Jom Follow

Khamis, 6 Mei 2010

pesanan jumpa prospek

buat MLM pun seperti berperang. pergerakan mesti pantas. tak boleh lambat. sampai dulu kat tempat appointment dari prospek. kalau lambat prospek dah nilai kita dengan nilaian negatif. ingat kesesakan lalulintas tak boleh masuk dalam perkiraan ini. ingat ini, dah tahu jalan sesak, mesti datang awal. lewat sampai kerana appointment sebelum ni lambat habis. susun betul-betul kita punya jadual. jangan terlalu dekat masa appointment. jarakkan sikit masa. jarak perjalanan juga mesti diambil kira. jangan main hentam je. sampai lambat, prospek dah semacam dengan kita. kurang yakin. seelok-eloknya 20 minit awal kita sampai. sempat cari tempat yang sesuai untuk table talk. senjata mesti cukup. fail penajaan mesti ada, contoh cek mesti ada, borang keahlian mesti cukup. sambil menunggu kita dah boleh rancang macamana nak buat presentasi paling baik. pendek kata dah benar-benar bersedia. kalau tak kita main buat je. mungkin tempat kita duduk tu, meja sebelahnya bising, dah prospek tak boleh fokus. atau pun dok dekat TV, dekat kaunter bayaran.

sebelum tembak mesti buat risikan dulu. tahu sedikit latar belakangnya. kerja mana, dah kahwin ke, belum. minat apa, kalau minat keta, kita melalui keta. minat memancing, kena masuk dengan pancing. ada masalah duit ke tidak. status sosialnya. pandangan politiknya. minat BN, jangan cakap pasal pkr. salah masuk kita hadapi masalah nak closing nanti. jangan ambil masa terlalu lama nak buat closing. paling panjang pun 25 minit je. lepas tu prospek dah tak leh fokus. lama tak semestinya closing. kena pandai puji, dia seorang hebat, ramai kenalan, boleh berjaya dalam masa singkat. panggil nama yang dia paling suka. elakkan berdebat dengan prospek.

ilmu mesti ada. pasal syarikat, pasal produk dan sistem group. kat sini nak sentuh sikitla. lebihkan keistimewaan group kita. apa kelebihannya, kelas-kelas berterusan, seminar, kelas pengukuhan, kelas disetiap negeri,leadernya senang didekati. kena ada gambar sekali. jangan main cakap. sebagai contoh. seminar 1/mei. tempat hotel cempaka, speakernya hj hanim dan encik ruslan, lepas tu tunjuk gambar sekali. ini penting tapi tak ramai yang buat.

bertemu anda di puncak kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger