Jom Follow

Ahad, 30 Mei 2010

cdm kartini dengan ddm rahimawati kat toyota alphad


salam.
salam perjuangan.
salam 1malaysia
salam perpaduan.
dan semua jenis salam yang ada dan akan ada.
hari ini seperti biasa. hari yang dinanti-nantikan. hari yang ditunggu-tunggu. hari pembakar semangat. hari bertemu dengan orang-orang positif. hari bertemu dengan leader-leader hebat. hari bersua muka dengan prospek-prospek yang ingin mengubah sejarah perjalanan hidup diri dan keluarga.

kerana hari ini ada kelas di mines wellness hotel. dah 4 tahun berjalan dan tak ada tanda-tanda nak berhenti buat kat situ. orang dah tau. hari ahad je wajib hadiri kelas. itupun kalau nak berjaya. nak dapat apa yang orang berjaya dapat. kalau nak miliki apa orang berjaya miliki. nak hidup sebagaimana orang berjaya hidup.
orang berjaya miliki pendapatan 4,5 angka sebulan.
orang berjaya miliki rumah dan kenderaan selesa.
orang berjaya dapat menyediakan kemudahan pendidikan yang baik untuk anak.
orang berjaya dapat menyediakan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk keluarga.
orang berjaya dapat membahagiakan kedua orang tua mereka.
orang berjaya dapat membantu orang-orang yang memerlukan.
orang berjaya dapat dan dapat....
tapi ada juga yang dok kat luar je... buat apa pun tak tahu.
tapi ada juga yang tak ambil kesempatan bawa ramai-ramai prospek.
tapi ada juga yang tak ambil kesempatan buat closing kat sini.
tapi ada juga yang masih datang lambat, dah nak habis baru sampai.
tapi ada juga yang prospek dah lama tunggu, dia masih otw.
alasan demi alasan. dah 4 tahun, sepatutnya dah tak ada alasan lagi.

datang awal.
sambut dline.

sepanjang 4 tahun ni dah ramai yang saya perhatikan datang dan pergi. silih berganti. mula-mula bersemangat. dah punch, tapi tak nak buat. ada yang join, 3,4 bulan dah tak nak buat. ada yang berhenti masa dsm. ada yang hilang ketika ddm dan lebih malang lagi mengalah ketika dah jadi cdm. berapa ramai yang berusaha sepenuh tenaga nak jadi cdm. kita yang dah cdm tak nak buat. kenapa? jawablah dengan sejujur-jujurnya.
sebelum terlambat, datanglah semula. jumpa-jumpalah dengan leader anda. anda masih belum terlambat lagi. pangkat anda tetap disitu. kalau syarikat lain dah lama hilang pangkat anda itu. kalau anda kecewa bila semua group anda mati. kita bina baru. kita buat yang lain. satu join, dengan pangkat cdm tu anda dah dapat hampir rm1k. jangan malu nak aktif semula. semua orang sibuk berniaga je. tak ada masa nak sibuk-sibuk dengan anda. percayalah anda memang hebat. keluarlah singa dari dalam diri anda. jangan kecewa dengan sedikit ujian.

langkah pertama kalau nak datang semula, mesti masuk kelas. mesti datang kelas. datang je walaupun tanpa rakan kongsi. saya yakin dan percaya 4,5 kali je anda datang, lepas tu semangat akan datang dan meniaga pun akan jalan. sedikit demi sedikit akan berkembang. lepas tu keyakinan anda akan bertambah kukuh.

kalau dah tak nak buat pun. janganlah pulak dok buruk-buruk hai-o pulak. dok caci taipan pulak. dok kata buat ni mengkaya orang atas je. mengakulah anda yang tak tahan cabaran. diri sendiri yang salah bukan orang lain. tak ada orang suruh anda berhenti pun. punca anda hanyut sebab tak bersama dengan group besar.

datanglah semula, kalau anda masih nak kaya. projek tt ni mudah dan semua orang boleh join. prospek anda merata. buat, buat, buat jangan berhenti. kenapa berhenti? biarkanlah rakan kongsi kita yang dah nak buat. mereka masih ada kerja. masih ada gaji tiap bulan. tak buat pun tak jadi hal. anda ni yang dah resign. nak balik kerja semula. susah beb. lebih baik buat hai-o.

berjumpa anda dipuncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger