Jom Follow

Khamis, 3 November 2011

Hong Leong Bank Tawar Skim VSS


KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd ( Hong Leong Bank ) membuat tawaran Skim Pemberhentian Sukarel (VSS) kepada kakitangannya, yang merupakan sebahagian dari langkah penggabungan isntitusi perbankan itu ke arah memperkembangkan entiti baharunya yang kini semakin besar.

Pengarah Urusannya, Yvonne Chia berkata, skim tersebut yang dibuka kepada kesemua kakitangan tetap Hong Leong Bank dan anak syarikatnya, MIMB Inversment Bank itu ditawarkan berdasarkan sukarela.

"Langkah tersebut dibuat untuk mengukuhkan posisi Hong Leong Bank sebagai kumpulan kewangan bersepadu penuh dengan perubahan landskap persaingan industri perbankan yang kian mencabar.
"Oleh demikian, skim ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam bank ini serta menghormati kehendak kakitangan yang menyatakan keinginan mereka untuk melanjutkan pengajian, bertukar persekitaran kerja, memulakan perniagaan, menikmati persaraan awal dan meneruskan minat pribadi mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Chia menjelaskan, skim tersebut menawarkan pakej kewangan yang telah dihitung berdasarkan faktor-faktor termasuk tempoh perkhidmatan atau bulan sehingga persaraan, gaji asas dan kategori kakitangan. 
"Formula pembayaran VSS adalah berdasarkan kiraan VSS yang dalam lingkungan daripada 1.4 (untuk eksekutif) sehingga 1.6 (bukan eksekutif) didarabkan dengan tempoh perkhidmatan yang dihadkan pada maksimum 22 tahun, darab gaji asas atau 50 peratus gaji bulanan sehingga persaraan, mana-mana angka yang lebih rendah.

"Sebagai tambahan, pihak bank juga menawarkan bantuan perubatan sehingga RM1,000 yang boleh dibayar balik untuk tempoh enam bulan selepas tarikh pemisahan, meneruskan pembiayaan kenderaan bermotor dan rumah pada kadar kakitangan untuk tempoh 12 bulan dari tarikh berhenti," jelas beliau.

Walaupun demikian , tambahnya, kelulusan akhir permohonan VSS Hong Leong Bank akan berdasarkan keperluan perniagaan dan operasi.

"Chia menjelaskan, langkah VSS itu akan dilaksanakan oleh divisyen sumber manusia bank berkenaan yang juga berperanan dalam membantu menyelaraskan penempatan keluar dan peluang kerjaya alternatif kepada pemohon VSS yang berjaya.
"Permohonan untuk VSS itu mesti dihantar ke divisyen tersebut selewat-lewatnya pukul 5 petang pada 21 November 2011," katanya.

Aku- sape yang terlibat. mungkin orang yang kita kenal. duit banyak, salah urus, cepat pokai. jom mulakan perniagaan. nak kerja, susah juga nak dapat dalam situasi ekonomi sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable