Jom Follow

Jumaat, 31 Mei 2013

Cerita Aku;Jumaat

Assalamualaikum, buat kawan-kawan yang sudi menyinggah. Terima kasih kerana sudi membaca kisah-kisah aku. Terima kasih kerana mengikuti blog aku ini. Blog aku ni, blog biasa-biasa. Blog suka-suka. Blog gile-gile. Blog simple. Blog tak serabut. Nak lebih-lebih, aku pun tak pandai pun. hihihi. Aku pun dah berumur. Dah cecah 40-an. Nak macam blogger muda-muda, tak ada la. Blog tempat aku berbicara pasal aku. Pasal keluarga aku. Pasal bisnis aku. Pasal kesukaan aku. Pasal makan-makan. Pasal apa-apa yang aku nak tulis. Aku harap, tak timbul kontroversi.

Aku bukan pandai menulis pun. Tunggang langgang bahasa. Tapi aku tetap menulis. Tapi aku tetap mengasah. Aku tetap tercokoh depan laptop update blog. Hari-hari aku usaha untuk update. Tak boleh malas. Kalau aku malas, hilang sejarah hidup aku hari tu. hihihi. Aku harap, lama-lama akan bijak juga.

Suka menulis. Suka berkongsi. Suka bercerita. Suka baca. Suka merenung. Suka berjalan. Suka cari makan. Suka cakap. Suka koya. hihihi.

Ha!ha!ha! merapu aku hari ini. Sekalanya tak lagu ni. Bukan selalu. Jarang-jarang je. Mungkin aku gembira saat ini. Mungkin aku dalam mood happy. Mungkin aku momentum maksimum. Mungkin meniaga ATM181, semuanya mencanak naik. Aku tak tahu. Mana tahu aura tersebut telah sampai pada aku. Aku jarang ambil tahu pasal meniaga downline. Nanti orang cakap, masa orang penat-penat tak tolong. Bila closing je tanya. Maafkanlah aku. 

Hari ini hari closing. Ramai yang buat closing hari ini. Saat ini pun masih ada yang belum habis lagi closing. Malah ada yang sedang convince prospek. Ada yang sedang menuju rumah propsek. Ada juga yang menuju ke stokis @ branch untuk closing.

Itu pasal meniaga. Itu pasal bvsm. Itu pasal duit. Itu pasal pitih. Itu pasal kaya. Telah 13 tahun aku lalui jalan ini. Sampai aku berhenti kerja. Mem aku terlebih dahulu yang berhenti. Dua dua terjun dalam dunia MLM. 

Pasal aku hari ini. Tak ada yang menarik sangat. Tapi apa salahnya aku catat kat ruang ini. Nak baca, silakan. Tak nak baca. Aku tak boleh marah. Tapi aku tetap suka menulis. Aku tetap dengan hobi aku. Aku tetap membacanya bila siap nanti. Kadang-kadang 2,3 kali aku baca kembali. Sekadar ingat segala yang berlaku.

Jumaat. Lepas solat Subuh, sambung tidur. hihihi.Tak ada kerja. Sekolah cuti. Lagi pun semalam. Si Amar demam. Bawa ke klinik, jam 3.30 pagi. Balik rumah. Sambung tidur, tok berapa nak jenero. Itu yang lepas subuh, tersambung tidurnya.hihihi.

Bangun tidur. Dekat-dekat jam 9 am. Turun bawah. Nasi lemak dah ada bawah saji. Apa lagi bedallah. Kena sepinggang. Nasi lemak Klate lain sikit. Sambal bersama bilis. Bukan sambal lain, ikan bilis lain. Tok berapa nyakut.

Lepas sepinggang kena. Aku masuk opis. Opis aku dekat jah. Kedai Rejab. Sewanya kopi jantan 'o'. Kalau lebih pun roti kosong. hi!hi!hi! Pagi ini, sekadar baca The Star dan selak 2,3 puluh helai novel. Sekitar sejam lebih, aku balik rumah. 

Hari ini aku memilih untuk bersujud Jumaat di Masjid Sri Petaling. Sudah agak lama aku tidak ke sana. Setiap kali aku ke sana, mesti bergerak awal dari rumah. Biasanya 11.45 pagi aku dah keluar. Mesti sampai sebelum jam 12. Sebelum orang opis keluar opis.
Menikmati keenakan laksa kedah. Di sini lebih sedap dari laksa teluk kechai, Kedah. hihihi. Bagi aku la, bagi orang lain aku tak tahu.
 Seperti biasa. Sampai je, cari makan dulu. Isi perut dulu. Cuma pilih yang berat @ ringan. Tadi aku je yang mencari isi. Aiman masih penuh. Baru je isi nasi lemak sebelum keluar tadi. Laksa Kedah, jadi pilihan aku. Sudah lama tak kena. Dah lama mereka berhenti berniaga. Baru 2 bulan mereka buka balik. Jadi lega besar bagi aku. Aku penyuka laksa. Inilah laksa yang paling nyakut. Laksa paling sedap yang pernah aku temui. Gerainya terletak di muka lorong masuk Masjid Sri Petaling. Gerainya di siar kaki DBKL.

Usai isi makanan jasmani. Cari pula makanan rohani. Apa lagi kalau bukan cari buku. Sudah 3 kali Jumaat aku tak datang sini. In shaa Allah akan ada buku-buku baru. Mana tahu bisa tarik aku punya minat.
Antara Komik pilihan Aiman tadi.

Usai solat. Vrooom ke Shah Alam. Penuhi hajat. Dah beberapa hari asyik tak jadi je. Nak melawat Pesta Buku Selangor. Niat tu sekadar melawat dan snap beberapa foto. Bila sampai, lain pula jadinya. Buku mana boleh tengok saja. Buku mana boleh belek saja. Mahu tak mahu aku beli juga. Aiman pun borong juga, 4 buah Komik. Nasib baik, masih tersisa pitih semalam. Kalau tidak kempunan aku ke sini, kembali tanpa barang sebuah buku pun.





Dah beli buku. Awal lagi nak balik. Minum dulu sambil menelaah apa yang dibeli. Aku beli dua buah buku Asma Nadia.
Cuba origami.

Jam 4 pm. Aku balik. Sampai rumah. Dekat-dekat nak azan Asar. Lepas Solat. Aku sekali lagi masuk opis. Kali ini baca Novel Asma Nadia.

Jam 6.30 pm. Balik rumah. Update status fb. Ikuti blog. 


 



Ddm Dengan Kenalan.

Assalamualaikum.
Salam 1Malaysia.


Ha!ha!ha!
Apa khabar semua.
Harap baik-baik saja.

Macamana bisnis anda hari ini?
Macamana bisnis bulan ini?
Macamana bisnis hari ini?
Macamana bisnis malam ini?

Bisnis ini, bisnis MLM.
Bisnis anda dan ke bawah.
Bukan bisnis anda dan ke atas.
Bisnis share peluang dan kebaikan produk.
Mesti jumpa orang. Mesti jumpa prospek.
Kelas produk ada. Kelas nak grow bisnis ada.

Macam-macam cara ada.
Macam-macam kaedah ada.
Macam-macam strategi ada.

Ada flyers.
Ada promosi.
Mulut ke mulut.
Iklan radio TV Billboard.
Buka booth promosi.
Fb, blog, dan macam-macam lagi.
Guna semua, lagi baik.

Orang baru.
Kenalan masih ramai. Kenalan masih hijau.
Kenalan masih bersih. Kenalan masih subur.
Share dengan kenalan dulu. Kongsi dengan mereka dulu.
Utamakan kenalan dulu. Kayakan kenalan dulu.
Tunjuk statement yang dapat.
Baru terjah stranger atau orang luar.
Kalau betul caranya, silap-silap Ddm hanya dengan kenalan sendiri.

Hi!hi!hi!


Rabu, 29 Mei 2013

Pasir Putih- Kuala Terengganu- Kuala Lumpur.

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia.

Dah 5 hari, aku tinggalkan ruang siber. Aku sekadar melayan imbas ruang siber melalui hp. Tapi tak puas. Macam tak pernah melayari ruang maya tanpa sempadan, kalau dengan hp. Lagi satu, sekejap ada. Sekejap tak ada. Hari ini. Saat ini. Aku kembali. Kembali setelah rehat. Kembali setelah bercuti. Kembali setelah berkampung di desa nan permai.

Keseronokan di Kob Berangan. Mandi sungai bersama anak-anak.

5 hari tanpa menulis. 5 hari tanpa mencatat. 5 hari tanpa mencetak. 5 hari tanpa tumpah idea. Berkubu dalam kepala. Serabut. Banyak yang tersimpan. Banyak yang terkurung. Bila nak keluar? Aku pun tak tahu. Aku pun penulis tersohor. Idea aku untuk aku je. Kalau aku tulis. Aku boleh baca kembali. Itu je. Kalau tak tulis, hilang begitu saja.

Semalam. Aku anak beranak bergerak ke KL. Aku, Mem, Aiman, Amar, Amzar dan Cik Moh. Tempat aku ambil rezeki. Bertolak dari Pasir Putih, sekitar jam 10 pagi. Dah berniat. Nak singgah di Kuala Terengganu dulu. Nak tonton bola sepak. Alang-alang dah layan di KB, apa salahnya layan sekali lagi di KT. Happy mood. Dalam perjalanan, sembang pun pasal bola, tak habis-habis. Syoknya.

Perjalanan menuju ke KT. Lancar. Tak banyak kereta. Aku drive pun santai-santai. Tak laju. Tak slow. Biasa-biasa je kelajuan. Jalannya sudah bagus. Lebar pulak tu. Lubang & lopak dah tak ada. Bengkang bengkok dah bertukar lurus.

Sampai KT. Sekitar jam 12.30 tengah hari. Cari Stadium dulu. Cari tiket dulu. Bila dapat tiket baru cari hotel. Nak rehat. Nak kasi Amar, Amzar & Cik Moh rehat. Aku juga nak rehat. Kalau boleh tidur seketika. Nak drive malam ini, perlukan rehat secukupnya. Kalau tak...tidur tengah jalan.

Tak susah cari Stadium. Tecokoh di tengah bandar KT. Beli tiket. Tak perlu beratur. Tak ada orang ketika kami sampai di kaunter tiket. Beli tiket Grandstand lagi tu bro. RM20 satu tiket. Beli 3 tiket, kena RM60. Kiraan mudah. hihihi. Nak elak panas.

Cari hotel. Satu masalah juga. Hotel tak berapa banyak. Nak cari hotel bajet. Nak lepak sekejap. Lepas bola nak check out. Sekitar jam 8 malam dah nak blah ke KL. Tanya 3,4 hotel juga. Tak ada bilik kosong. Penuh. Gara-gara bola petang ini. 

Kami bernasib baik. Ada kekosongan di KT Mutiara. Tempah 2 bilik. Satu untuk aku dan Aiman. Satu lagi Mem dan anak-anak serta Cik Moh. Pilih sini, parkir mudah. Tak jauh dari stadium. Nak cari makan pun mudah. Dekat dengan kedai buku. Tengah bandar lagi. Kena bayar penuh. Kalau nak separuh hari, mesti chech out jam 5 petang. Satu bilik kena RM80 dan satu bilik lagi RM100.

Sempat rakam foto dengan pelancong dari Australia.
Jam 1.30 Check In hotel. Selepas tu, membedal dulu. Matt Caffe. Tak jauh dari hotel. Ayam goreng & laksa penang. Usai tu, naik ke bilik. Solat dulu. Lepas tu. Aku teruskan agenda. Apa lagi. Kalau tidak menidurkan diri. Simpan tenaga buat drive malam ini.

Memang lena. Memang berbaloi. Bila terjaga. Perut dah berbunyi. Jam dah 3.30 petang. Kena cepat sikit. Tak sempat tengok bola. Bukan aku je yang nak makan. Aiman dan Mem pun nak juga. 

Makan pun cepat-cepat. Usai makan. Menapak cepat menuju Stadium. Sampai sekitar Stadium, dah kedengaran lagu Negaraku. Tanda dah nak sepak mula. Melangkah lagi cepat. Tiket tertera 4.45 petang. Silap tulis ke?

Masuk Stadium. Astaka dah hampir penuh. Kosong pun tempat-tempat kurang strategik. Tak penuh nampak. Ada halangan. Kosong pun kat bawah. Frust sampai lewat. Tapi syukur kami jadi sebahagian penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium. Semangat membara-bara. Kemenangan di KB, membawa kami ke KT. Masih gembira. Masih syok. Harap menang bergaya lagi. Harap mengganas lagi.

Terkejut juga. Masuk Stadium. Penuh juga. Penyokong Terengganu. Mereka masih optimis. Masih berharap. Masih berdoa. Masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Perlawanan ini, buat jantung aku berdenyut kencang. Penuh dramatik. Aku sudah keluar stadium ketika ketinggalan 4-0.

Sepak mula. Gol Terengganu seawal minit ke 6. Kelantan agak goyang. Kelantan agak longgar. Kelantan macam dah kenyang. Kelantan asyik terlepas bola. Hantaran kena pintas. Tak boleh pegang bola lebih lama. Asyik terima terkaman pemain Terengganu. Kelantan terikut-ikut permainan pantas Terengganu. 

Kena 2-0. Tamat separuh masa pertama. Bersambung separuh masa ke-2. Kena lagi 2 biji. Jadi 4-0. Bila dah 4-0. Kami pun dah ke;uar. Tak jauh dari Stadium. Keajaiban terjadi. Kelantan score 1. Jadi Agregat 5-5. Tambah masa. Tengok kat restoran. Akhirnya menang. Happy mood.

Jam 9 malam. Kami bertolak ke KL. Kami pilih jalan pantai. Lebih meriah. Boleh lihat rumah dan bangunan. 

Letih tengok bola. Itu pun tahan dari bersorak gile. Drive tak boleh laju. Fokus dah kurang.  Berhenti mengisi tembolok di Kemaman. Sebenarnya aku dah mengantuk. Isi sikit. Elak mengantuk. Aku je yang turun. Lain-lain sedang layan mimpi masing-masing. Nak suruh Mem bawa, Mem pun tidur sakan.

Aku berhenti lagi, sebelum masuk tol Jabor. Tidur kat situ. Dah mengantuk sangat. Sedar-sedar dah jam 1.30. Lihat kiri kanan, kereta dah banyak. Terkejut juga. Masa sampai tadi masih kosong kiri kanan. Nasib baik semuanya manusia seperti aku. Takut juga. Kot-kot makhluk lain.

Dah sejam kot aku tidur kat situ. Sambung sekali lagi. Tak sampai sejam. Mengantuk balik. Macam ada gam je kat mata aku. Cari tempat boleh tidur lagi. Aku drive sehingga R & R Gambang. Kat sini, lebih lama aku lena. Sekitar jam 3.30 pagi baru tersedar. Drive lagi. Sambung lagi perjalanan.

Ketika perjalanan dah sampai Bukit Tinggi. Mem bawa kereta pula. Aku dah tak mampu. Mata asyik terpejam je. Mem bawa sampai rumah. Jam 6 pagi sampai. Syukur. Selamat perjalanan kami. 

Lepas solat subuh. Mandi. Tidur. wow!

Jumaat, 24 Mei 2013

Perjalanan Balik.

Salam.
Bertemu dihari cuti. Kelantan dah memang cuti.
Menulis mana boleh cuti. Idea mana boleh tahan.
Selagi masih hidup, selagi itu ada kisah yang boleh dirakam.
Kisah suka, duka.
Rajin menulis. Rajin catat.

Hari ini.
Berkampung di Bechah Kelubi.
Semalam sampai. Jam 3 pagi.

Balik ikut Highway Guthrie. PLUS Highway sampai Kuala Kangsar. Grik. Jeli. Tanah Merah.
Bergerak jam 7 pm. Lewat 30 minit dari jadual asal.
Masuk Guthrie. Dah kecut. Berjujuk-jujuk kereta. Jem sehingga Tol pertama. Tol ke-2, semakin kurang.
Highway PLUS, bilangan kenderaan agak banyak. Tapi perjalanan lancar. Tak laju sangat. Kelajuan sekitar 110-120 km/jam.
Isi petrol di Hentian Tanjung Malim.
Aku, Mem, Kak B, Amar & maid. Amzar & Cik Moh, balik awal.

Exit Plaza Tol Kuala Kangsar, jam 9.40 pm.
Makan dulu di Kati. Hanya ada goreng-goreng. Dah berhenti. Bedal sajalah. Kak B, dah lapar.
Lembab jong masaknya. Nasi putih & sup ayam & telur dadar pilihan Kak B. Aku mee goreng. Mem beehun goreng. Maid nasi goreng.

Depan sikit pada gerai yang kami berhenti. Banyak lagi gerai-gerai tepi jalan. Lagi meriah. Rugi pula rasanya berhenti tadi.

Lepas makan. Teruskan perjalanan. Rehat & solat setelah sampai di stesen petronas kemahang. Bau busuk dari timbunan sampah amat keras. Mencucuk-cucuk hidung. Selalu begini, boleh hakis kehadiran pelanggang. Hujan mula turun. Sekadar membasahi bumi. Tak melarat.

Atas bukit grik- jeli. Hujung2 hujan. Tak lebat.

Khamis, 23 Mei 2013

Masa Pantas.

Dah hari Khamis.
Sekejap je masa berlalu.
Lagi cepat bila sibuk melanda.
Lagi cepat bila banyak benda nak kena buat.
Lagi cepat bila berjujuk-jujuk appt menunggu.
Lagi cepat bila rakan niaga belum boleh convince sendiri.
Kita kena hadir setiap kali ada demo.
 
Selalu aku dengar.
Selalu aku baca di wall.
Tak boleh tidur.
Tidur pun sekejap-sekejap sedar.
Tengok jam, masih awal lagi.
Semangat menggunung.
Tak sabar tunggu siang.
Nak jumpa prospek, share peluang.
Nak-nak lepas kelas atau mengadap upline.
 
 
 

Kelas Oh Kelas!

Assalamualaikum.
Salam 1Malaysia.
Salam Rabu.
 
 
Aku masih hidup. Aku masih ada. Aku masih ada idea. Aku masih menulis. Aku masih mencatat. Semalam je tak post entri baru. Bukan masalah aku. Aku dah siap. Awal lagi. Tapi P1 aku sikit masalah. Tak menjadi semalam.

Hari ini, P1 dah ok. Berfungsi macam biasa. Boleh guna, walaupun tak berdesup macam peluru. Boleh buat kerja-kerja yang tertangguh semalam. Semalam aku stress gile. Tapi pikir-pikir mesti ada kebaikannya.

Semalam, Selasa. Kelas tetap berjalan macam biasa. Mereka yang hadir pun tak kurang. Kemeriahan tetap mantain. Orang baru ada. Orang lama pun ada. Tak semua orang lama ada. Mungkin ada demo. Mungkin ada hal-hal yang tak dapat dielak. Mungkin berada di luar kawasan.

Semalam kami sampai lebih awal dari biasa. Ng belum buka. Agenda lain dululah. Makan dulu. hihihi. Restoran Cina Al Munawarah. Cdm Asiah bersama dua rakan niaganya dari Kuantan pun ada. Teruja. Dari Kuantan sanggup turun KL, lepas kerja. Perempuan pulak tu. Turun KL, ikuti kelas ATM dan esok meeting kerja di Putrajaya. Alang-alang sampai stokis, ambil sekali bvsm. Aku dengar baru je transfer RM 40K. Wow! Banyak tu. Nak berjaya perlukan keberanian. Berani pun kena timbang sepenuhnya dulu.
Sempat berguru tu. Itulah untungnya sampai awal. Dapat permata-permata dari upline.

Dari sembang-sembang dengan mereka. Aku pasti. Mereka boleh berjaya. Mereka boleh jadi Cdm. Mereka boleh bina network besar. Mereka boleh jana income. Mereka tahan cabaran. Itu pandangan awal aku. Nak tahu. Kena tengok gerak kerja mereka seterusnya.

Buat pengukuhan. Laptop tak ada. Tak tahu, tak ada. Kalau tahu, tak ada. Aku akan bawa. Tapi sebagai leader mesti cepat buat keputusan. Terus tukar plan. Buat kelas pengukuhan sahaja. Ok pun. Ramai yang seronok. Seronok dapat permata dari Cdm Kartini.

Aku buat apa semalam. Buat apa lagi kalau tak baca buku. Dah minat aku gitu. Dari dulu lagi gitu. Aku rasa amat rugi kalau tak baca buku. Nak masuk kelas pun terasa rugi. Dua jam dalam kelas. Kalau menelaah buku dah berapa muka surat aku dah habis. Lagi satu Cdm Kartini dah involve dengan kelas. Jadi aku tak payah menyebuk. Aku yakin dengan Cdm Kartini. Boleh handle punya.
Haji Nasir. 6 bvsm. Cukup ke tu?

Wow! Ini untuk 4 bvsm. Ketika ini Haji Nasir ke bank. Cucuk duit, nak tambah lagi 2 bvsm. 4 bvsm tak berapa nak cukup, kalau ikut iklim bisnis bvsm hari ini. Kena lebih. Baru sedap nak share.

Haji Nasir...urus pembelian bvsm. Tambah stok dan permintaan bertambah. Bila customer nak je, terus boleh bagi.
Semalam juga. Sempat sembang dengan Haji Nasir. Pasal photoshop. Pasal Pages. Pasal JTX1000. Pasal kerja. Pasal Global Ikhwan.

Semalam Haji Nasir ambil JTX1000 dan bvsm. Lain-lain ada juga yang ambil bvsm. Kami pun ambil 10 bvsm. Rakan niaga Cdm Asiah dari Kuantan juga ambil 10 bvsm. BBplus pun laku semalam. Tapi tak ambil foto mereka.

Usai semua urusan. Aku balik. Rehat & tidur dengan lenanya.




Rabu, 22 Mei 2013

Khabar BVSM Dari Lahad Datu: Menakjubkan

 
 
Testimoni terkini Lahad Datu... Pakcik Razak...
Strok selama 6 tahun. Bahagian sebelah kiri..
Masa mula-mula guna bvsm ni rasa panas dan berpeluh2..
Alhamdulillah dengan izin dariNya penggunaan berterusan selama 3 bulan berturut-turut banyak perubahan...
dapat dilihat..

*penglihatan semakin jelas dulu makanan disebelah pun tak nampak
*pembuangan air besar sekurang2nya 2@3 kali seminggu berbanding dulu makan masa berbulan2 ...
*perubahan warna air kencing semakin cerah dan lawas
*dapat rasa sentuhan bila tangan dan kaki sebelah kiri dipicit2
*percakapan semakin jelas
*selera makan semakin bertambah
*tidur semakin lena tanpa gangguan
*jari jemari sebelah kiri semakin lembut dan bole dibuka dr genggaman
*dan yg paling memeranjatkan apabila pakcik Razak bole berdiri dgn menggunakan kekuatan tangan sebelah kanannya... berbanding dulu langsung tidak bole bergerak..
 
Sape-sape berminat boleh call 0162030181. Mana tahu sedara mara anda yang menderita stroke seperti Pakcik Razak. Hadiahkan kepada mereka. Tentu mereka amat berterima kasih pada anda. Lebih-lebih lagi ada perubahan positif seperti Pakcik Razak. Kita hanya boleh berikhtiar sahaja. Usaha jangan putus asa.

Biz Isnin; Wow! KLCC

Assalamualaikum.
Salam 1Malaysia.
Salam Selasa.

Sambut pagi dengan doa. Sambut pagi dengan ceria. Sambut pagi penuh pengharapan. Sambut pagi dengan cas-cas positif. Sambut pagi dengan momentum maksimum. Sambut pagi dengan segar bugar. BVSM banyak membantu kita kembali bertenaga setiap pagi. Bangun dengan ceria. Hilang segala lenguh-lenguh. Bangun terus ke bilik air. Tak payah lagi dok terbungkam atas katil.

Aku datang lagi. Aku timbul lagi. Pagi-pagi dah keluar. Itulah aku. Tak tentu masa keluar. Kadang-kadang awal pagi. Kadang-kadang tengah hari. Kadang-kadang petang. Kadang-kadang malam. Kadang-kadang sebelum tidur. Kadang-kadang tak keluar langsung. hihihi.

Apa aku kisah. Aku punya blog. Aku punya idea. Aku punya diari. Orang baca. Alhamdulilah. Orang tak baca. Alhamdulilah. Asalkan aku tak give up menulis. Asalkan aku berterusan mencatat sejarah hidup aku sebagai manusia yang terjun dalam lautan MLM. Lautan yang tak nampak pun tepi. Sebenarnya aku semakin seronok menulis. Aku semakin suka menulis. Itu sebabnya setiap hari aku seboleh mungkin menulis. Apa-apa saja yang aku boleh tulis. Aku tahu, aku bukan penulis yang bagus. Tapi aku tetap menulis. Aku tahu, aku bukan penulis popular. Tapi aku tetap menulis. 

Semalam sempat jelajah blog. Nama blognya aku tak berapa ingat. Aku terterjah blog ini, semasa aku cari-cari pasal cendol bakar. Aku teruja dengan salah satu entrinya. Bagaimana nak menulis blog yang bagus. Ada 10 langkah.
 
1) tulis
2) tulis lagi
3) tulis lagi
4) tulis lagi
5) tulis lagi
6) tulis lagi
7) tulis lagi
8) tulis lagi
9) tulis lagi
10) tulis lagi.

Tulis jangan berhenti. Itulah formulanya. Dah tulis tu, semak dulu sebelum post. Baiki salah silap dulu. Baru tak menyusahkan orang baca.

Semalam punya kisah. Semalam punya agenda. Semalam pun gerak kerja. Macam biasa. Sambut pagi dengan hantar anak ke sekolah. Rutin biasa. Dah tak boleh elak. Cuma semalam aku keluar agak lewat. Hampir 7.30 am baru keluar. Biasala kalau dah lewat tubik. Jalan sesak. Kereta banyak. Nak keluar simpang, Taman Bukit Kinrara pun dah panjang q. Lagila jalan Bypas Sungai Besi-Puchong. Nasib la.
Tak berhenti promosi. Ada produk baru lagi gile promosinya. Kuasa promosi. Mega promosi. Mega untung.

Sampai sekolah baby hampir jam 8 am. Balik rumah. Jam 8.20 am. Tak sesak pula. Aku sebenarnya pelik sejak dua menjak. Keluar Tol Puchong Barat menuju ke IOI. Jem pun bila sampai ke Setia Walk. Dulu jem teruk. Di Kompleks Rakan Muda dah jem. Kini dah kurang sikit. Apa sebab. Aku tarak tahu. 

Agenda pagi. Senang je. Sarapan. Nasi @ makan berat. Semalam Mem sediakan nasi goreng kerabu.  Lepas tu aku ke Kedai Rejab. Pekena dulu kopi jantan dan menelaah paper The Star. Sebenarnya aku dah lama tak beli the star. Sejak penamaan calon PRU13. Semalam dah reda, amukan politik. Dah boleh beli semula. Dah boleh ikuti berita-berita ekonomi dan sukan. The Star lebih detail dan lebih meluas. Boleh ikuti semula harga saham FGV dan Hai-O. Tapi semalam tak ada. Tak ingat Ahad kan cuti.

Dah habis belek-belek paper. Cepat je. Tak banyak sangat yang aku baca dengan teliti. Aku menapak ke rumah. Mengikuti Fb dulu. Like mana yang patut LIKE. Komen mana yang patut komen. 

Jam 11.45 am. Keluar. Menuju KLCC. Mem ada lunch & bisnis dengan kawannya. Aku follow juga. Sampai KLCC kami berpecah. Mem ke Restoran Chakri Palace. Aku ke Kedai Buku Kinokuniya. Mem selesaikan urusan dengan kawannya.  Aku seronok dikelilingi oleh buku-buku. Dapat sebuah. Bayar. Keluar. Cari tempat sesuai. Boleh duduk dan berbicara dengan teman baru aku. Turun sehingga level 1. Adalah kerusi kosong. Syukur. Dapat sembang dengan selesa. Tanpa gangguan.

Aku tahu. Bisnis kena pandai ejas diri. Kadang-kadang demo di gerai tepi jalan pun boleh. Kadang-kadang kena pilih tempat lebih eklusif. Ikut kesesuaian prospek. Kita tak boleh sama semua. Ada yang tak selesa pula. Jangan main hentam je.
Ini Kak Tini, bukan Kak Ton. hihihi

Sekitar jam 2 pm. Mem habis. Ajak balik. Tapi solat Zuhur dulu. Lepas solat. Perut aku pula minta diisi. Tadi, masa menunggu malas nak makan. Masa tu waktu orang rehat. Food court penuh penar. Nak cari meja kosong pun makan masa. Lagi pun biarkan mereka yang bekerja makan dulu. Mereka nak masuk opis pulak. Renat bukannya lama. Aku tak kisah. Bukan ada kerja pun.

Singgah di La Cucur. Dah ada tempat makan. Dulu-dulu hanya tapaw je. Tengok orang la. Sape punya La Cucur.
Dah lapar. Nak yang simple je. Cari La Cucur. Laksa penang dan kuih. Usai isi perut. Menapak ke parkir. Tapi singgah dulu di promosi Samsung S4. Upgred aku pun Hp dulu. Kena tunggu 15 minit. Jenuh juga dok melilau sekitar ruang promosi.
 
Siap. Berdesup balik rumah. Sampai dah hampir jam 4 pm. Apa lagi. Rehat & santai. Terlelap seketika. Mem keluar lagi. Kali ini, gi bayar bil astro. Angkut sekali Amar dan maid. 

Lepas solat Asar. Aku ke masuk opis. Baca buku. Tak lama. Balik. Sambung update blog. 

Malamnya sekali lagi kami keluar. Jumpa prospek. Rakan niaga punya. Mengajar satu sekolah dengan rakan niaga. Rakan niaga tunggu di depan sekolah Menengah Pandan Indah. Prospek tinggal di kondo Pandan Indah. 
Inilah bacaan aku terbaru.
Aku seperti biasa. Menunggu saja. Menunggu dalam kereta. Sibuk berdrama dengan Faisal Tehrani. Rupa-rupa seronok juga baca skrip drama pentas. Sebelum ini tak pernah baca. Aku beli pun pasal penulisnya Faisal Tehrani. Penulis kesukaan aku. Dah banyak koleksi buku-bukunya, tapi tak semua aku dah baca. Masih ternanti-nanti kekuatan untuk buka kulit buku tersebut. Buku apa yang belum aku baca. Tak payah cite. Nanti akan tahu juga sudahnya.

Membaca dalam kereta. Kena pula lampunya malam. Terkebil-kebil aku. Nasib baik ada lampu jalan yang agak terang. Bantu aku kenal aksaranya.

Usai demo. Berdesup ke Maulana Food Court. Cari sup ekor Ajak. Ajak Ddm Nizam sekali. Ada urusan dokumen dengannya.

Bila beria-ria nak. Ajak pula cuti. Tanya-tanya. Cuti setiap isnin. Kempunan aku. Tukar kepada sup gear box, versi mamak punya. Tak sedap aloh mana. Tapi terlanjur oder, bedallah juga. Tapi masih banyak tersisa.

Balik rumah. Minum dulu garam buluh. Pekena 2 sachet. Banyak makan dan minum manis. Potong gula. hihihi. Tidur sampai pagi.



Isnin, 20 Mei 2013

Appt Kuala Selangor: Singgah Cendol Bakar, Best!

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia.

Isnin penuh penantian. Boleh selesai banyak hal. Tertangguh dek cuti hujung minggu. Urusan dokumen dan follow up dana. Harap-harap berita yang menggembirakan. Tak ada khabar duka lagi. bvsm boleh menukarkan khabar duka kepada khabar suka semuanya. Jarang ada yang tak jadi sejak bvsm berlegar-legar dipasaran. Kalau ada pun sekadar ugut tak jadi kerana bvsm lambat tiba. Kini masalah tersebut sudah tamat. Bisnis semakin laju. Ramai yang tersenyum.

Semalam, Ahad. Kami ada satu demo. hihihi. Bukan KL tapi Kuala Selangor. Rakan niaga punya prospek. Macamana rakan niaga dapat. Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, ada appt di Tesco Kuala Selangor.

Kami dari rumah, selepas solat Zuhur. Janji nak jumpa di Damansara Damai jam 2.30 pm. Bergerak awal. Mana la tahu. Jalan sesak. LDP tak tentu sesaknya. Ada kereta rosak. Hanchus! Semalam lancar je. Lagi pun aku drive WRY181. Laju beb.

Ingatkan kami ambil rakan niaga. Pergi sekali dengan satu kereta je. Banyak untungnya. Boleh cerita pasal meniaga. Pasal asam garam berniaga. Pahit maung berniaga. Motivasi berniaga. Gerak kerja seterusnya. Bila lagi nak sembang panjang. Sebelum ini, jumpa pun sekejap sahaja. 

Rupa-rupanya rakan niaga bersama adiknya ada rancangan lain. Lepas jumpa prospek, mereka nak ke lain. Nak ke rumah Pak Cik di Tanjung Karang. Jadi bergerak ke Kuala Selangor dengan kereta masing-masing.

Aku juga terpikir-pikir. Mana jalan nak ikut. Tak biasa ke Kuala Selangor dari Damansara Damai. Aku ikut PLUS, masuk Guthrie dan Latar. Turun di Persimpangan Ijok. Boleh laju. Highwaykan. Tol Highway Latar boleh tahan juga. Nak lalu kena bayar. Tak lalu, jalan biasa. Sesak. Keluar di Ijok, terus menghala ke Kuala Selangor. 

Sampai di Bukit Rotan. Terkejut aku. Banyak kereta parkir tepi jalan. Ada apa? Ada kematian ke? Sampai dekat. Rupa-rupa orang berhenti, menikmati cendol. Siap RELA kawal trafik. Terus aku teringat. Cdm Hasmidar post kat Wallnya pasal Cendol Bakar. Dah sah inilah tempatnya. Mem dah ajak berhenti. Rakan niaga pun belum belum sampai lagi. Tapi aku pilih untuk berhenti masa balik nanti. Rakan niaga ikut jalan lama. Mungkin lambat. Lagi pun perempuan yang drive.

Sampai awal. Lebih baik menanti prospek dari perospek menanti kita. Komitmen terhadap bisnis.  Tesco Kuala Selangor. Boleh tahan besarnya. Aku tak masuk pun. Sekadar melepak di Food Court je. Nasib baik bawa buku. Bolehlah menelaah. Lama pun tak apa. Tak boring. Cuma sekali-sekala mengantuk menyerang. Mem dengan rakan kongsi dah jumpa prospek. Aku tak campur. Aku tahu, selesai je, Mem panggil, ajak balik. Semalam sekitar 2 jam juga.

Dalam kereta. Aku tanya Mem.

"Bagaimana prospek?"
"Ok, nak buat."

Sempat aku solat Asar sebelum balik. Rakan niaga bertolak ke Tanjung Karang. Aku bergerak ke Puchong Jaya. Tapi dah nekad. Nak berhenti tempat orang ramai-ramai tadi. Teringin nak cuba cendol bakar. Apa istimewanya sampai begitu ramai yang menyinggah.

Terpampang bunting. Dari jauh pun dah nampak.
Sampai je. Parkir tepi jalan. Malas nak masuk dalam. Nanti susah nak keluar. Masuk. Cari meja kosong. Masih banyak. Walaupun pelanggang agak ramai. Selain dari cendol, terdapat gerai-gerai yang jual pelbagai makanan. Tak semestinya cendol. Tapi aku tengok. Cendol tak tinggal. Ada pelbagai jenis cendol. Aku membedal yang mudah dan cepat. 

Wow! Memang sedap. Lain dari yang lain. Tak manis sangat. Secukup rasa. Tak cukup satu, tambah lagi satu. Sepatutnya kami refill je. Terlupa. excited sangat. Layan diri. Beratur.

Sambil makan. Sempat sembang dengan pelanggang lain. Ada dari KL. Ada dari Ampang. Ada yang lalu dan singgah. Ada yang memang nak cari cendol bakar. Jangan silap. Bakar tu nama ayahnya. Tak ada kaitan apa-apa dengan ramuan cendol. Itu yang aku dengar, cakap-cakap orang semalam. Kalau tak betul, maafkanlah ambo.

Gerai ini, sekitar 1 tahun je. Dulu-dulu aku dok lalu tak ada pun. Aku pernah berhenti kat sini. Beli tabung buluh. Tak nampak pun gerai cendol masa tu. Kini Cendol bakar dah jadi satu fenomena. Pemiliknya pandai promosi. Bijak promosi, kena pula dengan kualitinya. Memang boleh tarik massa. Pemiliknya masih muda. Tahniah. Aku doakan agar pemiliknya boleh pertahankan kesedapan dan daya tarikan pelanggang ke sana. Kena sentiasa upgred servis terutamannya drive thrunya. 
Foto ini yang terpampang di wall Cdm Hasmidar minggu lepas. Bila tengok ini, dah teransang. Kena cuba, dalam waktu terdekat. Tak sangka pula semalam kami bergerak ke arah sana. Boleh cuba.


Ruang Parkir. Hampir penuh. Bukan orang dekat-dekat.

Untuk memudahkan lalulintas. Anggota RELA  jaga trafik.

Q untuk drive thru.

Beratur! Layan diri.

Tunggu q.

Dah habis cendol. Boleh jelajah ke gerai-gerai yang lain pula. Cendol mana kenyang. Kena isi yang lain lagi.

Q pun tak lama. Cendol cepat je siap. Benda dah ada.

Sabar ye! Jap lagi cendol tu akan sampai.

Dah sampai situ. Dah banyak pilihan lain. Tak cuba, tak sah. Laksa penang dan Kelantan Freid Chicken. Itu menu tambahan yang aku bedal. Dah kenyang, senang hati. Boleh belah. Menuju ke Puchong Jaya. Dah rasa cendol bakar....






Ddm Rosnani.

Tahniah!! Baru dinaikkan pangkat sebagai Double Diamond Manager (DDM)
DDM Roflin @ Rosnani Minal
Asal Kudat tapi bermastautin di Keningau
Kejayaan bersama Akademi Taipan Malaysia:

1. Sebuah Kereta Dimex selepas 3 bulan bersama ATM
2. Sebuah Kedai- bersandarkan 6 bulan statment pendapatan company
3. 2 keping tanah - hasil bonus terkumpul selama setahun
4. Pangkat Double diamond Manager (DDM) bulan April 2013
5. Fight pakej pelancongan :
- 2 tiket ke Vietnam
- 2 tiket ke Korea
 
Berkecimpung dalam perniagaan ini baru 2 tahun. Januari 2013 sudah mula bercuti tanpa gaji untuk fokus kpd BVSM.
 

Petikan dari Bio Velocity mate Information.

Ahad, 19 Mei 2013

Cer Ahad.

Apa cer pagi minggu. bangun awal. sambung tidur. bangun. serbu kedai mamak. membedal roti canai, segelas teh tarik. baca paper. beli atau kedai punya. ada kawan sembang-sembang. agak lama balik rumah. tonton tv. Mem siap masak membedal lagi. rehat sambil tonton tv. adakalanya tertidur. bangun solat Zuhur. kalau rajin. ajak anak-anak jalan. shopping mall atau ziarah kawan atau ke mana-mana yang mendamaikan. air terjun ke, sungai ke. 

itu satu golongan. ada lagi satu. bangun pagi-pagi. solat subuh. terus keluar. cari sarapan. usai sarapan teruskan agenda hari ahad. tuntut ilmu. jumpa prospek. besarkan bisnis. makan pun tak tentu. kadang-kadang terlupa nak makan tengah hari. sibuk. ada dekat. ada jauh. melepasi sempadan negeri. buka network. kembangkan bisnis. tambah income. dengan income dapat tambah aset. beli rumah. beli kedai. beli emas dan macam-macam lagi. 

kita boleh pilih. nak maju atau takat lama. nak maju, mesti bisnis. tak boleh sekadar makan gaji. gaji naik tak banyak. inflasi cepat je naik. GST dah dilaksanakan. barangan bertambah mahal. gaji tak dengar pun akan naik dalam waktu terdekat.


Sabtu, 18 Mei 2013

Pok Pek Sabtu.

Assalamualaikum.
Salam 1Malaysia.
Selamat Bercuti.

Hari sabtu. Ramai cuti. Tapi ada juga yang terpaksa kerja. Ada juga yang pilih tidak cuti dengan hadiri kelas-kelas. Kelas memasak. Kelas MLM. Kelas Unit Trust. Kelas Takaful. Kelas Muzik. Kelas Teater. Kelas Penulisan. Kelas FB. Kelas blog. Kelas Make up. Macam-macam kelas lagilah. Tak payahlah tulis semua. Hadir kelas-kelas untuk tambah ilmu dan kemahiran serta berguna untuk masa depan. Boleh bantu tambah income tepi. Bila dah ok, boleh jadi income utama.

Seperti biasa, buat pemain MLM. Hari sabtu, hari yang ditunggu-tunggu. Boleh bergerak lebih jauh.. Boleh bergerak melewati sempadan negeri. Boleh bergerak ke negeri-negeri lain. Boleh berbisnis gile-gile. Boleh bawa anak-anak sekali. Mungkin bermalam di luar kawasan. Ada yang dah sampai Sabah. Ada yang dah sampai Kelantan. Ada yang dah sampai Perlis. Ada yang dah sampai Terengganu. Ada yang dah sampai Pahang. Bertebaran seluruh negara. 

bvsm. Semalam ada road show di Kuantan. Malam ini pula ada di Kota Bahru. Itu yang ramai turun Kelantan. Bawa diri & rakan niaga & bakal prospek ke Road show malam ini. In shaa Allah siapa yang hadir, pasti akan join. Kalau tak join sekali pun, akan beli bvsm untuk kegunaan sendiri.

Aku sepatut balik Klate. Tapi tak jadi. Ada kenduri kat Bechah Kelubi, sempena kemenangan di DUN Chetok. Tak pernah meraikannya. Tapi tahun 2013, rasa nak raikan mereka yang berusaha siang malam untuk menang. Aku dok KL. Bakti aku hanyalah balik mengundi di SK Bechah Kelubi. Selain itu doa.

Kereta dah siap. Dah boleh drive. Habis RM10,700. huhuhu. Dari sembang-sembang dengan orang bengkel. Kereta aku tu, masih ada lagi yang kena buat. Tapi masih ok. Masih boleh jalan lagi. Nanti tak boleh. Terkapsa buat. Gear box yang menakutkan aku. Berapa RM pula akan kena. Tak jadi lagi. Usah dok pikir. Kacau minda pula.

Lepas ambil kereta di bengkel Puchong Perdana. Berdesup aku ke SMO Bookstore. Buru buku. Sejam juga aku berada di SMO Bookstore. Sebuah sudah cukup. Sebelum balik.Aku singgah dulu di kedai jual majalah. Dewan Sastera ada di situ. Gembiranya. Tak payah gi lain lagi. Kalau di sini ada. Senang proses pencarian untuk bulan-bulan mendatang.

Semalam. Layan bola. Final Piala Raja Sepanyol. Real Madrid vs Atleteco Madrid. Betuk ke betul aku punya eja. Real Madrid tewas 1-2, perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Fokus, Konsisten dan Team work cukup-cukup penting kalau mahu menang. Peluang Real Madrid banyak, tapi ketangkasan goli lawan menakjubkan. Ronaldo kena kad merah. 

Sarapan hari ini. Nasi dagang. Gulai ikan + gulai telur itik. Membedal, tapi tak banyak sangat. Semalam punya isian masih penuh. hihihi.

Korea destinasi melancong. Tak jadi ke Shanghai. Ada wabak. Trip tak boleh tunda. Kena buat juga. Kalau tunda, nanti bertindih pula dengan trip lain. Lagi susah nak settle. Lebih baik buat juga dengan tempat yang lain. 2008 dah ke sana. 

Permintaan terhadap bvsm cukup tinggi. Laris macam goreng pisang. Tak pernah aku jumpa produk sepanas ini permintaannya. Oline ok. offline pun ok. 

 



Khamis, 16 Mei 2013

Pok Pek Sebelum Tidur.

Asalamualaikum.
Salam 1Malaysia.

Malam Jumaat. Pantasnya masa bergerak. Kalau main-main, sentiasa ketinggalanlah kita. Kalau sambil lewa usaha, ketinggalah kita. Kalau sekejap buat, sekejap tak buat, sentiasa ketinggalanlah kita.

Produk dah terbaik. Produk permintaan tinggi. Marketing Plan dah terbaik. Cuma kita belum usaha yang terbaik. Tak pelik, kalau kita masih belum capai tahap tertinggi. Tak pelik, kalau kita belum sepenuhnya dapat bonus.

Hari ini Kak Ipar datang KL. Singgah rumah dulu sebelum ke rumah anaknya. Lihat cucu sulung. Dok cite, anak buahnya baru dapat bonus RM 6K. Buat Hai-O. Anak buahnya tentera dan isterinya cikgu.

Mem keluar sekitar jam 9.30 am. Ada urusan di Puchong Jaya. Sempat convince prospek, di Papa Rich. Terus teruja. Terus nak buat. Masa itu juga urus segala dokumen. Memang nak buat. Takut pun ada. Tak lepas dana. Sebelum Maghrib SMS alamat rumahnya. Tadi tak ingat, menumpang rumah kakak.

"Tak boleh bagi tahu kakak, kalau tahu, sah-sah kaka tak bagi." Ujar prospek.

Sarapan tadi. Ada sahabat duduk kat meja aku dok makan. Penuh meja lain. Aku suka je. Ada juga teman borak. Walaupun dia kerja, sekejap pun dah cukup. Kenal-kenal. Kawan tadi nak cepat. Nak fly ke KT. Ada urusan di UMT. Jual alatan makmal. Dah berjaya pun, aku agakla. Projek slow sikit sekarang. Harap-harap lepas ni semakinlaju. Terkejut aku, dia baca Utusan Malaysia.

Mem malam ini serang Jusco IOI. Hari J Card. Jualan amat murah. Aku malas nak serabut. Rimas bila ramai. Tak beli pun tak apa. hihihi. Kalau buku, aku sanggup. Tapi benda-benda lain. Biarlah aku mengalah.

Wawasan dah lepas. Car fund dah lepas. Kerja tanpa tekanan. Jumaat, Sabtu dan Ahad dah penuh jadual. Berjujuk-jujuk. Syukur. Semakin ramai network baru. Sejak timbulnya produk bvsm. Seolah-olah masin mulut. Convince je, melekat. Convince je, sangkut. Senang. Syukur.

Terkejut juga aku. Ada leader yang Sabah ambil 40 bvsm sekali gus. Berani. Gerenti habis. Positif dan yakin. Tak berani, usah terjun dalam bisnis. Dok ngajar sampai pencen.

Semalam pun Cdm Kartini demo dengan air. Letak air atas bvsm selama 10 saat. Kasi minum. Kesan juga sama seperti demo-demo lain. Boleh cuba.

Sebelum aku akhiri pok pek ni. Syarikat Muda Osman telah buka cawangan di KL. Giant Putra Heights. Hari ini buka. Banyak sikit pilihan nak memburu buku. MPH ada, Popular ada, Kinokuniya ada, SMO ada. Pitis je kena banyak. Kalau tidak telan air liur je la. Semakin bertimbun buku-buku. Macam-macam bidang ada. Macam-macam topik ada. Pilih bidang masa yang mahu di dalami. Pilih penulis mana yang disukai.
 





 

Rabu, 15 Mei 2013

Berlawan Dengan Masa.

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Salam 1Malaysia.

Salam Luar Biasa Hebat.
Salam Momentum Maksimum.

Sudah Rabu. Semalam Selasa. Esok khamis. Lusa jumaat. Tulat Sabtu. Tulin Ahad. Setiap hari 24 jam. Tak ada siapa yang dapat lebih. Tak ada siapa yang dapat kurang. Semuanya cukup-cukup 24 jam sehari. Tak ada siapa yang boleh komplen, ianya dapat jam kurang 24 jam.

Setiap hari amat penting buat aku. Setiap hari amat penting buat anda. Setiap hari amat penting bagi semua orang. Lebih-lebih lagi kita yang bergelumang dengan bisnis MLM.  Setiap hari kena buat yang terbaik. Income bulanan kita dibayar ikut prestasi kita pada bulan tersebut. Income bulanan kita tidak tetap. Income bulanan kita ada turun, ada naik. 

Setiap hari kena buat yang terbaik. Setiap hari kena demo, demo yang terbaik. Setiap hari convince, convince yang terbaik. Setiap hari urusan dana, urus dana yang terbaik. 

24 jam sehari. Kenapa ada yang dapat buat lebih? Kenapa ada yang dapat kurang? Tapi dalam dunia MLM. Kita untung. Kita punya jam yang lebih. hihihi. Bila kita ada network. Jumlah jam akan bertambah. 

Semalam. Kami buat yang terbaik. Urus dokumen prospek. Tapi betul-betul berlawan dengan masa. Kami sampai bank 5 minit sebelum jam 4 pm. Lewat sikit je, pasti kerugian besar. Semalam hari akhir untuk buat loan 20 tahun. Hantar hari ini, dah jadi 10 tahun.

Kami perlu sampai opis prospek jam 1.15 tengah hari. Kami dari Puchong jam 11.45 am. Nak singgah membedal dulu. Nasi Ayam Kampung Veloderum, Cheras. 

Usai bedal membedal, kami bergerak ke opis prospek. Taman Tynton View Cheras. Kami sampai masa yang sepatutnya, malah awal 15 minit. Jumpa dan terangkan bagaimana bisnis ini berjalan.

Bila prospek setuju. Kena urus dana terus. Prospek sedang sarat mengandung. Bila bersalin, lagi lambat nak mula. 

Kami terpaksa ke bank rakyat, di Wisma Zelan. Jarak dari opis ke Wisma Zelan tak jauh sangat. Tapi jalan agak sibuk. 

Dari Wisma Zelan ke opis prospek. Terus isi. Siap je. Kami bergegas ke Bandar Puteri. Wow! Masa tu dah jam 3.15 pm. Betul-betul bertanding dengan masa. Nak keluar dari Taman Tynton pun satu. Kena pusing jauh. Ini dah mengambil masa. Nak cepat, kami pilih ikut bulatan bulan kuda mines. Kalau ikut Stadium Bukit Jalil, lagi lambat.

Drive pun asyik jeling-jeling jam je. Takut tak sempat. Dalam bertanding dengan masa, terpaksa singgah dulu di stesen Minyak Shell. Isi petrol dan kencing dulu. Terpaksa. Masa makin suntuk. Ketika ni jarum panjang dah tunjukkan angka 8. Bererti dah 3.40 pm. Kena cepat. Kena pantas.

Dari situ. Drive agak laju. Nasib baik sungguh. Jalan tak berapa sendat lagi masa tu. Kalau biasanya depan IOI, kereta sendat. 

Jam 3.55 pm. Kami sampai di Bank Rakyat bandar puteri.....lega besar.

 

Selasa, 14 Mei 2013

Dapat RM 20K - 4 Bulan.

Assalamualaikum.

Bertemu lagi hari ini. Hari selasa. Malam ini kelas. Jangan lupa. Rugi kalau tak datang kelas. Kelas untuk cas semangat. Kelas untuk bakar semangat. Kelas untuk asah. Kelas untuk gilap. 

"Aa slm kak.jadi ko ari ni? Kak mari kul 1 deh. sy oyat doh ko ckgu2 ni hak free.nnt sy tunjuk kita g library."
 
Hari ini ada appt. Jam 1 tengah hari. Selalunya sekitar jam 11 am dah ada appt. Hari ini lewat sikit. Kena sesuaikan dengan masa free rakan niaga. Dah begitu, sempatlah layan Si Amar. Sempat bawa gi breakfast lagi. Selalunya tak sempat. Si Amar ni, bangun agak lewat.
Amar di padang.
 Pagi tadi, aku agak letih. Mem ambil alih tugas hantar Baby ke sekolah. Aku nak sambung tidur seketika. Semalam tak berapa jenera. Macam tak tidur je. Asyik dahaga air je. Minum dan kencing. Makan malam lewat. Jam 11 pm. Kena nasi lemak & mee sup di nasi lemak warisan sambal opah. Sampai rumah dah jam 2.30 am. Sembang bisnis. Syok semacam. Dah lama tak kumpul sambil sembang bisnis. Suasana bisnis hari ini sudah berubah. Dah kena buat penyesuaian, kalau mahu terus melonjak.

Aku nak share juga kat sini pagi ini. Selepas 4 bulan buat come-back. Berapa lama rehat? Aku dah tak ingat. Tapi lama la. hihihi. Dapat menabung sebanyak RM20K. Banyak tu. Kalau tak buat income tepi. Memang tak capai dalam masa 4 bulan. Silap-silap 3,4 tahun belum boleh kumpul sebanyak itu. bvsm seolah-olah suara ghaib yang memanggil-manggilnya untuk come-back. Upline selalu ajak setiap kali produk baru ada, tapi tak terpikat untuk come-back . bvsm terus terpikat. Bukan setakat biasa-biasa come-back, tapi luar biasa come-back.

Luar biasa punya come-back, pasarannya sekitar Putrajaya je. Belum menyeluruh lagi. Masih terikat dengan tugas hakiki. Guna Fb je. Mudahkan. Tak perlu bergerak jauh-jauh,

Paling penting. Renew setiap tahun keahlian tu. Mana tahu, suatu hari nanti nak buat come-back. Sekarang tak nak buat lagi. Esok belum tentu tak nak buat juga. Mana tahu, terpikir nak buat suatu hari nanti. Pangkat dah ada. Lagi cepat bisnis jadi.

Wow! bvsm kembali bertenaga, mampu jadi penyelamat bumi.




Merapu Sebelum Tidur.

Assalamualaikum....

Bertemu awal pagi. Ketika ramai yang lena. Ketika ramai diulik mimpi. Aku belum lena. Aku baru balik. Baru sampai rumah. Urusan bisnis. Urusan survive bisnis.

Keluar pun setelah anak tidur. Keluar setelah ajar anak. Esok anak nak periksa...Jumpa sahabat bisnis setelah jam 11 pm. hihihi. 

Aku sekejap je bersama sahabat. Tunggu dalam kereta. Tertidur juga akhirnya. 

Sebelum jumpa sahabat. Hantar dulu anak buah ke UPM. Berehat kat rumah aku beberapa hari. Lepas periksa katanya. Perlu kembalikan tenaga yang hilang semasa pulun belajar untuk kekal cemerlang dalam peperiksaan.

Lepas Zohor tadi. Kami ke Kolej KPJ, Nilai. Juga urusan bisnis. Jumpa untuk kemah keming jadual hujung minggu ini. Awal-awal susun. Senang nak urus. Tak lama. Sejam lebih juga. Sebelum sampai situ. Makan dulu di Nasi Kandar Lawood. Sahabat recommend. Boleh tahan. Sedap. Masa kami sampai, orang dah tak ramai. Lauk pauk pun dah banyak habis. Dah jam 3 petang.

Sampai dari Nilai. Solat Asar. Masuk opis. Tak lama. Hanya 30 minit. Letih sikit. Mungkin terlebih isi tadi. Tak berapa selesa. Asyik menguap je. Nak tidurla tu. Mana boleh tidur. Lepas Asar. Tak bagus.

Bonus dah masuk. Bayar apa yang patut bayar. Bil api, bil air. bil indah water. loan kereta. loan rumah. loan kedai. Yuran sekolah anak. Yuran asrama anak. Gaji maid. Macam-macam lagilah. Nasib baik lepas bayar semua tu masih berbaki. Masih mampu menabung lagi. Syukur. Kerja yang berbaloi. Kerja sikit, hasil berbaloi.

Cdm Kuyah ada kat Sabah. Pulun sana. Kebunnya sana. Tawau destinasi awal. Mungkin kini dah KK. Aku tak pasti. Esok kena tanya. Cdm Faridah kat Kelantan. Bangunkan empayar di seluruh negara. Kelantan dalam radarnya. Punya rakan niaga yang mahu berniaga besar. Orang nak, kita lagi nak.
 


Isnin, 13 Mei 2013

Road Show BVSM.

Assalamu'alaikum. 
Salam 1Malaysia.

Saja aku nak share dengan anda semua. Jadual road show Bio Velocity Sleep Mate. Road show ini untuk bulan ini. Bulan 5. Bulan Mei. Bulan May.

Ambil note. Bila team bio velocity sampai ke tempat anda. Jangan kasi terlepas pula. Jangan tak ingat pula. Rugi yang amat kalau tak ikuti road show ini. Lihat kehebatan bvsm dan potensi income yang boleh dijana melalui bisnis bvsm ini.

Dah berehat 1 bulan. Kini muncul lagi. Stokis Putra Heights dah lepas. Masih ada lagi 6 tempat lagi yang bakal menyusul.

Jumaat ini, Kuantan. Jom rakyat Malaysia yang mampu sampai Branch Kuantan malam sabtu ini. Jangan ketinggalan. Jangan kasi lepas. Jangan lupa.

Lepas Kuantan. Kota Bahru pula. Aku dengar, FF1 akan turun. Bukan sekadar memeriahkan acara tersebut. Tapi bawa rombongan mereka. Senyap-senyap, FF1 telah mendarat di Kelantan. Sikit-sikit FF1 menawan hati orang Kelantan. bvsm semakin kerap disebut di Bumi Kelantan.

Itu FF1. IBC juga akan turun. Turun untuk ligan. Turun untuk tawan. Turun untuk gempak. Turun untuk gempur. Turun untuk hidupkan kembali rakan-rakan niaga yang masih bernyawa. Kasi oksigen lagi. 

Warga ATM. Ada nak turun ke? Tak ada? Kenapa? Dah tak ada group sana? Rugi. Ada kawan. Ada member. Ada school mate. Jom turun. Jemput mereka hadirkan diri ke Hotel Rhaudah. Freekan masa untuk 2,3 jam untuk meneliti tawaran dari Hai-O.
FF1 penuh dengan bvsm. tapi dengar-dengar dah ada pemiliknya. dah lama menunggu. kena hantar secepat kilat tu.

Aku turun ke? Tak pasti lagi tu. Tengok keadaan. Tengok jadual. Dah penuh @ masih kosong. Rasa-rasa nak turun. hihihi. Sabtu tu ada bekwoh. Bekwoh sempena  PAS menang di DUN Chetok.


Jiwa Kacau.

Assalmu'alaikum.

Diharap anda semua sihat dan sentiasa tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup. Selagi hidup, itulah mainan kita setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau kita bisnis sendiri @ freelance. Cabaran dari luar dan cabaran dari dalam. Cabaran dari luar hebat. Cabaran dari dalam lebih hebat lagi.

Tahniah. Masih bersemangat untuk berjuang. Aku juga seperti anda. Dah pilih untuk berada di sini. Dah pilih untuk terus berada di sini. Segala cabaran yang datang mesti di atasi. Tak boleh biarkan hidup kita dilemahkan oleh cabaran. Kalau kita dilemah olehnya. Hayat kita dalam bisnis ini tak lama.

Aku masih di sini. Sudah cecah 13 tahun. Macam-macam cabaran datang. Macam-macam cabaran timbul. Tapi itu semua hanya menguatkan kami sahaja. Bukan mematahkan kami. Menjadi kekuda kami makin kejap. Menjadikan kami semakin tabah. Setiap cabaran, itu tersembunyi kebaikan yang tak terfikir oleh minda.

Cabaran dari upline. Cabaran apa? Macamana cabarannya? Bila kita sudah tidak boleh lagi bekerjasama dengan upline. Idea-idea upline sudah tak mampu kita ikuti. Nak-nak pula upline ego. Nak-nak pula upline terasa bijak. Nak-nak upline tak boleh terima pendapat orang. Nak-nak upline hanya membetulkan pendapat sendiri. Nak-nak upline perasan bos dalam network.

Upline terlebih kreatif. Macam-macam idea yang keluar. Belum betul-betul jadi, datang pula idea baru. Belum buat, esoknya idea baru lagi. Kadang-kadang idea itu tak selari @ tak sesuai dengan bisnis MLM. Kalau pikir betul-betul, idea tu mempos bisnis dan bukan meniakkan bisnis.

Bila kita tak setuju. Bila kita nak bawa network sendiri. Upline kacau. Upline tarik rakan kongsi. Upline menghentam kita di belakang terutama depan rakan kongsi kita. Upliene oh upline. Belajar dan sedarlah diri. Usah jadikan diri, sebagai pemusnah periuk nasi sendiri.

Bisnis MLM ini halus seninya. Ada mesti faham seninya. Sebab akibatnya. Idea gini. Jadi gini. Ini kena kaji sebaik-baiknya. Jangan ingat, idea nampak baik dalam bisnis lain, tapi amat tidak sesuai dengan bisnis MLM.

Semalam punya cerita. Luahan dari seorang downline. Uplinenya suka kacau. Bawa idea karut marut pada networknya. Dah halang. Tapi cuba juga bawa idea gile. Halang tapi masih tersisa downline yang suka ikut ideanya. Ini yang problemnya. Kita dia ikut. Upline pun nak dengar. Terus terang aku cakap. Nak bawa network ikut kita 100% mungkin susah. Tapi kita kena bertegas. Tak boleh sana sini. Kalau nak sana, tetap sana dan tak payah berkiblatkan sini lagi.

Bertegas. Jangan kacau. Jangan ganggu. Kacau @ ganggu seperti bunuh bisnis downline.

Pilihan kena buat. Bertegas mesti. Pada upline juga kena bagitahu. Jangan kacau network kita. Kita nak bawa sendiri network kita. Upline wajib faham hasrat downline. Patutnya upline seronok. Dah lepas satu group. Tak payah jaga. Kalau ada 6 kaki group besar begini kan seronok. Upline boleh tumpu pada tunas-tunas baru. Tunas-tunas baru, kena jaga dengan teliti. Kena tabur baja. Kena siram air. Air pula tak boleh lebih. Kena gembur tanah. Kena racun. Racun kena yang betul. Kena bunuh perosaknya. Bukan mudah. Kalau masih banyak menari-nari dengan banyak group, mungkin tunas-tunas baru ini sukar tumbuh subur. Lambat jadi. Rugi kita.

Upline kena bijak baca kemahuan downline. Bila kita tak diperlukan. Bila kita diperlukan. Tak perlu, tak payah involve. Diperlu, baru kita involve. Baru senang downline. Kita pun senang. Walaupun begitu, turun naik bisnis wajib kita pantau. Nasihat bila perlu. Jumpa bila perlu. Cakap bila perlu. baru cakap kita laku. Kalau asyik cakap. Orang akan jemu. 

BVSM dah ada. Senang jual. Senang convince. Senang guna. Senang bawa. Mudah laku. Demo simple. Bisnis wajib naik. Bisnis mesti besar. Bisnis mesti boom. Kena jadi. Nak jadi tak boleh ada masalah dalam group. Mesti ada satu cakap. Kalau banyak cakap. Tak naik bisnis. Naik bawah pada orang lain. Terus terang aku cakap. Serangan BVSM ini lebih hebat lagi dari serangan BA. Oleh itu kita mesti bergerak pantas. Pasaran amat luas. Satu dunia kalau kita kongsikan kebaikan bvsm.


BVSM. Stok sudah ada. Stok sudah banyak. Terus laju. Terus cepat.


Ahad, 12 Mei 2013

Setuju?

 Seorang pemain badminton paling gerun berdepan dengan lawan yang mengejar setiap bulu tangkis tanpa henti.

Seorang pemain tinju paling tidak menyukai lawannya yang asyik bangun semula walaupun terkena pelbagai tumbukan.

Pasukannya bola sepak paling tidak suka berlawan dengan pasukannya yang memberikan 110% tenaga sepanjang perlawanan.

Sama juga di gelanggang politik, mereka yang tidak kenal erti putus asa ialah lawan yang paling digeruni lawan.
Aku petik dari Wall Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sabtu, 11 Mei 2013

5 Kali Ganda Sibuk.

Program IBC petang tadi.
Assalamu'alaikum. Sudah petang. Sudah Maghrib. Hampir Isyak. Sihat semua. Ceria sokmo. Tersenyum sokmo. Bonus masuk. Tekan Mesin ATM, terpegun. Tersenyum sorang-sorang. Lama pulak tu. Aku hari ini. Tak ke mana. Cdm Kartini je yang keluar. Keluar pun dekat-dekat sini je. Sejak ada bvsm, tak jauh pergerakan kami. Dekat-dekat je. Benda baru. Banyak keistimewaan. Senang pikat orang. Radius kadang-kadang jauh. Kadang-kadang dekat. Jauh dekat, asalkan closing. Asalkan tersampai bvsm ke tangan yang sepatutnya.

Leader IBC kongsi peluang dengan orang ramai. Percuma.
Aku dok follow wall rakan niaga. Masing-masing sibuk. Macam-macam acara ada. Kumpul orang dan share kelebihan bvsm dan peluang kaut duit, masuk poket, raya sakan. Call dan share. Pendek kata, tak goyang kaki la hari ini. Teknologi hujung jari. Sekali tekan, seluruh dunia sampai. Itu kalau kita ada kawan seluruh dunia. Itu kalau orang tengok kita punya pages.

FF1 punya aktiviti. Juga percuma.
FF1 juga sibuk. Lima kali ganda sibuk dari bulan sudah. Perkhabaran baik punya. Berita gempak punya. Makin ramai yang dipaut oleh bvsm. Semakin ramai yang terpikat dengan strategi FF1. Penuh kelas lepas ini. Aku pun dah lama tak ke sana. hihihi. Mereka dah terbang tinggi. Mereka dah menyapu awan. Mereka dah gempur habis. Jadi apa perlu lagi aku. 
FF1 punya khidmat masyarakat.
Slow-slow buka kaki baru. Slow-slow bina network baru. Slow-slow bantu kaki yang masih perlukan oksigen tambahan. Kerja macam dulu juga. Sibuk macam dulu juga. Ada kaki yang masih rapuh. Kena kasi bantuan. Ada kaki yang dah kukuh. Kena kasi bantuan juga, tapi caranya mestilah dah lain dari dulu. Salah bantu, kacau bilau mereka punya strategi pulak. Lari sales pulak.

Semakin lama buat. Kena semakin pandai dan bijak. Semakin ikhlas bekerja. Tapi selalu kena ingatkan. Bukan mudah nak dapat. Beri tanpa ingat balasan.

Jumaat, 10 Mei 2013

Minta Satu Dapat Dua.

Rezeki datang pelbagai cara. Paling penting tak berhenti usaha. Tak berhenti doa. Kat bawab ni. Rakan kongsi dulu-dulu. Masuk dan hilang. Kami kerap jumpa uplinenya sahaja. Kira-kira dah cecah 6 tahun tak jumpa. 

Tiba-tiba, uplinenya bagi tahu. Rakan kongsi ni nak tukar filter ABC. Filter yang lama punya. Filter A berada kat luar. Semalam kami hantar. Dah jumpa. Share juga bvsm. Tepi pagar sekolah je. Benda baik. Sangkut. Harap216 sangkutnya. Isnin ni jumpa lagi. Kena duduk elok-elok. Terang cantik-cantik. Agar lebih faham.

Ngajar di Cheras. Taman Taython. Nak cari pun berbelit-belit.  Tapi akhirnya jumpa juga. Jumpa pun dengan langkah kanan. Macam bersedia dijayakan.

Sedang demo bvsm. luar pagar sekolah.
Tunjuk bvsm. terus terpikat. ambil satu.
 hantar 1 dapat 2. Hantar filter. Dapat filter dan bvsm.

Berakfast Jumaat.

Minum pagi di kedai rejab. aku tiba agak lewat. lepas hantar Baby. aku balik rumah. rehat sekejap. sekitar jam 8.30 am. aku melangkah keluar. perut dah minta diisi. paling dekat kedai rejab. lagi pun sejak akhir-ahkir ini kat situ ada meehun goreng atau nasi goreng. kena dengan aku punya liur. nak lagi memikat taruk sikit kari mamak. wow! sudah cukup memukau bagi aku. selain itu juga, aku dah malas nak gi jauh-jauh sekadar cari makan. sedap dah dok no 2,3. paling penting kenyang.

jalan kaki je. dekat. kasi peluh sikit. kepit buku celah ketiak. sampai. banyak meja penuh. ada satu. orang baru je belah. depan meja tebar roti canai. aku teruk buku atas meja. lantas ke tempat makanan. kaut meehun + telur rebus + kuah kari ayam. datang balik ke meja aku tadi. dah ada orang duduk. mungkin dia tak perasan kot. buku aku dah terletak kat meja. aku pun tak kisah. suka lagi. boleh sembang-sembang.

dia ni ralit dok tengok paper metro. ruangan bola sepak. ada peluang masuk. mesti masuk dengan bola. memang sah. peminat epl. man u. tak miss setiap perlawanan. kat kedai rejab tempat tontonnya.  bila aku tahu dia indon. aku terkejut. biasanya indon tak beli paper.

kerja kontrak. hari ini tunggu bos call. biasanya lewat bos call. kadang-kadang jam 11 baru gi kerja. buat renovation rumah. 

"asal mana?"
"indonesia."
"belah mana?"
"Flores. timur timor"
 "oooh. jauh tak?"
" naik pesawat dari jakarta mau 4 jam. kalau kapal dari batam 7 hari 7 malam baru sampai."

sebab tu aku tengok mukanya lain. gelap dan rambut kerinting sikit. tahun 1983 dah sampai sini. Wow! dah lama. masuk ikut sabah. dia je yang terlajak sampai kl. lain-lain sedara maranya sangkut kat tawau.

dia kerja ada permit. sebelum ini kerja kat kantin ukm. bangunan pentadbiran. kini dah tak lagi. dah 3 tahun kerja buruh kontrak. 3 tahun tinggal di Bukit Kinrara. Isterinya kerja tadika. sewa rumah,flat melur. laki bini je sewa. biasanya indon akan kongsi rumah sewa. dia tak.

anak satu orang. umur 18 tahun. sedang belajar di surabaya. tahun depan habis. kerja dan hantar duit buat anak.

'bila mahu balik?"
"aku baru balik, bulan 4 sampai sini/"
"balik dan terus tak datang."
"itu tak tahu."

dia ni fasih cakap melayu. tak pekat indon. dia berkawan dengan semua orang. lagi satu dia ni geng motor. ikut ABC. kalau aku tak salah.

Lama juga sembang. lepas tu dia belah. seronok juga. dapat sembang. biasanya susah nak sembang dengan indon. mereka selalu bergeng. jarang sorang-sorang. 

walaupun indo. kerja kontrak. aku tetap share kerja yang aku buat. biz yang aku geluti. produk yang aku jual. tak suka tak apa. tak minat, tak kisah. mereka pun mahu sihat. mereka pun mahu duit. mana tahu lepas ni dia berminat nak beli....




Sociable