Jom Follow

Selasa, 25 Mei 2010

Terbang Ke Seberang


khaleedah ameerah.
malam ini sambut hari jadinya yang ke 6. buat kecil-kecil je. ajak anak beranak. itu pun dia yang nak buat. balik sekolah tadi "ma' kita buat hari jadi malam ni, ajak keluarga kita je". terkesan jugan dengan kata-kata tu. kami pun sempat beli kek semasa demo kat shah alam tadi.
lepas isyak diadakan majlis tu. hanya 15 orang je datang.

dsm rohana dan suami, yan dan anak kak anak ada datang. langkah kanan. sempat makan beehun goreng. datang bincang pasal dia nak wat majlis kat Batam pada 19/6/2010 nanti. kami je ikut, janji orang syarikat dapat hadir beri penerangan. kami g pun sebagai tanda support kami pada sesiapa je. masa tu pun kami free. kalau tak free sekali pun kami seboleh mungkin akan ikut.

kami nak buka kaki sendiri pun tak ada orang kenal kat sana. kalau yan nak all out kat sana syukurlah. kami harap dia tak give up. nak tembus tempat baru tak semudah yang dirancang. banyak pengorbanan yang perlu dilakukan sebelum berjaya. kami harap kali ini lebih berjaya dari kat Medan dulu. Kat medan bukan gagal, tapi pak hamid dalam proses mencari kekuatan untuk terus berniaga. kami pun jarang turun kat sana. ikut pengalaman mana tempat yang leader selalu turun, tempat itu lebih cepat jadi. kena selalu gi.

sape-sape nak ikut pun boleh. kalau ada sedara atau kawan kat sana boleh lah ikut sekali. lagi ramai ikut, lagi meriah. lagi cepat jadi. lagi cepat jumpa leader. lagi boom meniaga kita. jom join. dari batam kita akan masuk sedikit-demi sedikit ke Jakarta.
penduduk indonesia mencecah 230 juta. wow betapa besarnya pasaran penapis air kat sana. lihatlah peluang, bukan pada masalah. peluang besar dan kalau 1% je yang beli BA. dah berapa juta yang beli. pasaran sepanjang hayat.
kita kat malaysia ni pun boleh berniaga sepanjang hayat. hai-o dah 18 tahun kat malaysia. masih boleh berniaga lagi. masih ramai lagi yang tak tahu kewujudannya. ini tandanya kita masih boleh berniaga. cuma kena rajin je. jangan cepat give up.

TT belum jadi. masih baru lagi tapi dah ada peningkatan pada bulan ini. bulan lepas tu sedikit sebab tak ada skill lagi. bulan ni skill dan ada. skill dapat bila kita selalu buat dan praktik. latihan berterusan akan menajamkan kita punya skill. bila dah dapat skill, meniaga kita akan laju macam roket. jangan kecewa, kalau prospek tak join. cari next prospek, cerita lagi, tak nak, next lagi sehingga berjumpa dengan orang yang nak. proses ini, proses latihan. skill semakin mantap.

jumpa anda di batam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable