Jom Follow

Jumaat, 14 Mei 2010

3 mak dara

ini 3 sri kandi taipan 181. cdm juliani, cdm kartini dan cdm faridah,sentiasa bersama dan bersatu dalam setiap tindakan dalam usaha menjadikan taipan seperti hari ini. bukan mudah nak bina. bukan senang nak buat. bukan jadi sendiri je. kena buat ianya jadi. tanya mereka tu. mudah ke? saat begini lagi kena bersama. cabaran di laur sana amat hebat. kat dalam group pun hebat. group makin ramai, jadi ramai yang perlu dijayakan. strategi dulu mungkin dah kurang efektif. kena ubahsuai mana yang patut.

diharap mereka bertiga semakin mantap, matang dan sentiasa di lindungi Allah masih ramai lagi yang menanti untuk dijayakan. masih ramai lagi yang dahagakan ilmu dari mereka bertiga. segala cabaran telah mereka harungi dan pasti ada lagi cabaran mendatang.

tiada siapa yang lebih dan tiada siapa yang kurang. masing-masing saling kuat menguat antara satu sama lain. tak ada yang sempurna dan tak ada yang tak pernah buat silap. meniaga mesti jalan. bukan setakat jalan tapi mesti besar. bukan setakat besar tapi mesti boom!boom!
semangat kerja mereka kena tiru. tak ada istilah tak boleh. semua boleh.
tak ada istilah susah. yang ada mudah, mudah, mudah.
tak ada istilah gagal, yang ada belum jadi je.
tak ada istilah berhenti, yang ada terus buat, buat,buat.
kerja mereka bukan lagi nak tambah duit berkepuk-kepuk, tapi nak lihat semua warga taipan berjaya. dapat apa yang mereka impikan.
sucinya niat mu.
terima kasih buat anda bertiga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger