perhentian bas di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, lelaki itu pulang semula ke rumahnya untuk berbincang dengan isterinya secara baik namun dia dipukul adik iparnya yang berang sebaik mendapati mangsa pulang ke rumah itu, kelmarin.

Mangsa yang sedih dan buntu dengan insiden itu terpaksa memberitahu ibunya sendiri untuk meminta bantuan.

Sumber berkata, mangsa dipujuk pulang ke rumah ibunya di Selayang, namun dia sekali lagi diserang keluarga isterinya di depan rumah keluarganya itu dan diminta mencaraikan isterinya kerana tidak mampu memberi kemewahan.

"Dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi itu,mangsa dikejutkan dengan kehadiran isteri, ibu mertua dan adik ipar yang menjerit dari luar rumah meminta mangsa menceraikan isterinya.

"Ibu mangsa dikatakan mententeramkan ketiga-tiga mereka namun dimaki-hamun selain diugut akan dicederakan dengan kayu dan cangkul yang dipegang adik ipar mangsa,"katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mahu berbuat demikain kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil walaupun sering dihalau isterinya beberapa kali.

Menurut, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu mententeramkan keadaan dan menasihati keluarga isterinya beredar.

"Isteri dan adik ipar mangsa dikatakan merampas telefon bimbit mangsa.

"Adik ipar mangsa dikatakn turut mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu menceraikan kakaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan-Harian Metro.

Aku- Macam2 kisah. Macam2 hal. Peningkatan kos sara hidup, sukar untuk dibendung. Gaji jadi semakin kecil....buat sesuatu nak tambah pendapatan. terbaik berniagalah.

Ziarah Jumaat, BOOOOOOm



Ziarah Pagi Jumaat...

Lepas breakfast kat belakang sekolah tamil sri serdang.
Singgah dulu di pasar pagi di parking masjid jamek sri serdang.
Lihat2 apa yang patut. Beli apa yang patut. Tengok org2 kita berniaga.
Macam2 ada. Sayur segar, dari ladang.
9/10 punca rezeki dari perniagaan.

Gembira tengok muka ceria para peniaga. Rezeki murah. Pembeli memang ada.
Mahal macamana pun pengguna tetap beli, kalau tak beli nak makan apa.
Kadang2 terpikir juga aku. Org melayu sekadar meniaga pasar pagi je?
Dah lama berbiz, tapi masih dok di takat lama juga.
Mesti ada peningkatan.

Sayuran jadi tumpuan pengunjung.
pilih!Jgn X pilih.




X silap aku, ni gerai kek dan roti.




Betik dan pisang segar...tapi org melayu sikit kurang makan buah..


Pucuk mmidin..buat bubur lambuk...hi!hi!hi!
Nenas; masak ke atau makan ccolek.

Keladi...sedap!



Mee kuning, Soya...


Kelapa pun banyak. Harganya aku x tanya pulak.
Lain2 tu ada la juga.
kuih muih. air2.
nasi kerabu.
baju2 pun ramai yg dok jual.
benih2 pokok pun ada.

Ziarah Safira..BOOOOOOOOm2.


Wow!
teruja dgn motor.
nampak macam minat je.
tunggu sikit masa lagi.
ni yg aku terbakar.
anak2 pun teruja, 
takkan aku x teruja.







baby punya penangan..
luahan hati sang anak.
baby buat catatan ini semasa kelas di safira.
terkejut juga aku. pandai pulak dia susun ayat.
boleh tahan la, baru umur 7 tahun.
pembakar smgt, utk kerja lebih gigih lagi.



Khamis, 27 Oktober 2011

Ziarah Safira..BOOOOOm.

Sahabat Blog.
Sahabat biz.

Syukur. Ziarah Penang telah selesai dgn jayanya. Misi tercapai. Hadiri kelas mingguan. Bertemu dgn beberapa leader hebat utara. Bertemu dgn leader dlm pembikinan. Leader sdg di asah. Semakin lama semakin tajam. Semakin lama semakin memukau.

Rabu. Cuti Deepavali. Kerja sambil santai dgn anak2. Kami bertolak jam 11 pagi lebih. Singgah dulu di Sungai Klah Hot Spring, 3 jam kat situ, mandi sampai puas. mandi sampai x nak mandi. aku x mandi. lepak2. santai2. tengok2 org mandi manda. hi!hi!hi!

2,3 jam kat situ. Kami sambung semula perjalanan. Jam 3 petang, bergerak slow2. Malas nak pecut. Sampai awal , setiap kali ke utara, mesti kena. pun x tahu apa nak buat. Lagi pula kamera polis dah berfungsi. Malas nak bayar saman. bukan sikit, 3,4 ribu juga setahun. setiap kali nak bayar road tax, kena settle saman dulu.

Jam 6.30 petang sampai kat Sungai Dua, Penang. Pekena mee udang dulu, awal ok sikit, udang dan ketam masih segar. kalau lewat, dah tak berapa segar. x best. Perut full. Byk pada skalo. Mee udang. Mee goreng. Satay lagi. hi!hi!hi!x ingat diri ado penyakit.

Jam 8 malam. Check in kat Safira Club. Nasib baik ada kosong. Siap2 ke kelas. x sabar nak bertemu dgn rakan2 biz. x sabar nak kutip ilmu. x sabar nak kutip smgt. anak lebih2 lagi. x sabar nok gi kelas. nak bertemu dgn rakan niaganya. mereka tu pewaris kami.

Semasa kelas. Sempat sembang dgn beberapa leader. Seronok aku dengar cite mereka. Seronok dengar gerak kerja mereka. Happy dgn kesibukan mereka. Happy dgn keseronokan mereka. beri sedikit nasihat, beri sedikit motivasi. halangan pasti ada, kalau mahu berjaya. Jgn mengalah. dari kisah2 mereka, aku yakin mereka bisa jadi juara. sedikit masa lagi je. jangan berhenti buat. Cdm Rezal, Cdm Wan, Ddm Lam, Ddm Din, Ssm Zuraimi dan beberapa lagi. Aku x ingat semua yg aku sempat jumpa.

Lepas kelas. Sesi seterusnya. Restoran Pelita Seberang Jaya. Nasi dalca jadi hidangan. kena tunggu, hampir sejam juga. 12.30 pagi baru siap. lewat pun lewat la. nak buat macamana. dah nak makan juga. anak2 dah mengantuk pun bersengkang mata. nak rasa kehebatan nasi dalca. ternyata x mengecewakan kami.

Pagi tadi, seperti biasa. Solat subuh. Siap apa yang patut. Jam 8.20 pagi check out, menuju ke pulau. Gi breakfast. Roti canai jadi pilihan kali ini. Org kata roti canai kat Penang sedap sangat.Restoran Roti Canai Jalan Argyll, jadi pilihan. Ddn din yang pandu kami ke sana. rotinya ok. kuahnya ok, banyak pilihan. Bukan setakat kual dal. ada daging, ada ayam dan ada kambing. Aku pilih daging.

Turut serta pagi tersebut, Cdm Fitri dan Ddm syukri. Boleh sambung kisah semalam. Sambung strategi semalam. Apa tindakan seterusnya. Apa yg perlu diperkemas utk tingkatkan sales. Strategi bantu Ddm menuju Cdm dgn lebih pantas dan bergaya lagi. X la naik cdm dihujung2. Kalau naik cdm hujung2, bila pulak Ddm kita nak naik Cdm. Sudah pastilah tahun berikutnya. Ternyata ini, membantut kita punya biz. Lambat terbinanya empayar. Pengalaman lepas menjadi pelajaran.

Mungkin kelas kat utara akan diadakan 2X seminggu. sekali seminggu, terlalu lama. jaraknya panjang. bisa hilang semangat. bisa luntur semangat. katakan kita demo dgn prospek hari khamis. prospek dah semangat nak join tapi nak hadir kelas dulu. jadi nak tunggu hari rabu, terlalu lama sangat. 6 hari tu brooo. boleh jadi bila tiba hari rabu, semangat dia dah terbang, dek lama menunggu. rugi!rugi!rugi! 2 x seminggu, adalah pilihan terbaik. lebih ramai boleh bawa prospek. lebih ramai yg kita boleh bantu. lebih ramai yang boleh kita jayakan.

Restoran pilihan. hanya ada roti canai sahaja. biz pun sampai tengahari sahaja.

Penuh meja. roti kosong 2 seorang. tambah lagi roti telur. kenyang!!bukan selalu dpt makan begini. lepas ini, pasti teringat2.
Servisnya cepat. kuahnya pun sedap. tapi kena tambah gula baru kaw. hi!hi!hi!
Bersama mereka menuju kejayaan. breakfast sambil bicara niaga menyeronokan. sesekali buat, boleh beri impak pada biz. boleh pilih mana2 kedai/gerai yang sesuai. kumpul 4,5 orang. cakap pasa biz. cakap pasal cabaran/halangan. cakap pasal strategi. cakap pasal impian seterusnya. kalau buat, pasti biz lg gempak. jgn pulak dok sembang pasal lain, x sentuh pasal meniaga. rugi masa...
Lepas breakfast. Kami ke Sunway Carnivall dulu. Jumpa rakan niaga. beri beberapa tips biz. org baru, amat perlukan tips utk mulakan biz. bagaimana nak bentangkan MP. Lepas kat situ kami ke sini. Kedai ubat phang oo lang. ambil ubat diabetis. dah 3 hari habis. aku ke sini 1 bulan 1 kali. dah 4 bulan. ubatnya sesuai dgn aku kot.

Solat sini dulu, sebelum bertolak ke KL. Sebelum ke sini. Lunch dulu di Din ikan bakar. wow! byknya lauk. sedap2 pulak tu. lebih2 lagi sup dagingnya.

Cantik dan sesuai buat musafir. tandas dan bilik mandi bersih.

Safira Club...BOOOOOOOOOmD


Safira Club
Pada 26/10/2011.
Rabu, cuti Deepavali.
Kelas tetap ada. kelas tetap berjalan.
org tetap ada. org tetap dtg.
penuh tetap penuh.
panas semakin panas.
aku turun, bersama anak2.
datang kelas. tuntut ilmu. bangkit smgt.


Jgn putus asa. Jgn berhenti buat. Antara pesan-pesan Cdm Kartini. Dah 11 tahun bergelumang dlm dunia MLM. Dah banyak pahit manis dalam meniti laluan dunia mlm. setelah pahit, hujungnya manis. masih bertenaga. masih bersemangat. masih kental. mahu jayakan lebih ramai lagi. mahu jutawankan lebih ramai lagi.

Ddm Lan. wow! dah Ddm. Macam x percaya. Macam dlm mimpi. itulah uniknya bimbingan akademi taipan181. org biasa2 bisa jadi org hebat. bisa keluarkan naga yg tertanam dalam diri. mengaum seluruh Utara.  jadi emcee tadi. kat tempat kerja, mana ada peluang begini...semakin yakin dgn kebolehan dirinya.

Pasangan Cdm hebat. X jemu2 buat.  X jemu2 berbiz. X jemu2 menjayakan. X jemu2 dijayakan. X payah cite panjang2. Warga Akademi sememangnya dah tahu. Terima kasih atas layanan yg diberikan kepada kami warga taipan181 KL. Sungguh menakjubkan.

Antara mereka yang hadirkan diri tadi. Nak berjaya mesti sanggup dtg kelas,walaupun dlm mood cuti. Nak dapat lebih mesti kerja lebih dari org lain. extra kerja. extra masuk.
Cdm Kartini; turut hadir tadi. Ambil aura Safira Club, bawa ke KL. Bakar dan terbakar tadi.

Panas. Cuti pun panas. Sape x panas tadi, x tahu apa nak cakap. ada yg X lena tidur. ada yg dok termimpi2. dari KL turun, lepas kelas terus balik. wow! Hebatnya tarikan Safira Club. Ada juga yang x balik. rehat dulu 1 malam. sedut lebih banyak aura.
Ddm Syukri. Bintang baru dalam pembikinan. Semakin bersinar. Semakin memancar sinar. Tadi diberi peluang utk bagi talk, 7 faktor kenapa pilih akademi taipan181.

Rabu, 26 Oktober 2011

Sungai Klah..BOOOOOOOOOOOm

Hari bersama anak...
Citenya sat lg.
kelih gambar je dulu...
nak cpt. kelas dah nak mula...
Baru boleh mula cite. 
dah ceria kembali.
dah enjoy kembali.
setelah rehat semalam.

Menuju Utara, singgah dulu kat Sungai Klah Hot Springs.
bagi peluang pada anak2 untuk mandi manda dulu.
santai dgn anaklah katakan. 
"asyik meeting, meeeting, meeting".
komplen mereka.
selalu dengar org cakap.
selalu tengok kat paper.
semalam, kami beri masa utk ke sana.

wow! cantik. menarik. tertarik.
seronok mandi. seronok main air.
org ramai, tapi puas hati.
tiketnya murah.
org dewasa, RM10. Kanak, RM8.
terjangkau harganya. gi ramai pun tak rebeh poket.

tak straight sgt.
boleh bawa makan. siap bawa periuk nasi.
makanan yg dijual kat dalam pun murah.
sesuai sgt kalau nak gi ke sana.
hanya mandi, x ada permainan canggih lain.
tapi cukup2 seronok/enjoy.
budak kecik pun boleh main sama.


Keluar ikut tol Sungkai lebih mudah. belok kiri gi depan sikit belok kiri lagi. jalan terus ikut papan tanda. 15 minit bisa sampai. nak tidur pun boleh. ada hotel...
Ramainya org hari cuti umum.


best dpt mandi bersama anak2.



Laksa pun sodap.






dah penat. dah cukup.

Ketika anak2 ralit mandi.
aku dan cdm pun ke kawasan air panas.
sedikit tersorok, disebalik semak.
teduh dgn pokok2.
inilah tarikan utama.
Rebus Telur, aktiviti tarikan ramai.
Telur dijual kat sini. Siap kicap jual. Kalau nak sedap, bawa kicap dari rumah. Bawa kicap manis. Lagi kaw. kat sini kicap masin!
Masa masak pun ada. senang. x payah dok tertanya2. masak ke belum.
Panas tu..

Kelihatan mereka sdg rebus telur.

Inilah hasilnya..masak. cantik.
EEEH! Rendam kaki pulak. x tahan panas. 1 saat dah x tahan.

Ramainya! Nak jual kaki ke tu?
Cdm bersama telur rebus..


Ini pulak kawasan terapi. juga dgn air panas.

Nampak tu. laman jalan kaki refleksologi. dilalukan air panas. ini boleh tahan sikit. tapi x leh lama juga. panas!!!

Jalan la. apa tunggu lagi.

Cantik!

Kelaparan setelah 2 jam mandi. maggi ada jual.sat dok ggopa.

Nasib baik bawa nasi lemak.

Ini kat lain tau. 'Selera Sri Tambang, mee udang'
Apa2 pun program santai bersama anak2 di sg klah amat menarik.
anak2 pun seronok, enjoy, happy. 
bila nak dtg lagi?
lagi moleh gi musim durian, byk kebun di sekitarnya.

Sociable