Jom Follow

Rabu, 29 Februari 2012

Garlic; Amalkan Setiap Hari.


Hai-O Garlic.
2 X sehari aku telan.
Dah lama aku amalkannya.
Hampir 6 tahun.
Cuma 3,4 bulan kebelakangan ni tak berapa konsisten.
Akibatnya, badan aku banyak angin.
Tapi cepat-cepat, mula amalkan semula.
Tubuh kembali sihat, tak banyak angin lagi.
Makan benda-benda sejuk pun tak ada masalah.
Kalau tak, mula tak sedap badan. 'Sekok'.
Kena 5 biji garlic, keluar angin.'kentut'

Garlic; Amalan sejak dulu-dulu lagi.

Cepat Tiket Nak Habis.

Sahabat biz.

Wow! Berita positif. Berita menggembirakan. Khabar menakjubkan. Khabar luar biasa hebat.

'Diamond night' Hai-O Marketing, terpaksa pindah tempat. Tempat tak cukup luas. Tempat tak cukup besar. Tempat tak cukup nak tampung warga Hai-O yang nak datang. Tiket macam goreng pisang panas. Orang berebut-rebut nak beli tiket. Bukan warga Lembah Kelang saja yang nak datang, tapi seluruh negara nak datang. 

Pihak Hai-O pun terkejut dengan perkembangan ini. Jadi tak nak menghampakan orang ramai, tempat terpaksa ditukarkan. Cari tempat yang lebih besar lagi. Biar semua yang berhajat datang dinner, dapat seat masing-masing.

Warga Akademi Taipan, lembah kelang. Cepat booking tiket. Kalau tak dapat tiket, jangan salah syarikat. bertindak segera. bertindak cepat. bertindak pantas. walaupun tempat lebih besar, tiket tetap orang berebut. Dengar khabar, warga utara dah booking 6 meja. KL berapa meja semua?Cepat booking tiket dengan CDM masing-masing. Harga tiketnya hanya RM100 sahaja. Syarikat guna polisi, siapa cepat dia dapat. Tak macam dulu-dulu lagi. Setiap group akan dapat jumlah tiket tertentu. Cara tu dah tak pakai lagi. Bayar duit, dapat tiket. Tak bayar tak dapat tiket.

Bila tiket dah berebut-rebut. Itu tandanya suasana meniaga Hai-O semakin berkembang. Semakin diterima ramai. Semakin menjadi-jadi.

Akademi Taipan181.

Langkah Terbaik?

Tindakan terbaik kita;
  1. Naikan meniaga.
  2. Besarkan meniaga.
  3. Lebarkan network.
  4. Dalamkan network.
  5. Gandakan income.
  6. Tambahkan leader.
  7. Tambah positif, minda dan tindakan.
Bukan tak boleh buat pakej, tapi belum jadi.
Siapa yang dah mula jadi, teruskan supaya ianya lebih jadi lagi.
Bakal prospek sikit-sikit bertambah, sikit masa lagi akan lagi ramai.
Orang yang nak kerja dah semakin bertambah.
Orang koma, dah mula buka mata.
Orang slow, dah melangkah laju.

Jumpa CDM Ah Hock. Tengahari gi HQ, urus pasal tiket diamond night. Alang-alang dah kat Kelang, jumpa terus sifu.

Lama tak berguru dengan CDM Ah Hock. Sekali-sekala perlu juga suntikan motivasi dari sifu hebat. Seorang sifu yang telah lama berada dalam dunia MLM. Dah lebih 25 tahun. Mahir dengan sepak terajang dunia MLM.

Medan pertemuan tadi.


Akademi Taipan181.


X Dibantu.

Tamak dan bimbang- jika dibantu, bimbang yang dibantu akan menyamai atau melebihi kedudukannya. Lebih-lebih lagi bila sideline. Kalau yang dibantu tu downline, ok sikit. Tapi ada juga yang tak suka membantu, walaupun downline. Dah jauh. Dapat pun sikit. Dapat tak banyak mana. Dah putus 7 generasi. Lebih baik bantu yang direct line. Lebih-lebih lagi yang belum SM. Selalu beranggapan ada yang akan bantu, terutama upline directnya. 

Akademi Taipan181.

Kelas USJ Taipan.

Sahabat biz.

Dah 30 minit. Sampai rumah. Lepas kelas terus balik. Tak singgah mana-mana. Rasa malas nak menyinggah. Kalau menyinggah lewat pulak sampai rumah. Lewat sampai rumah tak pa lagi. Tak tahanya bila menyinggah, mesti makan punya. Bila makan lewat malam. Susah nak jenera. Lagi pun tak elok makan lewat malam. Boleh mengundang pelbagai penyakit. hi!hi!hi!.

Lepas kelas, masing-masing sibuk. Closing bulan februari. Masing-masing dengan rakan niaga. Jadi kami, boleh balik rumah awal. Bukan selalu dapat peluang begini.(perasan la tu)

Kelas pun sudah awal. Itulah untungnya mula awal. Sempat lagi sembang, santai dengan rakan kongsi. Orang jauh pun, tak susah hati. Boleh sampai rumah awal juga. Esok boleh gi kerja, tak ada megantuk punya. Happy je. Minggu depan boleh datang lagi. Boleh ajak bakal prospek. Sampai rumah awal. Tak kacau masa tidur. Inilah kelas bop yang dicari-cari. Siap awal. Bagusss!

Bila mula lebih awal. Ramai juga yang tak sempat. Jadi minggu depan, mesti datang awal. Baru boleh ikuti kelas dari mula. Tadi pun dah hujung-hujung baru penuh. Tak apa lain kali, kita pakat-pakat datang awal. Ejas masa masing-masing.

Kelas. Semakin wow! CDM Yan jadi emcee. CDM Kartini, kata-kata aluan. CDM Zana ice breaking. Lepas tu sharing....

Nah foto-foto kelas tadi.

CDM Jai tutup sales. CDM Kuyah bersama Kuna tutup sales. DDM Mazlina tutup sales. Tutup sales bulan feb. 10/3 insyaalah income masyuk.

DDM Azhar bersama geng-gengnya. DSM Nasir dan SSM Danny. Bekerja bersama. Bertindak bersama. Insyaalah berjaya bersama-sama.

Bioaura, Biozone. Premium beautiful.

JTX 1000. Aku nak JTX800 tak ada. Kena tangguh dulu servis Myvi aku tu. Nak pakai minyak enjin JTX800 juga. Tunggu pun tunggulah. Nak barang baik, mestilah kena sabar.

Maharani. Menjadi sebutan hari ini. Beli sekali. Tiap-tiap bulan oder. Barang baik, cepat tersebar. Ramai pengedarnya tak menang tangan. Apa yang bagusnya. Tak payah aku jawab. Tanya je pada siapa yang pernah makan. Mengganas...hi!hi!hi!

Ini pulak teh cina.

Sibuk CDM Zana dok mencatat. Apa yang dok catat. Size PB ke? Ke barang apa yang nak maintain?

Sibuk! Share peluang. Seorang tengah bercakap. Seorang sedang SMS.

Kongsi ilmu, agar sama-sama dapat income besar.

CDM Hanim dan DDM Rosol.
Slot sharing. Gambar-gambar dari CDM Faridah Mohd Ali. Motivator Akademi Taipan181. Terima kasih CDM.

DDM Tengku. Selangkah lagi nak capai pangkat tertinggi. Bukan lama pun bertungkus lumus bersama Akademi Taipan181.
SSM CC Hamid. Dah siap sedia nak terbang ke Vietnam. Pasport pun dah siap. Tunggu nak cop je.
DDM Azlina.

Selasa, 28 Februari 2012

Baby Tahun 2012.

Wow!
Terkejut aku.
Baby baca al-quran lepas solat maghrib semalam.
Satu perubahan yang menakjubkan.
Aku harap ianya berterusan.

2012.
Nampak lebih serius belajar.
Lebih serius buat kerja sekolah.
Lebih serius menghafal surah2.
Lebih serius solat.

Ahad, hari tu.
Baby sungguh-sungguh belajar.
Isnin ada ujian.
Satu perubahan positif.
 
Tahun lepas, Baby buat tak tahu je.
Tak kisah dapat berapa pun.
Tak kisah boleh buat ke tak boleh.

Gi sekolah pun, dah pandai pilih jadual.
Begnya taklah berat sangat.
Kalau tak semua buku Baby nak bawa.

Kami pun lebih serius.
Ada masa untuk semak Baby punya kerja sekolah.
Ada masa ajar Baby, sebelum ujian.
Ada masa, hantar Baby ke sekolah.
Ada masa teman Baby belajar malam-malam.
Elak ambil appointment lepas maghrib.



Soccernomics.

Wow!
Buku baru, semalam baru beli.
Beli pun kat Popular IOI.
Tumpang CDM gi demo dekat-dekat situ.
Malas nak tunggu, aku ke IOI.
Mana tahu, ada buku yang menarik untuk dibaca.

WoW!
Terpikat dengan buku ini.
Balik terus baca. Baru je habis.
Seronok. Cite pasal bolasepak.
Tak boring. Banyak info baru bagi aku.
Kenapa England sering kalah?
Analisis tendangan penalti.
Anjur Piala Dunia, boleh untung ke?
Kaitan jumlah penduduk, pendapatan perkapita
 dan pengalaman dengan kejayaan sukan bolasepak.
Kemunculan kuasa-kuasa baru bolasepak.
Ada masa boleh membacanya.
Sibuk demo, teruskan buat berniaga.
Buat duit banyak, kukuhkan network, kelak ada masa lebih.
Boleh beri tumpuan kepada apa yang kita minat.

Wow!
Bila dah banyak duit.
Mampu tonton Perlawanan Piala Dunia di Stadium.
Tak sempat kat Brazil(2014), kita ke negara Rusia(2018) atau ke Qatar(2022) nanti.

Akademi Taipan181

"Hak Milik Bumiputera Sepenuhnya"

Wow!
Lagi sekitar Bandar Baru Bangi.
Tak silap aku kat seksyen 7.
Kalau silap maaflah, tak biasa dengan BBB.
Apa yang menarik dengan gambar ini.

"Hak milik Bumiputera Sepenuhnya".
Apa maksudnya?
Apa tujuannya?
Apa kelebihannya?

Nak ramai-ramai orang bumiputera mengunjungi kedainya.
Kerana tuanya bumiputera.

Bagaimana dengan servisnya?
Bagaimana dengan harganya?

Orang pergi kerana hak milik bumiputeranya atau kerana servisnya.

Jawapan ada ditangan anda.

Akademi Taipan181.

Ice Cream.

Wow! Pagi-pagi dah tunjuk ice cream. Foto ni aku shot kat Masjid Bandar Baru Bangi. Dah 2 minggu ni. Saja simpan dulu.Hari ini ada mood nak jadikan entry. Tuannya memang tepat strategi. Meniaga tempat tumpuan ramai. Bila tengahari jumaat, masjidlah tempat paling bagus. Budak-budak ramai. Dalam foto ni, bukan budak-budak je yang berebut, orang dewasa pun suka ice cream. Cuaca panas barang kali. Masa aku kat situ, tak ada persaingan. Dia je yang jual ice cream. Wow! hebatnya. 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.
Akademi Taipan181.

Isnin, 27 Februari 2012

"No"

"No", may have meant,

"Not with you"
"Not with your company"
"Not now"
"Not enough information"

Akademi Taipan181.

Gagal.

Ramai yang berjaya setelah beberapa kali gagal. Bila gagal, mereka bangkit kembali. Gagal lagi mereka bangkit lagi. Mereka jadikan kegagalan tersebut sebagai pendidikan. Dunia MLM pun sama. Dah masuk syarikat A, tak berjaya. Mana tahu dengan syarikat B kita boleh berjaya. Tak pelik kalau jumpa leader hebat syarikat F, telah menyertai lebih dari 10 syarikat sebelum berjaya. Ada juga tetap masuk syarikat yang sama, tetapi di bawah upline/group yang lain pulak. Mana tahu, upline/group baru punyai sistem latihan yang lebih bagus lagi. 

Seseorang berhenti pemyebabnya mungkin produk, syarikat dan upline.

Akademi Taipan181.

Ynonne Ridley.

WoW! Buku ini beli di Kedai Jaafar Rawas Kota Bahru. Dah lama aku nampak buku ni. Tapi tak rasa pun nak beli. Lagi pun buku ini bukan Yvonne yang tulis sendiri. Orang lain yang tulis, penulis pun menetap di Indonesia. Sangka aku, di ceduk situ sikit, ceduk sini sikit. Kumpul-kumpul dijadikan sebuah buku. Tapi buku ini lain dari yang lain. Kita baca tulisan, seolah-olah Yvonne sendiri yang menulisnya. Tapi semasa kay KB, aku nampak dan terus bayar. Balik bilik aku terus baca. Tak sampai 2 jam pun boleh khatam. Terasa rugi, lambat aku membacanya. Tulisan yang menarik. Jalan ceritanya hebat. Teruja bila membacanya. Teruja dengan kecekalan seorang wartawan mencari berita untuk dikongsikan dengan warga dunia. Bila matlamat telah mereka tetapkan, tak ada lagi penghalang. Mereka bekerja ke arah matlamat tersebut. Kadang-kadang dalam pencarian menuju matlamat, nyawa mereka terancam sekali pun mereka tak kisah. Selepas 2 tahun keluar dari penjara Taliban, menjadi seorang muslim. Mengkaji islam selama 2 tahun, selepas keluar dari penjara Taliban dimana dia ditahan hanya 10 hari sahaja.
Sedang ralit membaca. Wow! dah lama aku patut baca buku ini.

Duit Sejuk.

wow! 
Shop to let.

wow!
Pasif income lagi.
Kalau semua ada penyewa.
Sejuk-sejuk dapat RM6100 sebulan.
Bayar kat bank berapa?
Mesti ada baki punya.
Kalau bayar kat bank RM4K.
Masih berbaki kat tangan RM2K.
Itu untuk satu kedai.
Kalau ada 5 buah kedai.
wow! cecah RM10K sebulan.

Jom.
Kita mulakan sekarang.
Setiap 1 atau 2 tahun beli satu kedai.
Simpan duit setiap kali dapat bonus.
Bila dah cukup dan bonus semakin mantap.
Boleh risik-risik, kawasan mana ada shop lot yang nak dijual.
Kalau dapat beli shop lot yang sedang dibina, harganya lebih murah.

wow!
Berniaga rajin-rajin.
Bagi masa lebih sikit untuk berniaga.
Bagi yang buat part time, 10 jam seminggu.
Kalau lebih lagi bagus.
 
 

Ahad, 26 Februari 2012

Ziarah Kelantan.



Jumaat tengahari kami bertolak ke Kelantan. Apa hal balik Kelantan? Mesti ada yang tanya. Balik dengan tiba-tiba. Ramai rakan niaga tak tahu. Ada 2 sebab. Paling utama, ziarah orang sakit. Sape sakit? Mak Su, masuk hospital. Jalani pembedahan kecil. Dah alang-alang balik, jengok-jengok la kelas yang diadakan kat Kelantan. Tak buat apa-apa, sekadar tunjuk muka. Jadi peneman geng-geng yang buat.
Licin. Kena nasi kat Simpang Petronas felda kecau. Makanannya sedap pulak. Apa lagi menambah sakanlah aku.
CDM Kartini bersama Aiman ke Hospital. Aku masih tak larat, ketika ini. Masih terasa sakit dalam perut.


Pagi tadi, awal-awal lagi kami terbang ke KL. Kat KL ada kelas macam biasa. Jadi kami telah wajibkan diri untuk hadirkan diri. Jadi terpaksa naik flight pagi tadi. Kalau berkereta seperti hari pergi, memang tak sempatlah hadiri kelas pagi tadi. Komitmen kena beri 100% baru boleh kekal berjaya. Nak berjaya sebenarnya lebih mudah dari nak kekal berjaya.

Kelas kecantikan. Kaedah alternatif nak dapatkan bakal prospek. Nak dapatkan 10-20 orang baru datang kelas ini, cukup-cukup susah. Kena 'gile-gile kerja'. Kena call/jemput/sms/e-mail cecah 100 orang lebih. Kena 100 orang lebih. Nak dapatkan orang seramai tu, wow! mati ma! Nak ahlikan mereka ni cukup-cukup susah. Kena follow-up. Follow-up pun mesti jenis tak malu punya. Macam-macam alasan mereka bagi, tak nak jumpa. Kalau 20 orang yang hadir ke kelas, kalau dapat follow-up, 4,5 orang pun dah cukup bagus. Follow-up pun, kadang-kadang sekadar sekotak maharani, paling kuat pun satu set premium beautiful. 2,3 kali buat kelas, mungkin dapat 1 yang join ahli. 

Foto yang aku rakamkan dari lantai 4, bangunan Mara Kelantan. Tempat diadakan kelas pada pagi sabtu, 25/2/12.
Bazar Tok Guru

Mahkamah.

Muzium Kelantan. Bumbung merah. Aku tak pernah masuk. Tak tahu apa isinya.



Kat Kelantan. Tak balik kampung pun. Dok kat KB je. Pelanggi Mall tempat menginap. Terletak tepi sungai Kelantan. Pemandangannya menarik. Tempat mudah nak cari. Nak makan pun mudah. Nak shopping juga mudah. Parking pun senang. Dekat dengan Masjid Muhammadi. Tumpang bilik yang disewa oleh geng kelas kecantikan. Lebih jimat sikit kot. 
Wow! 1810. No rumah yang kami menginap. Teruja tengok.












Hari jumaat. Sampai KB, dekat-dekat dengan maghrib. Terus ke PCB, makan pat pet belut. Sampai sana, jam 8 malam. Tapi menunggu hampir 2.30 baru dapat makan. Bayangkan orang sedang kelaparan makan. Lepas geram lagi, dah lama sangat menunggu. Si Aiman dah 2 kali menangis. Tapi bila dapat makan, hilang segala marah kerana lama menunggu. Pat pet belutnya sungguh sedap. 

Lepas tu, balik apartmen. Apa lagi, mandi-mandi dan tidur. Wow! lena sakan. Kepenatan seharian dalam perjalanan. Lagi pun malam jumaat, aku hanya dapat tidur hanya sejam sahaja. Tapi malangnya, aku tersedar jam 3 pagi. Tak leh tidur sampailah subuh. Lepas subuh baru boleh tidur. Kenapa? Angin banyak dalam tubuh. Sakit perut. Seksanya sampai pagi. Sakitnya susah nak cite, sape yang pernah kena, mungkin tahu. Makan sayur kangkong banyak sangat. Lepas solat subuh, pekena garam buluh 2 paket. Lepas tu baru boleh tidur dengan amannya.

Petang sabtu. Aku ambil kesempatan untuk berurut. Sejam berurut. Ringan badan. Hilang lenguh-lenguh badan. Dah tak berangin lagi badan. Masa berurut, sendawa tak berhenti-henti. Sakit bahu hilang. Dah boleh angkat bahu. Syukur.

Malamnya. Apa lagi. Cari makan. Lepas tu, ke wakaf che yeh. 

Foto sekitar KB.









Wow! Danish(fotostat) kata, kari kepala ikan kat sini sedap. Tapi aku tak pernah rasa.

Menara Masjid Muhammadi.


Makan mee celup.


Jual ikan guna motor.
 
  

Sociable