Jom Follow

Sabtu, 8 Mei 2010

kelas hari ini

salam. berjumpa lagi hari ini. lambat sikit hari ini. maklumlah pagi tadi ada kelas pengukuhan kat stokis Ng. tengahhari ambil anak kat Sekolah Seri Abim Bangi, g makan kat restoran asam pedas bangi, g asrama surau al-amirin dan hantar anak ke rumah cdm kuyah. baru sampai rumah dan boleh mengadap pc ni.

majlis ilmu hari ini terpaksa guna 3 bilik sekali gus. ttc 1, ttc 2, ttc 3. cdm hadir kecuali yang ada tugasan di luar kawasan. dari Melaka sampai, dari Negeri 9 pun ada, Kedah pun sampai dan lain-lain tempat dalam Malaysia hebatnya sambutan warga taipan terhadap majlis-majlis ilmu. kalau ini berterusan, tak sebab kita gagal. kesungguhan dah ada. ketika orang lain sedang berehat kat rumah kita terus bekerja. ketika orang dok pikir-pikir nak tambah pendapatan, kita dah dapat jalannya. ketika orang dok pikir apa lagi usaha yang boleh dibuat untuk menampung belanja harian. kita dah ada caranya. banyak-banyak kita bersyukur pada Allah kerana memberi peluang untuk kita semua. ramai lagi yang menanti-nanti peluang sebegini. banyak-banyak bersyukur juga kerana kita telah masuk dan sedang berusaha untuk berjaya. kita bukan masuk dan duduk saja, menunggu kejayaan tiba. kita masuk , kita buat usaha, jumpa prospek dan hadiri kelas ilmu seperti hari ini. usaha kita akan dibalas oleh Allah.

usaha-usaha sebegini kena berterusan buat kalau mahu bertahan sehingga berjaya. group lain jarang buat ini. masing-masing buat dan tak ada kesepaduan. susah nak kembang dan kalau kembang pun akan musnah kalau kena ancaman. inilah berkat bersama dan bersatu dengan taipan 181. semua orang menumpang taipan, tak ada siapa hebat, tak ada siapa lebih, tak ada siapa terpinggir, tak ada orang kiri, tak ada orang kanan dalam taipan. semua orang menumpang taipan 181. syukur pada Allah pertemukan kita semua dengan taipan. memacu kami semua ke arah yang lebih bagus.

bukan kat KL je hari ini ada kelas. Kuantan ada kelas, Kuala Terenganu ada, Perlis ada, Kota Kinabalu ada, malam ni seremban, sarawak pun ada. semua tempat semakin panas, semakin sendat. begitu meluasnya jaringan group kita.

bersama dan bersatu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger