Jom Follow

Khamis, 6 Mei 2010

melawat sekolah.

semalam kami berada kat Ipoh. buat kelas untuk orang-orang hebat perak. syukur pada Ilahi, kedatangan amat menggalakan, wpun sedikit kurang. tapi yang hadir tu semuanya leader-leader yang tahan cabaran.leader-leader yang mempunyai hala tuju yang jelas. leader-leader yang sentiasa mencabar diri sendiri. leader-leader yang percaya dan yakin dengan strategi baru. leader-leader yang tak mudah yang walaupun 'no' mereka jumpa setiap hari. leader-leader yang benar-benar nak berubah, dan inilah kenderaan yang akan membawa mereka ke pulau impian. bagi kami seorang leader akan bawa 10 orang baru pada meeting hari ahad ini. semakin ramai sambutannya dan kami akan g sana lagi.

semalam bertolak balik jam 12.20 pagi. berhenti tidur kat kawasan rehat jejantas sungai buluh. tidur kat situ 2 jam lebih. lepas solat subuh baru sambung semula dan sampai kat rumah jan 6.15 am. rehat sekejap dan jam 9.00am kami dah keluar lagi. cari prospek baru untuk dijadikan orang baru. ingat orang baru adalah nadi dalam meniaga mlm ini. tak ada yang boleh mengaku dah kukuh dan stabil. proses ganti mesti dilakukan. orang boleh pergi bila-bila masa je. tak kira apa pangkat mereka. malah cdm sekali pun boleh berhenti.

lepas makan tengahhari kat rumah cdm kuyah, saya pun g ke sekolah lama. saja jumpa kawan-kawan lama dan ambil duit BA. saya dah guna buat beli buku kat gramedia mines shooping center. beberapa orang saya sempat jumpa, dok merungut dengan kesibukan kerja. tambahan pulak kehadiran pengetua baru. lagi banyak aktiviti sekolah. tak sempat nak buat benda lain selain dari dok pikir pasal sekolah. apatah lagi kalau nak memulakan suatu usaha menambah duit poket. sibuk tapi duit tak bertambah. bila sibuk kos pun cikgu kena keluar juga. sikit atau banyak. nasib baiklah saya dah berhenti. mereka asyik merungut tapi tak berusaha untuk keluar dari kepompong tersebut. 10 lagi saya rasa merungut juga kerja mereka. berubahlah! sekarang masa paling sesuai untuk memulakan sesuatu usaha ke arah kecemerlangan. esok belum tentu lagi. ada seorang cikgu telah mengajar kat situ dah 31 tahun. masyaalah. lamanya. tapi kalau buat MLM selama itu tak tahu nak gambarkan macamana dia sekarang. dia tunggu nak tukar sekolah dekat dengan rumahnya je. masih ada 4 tahun lagi nak pencen. 4 tahu kalau buat hai-o gile-gile dah bisa jadi jutawan, kok gitu.

seorang cikgu tu dah buat hai-o tapi dengar group lain. nampak slow je, tak boleh laju-laju banyak keje. bagi saya mesti laju kalau nak berjaya. cari masa untuk bergerak dan jangan tunggu masa baru nak bergerak. orang dah ke bulan, kita masih terkial-kial lagi. sembang pun kat wakaf bawah pokok tepi kelas. kat sekolah tadi ramai prospek, ada pameran rekacipta peringkat sekolah teknik selangor/kuala lumpur. sekarang ni semua orang adalah prospek. menanti-menanti untuk dilamar. esok masih ada lagi. final debat pulak. untuk sukan bola sepak, ragbi, netboll pulak kat sekolah teknik kuala selangor. sapa-apa ada masa jenguk-jenguklah tempat tu mana tahu ada rezeki. pancing mengena!

bertemu annda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger