Jom Follow

Jumaat, 7 Mei 2010

pak li kopitiam

sedang dok kat pak li kopitiam seksyen, sembang pasal perkembangan terkini pasal meniaga kita. adoh ramainya prospek cuma perlu berani buka mulut je. tapi kami kat sini sedang jumpa dengan leader, dok bincang apa lagi cara nak dapat prospek. terutamanya orang-orang lama. dah lama tak ada demo. tak tahu mana nak korek lagi prospek. prospek masuk dan mati, tak ada yang nak teruskan perniagaan ini. jadi dah habis ikhtiar, katanya. tapi masalahnya ada juga yang masih lagi seronok meniaga. tak putus-putus demo. kenapa?

masa rehat dan ramainya prospek kat sini. semuanya orang kerja dan layak untuk meniaga. itu pun kalau mereka nak la. ikut pengalaman tak semua orang nak. ramai yang nak sekejap, lepas tu tak nak, ada juga yang nak dan terus buat sampai jadi.

ada yang dah g demo, jumpa sampai lebih 50 orang. tak satu pun yang closing. tahniah anda memang hebat dan tahan cabaran. anda memang hebat. tak ramai orang yang sanggup jumpa orang seramai itu dan masih tak mengalah. saya yakin dengan anda dan anda berpotensi untuk menjadi juara. yakinlah orang seterusnya akan nak dan akan kata 'yes'. apa yang berlaku, jumpa hanya 3,4 orang dan tak closing. dah give up. mana mungkin berjaya kalau bersikap begini.

kenapa sampai begitu ramai tak closing? mungkin MP ada masalah. sila semak dengan upline. terangkan depan dia, mungkin ada kelompangan mana-mana. mungkin tools tak cukup. mungkin kita cerita apa yang dia kena buat, bukan cite apa yang dia akan dapat, manfaatnya kalau masuk hai-o. kesenangan dan duit yang dia akan bawah pulang rumah. kita pun nampak terdesak sangat suruh prospek masuk. ini pun tak boleh.

yakin meniaga ini mudah. ramai orang nak. semua orang nak duit. jadi ramai orang nak masuk kalau kita cite secara betul dan berkesan. cite penuh semangat dan yakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger