Jom Follow

Isnin, 31 Januari 2011

Tunggu Nasi Masak.

salam.

isnin
31/1/11
hari ke 3.

malasnya hari ini. semalam dah tidur awal. apa boleh dapat dengan malas tu? tak berubah dengan malas.
nak tidur je rasanya, tapi apa boleh dapat dengan tidur je. boleh senang hidup dengan berlama-lama tidur?
bangun. bangun.bangun

yang kerja, silakan.
yang cuti, buatlah apa yang disukai.
ada yang dah balik kampung.
kerja sendiri, dah tahu apa yang kena buat?
ada yang sangkut banjir. apa boleh buat. hujan menjadi-jadi.

majoriti sekolah kat KL dah cuti. tapi sekolah anak-anak aku belum lagi. khamis baru cuti. balik kampung pun rabu malam.
.
keluar rumah. tengok-tengok suasana pagi.

oh! masih gelap. hujan lagi sikit-sikit. nak berbasikal pun tangguh dulu. bila?semalam pun tak.  lepas makan kot. itu pun kalau rajin. eh le. rajin mesti la. baru senang hidup.

baca buku dulu. banyak lagi yang belum baca. banyak lagi yang belum khatam. baca.baca tambah ilmu dan tambah semangat. semangat meniaga. jangan cepat puas hati dengan apa yang dah dimiliki. masih banyak lagi yang bisa kita capai dalam hidup. masih banyak lagi impian yang nak capai. dok berkira-kira nak tengok Formula1 kat Malaysia. nak gi ke tak? impian aku sebelum tamat kontrak SIC, aku mesti sekali ke sana.

impian oh impian.
masih banyak belum capai.
ini yang bikin semangat kerja memuncak.
1000 buah buku tahun ini.
beli 2,3 buah rumah kedai.

pejuang mlm.
target cdm dah ada.
pulun,pulun,pulun.
RM5,000.00 dan RM1,000.00 sedang menanti.

meniaga boom kembali. 
biar ramai-ramai dapat income besar. biar ramai-ramai capai impian masing-masing.
pejuang kat sabah, kembali ceria. kembali sibuk. nak makan tak sempat. nak sembang tak ada masa. demo,demo,demo. biozone food purifier meletup-letup. dah tak boleh tahan lagi. gelombang dah melanda. terus,terus,terus buat. bikin money. bikin pasif income.

hidup penuh makna.
hidup penuh warna-warni.

aku ni dah lapar. tunggu nasi masak dulu. gulai udang. oooooh mengancam ni.

Ahad, 30 Januari 2011

Kelas17-Melaka1


salam
 
ahad
30/1/11
hari ke 30

seperti biasa.lepas kelas kat usj. balik rumah kejap. terus ke Melaka, bersama cdm khazir. aku tidur sepanjang perjalanan. hujan sepanjang jalan.
 
kelas bermula jam 4pm. hujan, ramai yang tak dapat sampai. tak apa, siapa yang hadir memang fighter hebat dan pasti berjaya gapai impian masing-masing. bagi leader mungkin hujan bukan halangan besar tapi bagi prospek baru, suatu halangan besar buat mereka. walaupun begitu kehadiran hampir 30 orang sudah mencukupi.

dah hampir 3 tahun kelas berjalan. setiap minggu. masih bertahan. 2011 bakal melihat AT181 menguasai Melaka pulak. buat, buat dan terus buat. tak ada mustahil. tetapkan matlamat,buat perancangan dan bertindak ikut apa yang dirancangkan. kami tunggu kemunculan singa-singa dari negeri hang tuah...
Cdm Jalilah. setiap minggu turun. selalu terpikir nak hidup lebih bermakna. nak jalani hidup penuh warna-warni. nak jalani hidup lebih indah lagi. sebagai pemakan gaji tegar, mungkin sukar nak merasa. gaji pun cukup untuk jalani hidup secara biasa-biasa. nak berbelanja lebih sikit takut lari budget pulak. sekarang ni tak lagi.

Pemimpin hebat. Cdm Faridah dan Cdm Khazir. Sentiasa bersedia untuk gempur melaka. jangan terkejut akan lahir cdm dibawah mereka nanti. kalau tak bekerja tak mustahil anda akan terlopong nanti.

SM Shaari. datang demi ilmu dan peluang untuk jalani kehidupan yang lebih bermakna lagi.

DSM Salmi; 'Taipan tak pernah tinggalkan kita, sebaliknya kitalah yang tinggalkan Taipan.'
 
ini beberapa foto yang sempat aku rakamkan. ada lagi orang terlibat menjayakan kelas kat Melaka. 
aku sampai rumah jam 9.30pm. puas hati dengan perjalanan kelas di Melaka. ternyata menjadi-jadi.

Peniaga di precint 16....


Salam

ahad
30/1/11
hari ke 30

pagi ahad yang ceria. pagi ahad yang menggembirakan. ahad yang dinanti-nantikan. pagi tadi gi hantar anak main futsal kat mcdonal bangi. ada latihan katanya. lepas tu gi makan kat putrajaya.

pagi ahad di komplek kejiranan precint 16 putrajaya... rupa-rupa ada orang meniaga. dah lama tak gi sana. sejak kelas tak buat kat sana. banyak kedai. barang-barang biasalah. barang terpakai. dari buang baik jual. dapat juga duit. ada juga orang meniaga. bukan main-main jual je. dah jadi kerjaya pun. duit lebih sape tak nak. kaya siapa tak mahu. ada juga meniaga ini, kerjaya part time.
Pemilik gerai ni katanya dari melaka.

Cdm Kartini sempat memilih baju.

Suasana di precint 16. ramai orang.

pilih jangan tak pilih.

buku-buku pun ada. buku novel melayu banyak tadi.

ini pun ada.




rezeki meniaga ni 9/10. besar.banyak dan melimpah ruah kalau kena gaya. kena ada ilmu juga baru berjaya. akademi taipan 181, ajar meniaga. ajar bagaimana nak bina rangkaian. meniaga networking tak sama meniaga gini. ini hanya ada 1 untung je. untung runcit. tapi dunia mlm ada 5 bonus pada produk. sebab itu ramai yang memilih kerjaya mlm sebagai kerjaya utama. berani dan yakin.

lepas makan gi kelas di usj taipan. macam biasa.....kelas dihadiri pencari ilmu dan yang ingin ubah kehidupan ke aras yang lebih baik lagi.
paip pun ada orang jual.

Ramainya Orang?????jadi...kah ! kah !


Salam.

Ahad
30/1/11
hari ke 30.

bertemu lagi. jam hampir 2 am. belum nak tidur. baru sampai rumah. kena selesaikan beberapa hal dulu. upload gambar perlawanan bolasepak Piala Sumbangsih 2011. gi stadium lagi. teman anak. malas pu kena g juga. seronok juga tengok kat stadium. malangnya aku sedikit kabur. tak jelas. dah kena tukar cermin mata dah kot. lama sangat dah guna yang ni. tadi tak nampak pun muka pemain.  

bertolak ke stadium pun dah lewat. hampir maghrib. tunggu tu, tunggu ni. nasib baik jalan tak sesak. sempat sampai. kereta parkir di parkir w. encik rosli punya pas. dekat dengan pintu masuk. encik rosli bersama 2 anaknya. solat maghrib dulu. bola, bola juga. solat jangan tinggal.

Sebelum masuk stadium, tunai dulu rukun islam ke 2. solat...


duduk belakang gol. hujan renyai-renyai. kena tempiasnya. nasib baik hujan tak lebat dan tak lama. bila permainan bermula hujan dah berhenti.

semalam ada 2 appt. syukur. setakat ni masih lagi positif. nak join dan nak hadiri kelas pagi ini. harap-harap, kehadirannya ke kelas, akan menguatkan lagi kemahuan nak join. janganlah tak jadi, esok. kalau tak jadi, tanda-tanda awal melepas. aku harap dia tak tanya pada yang gagal. harap tak tanya pada yang tak pernah buat hai-o. harap tak tanya pada yang tak tahu pun pasal mlm. ramai yang kita jumpa, prospek suka rujuk pada yang tak pernah terlibat dengan mlm. prospek xcite, sharing peluang terlalu awal, sebelum belajar. tak closing mulalah tak nak join.

gumbira bila kelantan menjaringkan gol pertama. gegak gempita seluruh stadium.
kalau tanya pada yang pernah gagal. lagilah dia.... dia gagal bukan pasal syarikat tak bagus. dia gagal bukan sebab produk tak molek. dia gagal bukan pasal upline bengap. tapi gagal kerana tak buat. tapi gagal kerana buat sekerat jalan. tapi gagal kena malas nak jumpa prospek.

Guna kesempatan sebaik mungkin. berniaga. berniaga. berniaga. dimana ada manusia, disitulah perniagaan akan wujud. rajin, tekun dan jangan malu. malam tadi tentu lumayan untungnya. penonton dah tentu lapar dan dahaga. laris sungguh.


kalau kita gagal meniaga kedai makan. bukan pasal meniaga kedai makan tak bagus, tapi mungkin kita tak pandai layan pelanggang. masakan kita teruk. tapi bukan idustri kedai makan tak boleh jalan. kita je yang gagal. sama juga dengan mlm. kita gagal. bukan syarikat yang gagal. syarikat masih berdiri teguh.

dulu ada yang amat bersemangat berniaga. kini tiada lagi. muka pun dah lama tak tengok. kenapa? semangat hilang. impian berkubur. dilarikan pencuri impian. dulu rajin datang kelas, seminar. kenapa tak lagi?entah... tak berminat. tak boleh jalan lagi. dah habis kawan. bla...bla...bla...
Semua dah masuk ke? baju merah dan baju kuning tu. rasa masih ramai yang belum. jadi masih luas lagi kita punya sumber.

kawan habis. betul ke. cari kawan baru. tak susah. senyum setiap jumpa orang. kalau senyuman berbalas dah boleh mulakan perbualan. bagi salam je.kalau dia jawab, tegur la... sembang-sembang. nak berpisah minta card.

mudah dan senang. kat stadium tadi pun dapat sembang dengan 3,4 orang stranger. berkawan dulu. mana tahu bisa upgreed. jadi dline pula.

petang ini kami akan ke Melaka. hadiri kelas kat sana. ada juga prospek yang nak hadir. nak rasai/tengok kehebatan kelas Akademi Taipan.


Sabtu, 29 Januari 2011

MLM7- Semua Masuk, Nak Ajak Sape?


salam

sabtu
29/1/11
hari ke 29

gelap cerah, gelap cerah, gelap cerah. dah lama aku dalam bidang ni. cecah 10 tahun. tak takut ke berenti kerja. mlm tak lama booomnya. lepas tu senyap. kalau tak pun bila semua orang dah masuk. nak ajak sape lagi. dah habis orang. ye ke orang boleh habis. betul ke semua orang akan masuk.

jumpa orang baru. jenis yang banyak tanya. itu juga yang ditanya. bila semua orang dah masuk. nak ajak sape lagi? bila semua orang dah pakai penapis air. sape lagi yang nak beli?

susah nak jawab. susah nak cakap. perlukah jawab? bolehkah buat-buat tak tahu je. biarkan tertanya-tanya. kalau jawab mereka akan masuk? masuk dan buat gile-gile? aku rasa dia mati meniaga dulu, sebelum terjadi hal tersebut. mati dulu bro.. he.. he.. he..bikin poning kopalo lagu nii. kalu semua orang tanya... mati beragan aku..
kalau orang tanya anda macamana mau jawab.


aku dah lama buat. ada orang lagi lama. ada lagi yang lagi lagi lama. lagi lagi lagi lama pun ada. masih buat. masih bertahan. masih berniaga. masih bawa balik duit. pitis masih dapat dari mlm. masih sara keluarga dengan meniaga mlm. masih beli harta dengan duit muit melalui mlm.


tengok aku sudahlah. lama tapi masih boleh berniaga. tak ada masalah nak sponsor orang. masih ada yang tak tahu mlm. masih ada yang tak pernah dengar hai-o. boleh buat lagi. meniaga je... tak payah dok pikir soal-soal gitu. halang kita berjaya je.

malaysia belum habis. indonesia dah kembang. lepas ni india pulak. satu dunia boleh meniaga. mana boleh habis. nak kaya memang boleh. makin luas lapangan kita nak bertempur. jangan mati dulu...he he ..he..

senang cite. tak habis. tak berhenti orang masuk. penapis air masih boleh jual. masih ada orang nak. belum slow penapis air, timbul pulak biozone food purifier. makin sibuk gamoknya. makin ramai pembeli gamoknya....


ada hidup. ada mati. ada lahir.
ada mati meniaga.ada koma meniaga.ada gile meniaga. macam-macam ada. 
jom buat duit. jom jadi kaya. semua orang nak kaya....

MlLM6-Think Big


salam.
 
Sabtu,
29/1/11
hari ke29.

syukur kerana masih hidup. masih dapat tingkatkan ketakwaan pada Allah. dapat teruskan misi hidup. dapat teruskan perjuangan. masih ada masa untuk jadi lebih hebat. masih boleh minta maaf atas ketelanjuran semalam.
 
aku pun ceria pagi ini. seronok. bahagia. katanya ada 2 appt hari ini. doakan melekat. bulan ni dah tak sempat. masuk bulan depan bro. tahun 2011 ni, sentiasa ada appt je. mudah dapat prospek baru. mudah dapat rakan baru. mudah buat closing. syukur. harap-harap sepanjang tahun. insyaalah.
Penuh dan dengar penuh minat.
 Kelas di Safira Club, dah 2 tahun lebih.Masih bertahan. Masih ramai yang datang. Masih ramai yang mahu berniaga. Masih ramai yang mahu kaya.
 
awal tahun hari tu. cdm paling sibuk. appt penuh. lepas je seminar terhebat 2011; fight to cdm. ddm dan dsm pulak sibuk. ke hulu,ke hilir. appt penuh. hinggakan 2 appt serentak. mana satu nak pi. mana mahu pilih bro. syukur. kelas-kelas penuh. malah tertunggu-tunggu nak gi kelas. mana tahu, tahun 2011, tahun kegemilangan kita semua. meniaga menjadi-jadi.

semalam aku hadir ke kelas Cdm Yan. perkongsian oleh cdm zool. banyak dapat. dapat tips mahu bertahan. sentuh pasal kitaran mlm. harap meniaga ini sentiasa cerah. makin lama makin cerah. jangan pulak semakin lama semakin malap. mesti ada yang tak betul tu. mlm ada perniagaan yang dibimbing. diberi ilmu sepanjang hayat. ilmu ini diberi secara percuma oleh Akademi Taipan181. ingat akademi taipan, akademi yang bina usahawan mlm sehingga berjaya. sehingga jadi jutawan. insyaalah. 
meniaga ini perlukan impian. aku buat kerana nak capai impian. bukan aku buat kerana orang suruh. aku buat kerana mu(impian) dan anak-anak ku.
Cdm Otai, berkongsi ilmu dengan kami yang masih hijau dalam meniaga mlm ini. salah dan silap adalah lumrah bagi yang sedang belajar.jangan marah...
 
think big, walaupun income belum besar. think big, walaupun meniaga belum jadi. think big, walaupun network belum ada. think big, walau sehari baru join. think big. think big. think big. jangan malu untuk think big. langkah mula menjadi cemerlang. mesti berani untuk think big. biarkan mereka yang ketawakan kita punya impian.
 
impian wajib ada. kena ada bila nak capainya. jangan main cakap je. 'aku pada atau sebelum 31/5/2011 mesti jadi cdm.' ulang sehingga 16 kali sehari. cakap pada diri dengan penuh semangat. jangan cakap,lepas batuk ditangga je. memang tak jadi.
 
'aku pada atau sebelum 31/5/2011,kereta bmw merah mesti berada dalam tangan aku'. cakap, ulang lagi dan lagi. tak lama anda akan capainya.

dah berimpian mestilah buat perancangan. mesti buat. bagaimana nak capainya. bagaimana nak dapat income. ini pun kena belajar betul-betul macamana nak buatnya sampai jadi.

Jumaat, 28 Januari 2011

Cepat Serta Bangat.


salam

jumaat
28/1/11
hari ke 28

dah closing. banyak? sikit? lebih dari bulan lepas atau kurang dari bulan lepas? bulan 2, pulun giler. jadikan pengalaman. jadikan pengajaran. dah tak boleh masuk sales lagi. bulan 2 pulak. banyak yang tak sempat. bank lewat. pegawai bank cuti. prospek lambat serah dokumen. lambat jumpa prospek yang kata 'yes'. dah selalu sangat jadi gitu. tahun lepas lagi. tahun 2011, tak payah jadi gitu lagi. bertindak cepat. 
 
jumpa prospek mesti cepat. jangan bertangguh. kutip dokumen pun cepat. jangan tunggu. proses dana cepat. transfer money cepat. ambil barang pun cepat. cepat edar barang. cepat meniaga. cepat buka group. cepat jadi cdm. tahun serba pantas. lembab pasti ketinggalan. mati meniaga pun boleh jadi. lambat dan lembat punya pasal.

renung seketika.
mula-mula meniaga, join masti SM. bulan depan mesti SSM dan bulan ke3 DSM. inilah yang kita asak dalam minda. dalam kelas. ini yang kita cakap. masa minum-minum. ini yang kita cakap. pantang jumpa. ini yang kita bicarakan. ramai yang jadi. ramai yang naik. ramai yang ok. aku tak nafikan, ada yang ikuti graf tersebut. tapi tak ramai. bulan ke2 ramai yang dapat ikut. cuma bukan ke3, tak ramai yang dapat. tapi 2,3 bulan lepas tu pasti capai. kenapa? kita yang nak jadi. kita buat ianya jadi. sentiasa sebut. sentiasa cakap. sentiasa asak dalam minda. kadang-kadang ada terlebih laju. momentum terus memuncak dan gapai cdm tak sampai 200 hari. singkat.....

kini kurang kita promot. asal masuk je. tak bagi matlamat. ada pun tak jelas. kabur. suruh jadi cdm. suruh dapat income besar. mana boleh income besar kalau pangkat tak naik brooo. bila tak ada fokus jangka pendek atau bulanan susah nak wat kerja. kita ubah balik. kena cite balik. fokus.fokus.fokus. SSM bulan ke2. DSM bulan ke3. terlajak jadi  CDM pun biarkan...
 
apa yang terjadi. upline hanya mahu income bulan tu je. janji ada orang masuk. lepas la sara hidup. bulan depan cari lagi. susah kerja gini. kena ikut landasan lama. buat,bimbing dan bantu. jangan ingat mahu senang kita je..

sebelum terlupa. ari ni tak jadi pi Utara. tak jadi kelas. cdm maryam tak berapa sihat. jadi ada masa buat kerja-kerja lain. demo kat putrajaya pun tunda esok. boleh baca buku dan menulis lagi. jap lagi ke sri petaling. solat jumaat. disamping tambah kawan baru. tampat ramai. mudah nak dapat kawan. bank nama. selalu kena tambah. mana tahu, boleh ajak jadi rakan kongsi. kalau tak berkawan seumur hidup pun ok. 

aku nak kongsi 1 cite. pasal imej . aku suka imej biasa-biasa. pakai pun biasa-biasa. semasa nak  terbang ke KK. singgah kat kedai dalam KLIA. tengok baju ferari. tak layan. geram pun ada. mintak size aku pun jurujual buat tak dengar je. macam tak boleh bayar. tapi pasal imej. so kena berimej koperat. kalau mahu orang pandang sikit kat kita. orang lihat penampilan luar je.  masa balik pun sama masih tak layan. ok la. tak payah beli. aku nak beli juga satu. nampak hebat bila memakainya merah menyala.

jom bertindak. jom action. jangan dok relax. jangan dok tangguh. nak tunggu apa lagi.



MLM6; UTARA

salam.

jumaat
28/1/11
hari ke 28.
Masih awal pagi. Belum tidur. Tak mengantuk. Tidur petang. Balik dari Melaka. Terlena, walaupun dah petang. jadi malam susah nak lelapkan mata. berjaga sambil menghabiskan novel Ryyan Fantasi. sepatutnya dah lama khatam. kehilangan. tak jumpa cari. salah letak kot. balik KK. ada kat meja. sambung bacanya. buku yang menarik. sedikit misteri. Ramlee Awang Murshid. penulisnya pandai olah cerita. tertanya-tanya apakah kisah seterusnya. terpaksa hentikan. kena tidur. tak megantuk, terpaksa. nak bangun pagi. dah berazam nak solat subuh di tempat azan dilaungkan. istiqamah bangun pagi. malu nak cite, tapi syukur Allah masih bagi peluang buat aku. bersolat jemaah subuh. terlalu besar pahalanya. lebih awal lagi bangun, solat tahajud juga. kadang sempat, kadang tak sempat. tak apa asalkan sempat solat jemaah di surau.

petang tadi, kami ke Melaka. jumpa prospek stranger. kenal melalui dunia IT. sekadar jumpa berkenalan dengan sedikit ruang cite Akademi Taipan181. teruja dan mungkin bergabung dengan kita semua. tak sangka. kami jumpa di Maidin MITC.
hairan aku. selalu ke MITC, tak nampak pun Mydin. tiba-tiba hari ini tersegam hebat dekat dengan MITC. Mydin juga medan pertemuan kami.

Asam pedas juga yang dicari. malas nak cari kedai lain. sini pun boleh. tapi sayangnya ikan pari, dah lama.buruk dan berbau. harap tokey ubah sikit. guna ikan segar lagi kaw-kaw. ikan kembong ok.

Cdm Kartini
malamnya kami ke USJ Taipan. hantar barang. terus ke KJ. makan sikit. dan balik rumah. itulah rutin kami semalam.
itulah seronoknya buat mlm. kerja pun tak sama dengan kerja cikgu dulu-dulu. masuk 7.20 am dan balik 3.30pm. itu pun kalau tak ada koko dan kelas teuisyen. kalau ada jam 6.00pm baru balik. sampai rumah dah gelap. syukur juga, aku dah terlepas rutin tersebut. kalau tidak, parah kerjanya. terutamanya awal tahun.

Buat mlm. dah 10 tahun. masa kerja, aku yang tentukan. jam berapa nak jumpa prospek. berapa orang aku nak jumpa. kalau 1 orang, cepatlah boleh balik rumah. kalau jumpa 2,3 appt, lewat sikit balik. tapi kalau 3,4 tahun berniaga, masih kena pulun lagi. tak boleh kerja sambil santai-santai lagi. network belum mantap lagi. kami pun masih belum mantap. tapi sedikit kurang kerja. bukan tak kerja langsung, tapi ada masanya kami giler-giler buat dan ada masanya kami santai-santai.
esok mungkin kami ke Alor Setar. hadiri kelas kat sana. dah lama tak tunjuk muka. hari ini, kami akan sampai. belajar dengan orang utara dan berkongsi kisah kejayaan. mana tahu dengan kehadiran kami, warga AT181 utara makin bersemangat. makin fokus pada meniaga. makin meletup-letup meniaga.  bisa bertahan walaupun jauh dari KL. bagaimana mereka memotivasikan diri mereka. terus bertahan dan terus berniaga. ikan temenung. dah lama tak belasah. pagi sabtu kami akan belasahnya sebelum balik KL. Insyaalah.

Khamis, 27 Januari 2011

Anak Malaysia Hebat...

KEMBAR HEBAT, BERUMUR 10 TAHUN.  DAPAT SEMUA A DALAM KERTAS MATEMATIK PEPERIKSAAN SIJIL AWAM ANTARABANGSA PENDIDIKAN MENENGAH YANG BIASANYA DIAMBIL OLEH PELAJAR BERUMUR 16 TAHUN.
BAGAIMANA?
KEINGINANNYA SENTIASA MAHU CEMERLANG.
ADA MENTOR.
5.30 AM DAH BANGUN,
LATIHAN RENANG 90 MINIT.
30 MINIT BUAT LATIHAN MATEMATIK ATAU FIZIK SEBELUM KE SEKOLAH JAM 8.30AM.
BALIK SEKOLAH SAMBUNG LATIHAN RENANG JAM 5PM.
45 MINIT BUAT LATIHAN ATAU MENELAAH BUKU SEKOLAH.

KITA.
SANGGUPKAH KEJUTKAN ANAK SEPAGI ITU.
LATIHAN SELAMA ITU.
TAK SANGGUP TAK PAYAH CITE KEHEBATAN DAN KEJAYAAN MENDUNIA.
AKU PUN TAK SANGGUP
KAH.KAH.KAH.
HARI HARI HARI PULAK TU. KALAU SETAKAT 2,3 HARI TU BOLEH LAAA. 
NAK HARI- HARI...

DISIPLIN.
ISTIQAMAH.
HARI-HARI BUAT.


Sabah10- Si penjual ikan..

semalam, semasa berada di KK. sempat juga jenguk-jenguk pasar ikan kk. pasarnya bersih dan tak bising. tak seperti pasar borong selangor. pekik sana, panggil sini. bising. kat sini, penjualnya tak panggil pun pembeli, mereka tahu pembeli akan datang juga kat lot mereka. muka ceria, tak mengantuk. kalau pasar borong selangor, muka tak ceria,jelas nampak kurang tidur. tak berebut-rebut pelanggang. ikan pun segar-segar. sedikit mahal kalau nak dibanding dulu-dulu.
amat berbeza saiznya, yang kecik tu biasa kita makan kat KJ. besar tu pertama kali tengok. besar tu RM5 perkilo.
Ikan buntal. boleh makan ke? orang kata bahaya...
Besarnya sotong.... sotong pisang namanya...
Gaya-gaya penjual ikan.
Suasana pasar ikan KK. dah tak ramai. kami gi pun dah lewat. jam 10am.
Telur ketam.... mengancam...
Udang.... rm 60 sekilo. kat kl berapa? bukan yang bela, ini laut dalam punya tangkapan, sebab tu mahal.
Cdm Muhamad Razali bersama ikan tuna. besarnya..... ini hasil pancing di laut dalam. sekali pergi selama 5 hari baru balik. ada yang 78 kg, 71 kg. sekilo harga rm 8.50. seekor harganya cecah 5,6 ratus rialllll.tapi kena berjuang dilaut lepas....ada yang dieksport ke Jepun.
Depan pasar ikan KK. dsm tam yang bawa kami.

Kelas16- cakap benda sama....

salam

khamis
27/1/11
hari ke 27.

bertemu lagi. hari ini awal pagi. penuh semangat. baru lepas berbasikal pusing-pusing taman bukit kinrara. lepas solat subuh, terus mulakan langkah. lewat sikit, malas akan selubungi aku. malas akan ikat kaki tangan aku. malas akan terus tarik hati dan persaaan untuk rehat-rehat kat rumah. akan terbaringlah. tewas. tewas.
masalah. masalah. masalah.
susahnya nak istiqamah.
susahnya nak disiplin.
susahnya nak buat hari-hari.
apa yang nak buat?
banyak...

sekarang ni aku berbasikal pagi-pagi. dah hampir sebulan. tiap-tiap pagi. tapi setiap pagi juga adalah peperangan. nak buat ke tak nak buat. tidur atau pusing-pusing. hakikatnya sihat atau sakit. mana pilihan aku. dah tentu sihat.tapi kenapa susahnya nak istiqamah buat. kalau pusing-pusing pun, nak cepat balik. kenapa? malas juga. bosan pun ada. pusing-pusing tempat sama. alasan, alasan, dan beralasan. nak berjaya lawan tetap lawan. 1 jam pun susah. balik bukan ada kerja sangat pun. relak juga. lawan tetap lawan. aku pasti menang.

kaadang terpikir juga. macamanala mereka yang berjaya, seperti dato lee chong wei. hari-hari berlatih. berjam-jam pulak tu. tinggalkan zaman keseronokan remaja. penuhi masa dengan berlatih. hari-hari berlatih. tak bosan ke. jangan tengok sekarang. lihatlah masa dulu-dulu. berapa banyak masa berada digelanggang dari berada dirumah? berapa masa berada ditempat latihan? berapa pulak masa bersama dengan ibubapa? kalau tak sanggup. mana mungkin boleh jadi seperti sekarang.
basikal yang aku gunakan untuk pusing-pusing lepas solat subuh.

meniaga kita pun sama.
istiqamah buat.
hari-hari buat.
letih. bosan. jemu. kena buang.
disiplin mesti buat.
hari-hari mesti ada demo. paling kurang 1.
hari-hari mesti jumpa stranger.
hari-hari kena keluar. jauh atau dekat.
hari-hari kena bersemangat.

kalau tak. tak kekal lama. tak sampailah 2,3 4,6,7,10,11 tahun meniaga. tak jadi kaya la...
kelas mesti hadir. bukan 1 bulan 1 kali. bukan ada prospek baru nampak muka. bukan free baru jengok.
wajibkan diri hadir setiap kali kelas. anggapkan kelas tak jadi, kalau kita tak hadir. kena rasa diri penting pada kelas. kalau mahu meniaga lama dan menjadi-jadi. kalau nak setakat cukup makan, tak apa. jangan pulak dok tanya kenapa meniaga tak besar-besar? 
 
Kelas di ttc sabah.
ada jenis tak suka datang kelas. bosan. cakap benda sama. sebulan sekali je datang kelas. mana berjaya kalau malas datang kelas. kalau berjaya pun, group tak berkembang. kita je yang berjaya. apa yang berlaku masuk dan mati....


Rabu, 26 Januari 2011

Seminar Terhebat 2011- fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm



Seminar fight to cdm 2011. telah berlalu. lepas seminar, semuanya bersemangat dan bertekad menjadi cdm sebelum julai 2011. antara foto yang sempat aku rakamkan pada seminar tersebut. foto duo.

sebelum bermulanya seminar. fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm

bertanya kabar anak buah. fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.


pakai merah hitam semua dah tahu.fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.



Senyuman bakal cdm 2011. fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.
Yakin dengan potensi yang dimiliki.fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm
Sumpah aku mesti naik pentas cdm 2011.fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.
Orang lain tak nak, aku tak kisah. fight!fight!fight! cdm, cdm, cdm.
Laut China Selatan kami tempuhi semata-mata nak jadi cdm 2011. fight!fight!fight!cdm,cdm,cdm
Senyum bangga terpilih peserta seminar. fight!fight!fight! cdm, cdm, cdm
din dan amm. fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm,
Cikgu Maxwell bersama awang zulfikar.fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.
Ajan lipin dan rakan kongsinya. fight!fight!fight! cdm,cdm,cdm.
Kami semua doakan anda semua jadi cdm 2011.
cepat lagi bagus. 
fight!
fight!
fight!
action!
action!
action!
sidem
sidem
sidem.

Sociable