Jom Follow

Ahad, 2 Mei 2010

meniaga, meniaga!

Salam. selamat pagi pejuang semua. hari ahad, hari bekerja bagi yang kerja sendiri. orang kerja sendiri ni , biasanya peniaga atau yang terlibat dengan perkhidmatan atau buat sales. mereka ni tak terlibat dengan rutin kerja isnin-jumaat dan 9am-5pm. macam kitalah. buat mlm ni mana ada cuti. hari cuti lagi ramai prospek yang nak kita jumpa. bagi yang buat MLM part time lagi gila hari ahad. hari kerja, mereka tak boleh pulun. geram je, memendam rasa. jangan pulak hari ahad ada aktiviti lain, bila nak meniaga besar. bila nak tambah duit lagi.

masih ramai lagi yang belum balik ke distinasi masing-masing selepas seminar sehari semalam. mungkin juga akan datang meeting pagi ini. kehadiran anda amat taipan alu-alukan. semalam dari kelantan 1 bas, hebat dan teruja dengan kesungguhan yang ditunjukan. tak pelik kalau mereka berjaya. pukul berapa sampai pun saya tak tahu, tapi pengorbanan yang dilakukan akan terbalas jua. nak berjaya mesti sanggup susah payah dulu. cdm-cdm pun saban minggu turun, semata-semata nak jayakan semua yang mahu. jadi kadang-kadang kena datang KL itu dah tak bole dielak lagi.

ada juga leader tak nak g seminar, habiskan masa dan duit je. bukan setakat dia tak datang, dia racun pulak rakan kongsi supaya tak datang. rugi sangat-sangat, majlis ilmu amat penting dalam meniaga MLM. kalau kita tak boleh bakar mereka , bagilah pada yang pakar. orang macam ini, meniaganya akan penat. semua kerja dia kena buat. demo, kutip dokumen, urusan bank dan stokis. rakan kongsi tak boleh duplikasi kerjanya. sepaututnya ajak semua rakan kongsi datang seminar, dibakar ramai-ramai lagi hebat kesannya dan bertahan lebih lama lagi. meniaga pun akan menjadi-jadi. jangan dok tanya kenapa meniaga tak naik-naik. tengok dulu attitud diri sendiri.

kalau tak g, ada sebab yang tak boleh elak tak kisah. ini tak ada paksaan. meniaga masing-masing. siapa buat dia akan dapat. ada juga yang datang, tak ceria dan tak ada mood, entah apa masalahnya , saya malas nak ambil tahu. apa yang penting meniaga mesti besar dan berterusan dan tak berhenti membesar. nak besar meniaga mesti ada ilmu meniaga dan komunikasi. ilmu komunikasi amat penting kalau nak meniaga lama dan besar. bagaimana nak cakap dengan dline, stranger dan banyak lagi. banyak yang terlepas cakap dengan dline, tak sayang meniaga ke?

"saya g tolong pun, hanya dapat bonus pemisahan cdm je 3%, lebih baik g bantu kaki baru." ada yang cakap gitu. cakap le alasan lain. nanti dline kata bantu, bimbing kerana nak duit. elakkan cakap-cakap yang boleh mengusik ketenangan meniaga dline, walaupun dah cdm. dline kita sebenarnya terlalu seronok dan happy bila cdm turun jumpa mereka. mereka tak mintak kita g demo, cukup sekadar tunjuk muka pada kelas-kelas yang mereka buat. ada lagi teruk, siap bergaduh, bertegang leher dengan dline. jangan gitu, sabar, upline mesti telan dan simpan. kalau tak boleh telan dan simpan, alamak meniaga tak besar dan tak boleh lama. simpan dan telan kata-kata negatif dari dline. luahkkan hanya pada upline.

MLM ni mesti ada seni dan peraturan tak tertulis. mesti tahu peraturan ini kalau mahu meniaga lama dan kembang. ada yang dah lama tapi tak kembang-kembang. di mana silap?

jangan banyak buat janji, kelak tak boleh tunai. sekali 2 tak apa kalau selalu buat, dline hilang hormat pada kita. bila hilang hormat, anda tahu betapa susahnya meniaga kalau dline tak hormat kita. contohnya. " tengahri ni kita jumpa." dline dah seronok dan dah cancel appt pun, tiba-tiba kita pulak tak jadi. kata nak datang kelas, bila tiba harinya kita tak jadi. dline siap dah tempah makan dan kerah ramai-ramai orang datang kelas. nak berjanji pikir dulu, boleh tunai ke tak. ingatan ini juga untuk saya sendiri. saya jugga tak lepas dari buat kesilapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger