Jom Follow

Sabtu, 23 Februari 2013

KL-Tawau-Lahad Datu

Bertemu lagi, malam ini. Jumaat dah sampai penghujung. Entri pagi tadi aku masih kat KL. Entri ke-2 aku dah berada di Lahad Datu. Aku menulis ini dari bilik hotel. Lepas makan, nasi bersama latok & ikan bakar di Anjung Selera. Makan bersama-sama dengan rakan-rakan niaga Lahad Datu. Liza, Nora, Abg Rasyid, Asiah, Roshila & Kartini. Ikan bakarnya boleh tahan. Sedap. Sebab utama kami ke Anjung Selera, Cdm Kartini nak makan latok. Kat sini, memang jual latok. Latok memang banyak sekitar Lahad Datu, tapi susah/x dijual dikedai-kedai makan. Hanya kat pasar sahaja.

Anjung Selera.
Kami ke sana selepas buat persiapan akhir untuk acara esok petang. Kot-kot masih ada yang belum beres. Kerusi, banner, meja & PA sistem. Nampaknya pihak hotel telah lakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Atucara juga dibicangkan. Esok ada 4 testimoni dari warga Lahad Datu, testimoni KL juga akan ditunjukkan pada acara esok petang. Lebih 200 tiket telah terjual. Apa yang kami harapkan, semua yang beli tiket akan berada dalam dewan bila acara dimulakan. Cdm Siti Rahmah, Cdm Maidah & Cdm Nurhasni juga akan hadir esok. Mereka juga tempah tiket dengan Cdm Roshila. Harap-harap acara esok bagi impak yang hebat untuk warga Lahad Datu & Sabah untuk menawan seluruh Sabah dengan BVSM.
3 leader hebat Lahad Datu.

Banner Hari Bio Velicity.
Kami sampai Lahad Datu sekitar jam 7.30 petang. Kami bertolak dari Tawau jam 3.20. Menunggu teksi lebih kurang 30 minit. Tak kisah, boleh layari fb. hihihihi. Kami bertolak dari KLIA, jam 11.50. Sampai Tawau, 2.35 petang. 

Sampai je Lahad Datu, check in hotel. Simpan je bagasi. Kami terus keluar. Ronda-ronda dulu. Hari semakin gelap. Masuk Mall. Dah banyak kedai tutup. Aku macam biasa. Cari kedai buku. Cari bekalan untuk malam ini. Singgah pasar malam. Beli ikan bakar...

WOW! Banyaknya barang.
Sesi minum dulu.  PT dulu.
Agak lama tak terbang dengan MAS. Hari ini, berubah rasa. Terbang dengan MAS. MAS juga telah amalkan sepenuhnya self check in dan 30kg bagasi. Jadi semua barang yang kami bawa dari rumah tadi boleh terbang ke Lahad Datu. Kalau 20 kg seorang, mungkin akan ada yang kena tinggal. Terima kasih MAS. Tambang pun dah murah. Dah boleh bersaing dengan Airasia. Terbang bersama kami tadi Cdm Asiah Yusuf.
WOW! Pemandangan dari udara.
Kongsi kebaikan BVSM dengan kawan seat sebelah. Datang ke Tawau. Buat Biz. Juga biz MLM. Syarikat apa? Tak payah cakap.

Cdm Inda yang hantar kami ke KLIA. Bergerak dari rumah jam 9.15 pagi. Cdm Inda dah sampai rumah kami sejak jam 7 pagi lagi. Kalau lewat, sangkut jem. Keluar awal pagi lebih selamat. 
Fb oh fb...Mana-mana boleh biz.

Kami guna teksi dari Lahad Datu. Cdm Roshila dah uruskan. Kami tanya tadi kat airport. RM150 dari Airport Tawau ke Lahad Datu. Tekasi tadi, aku tak tahu dia cas berapa. Cdm Roshila yang uruskan. Aku rasa mesti kurang dari RM150. Sambil tunggu teksi sampai, sempat juga aku call Supirman Amir. Kawan semasa belajar kat UPM. Dia mengajar di SMK Balung Tawau. Semasa aku call, dia berada di bandar. Sedang tunggu isterinya. Jadi aku ambil keputusan, tak leh jumpa. 

Restoran ini tempat kami makan tengahari tadi.
Masjid  Nur Sulaisah, Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Dari Airport Tawau ke Lahad Datu. Perlukan 2 jam perjalanan. Untuk kebaikan kami, kami makan dulu dan solat sebelum vrooooom ke Lahad Datu. Kami berhenti makan di Batu 15, Jalan Apas, hala ke Tawau. Nasi putih & sup tulang & nasi lalapan.
Goreng pisang, goreng cempedak dan macam-macam lagi.
Lepas tu sambung perjalanan mesti U-turn ke Lahad Datu. Singgah beli goreng pisang & goreng ubi. Nak kasi padat. Nak kasi penuh. Rupa-rupanya teksi berhenti di Kg Balung. Terkejut aku. Aku ingatkan kg Balung ni di Bandar Tawau. Kalau aku tahu, hala ke Lahad Datu juga, aku tunggu Supirman. Tapi dah tak tahu, dah tak sempat jumpa. Tapi aku dah punya no telefon Supirman Amir. Lain kali, bila aku datang Tawau, aku akan jumpa dengannya. Jumpa untuk bertanya kabar dan bukan untuk ajak bergabung dengan biz kami.hi!hi!hi!Kalau nak bergabung, amat dialu-alukan juga.

Jalan ke Lahad Datu dari Tawau elok. Smooth je, cuma banyak kereta & lori. Susah nak memotong. Jaraknya lebih kurang 100 KM sahaja. 

Drebar teksi tadi namanya Wan. Nama penuhnya aku tak ingat. Bukan tak ingat, tapi tak tanya pun. Dah Cdm Shila panggil wan, kami juga panggi wan. Tapi pelik sikit. Kulitnya sikit gelap. Aku dah pelik. Tapi aku diam jelah. Aku tengok tag tergantung kat cermin pandang belakangnya berkaitan motor cross. Wan ni memang minat dengan motor cross. Tapi dah tinggal. Sekarang main basikal pula. Lagi aku tertanya-tanya. Bawa teksi, sempat lagi terlibat dengan itu semua. Cerita dia baru beli rumah dan tengah renova lagi. Ada kolam renang lagi. Lagi aku tertanya-tanya. Banyaknya duit dia.

Cerita punya cerita. Baru aku tahu. Kerja bawa teksi ni, hanyalah part time je. Itu pun kena booking. Tak ada booking, dia tak bawa teksi. Dia tolong bapanya urus ladang kelapa sawit. 100 ekar tu brooo. Bukan sikit. Rumah & kereta, ayahnya yang bayar. Gaji lagi dapat. Patut pun dia hidup macam tu. Isterinya pula cikgu. 

Datuknya asal dari India. Merantau sehingga menetap di Kalimantan. Kahwin dengan wanita keturunan Cina. Lahirlah bapanya. Bapanya pula merantau ke Tawau dan kahwin dengan wanita Sulu. Dia pula kahwin dengan wanita  bugis....Ada sambungannya.

Perjalanan tak boring. Kami sembang tak berhenti. Macam-macam topik keluar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable