Jom Follow

Selasa, 31 Januari 2012

Hati Berbolak-Balik..


wow!
Selasa yang ditunggu-tunggu.
kelas malam ini, jangan lupa.
bukan setakat jangan lupa,
mesti hadirkan diri, kalau nak terus suksess dalam dunia MLM,
bersama Akademi Taipan181.
Akademi Unggul dalam dunia MLM di Malaysia.
wow! hebatnya Akademi yang aku berpayung.

Mlm nie jom charged semangat berniaga di usj9...leh amik stok lacto-lite,maharani...permintaan yg sgt tgg dr para wanita yg mementingkan 3K...kecantikan,kesihatan & kekayaan.
Ini baru betul. Tak miss kelas.
Bila tak miss kelas, semangat maintain.
Kekal hebat, kekal berniaga.
Paling penting tak mudah goyah dengan kata-kata negatif orang sekeliling.
Kalau kurang datang kelas, hati senang berbolak-balik.
Orang cakap sikit, cepat melenting.
Orang sindir sikit, dah down, 3,4 hari tak berniaga.
Orang jeling sikit, 2,3 kali tak datang kelas.
Sekejap penuh semangat, sekejap down sakan semangat.
Susah nak kekalkan momentum yang ada.

Susah kalau pikir susah.
Senang kalau pikir senang.
Setiap orang ada masalah.
Tapi letak tepi masalah.
Malam ini datang kelas, 
cas semangat, kumpul semangat, berniaga sungguh-sungguh.
Insyaalah kita sama-sama keluar dari kelompok miskin bandar.
Keluar dan menuju ke alam pilihan kita.

Banyak masalah berkisar pasal duit.
Banyak kes cerai berkaitan dengan duit.
Tak caya rujuk Majlis Agama Islam.

Gagal Dalam MLM 3

....
  1. Tak merancang untuk berjaya sebaliknya merancang untuk gagal.
  2. Selalu memberi terlalu banyak alasan.
  3. Berfikir bahawa mereka tahu segala-galanya.
  4. Tidak membaca atau mengambil tahu perkembangan terkini dalam bidang biz mereka.
  5. Tak sihat dari segi fizikal. Kerang bertenaga.
  6. Tidak memberi yang terbaik.
  7. Percaya kepada khabar angin. Tidak memeriksa fakta terlebih dahulu. Mudah terpedaya dengan mana-mana program.
  8. Berbohong supaya kelihatan bagus.
  9. Tidak percaya sepenuhnya bahawa "jika ingin berjaya, terpulang kepada saya"

Isnin, 30 Januari 2012

Gagal Dalam MLM2

.....
  1. Iri hati/ tak puas hati/asyik komplen terhadap pendapatan upline. Berhenti buat sales/menaja semata-mata untuk menghalang uplie-upline daripada mendapat bonus atas sales/tajaan mereka. Boleh memusnahkan diri sendiri.
  2. Buat jangkaan yang bukan-bukan,(income tinggi, kereta mewah, rumah)tapi tidak mahu bekerja keras.
  3. Suka bergaul/berkumpul dengan orang berfikiran negatif, bukannya dengan orang yang berjaya mendapat pendapatan yang tertinggi. Berhati-hati, orang yang gagal akan bergaul dengan dengan orang yang gagal.
  4. Tidak sabar, ingin mendapat wang yang besar dengan segera tetapi enggang kerja keras.
  5. Terlalu banyak merungut dan bertindak secara tidak matang seperti bayi yang merengek.
  6. Suka berpindah syarikat MLM lain tanpa mencapai tahap kejayaan tertentu.
  7. Terlalu ambil hati apabila orang berkata 'no'. Sebenarnya 'no' hanya bermaksud ....bukan sekarang.
  8. Tidak sanggup mengambil risiko seperti melabur iklan, risalah, brosur, latihan, seminar....Menunggu dan melihat saja....
  9. Tidak guna produk syarikat. Masuk semata-mata duit sahaja.
  10. Mudah dipengaruhi oleh komen negatif daripada ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan. Tidak dengar nasihat positif. Tidak boleh berfikir sendiri.
  11. Terlalu banyak masa mengatur perniagaan dan terlalu sedikit masa bertemu/berbual dengan prospek. Mengelak bertemu orang.
  12. Terlalu menjangka kesempurnaan daripada sesebuah syarikat.

Gagal Dalam MLM...


Mengapa gagal dalam MLM;
  1. Tak ada matlamat yang bertulis. Main agak-agak. Main congak dalam kepala saja.
  2. Tidak komited. Tidak ada tindakan. Mood ok, buat 'gile-gile'. Mood x ok, moyok, x buat.
  3. Sukar untuk dihubungi. Call x angkat. SMS x balas.
  4. Tidak buat panggilan semula dengan segera.
  5. Gagal tepati temujanji serta sering lewat. Prospek ternanti-nanti.
  6. Tidak diberitahu bagaimana untuk berjaya dalam MLM.
  7. Malas follow up terhadap prospek dan pengguna tetap.
  8. Terlalu cepat putus asa. Tak sampai 90 hari dah blah....
  9. Mudah kecewa oleh masalah kecil.
  10. Tak jaga mulut. Asyik kutuk syarikat lain. Boleh hilang kewibawaan sebagai leader.
  11. Tak serius.
  12. Malas. Harapkan rakan niaga buat sendiri.
  13. X suka selesai masalah rakan niaga atau pengguna.
  14. Kedekut pujian kepada rakan niaga.
  15. X buat setiap hari...
Aku kutip dari Buku "suksess school taipan 181"

Ahad, 29 Januari 2012

"OOOO! MLM"


"kau kerja apa sekarang?"
terdiam seketika.
tak tahu, jawaban yang terbaik.
"ada la"
"kerja sendiri"
"meniaga ke?"
"meniaga apa?"
"apa-apa yang boleh buat duit."

Pernah alami situasi begini.
Nak jawab terus, meniaga MLM.
Macam tak sanggup.
Kenapa?
Entah aku pun tak tahu.
Macam ada benda je terlekat kat tengkok ini.
Macam tak nak keluar.
Lebih-lebih lagi bila ditempat ramai.

"ooooh MLM."
Macam nak tutup je perbualan seterusnya.
Mungkin takut diajak/didesak untuk join.

Seolah-olah tak ada standard je meniaga MLM.
Macam tak ada kelas je jadi usahawan MLM.
Macam bukan satu perniagaan je MLM.

Susah nak ubah minda orang kita.
Padahal aku sendiri dah lama terlibat dengan dunia MLM.
Masih terkedu juga bila ditanya "buat apa sekarang."
Apatah lagi orang baru....
Salah jawab, bisa down dipandang sinis rakan.


Taja; Prospek X Terhad.


Prospek tidak terhad.

.....
Ingatlah:
  1. Tidak ada tajaan baru, kecuali anda buat panggilan.
  2. Anda tidak ada appt, kecuali anda buat panggilan.
  3. Anda tidak boleh jawab bantahan, kecuali anda buat panggilan.
  4. Anda tidak mendapat keyakinan diri,kecuali anda buat panggilan.
  5. Anda tidak boleh hilangkan ketakutan, kecuali anda buat panggilan.
Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.
Semua orang punyai 168 jam seminggu, tidak lebih dan tidak kurang.
Bagaimana anda urus masa amat penting...

Kurang Menaja?


Bekerja seperti belum SM, untuk bulan ini.
Bayangkan income anda bulan bulan bulan depan.
wow! tak sangka bukan. 
Masalahnya gerak kerja kurang bermaya.
Bila tak bermaya, income pun tak bermaya.
Macamana dengan janji mula-mula sign up dulu.

Lama berniaga. Kerja menaja jadi kurang.
Kenapa ye?
Bukan seorang dua yang kena.
Ramai yang terperangkap dengan 'aku orang lama'.
Hai brooo.
Orang lama ke, baru ke kerja menaja tetap kena buat.
Tak boleh tidak. Mesti kena buat. Mesti kena lakukan.
Lagi ramai taja, income makin besar.
Bila kuantiti ada, kualiti akan timbul.
Kurang menaja, kuantiti tak ada, bila kualiti nak jumpa.
Cuba buat gerak kerja 'gila-gila' dalam masa 3,4 tahun.
wow!
betapa kukuhnya kita punya network.....

Sabtu, 28 Januari 2012

Sila Jawap Dgn Jujur..

Sekadar renungan:
  1. Berapa lama aku dah terlibat dengan perniagaan MLM ini?
  2. Jumlah pengedar dalam Rangkaian anda?
  3. Jumlah pengedar aktif dalam rangkaian anda?
  4. Berapa ramaikah orang yang anda taja sendiri secara keseluruhannya?
  5. Berapa ramaikah senarai nama prospek berada dalam pengkalan data anda?
  6. Matlamat pendapatan anda untuk 12 bulan berikutnya?
  7. Berapa banyak legs yang anda ada sekarang?
  8. Berapa ramai leader yang anda ada sekarang?
  9. Berapa jumlah jam yang anda luangkan masa untuk biz ini?

Keistimewaan Premium Beautiful2

Sahabat Biz.


Sambungan keistimewaan Premium Beautiful.
Keistimewaan 'FIR';
  1. Membantu memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
  2. Membantu meningkatkan kadar metabolisma.
  3. Membantu memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
  4. Membantu menggelakkan pertumbuhan bakteria.
  5. Membantu mengeluarkan peluh asid.
  6. Membantu menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
  7. Membantu mengekalkan kesedaran badan.
  8. Membantu mengurangkan kandungan asid dalam darah.
  9. Membantu menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat sakit.
  10. Membantu tidur lebih nyenyak.
  11. Membantu menghilangkan bau badan.
  12. Membantu menghilangkan kulat dan fungus.
  13. Membantu membersihkan udara dalam badan.
  14. Membantu mengekalkan kepanasan suhu badan.
  15. Membantu memperbetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.
  16. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan..
Rugi kalau tak pakai.
Nak percubaan percuma?

Jumaat, 27 Januari 2012

Keistimewaan Premium Beautiful

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.


Saja-saja nak berkongsi dengan anda.
Mungkin dah tahu malah lebih mahir dari aku.
Tapi mesti ada yang belum tahu lagi.
Beberapa keistimewaan PB.
Premium Beautiful;
  1. Memberi kesan serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman.
  2. Diperbuat daripada fabrik "Akwatek" dan "Akwadyne" yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya.
  3. Direka secara saintifik untuk mendakap, mengurut dan membentuk badan anda ke potongan badan yang anda idamkan.
  4. Halus dan selesa pada kulit anda.
  5. Fabriknya nyaman dan alih udara.
  6. Sesuai dipakai sepanjang hari, keberkesanan yang maksimum. Ditenun dan disulam dengan "Far infrared Ray".
  7. Ia diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pemakaian PB telah menjadi trend terkini wanita di Malaysia.
Siapa yang tahu keistimewaannya, mesti memakainya. 
Mesti memilikinya. 
Bukan satu yang dimiliki, malah akan beli sampai dua.
Senang nak gilir.
Pakai 8 jam lagi bagus, semasa keluar kerja.

Keistimewaan Premium Beautiful.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.


Saja-saja nak berkongsi dengan anda.
Mungkin dah tahu malah lebih mahir dari aku.
Tapi mesti ada yang belum tahu lagi.
Beberapa keistimewaan PB.
Premium Beautiful;

  1. Memberi kesan serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau senaman.
  2. Diperbuat daripada fabrik "Akwatek" dan "Akwadyne" yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya.
  3. Direka secara saintifik untuk mendakap, mengurut dan membentuk badan anda ke potongan badan yang anda idamkan.
  4. Halus dan selesa pada kulit anda.
  5. Fabriknya nyaman dan alih udara.
  6. Sesuai dipakai sepanjang hari, keberkesanan yang maksimum. Ditenun dan disulam dengan "Far infrared Ray".
  7. Ia diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pemakaian PB telah menjadi trend terkini wanita di Malaysia.
Siapa yang tahu keistimewaannya, mesti memakainya. 
Mesti memilikinya. 
Bukan satu yang dimiliki, malah akan beli sampai dua.
Senang nak gilir.
Pakai 8 jam lagi bagus, semasa keluar kerja.

sebelum jumaat; suksess?

Suksess?
Apa itu suksess?
Suksess berbeza pada setiap orang.

Suksess dalam lapangan hidup.
Suksess dalam kehidupan berkeluarga.
Suksess dalam bidang pekerjaan/kerjaya.
Suksess dalam kehidupan sosial.

Kat sini, aku nak cite pasal suksess dalam kerjaya.
Suksess dalam kerja biz, lebih tepat lagi biz MLM.

Suksess.
Sign up dah suksess.
Jadi SM dah suksess.
Jadi SSM dah suksess.
Jadi DSM dah suksess.
Jadi DDM dah suksess.
Jadi CDM dah suksess.

Dapat side income ratus-ratus dah suksess.
(sape nak bagi)
Dapat side income 4 angka dah suksess.
Dapat income 5 angka setiap bulan dah suksess.
Dapat income 6 angka setiap bulan dah suksess.
Dapat simpan 4,5 puluh ribu setahun dah suksess.

Dapat memiliki kereta dah suksess.
Dapat beli rumah dah suksess.
Dapat beli aset2 lain dah suksess.

Dapat trip melancong dah suksess.
Memiliki network kukuh dah suksess.
Lepas tabung kereta dah suksess.
Lepas bonus wawasan dah suksess.

Banyaknya suksess.
Suksess bukan destinasi.
Tapi sebuah perjalanan.
Tak ada perhentian bagi suksess.
Lepas satu suksess, ada lagi suksess di depan.
Bergerak menuju ke suksess yang seterusnya.

Dah jadi CDM. dah suksess.
Suksess seterusnya, lahirkan lagi CDM-CDM di bawah network kita.
Dah lahirkan CDM-CDM di bawah network kita.
Suksess seterusnya?
Lahirkan CDM di setiap kaki pulak. Lepas bonus wawasan.

Tak akan habis suksess.
Oleh itu jangan berhenti sekerat jalan.
Suksess di depan lagi hebat sedang menanti.
Jangan angkat bendera putih awal-awal sebelum berjuang.

Syukur dengan suksess kecil-kecil.
Baru datang suksess yang besar-besar.


Medium Baru.

Sahabat blog.
Sahabat biz.

3 hari pulun baru habis. termotivasi. teruja.

Masih belum tidur. Masih segar bugar. Masih panas. Terbakar dek kelas malam tadi. Berkira-kira nak buat blog. Nak cuba cara baru pulak. Nak cari prospek melalui dunia blog. Tambah kaedah cari prospek pulak. 

Aku pun baru sampai rumah. Ke kelas, tapi pulun sakan, habiskan buku. Semalam aku baca, sampailah jam 10 malam. Itu sebabnya aku dok kat kedai cina muslim al-munawarah. Mesti habiskan juga. Dah ada buku lain yang sedang menanti untuk aku.
Sabar menanti roti kosong. dok fikir-fikir nak berblog juga. tapi kena ambil kelas secara formal. tak boleh main-main lagi. tak belajar, kelak ketinggalan pulak. tak ada blog, macam tak sah sekarang. dah ramai rakan niaga, kembang biz melalui blog. Sebagai Ibu, mana boleh tengok, anak-anak saja punyai blog. Ibu juga mesti ada blog. Tapi tunggu!!!

Habis kelas. Apa lagi. Cari makan. Drive sampai Sri Serdang. Makan roti canai kat restoran maulana. Dah lama tak sampai situ. Orang tak penuh sangat. Pelajar UPM cuti. Itu yang lengang sikit. Mudah dapat meja. Order makan pun tak lama tunggu.

IT kuasai dunia. Dah ramai yang berjaya dengan hanya berniaga secara online. Berniaga dari rumah. Tak payah sewa opis. Tak payah tempuhi kesesakan lalulintas. Tak payah bayar tol. Tak payah bayar parking. Sambil jaga anak, boleh berniaga. Ada yang dah jadikan kerjaya sepenuh masa. Ada yang dah jadi jutawan. Pasaran terlalu luas. Satu dunia, customer kita. Bukan setakat Malaysia sahaja. Bayangkan berapa ramai customer.

Akademi Taipan181. Mula promote guna medium ini. Medium ini sebagai salah satu cara kembangkan biz. Mungkin mula-mula tu susah sikit. blog kita belum popular lagi. belum ramai orang lawat lagi. blog kita biasa-biasa saja. Tapi untuk jangka masa panjang ianya akan menjadi-jadi. Insyaalah. Sama-sama kita doakan agar biz kita mampu berkembang biak melalui medium ini.

Tak ada blog. Buta IT. Tak reti. Tak apa. Masih lagi boleh berniaga. Masih boleh cari makan. Kita guna cara kaedah-kaedah lain. Jangan rasa rendah diri. Sama-sama kita belajar. Belajar sikit-sikit, lama-lama mahir juga. Cuma jangan tinggal langsung saja. Tak tahu, tanya yang tahu. Tanya anak pun boleh. Budak-budak zaman sekarang semakin celik IT.

Guna blog. Mesti cite pakej juga. Mesti masuk dengan SM. Mesti RM20K juga. Mesti 10 set PB juga. Mesti dapat RM4K juga bulan pertama. Barang tu pun jual melalui blog juga. Kita jumpa prospek pun, mereka dah tahu apa yang mereka kena buat. Tak lagi, sembunyi-sembunyi. sebab kat blog dah jelas. apa meniaga yang kita buat. apa yang telah kita dapat hasil dari perniagaan ini. apa yang kita akan dapat hasil dari perniagaan ini. berapa modal yang perlu. berapa ramai network perlu jaga. semuanya telah jelas kat blog. 

 




Khamis, 26 Januari 2012

Surat Dari Akademi Taipan181

Kamarudin Mamat.

Kamarudin Mamat.
Akademi Taipan181.
Usj 9, 
Subang Jaya,
Selangor.

Aku sihat sejahtera. Aku harap anda juga dalam sejahtera. Berada dalam limpahan rahmat Allah. 

Sahabat biz.

Syukur. Masih punyai semangat juang. Masih punyai strategi terkini. Masih punyai bimbingan upline. Masih punyai bimbingan akademi. Masih punyai network aktif, sedang bergerak di serata pelusuk negara. Masih punyai Otai yang sentiasa membantu. Masih punyai syarikat yang masih bertahan hingga kini, walaupun telah cecah 20 tahun berada di bumi malaysia.

Sahabat biz.
Pasang surut dunia perniagaan adalah lumrah. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah biasa. Tempuh jeram dan liku adalah keperluan untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Tapi apa yang penting, kita tetap teguh. Kita tetap buat. Kita tetap bertahan. Kita tetap bangkit. Kita tetap timbul. Kita tetap menuju ke puncak. Kita tetap bertindak. Kita share peluang dengan sesiapa sahaja.

Sahabat biz.
Penyakit MLM. Penyakit orang lama. Penyakit pangkat atas-atas. Dah habis prospek. Dah tak tahu nak share peluang dengan sape lagi. Nak bawa orang baru datang kelas, kerja paling susah. Nak setkan appt kerja paling payah. Nak ada orang baru setiap bulan cukup-cukup payah. Nak dapatkan 1 pakej direct, bagaikan mustahil. Nak jumpa upline pun malas. Menyampah dengan upline. Takut upline, tanya pasal berniaga. Jumpa kawan, malas nak cakap pasal biz yang kita dok buat. Jumpa downline pun macam tak seronok. Kalau jumpa pun, cakap bukan lagi pasal syoknya biz. Cakap bukan lagi pasal masa depan yang cerah. Cakap pun lebih kepada kisah negatif. Cakap pun bukan lagi impian-impian yang nak sangat-sangat dicapai. Gi kelas pun, cukup sekadar gi. Tak sungguh-sungguh.

Sahabat biz.
Terlalu susah nak dapatkan appt. Kadang-kadang tak tahu nak gi mana. Dah tak ada idea. Kadang-kadang duk melangut kat kedai mamak. Kadang-kadang drive kereta tanpa ada destinasi nak tuju. Kadang-kadang berkurung kat rumah. Kadang-kadang pakai cantik, tapi tak tahu nak gi mana. 

Sahabat biz.
Kenapa dulu boleh. Kenapa awal-awal join, ramai prospek nak jumpa. Senarai nama, panjang berjela. Kalau jumpa 3,4 orang sehari, entah bila mahu habis. Sentiasa ada je, prospek datang kelas. Sentiasa ada je masa jumpa upline. Sentiasa je ada soalan yang perlu ditanya pada upline. Sentiasa tertunggu-tunggu, bila upline free. Nak jumpa dan sembang pasal biz. Jumpa kawan, sembang biz. Cakap pasal masa depan. Cakap pasal keindahan hidup masa depan. Cakap pasal impian-impian hidup. 

Sahabat biz.
Jom ayuh tukar. Jadi seperti dulu. Jadi seperti awal-awal biz. Jadi seperti belum ada apa-apa pangkat. Jadi sebelum SM pun. Jadi seperti baru sehari sign up. Buat semula senarai nama. Buat call, setkan appt. Jumpa kawan, cakap pasal syoknya biz. Jumpa rakan niaga cakap pasal biz. Pasal impian. Pasal masa depan. Kerap jumpa upline, minta strategi. Minta semangat. Minta kata-kata nasihat. Minta suntikan motivasi. Call upline seperti dulu-dulu. Dalam sehari 4,5 kali. Sembang pasal biz. Tertunggu-tunggu kelas, nak bawa prospek. Kalau tak bawa prospek, boleh jumpa kawan-kawan sebiz. Boleh sembang-sembang syoknya biz. Sembang pasal masa depan yang cerah, secerah mentari.

Sahabat biz.
Habiskan banyak masa dengan rakan-rakan niaga. Bila bersama-sama rakan niaga, cakap kita lebih positif. Kita jadi lebih positif. Kita jadi lebih bersemangat. Kita jadi lebih ghairah. Kita jadi lebih ceria. Kalau kita habiskan banyak masa dengan orang-orang negatif. Sedikit demi sedikit kita akan jadi orang negatif. Kita jadi malas. Kita jadi selesa dengan kehidupan biasa kita. Kita nampak, susahnya biz ini. Kita nampak, biz bukan untuk kita. Ayoh! tukar kawan. Cari kawan positif. Cari kawan boleh suntik semangat juang kita. 

Cakap-cakap kita juga penting. Cakap hanya yang positif. Fikir hanya yang positif. Mimpi pun yang positif. Senyum pun senyum positif.

Sahabat Biz.
2012. Tahun positif. Cakap-cakap rakan niaga kembali positif. Sembang-sembang rakan niaga, sembang positif. SMS rakan niaga, SMS positif. FB pun post status pun post yang positif. 

Mengeluh dah tak ada. Merungut dah tamat. Muka masam dah habis. Kembali ceria. Marah-marah dah habis. Menyalahkan orang lain dah tak ada. 

Semakin ligat. Semakin sibuk. Semakin ghairah. Semakin positif. Sales mula naik. Volume mula meningkat, seiring dengan semangat. Rakan niaga baru, kian bertambah. Prospek mula ramai. Appt mula menjadi-jadi. Jadual mula penuh. CBEG dah berkurang dengan ketara. Hubungan upline-downline kembali ceria. Hubungan antara sideline kembali harmoni. Tak ada lagi, cakap-cakap negatif pasal sideline. Tak ada lagi, cemburu dan sakit hati dengan gerak kerja sideline. Masing-masing sibuk dengan biz. Masing-masing sibuk dengan rakan niaga sendiri. Masing-masing sibuk penuhi hari-hari dengan appt. Sekejap utara, sekejap selatan. Nak jumpa pun susah. Hanya SMS dan call je. Bukan 1 x sehari, tapi dah sampai 5,6 kali sehari. Tanya itu, tanya ini. Kadang-kadang saja nak repot pada upline, aku sedang bekerja. Aku sedang kembang biz.

Sahabat biz.
Masalah semakin kurang. Bila masing-masing sibuk bekerja. Bila gossip tak berlaku. Sakit hati, iri hati dah berkubur, bila masing-masing ligat bekerja. 

Syukur. Jalan di depan semakin rata dan landai. Pergerakan semakin mudah. Pergerakan semakin lancar. Pergerakan tanpa banyak halangan. Halangan yang ada, hanya dari dalam diri sahaja.

Sekian dulu, harap ketemu lagi. Dalam warkah yang lain pulak. Kemaafan dipinta andai surat ini menggangu ketenteraman anda semua. Sesungguhnya tak ada niat lain, tujuan surat ini diutuskan. Semata-mata untuk kita dapat manfaatnya. Iaitu biz kita semakin besar. Biz kita semakin lebih marak lagi.

Terima kasih, sudi membacanya.
Kamarudin Mamat.


EVO CAFE

Minum-minum.
Jumpa sahabat lama.
Tanpa dirancang.
Sembang banyak topik.
Semuanya menarik.
Bisa diguna untuk hidup lebih cemerlang.
Sebelum berpisah.
Minta kopi, dah tahu dia sedang jual kopi.
Syukur dapat.
Insyaalah sat lagi boleh minum.
Nak rasai kehebatan kopinya.

Rabu, 25 Januari 2012

Walit Gold.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Masih batuk.
Dah berlarutan 2 minggu.
Dah ke klinik.
Dr beri ubat batuk.
Dah 2 kali beli ubat batuk cap ibu dan anak.
Dah beli ubat batuk kat farmasi, yang kuat pulak tu.
Dah belasan bungkus fisherman's Friend.
Batuk belum mau berhenti.

2 hari lepas ada orang syorkan.
Minum walit gold.
Hari ini aku ke Anjung Putrajaya.
Ada kiosk jual walit gold.
Apa lagi, belilah.
Nak cuba, betul ke ok?
Dah 2 kali aku minum.
Ternyata lega sikit batuknya.
Malam ini sebelum tidur, minum sekali lagi walit gold.
Mungkin aku lebih rasi dengan walit gold.
Lagi pun rasanya sedap dan tekak aku boleh terima dengan molek sekali.
Batuk dah semakin kurang...
Syukur...

Sekadar berkongsi dengan sahabat sekalian.

Dah berapa banyak aku habiskan. Lega sekejap sahaja. Lepas tu kena balik.

Walit Gold; Ready 2 drink.

Walit Gold; RM 5.
Khasiat sarang burung walit;
  1. Menghasilkan kulit yang licin dan lembut.
  2. Memberi tenaga dan pemulihan dalaman.
  3. Melancarkan sistem darah.
  4. Protein antif dalam sarang burung merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi sekaligus menhuatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
  5. Sesuai untuk wanita hamil kerana bayi yang bakal dilahirkan akan mempunyai kulit yang cerah dan halus serta badan yang lebih kuat berbanding bayi lain.
  6. Kajian perubatan di Beijing mendapati ia juga mampu menjadi agen untuk pencerahan kulit dan baik untuk kesihatan mata.
  7. Untuk pesakit asma pula, ia adalah agen terbaik untuk memulihkan sistem saraf disamping menguatkan paru-paru.
  8. Zat kalogennya pula dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan selera makan serta memperbaiki saluran perncernaan.
  9. Dapat mengurangkan kahak dan menghilangkan batuk.
  10. Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya mebolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
  11. Untuk warga emas, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  12. Untuk kanak-kanak, ia dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan disamping menguatkan paru-paru.
  13. Mencegah serangan barah.
Aku kutip dari majalah Media Sukses.

Dah Jumpa Ratu PB?

Pemenang Ratu PB.
hi!hi!hi!
Dah jumpa dah.
hi!hi!hi!
Tak payah cari lagi.
hi!hi!hi!
Buang masa je cari.
hi!hi!hi!
Mana boleh lawan 2 Ratu PB ni.
hi!hi!hi!

Selasa, 24 Januari 2012

Fulamak Sup.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Wow! pagi-pagi dah update blog.
Dah 'gile' sangat ke.
Dah tak leh tunggu esok ke.

wow!
bukan apa.
Jam 3 aku terpaksa ke Klinik Selva.
Nasib baik buka, tak cuti pun raya Cina.
Inject kaki aku yang kian sakit.
Tak sanggup tunggu esok.
Makin tak boleh jalan.
Itulah akibatnya, tak jaga makan.
Main belasah je.

Lepas tu aku ke Sungai Besi.
Makan mee sup, di Fulamak Sup.
Aku pilih sup ayam malam ini.
Dah lama, teringat nak ke sini.
Pagi ini, ada kesempatan.
Pemilik Fulamak Sup sekarang. Anak muda yang berani berniaga. Anak muda yang berani ambil risiko. Positif, biznya pasti kembali seperti dulu-dulu. Pelanggan sentiasa penuh. Dari matanya aku dapat rasa, Fulamak Sup bakal kembali meriah. Tunggu sikit masa lagi. Fulamak Sup buka 24 jam. Rasanya tetap sama. Dulu-dulu rasa gitu, pagi tadi pun rasa gitu. Kualiti tetap sama.

Sempat juga sembang dengan tokey kedai.
Dia dah beli dari tokey asal.
tokey asal menetap kat Pulau Langkawi.
Beli biz, lebih kurang RM30K.
Dia beli sekitar 2 tahun lepas.
Sedikit merosot jualannya.
Sedang bangkit kembali.
Masa top dulu, ayam sampai 70-80 ekor sehari.
Kini nak habis 20 ekor pun susah.
Tapi masih boleh bertahan.
Sedang usaha naikkan sales.
Tak jemu berikhtiar.
Tak jemu doa.

Saingan kian sengit.
Dari peniaga sup lain.
Dari peniaga makanan lain.
Sape yang bagi servis terbaik saja yang mampu bertahan.
Sape yang bagi kualiti terbaik yang mampu tarik pelanggang.

Pagi-pagi pun masih berselera. Ini jam 3.50 pagi. Sup masih berasap lagi tu. Fulamak Sup memang power. Fulamak Sup memang kaw. Rugi siapa yang tak cuba. Jom ke Fulamak Sup. Pekena mee sup ayam@sup daging@sup campur.
Pekena kopi pra campuran mahkota dewa.
Bukan belum tidur.
Tapi dah bangun.
Tidur awal, sebelum jam 11 dah hanyut.
Terjaga jam 2 lebih.

Isnin, 23 Januari 2012

KLCC

Sahabat Blog.
Sahabat Biz...

Cuti Tahun Baru Cina.
Ke mana destinasi anda?
Jumpa prospek. Jumpa rakan niaga.
Penuhi hajat rakan niaga.
Santai bersama keluarga.

Aku!!!
Sempat juga ke KLCC.
Bukan apa. Saja ronda-ronda.
( Semalam ronda-ronda Downtown Cheras)
Tengok orang ramai. Nak sahkan berita(hi!hi!hi!)
Paper selalu tulis, orang asing penuhi KLCC kalau cuti panjang.
Betul pun. Indonesia ramai, Bangladesh ramai, Nepal ramai, Myammar  ramai.
Orang kita pun ramai. Masih ramai yang tak balik kampung.

Berubah sakan.
KFC dah jadi kedai lain.
Banyak kedai baru muncul.
Lebih banyak pilihan.
Cuma poket kena tebal.
Baru syook datang sini.
Untuk couple mungkin seronok.
Banyak tempat lepak dan boleh sembang2.

Masuk Kedai Buku Kinokuniya.
Alamak! ramainya orang.
Datuk A Samad Said pun ada.
Nak bayar pun beratur panjang.
Rupa-rupanya ramai yang beli buku guna voucher kerajaan.
Patut pun ramai. Biasanya tak seramai gini. Duit terpijak, beli buku.

WOW! Naga mengganas. Mencari mangsa. Nak sembur api kekayaan. hi!hi!hi!

Ibu dan anak. Sempat ke KLCC. Esok anak dah nak kembali ke KB.


Ramainya. Tak panas ke?

Maaf tutup. Jarang kat shopping mall kedai tutup, lebih-lebih lagi sepopular KLCC.

Pandangan dari atas.

Tak percaya ke? Penuh orang.

Nak melangkah pun susah. Ramainya orang nak masuk Petrosains.

Tunggu makanan dengan penuh kesabaran. Tak rugi, lama tunggu tomyam.

Tengok wayang?


Memang KLCC tempat tarikan orang ramai.

Ini pun tutup????Intai dari luar je gamoknyo.

Aiman. Sedap tak terkata. Kena tomyam seafood.

Pisang!!!
Terpikir juga aku.
Masih ramai prospek.
Masih ramai yang belum diTaipankan.
Masih ramai yang belum join.

Sape nak gi ajak mereka.
Sape nak gi share peluang dengan mereka.

Kalau tidak kita yang gi jumpa.
Kalau tidak kita yang gi share peluang dengan mereka.

Mereka pun tercari-cari peluang hebat ini.
Mereka pun mahu bina empayar perniagaan.

Jom DOWNTOWN

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Jom ronda-ronda Downtown Cheras.
Saja-saja bawa Aiman.
Nak beli jersy katanya.
Liv dan Barc.
Tersenyum lebar bila dapat apa yang dihajati.
Orang tak berapa ramai sangat.
Tapi aku parking pun hampir 500m juga.


Beberapa bulan tak datang.
Ada perubahan.

Angry birds, tak ada lagi Ben-10.
Dah ada orang jual VCD ceramah Ustaz Azhar.
Ada orang jual air minuman dalan kawasan Downtown.
Ramai juga pembantu kedai warga Bangladesh.
Contact lens dah terjual diDowntown.
Ada juga peniaga Cina tetap berniaga, walaupun malam raya.

Peniaga steamboat.
Ada banyak gerai.
Tapi malangnya kuah tak sedap.
Hairan juga aku, nak berniaga tak test dulu ke.
Sedap ke tak sedap.
Hilang selera nak melantak, bila test kuah yang tak mengancam.

Pilih mana yang bekenan.

Pelukan seorang ibu.

Banyak pilihan beg. warna dan bentuk.

Koleksi VCD Ustaz No 1 di Malaysia. Album penyanyi Malaysia tak jual kat DOWNTOWN Cheras.

Sejuk mata, lihat wajah Ustaz Azhar. Rakan anak muda Malaysia

Pentas karaoke.

Selipar. Banyak pilihan. Menarik. Warna pelbagai.

Kat sini ada lagi. Pembantu kedainya bangladesh.

Padan ke dengan Si Amar.

Ada juga aku.

Aiman bersama dengan salah seorang rakan niaga Akademi Taipan181.

Tak cukup lagi ke beli jersy?

QPR" Malaysia.

Bekam lintah....sanggup ke?

Ben-10 dah tak ada ke?

Angry birds

WOW! sini ada jual ka? Kualitinya bagaimana? Tak rosak mata ke?

Air botol?

Pilihan semalam. Singgah bila tengok ramai orang singgah.

Pilihan banyak. Kuah out. orang makan kerana tak ada pilihan...
Balik sempat lagi layan bola.
Man U(2) VS Arsenal(1).

Ahad, 22 Januari 2012

Aku X Cuti.

Sahabat Biz.

Masih berniaga.
Masih ada appt.
Masih jumpa prospek.
Masih tambah senarai nama.
Masih jumpa rakan kongsi, kongsi ilmu.
Masih jumpa rakan niaga, bincang strategi tarik prospek.

Raya pun tak cuti.
Raya pun masih agresif.
Tahniah.

Biarlah orang lain bercuti.
Kita tak cuti, malah semakin ligat.
Biarlah orang lain balik kampung.
Kita tak balik kampung, malah ligat share peluang.

Cuti kita bukan sekarang.
Cuti kita bila dah jadi jutawan nanti.
Cuti kita bila pasif income cecah RM10-20K sebulan.
Cuti kita bila 6 kaki, kesemuanya dah jadi CDM.
Cuti kita bila simpanan untuk setiap anak cecah RMxxxK.

Masih muda.
Masih bertenaga.
Masih ada peluang.
 
Syarikat masih wujud.
Syarikat masih beroperasi.
Syarikat masih gah.

Warga Akademi Taipan181. 
Kelas tadi pun ada.
Tak berapa ramai.
Leader ramai yang hadir.
Ada juga prospek.
Ada yang terus fitting pb.

Leader jumpa leader.
Sempat kongsi semangat berniaga.
Aku sibuk. Kau sibuk.
Cuti tak terpikir pun.


Sabtu, 21 Januari 2012

Hadiah 2012;20%

Hadiah Tahun 2012.
Baru dok berangan nak beli rumah.
Baru dok kiro-kiro nak tambah rumah buat aset.
Baru dok intai-intai kat mano apartmen baru naik.
Baru dok belek-belek paper, iklan kondo baru nak lancar.

Harga naik.
Terkedu seketika.
Bukan sikit, tapi 20%.
Duit muka bertambah.
Loan pun bertambah.
Bayar bulan bertambah.

wow!
Usah risau.
Tambah kerja sikit la.
Kerja lebih lama sikit la.
Sharing lebih ramai sikit la.
Lebih banyak buat sales la.
Insyaalah masalah kenaikan tersebut boleh serap.
Boleh beli, beli dan terus beli rumah.
Buat aset ataupun sediakan rumah untuk anak-anak.
Harga rumah pasti melambung apabila anak-anak kita nak beli rumah dalam masa 15-20 tahun lagi.

Bagi mereka yang kerja sendiri atau pendapatan bergantung kepada komisen.
Tambah masa kerja atau tambahkan sales. Peningkatan 20% boleh diatasi.
Bagi yang makan gaji....

Buat MLM?
Sponsor lebih ramai.
Follow up lebih rajin.
Hadiri kelas dan majlis ilmu.
Sales lebih banyak.
Lebih kerap jumpa mentor.
Insyaalah. Income akan naik dan peningkatannya tak disangka-sangka.
Jom bangkit semua.

Jumaat, 20 Januari 2012

Esok Masih Ada.

Jangan kecewa dengan,
prestasi kurang memuaskan hati hari ini.
kita masih punya esok.
kita masih punya lusa.
kita masih punya tulat.
untuk meraih kembali prestasi terbaik.

kita masih punyai minggu depan.
kita masih punyai bulan depan.
kita masih punyai tahun depan.

Asalkan tak berhenti buat.
Asalkan tak angkat bendera putih.

CDM  Budak Kilang semakin gemilang.

CDM; Aku kerdil tanpa anda.

Terima Kasih hadir semalam.
 
Sesungguhnya kita saling perlu memerlukan.
Tak ada orang kecil dan tak ada orang besar.
Tak ada, yang tak pernah buat salah.
Tak ada yang sempurna. 
Semua orang masih sayang Akademi Taipan181.
Kelas BOP perlukan sedikit pembaharuan agar lebih menarik dan tertarik.
Kemeriahan kelas BOP, mesti dipertingkatkan lagi. 
Agar prospek datang teruja dan buat keputusan untuk join.
Terlalu banyak gossip, tak membantu kembangkan perniagaan kita.
Tak membantu kukuhkan network kita.
Tak membantu melebar dan mendalam network kita.
Teman sejati, memang sukar nak dicari tapi tak mustahil untuk ditemui. Teman sejati sama-sama susah,sama-sama senang. Teman sejati, salah ditegur, bukan dijaja. Teman sejati, baik diikuti.


Pertemuan semalam, menyentuh perasaan. Pertemuan semalam, membulatkan tekad untuk lebih berjaya bersama. Pertemuan semalam, mempertajamkan keinginan dan bergerak dalam satu jemaah yang kukuh bersatu pada hakikatnya dan bukan pada katanya sahaja.

Sesi luahan rasa yang terbuku dihati. Bukan apa, semakin lama bersama, mungkin ada yang salah cakap. mungkin ada yang salah dengar. mungkin ada yang salah tafsir. mungkin ada yang salah sebar.

Semuanya serius. Ubah yang patut ubah. Baiki yang patut baiki. Perkemas yang patut diperkemas. Demi sebuah kehidupan yang gemilang. Demi sebuah kehidupan yang kita impikan.

Menuju kejayaan bersama. Selagi ada tembok penghalang, selagi itulah kita tak berjaya.

Semuanya bersedia untuk berubah. Semuanya sedia nak kekal berjuang bersama. Semuanya sayang Akademi Taipan181. Semuanya sedia berjuang kembali. Semuanya sedia meyumbang tenaga. Semunya sedia maaf memaaf antara kita, andai ada yang tak puas hati.

Sociable