Jom Follow

Rabu, 30 Jun 2010

kelas malam tadi

kongsi kejayaan adalah acara wajib setiap kali kelas. baru bermula tapi dah dapat hasil. kalau lama bertahan, sudah pasti dapat lagi lebih. jangan jemu belajar sudah. kelas-kelas jangan tinggal. bertanya pada upline atau mentor. ssm aribah permata dalam pembikinan. teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik. jadi cdm 2010. tak ada yang mustahil kalau berusaha segigih mungkin. jangan dok cipta alasan.


sm nazarina (ina) sedang sharing kejayaan. walaupun baru join, tapi yakin boleh berjaya dengan bimbingan upline dan group taipan 181. sentiasa bersemangat setiap kali kelas. tiada tekanan dan sentiasa datang bersama prospek baru. nak berjaya kena berterusan datang kelas dan bawa seramai mungkin prospek baru. jangan jemu datang kelas.
kemahuan mengatasi cabaran. cabaran jauh tempat kelas, baru balik kerja penat, tak ada prospek yang nak datang, upline tak datang kelas. semua itu kecil je, kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita akan dapat. ingat/bayangkan apa yang kita inginkan dan bukan kesukaran yang kita hadapi.
beginilah setiap kali kelas diadakan di ttc Taipan 181. walaupun hujan warga Taipan tetap datang. dari Melaka, Seremban, Sungai Buaya dan Gombak. bukan datang seorang tapi bawa bersama prospek baru mereka.
sesi ice breaking oleh cdm wan mahathir. 7 faktor,kenapa perlu pilih taipan 181 sebagai landasan mencipta kejayaan. dia bersama isterinya cdm shahrina, tak jemu-jemu buat kerja. keluar pagi balik lewat malam. hebat!!!!" kenapa bekerja begitu kuat?"

ddm lin, mc hebat malam ini. dah teruji ketahanannya. sekarang ni tengah meletup meniaganya. harap terus menjadi-jadi. suka belajar dan baiki diri, jadi lebih cemerlang. jalan menuju kecemerlangan dah terbentang luas. ikut jalan tu je, akan sampai ke destinasi idaman. kegagalan adalah kejayaan tertunda sebenarnya.
pasangan cdm; cdm wan noor hanim dan cdm shahril yang hebat dan tak berhenti jadi lebih hebat lagi. apa yang mereka tahu, buat,buat,buat je. sekali melangkah, tak akan berundur. cabaran pasti diatasi. manisnya kejayaan selepas atasi halangan. semakin besar halangan semakin manisnya kejayaan yang dicapai. nak cipta kejayaan terhebat jangan minta cabaran yang kecil. mereka ni upline pada mc semalam. tahniah, jayakan lebih ramai lagi rakan kongsi.

cdm siti rohani; cdm air mata, beri kata-kata aluan. datang kelas malam ini adalah langkah tepat untuk berubah. lihatlah peluang hebat ini. dengar dengar pikiran terbuka. bila tamat nanti dah paham apa yang kena buat. lihatlah bukti-bukti kejayaan group taipan 181. setiap pemimpinnya sentiasa bersama dan bersatu. pakat-pakat pikir macamana nak jayakan setiap orang yang masuk. masuk dan terus bertahan sehingga berjaya.

tak cukup kerusi, terpaksa bersila. bersila demi ilmu tak apa. lepas ni gi meniaga besar-besar. income 5v angka tapi tak sombong pun, begitulah sikap leader-leader taipan. semakin tinggi pangkat, semakin merendah diri. semakin lama belajar, semakin banyak yang belum tahu. leader-leader ini belajar berterusan. tak jemu belajar.

orang buat biz card pun ada. pilihlah mana corak yang mahu. murah pulok tu. nak berjaya mesti ada ini. sentiasa bawa. buat banyak-banyak.

apa yang dok bincang tu cdm. cdm yan dan cdm juliani; masalah rakan kongsi ke. begitulah kalau jumpa sesama cdm. tak bincang lain. bagaimana nak jayakan dline je. dok pikir macamana nak tambah income rakan kongsi je. bagaimana nak kukuhkan network group je. bagaimana nak jayakan ramai lagi kongsi.

kereta terbaru warga taipan,ianya menjadi pemacu untuk berusaha lebih tekun lagi. pemiliknya dsm aribah(sila betulkan kalau salah). masuk hai-o, bila lihat kawan sama U dulu dah berjaya. "kenapa lambat datang jumpa aku?". "lambat jumpa tak apa janji cepat kaya."

ddm norazlina ni, selalu datang kelas dan tak pernah luntur semangatnya. semangat kita seperti makan, kenyang dan tak lama lepas tu lapar balik. kena makan lagi. mana ada orang sekali makan dan tak lapar-lapar lagi. sentiasa belajar dan mengajar.
dsm nabihan, kongsi kejayaan dengan warga Taipan semalam. ikut je orang berjaya, kita pun akan berjaya seperti mereka juga. buat, buat, buat dan buat apa orang berjaya buat, kita akan dapat seperti apa orang berjaya dapat. jangan jemu jumpa orang berjaya. tanyalah bagaimana mereka melakukan demo. bagaimana mereka melakukan follow up.bagaimana mereka buat appt. bagaimana mereka urus dana dan banyak lagi. jangan malu bertanya. nak jadi no 1 mesti tanya orang no 1. tak boleh tidak.

Selasa, 29 Jun 2010

pilihanku


nak sentiasa bersemangat dan ilmu, boleh baca majalah di atas. majalah tersebut jadi pilihan kami setiap bulan. majalah luat biasa tu, majalah dari indonesi, terbitan pak andri wongso, motivator no 1 indonesia.
majalah-majalah tersebut, beri ilmu, panduan dan tips bagaimana nak berjaya dalam kehidupan.
terdapat kisah orang biasa-biasa dapat jadi orang luar biasa dengan usaha luar biasa. tak jemu belajar dan sentiasa upgrade diri. tak penting siapa kita sekarang, tapi penghujung kita paling penting.
ada yang belajar setakat spm, tapi pendapatan yang mereka dapat berganda-ganda berbanding dengan orang ada sijil phd sekali pun.
ada yang bermula dengan modal rm50 je, dengan usaha berterusan sekarang ni dah jadi jutawan.
majalah-majalah ni tak ada cite negatif, semuanya positif. bacanya memberi suntikan semangat dan menambah semangt juang kita semua. tak ada jalan singkat kalau nak berjaya.
cite dalam jutawan terbaru, gambar muka depan datuk maznah hamid. ada kisah OKU bukan penghalang untuk berjaya.
jangan lihat kekurangan diri, sebaliknya lihatlah kelebihan yang ada pada diri kita. prinsip ini mesti ada pada kita, kalau mahu berjaya, kalau mahu cemerlang, kalau mahu kehidupan yang lebih selesa lagi.

Isnin, 28 Jun 2010

hari ini1

kelas di Safira Club, Penang
kelas di Kota Baru, Kelantan
kelas di Kuantan, Pahang
kelas di Kota Kinabalu, Sabah

kelas di Batam

jumpa TT lagi malam ini. sepanjang hari dok wat perancangan, nak jaya lebih ramai lagi rakan kongsi. nak buat sedikit penambahbaikan semasa kelas BOP. pengisian pun dah kena upgrade. kalau sama je, orang boring pulak. asyik tunjuk benda sama je. lama-lama orang tak teruja nak datang. setakat hari ini sambutan terhadap kelas-kelas taipan tak ada masalah. sentiasa penuh. sebelum orang boring lebih baik kita buat penambahbaikan dulu. kena proaktif.cdm kartini semasa hadiri seminar dari 0 sehingga jutawan2.

tt baru ni tinggal kat bangi, jumpa di kedai Austin. pada mulanya dia dah bagi warning. kalau jumpa, jangan cite hai-o. dia tak nak buat. tak nak masuk. malah tak perlu jumpa kalau setakat nak sharing peluang dengan dia. cdm kartini jumpa semasa gi seminar dari 0 sehingga jutawan. tapi kami tahu, dia dapat gambaran yang salah. gambaran yang menakutkan. bila jumpa cite yang sebenarnya, dia pun teruja. nak bersama-sama dengan kami.


pagi tadi sempat jumpa dengan leader. bagaimana nak kekalkan momentum pada diri dan group. dalam situasi sekarang ni ramai yang tak ada keghairahan bekerja. seolah-olah dah cukup apa yang dah ada. tak suka cabaran. ada je, dah down. cabaran tu sebagai batu loncatan kearah kejayaan. jangan jemu belajar, kunci kejayaan. nak handle group mesti pandai. mesti pandai komunikasi. mesti pandai main suasana. mesti pandai ambil hati. mesti pandai handle masalah. semuanya kena belajar.

tengahari tadi layan si anak. rehat dan tidur bersamanya. semalam berjaga tengok bola. malam ni pun kena tengok bola lagi. minat punya pasal. games awal tak sempat tengok. jumpa tt lagi baik. dapat juga fulus. kami kerja sekarang ni bukan sekadar nak fulus, tapi nak tengok kejayaan semua warga Taipan.

petang tadi jumpa dengan prospek rakan kongsi. saja nak yakinkan lagi. meniaga ni boleh berjaya dengan syarat buat ikut cakap upline. dah diterangkan oleh rakan kongsi. tak ada yang perlu ditambah lagi. esok dia akan urus dana sendiri. pernah dengar tapi projek dulu. besar modal. tapi projek mesra rakyat dia setuju nak masuk.

malam tadi gi dulu ke stokis Ng. uruskan closing dan temankan tt baru. kena kerja lebih tekun lagi, terutamanya projek mesra rakyat ni. kena cepat dan tak boleh banyak alasan lagi. kena ajak tt baru datang kelas. kelas adalah nadi semangat juang. tak datang kelas, semangat tak tahan lama. meniaga pun tak lama dan tak berapa besar. jadi cukup makan je. nak besar meniaga, kelas jangan tinggal.

cite semalam


usaha berterusan dan sentiasa bersama dengan upline kunci kejayaan.
sempat juga aku bergambar semalam tu.
cdm kartini bersama rakan kongsi.



cdm kartini bersama tt baru. jangan terkejut mereka akan meniaga besar lepas ni, berkat bimbingan group Taipan 181.

58 PROSPEK?


penerima pin DDM oleh warga Taipan.

warga terbaru Taipan, dah jumpa 10 prospek, semuanya tolak/tak nak. tapi masih yakin prospek k11 pasti melekat. jumpa prospek k11, penuh yakin akan melekat, tapi tak melekat juga. keyakinan masih tinggi, prospek k12 akan jadi, rupa-rupanya sampaiprospek k20 masih lagi gagal. prospek k30 pun tak nak. prospek k40 pun masih tak nak. dia masih yakin prospek k41 mesti nak. adakah prospek k41 setuju masuk? kalau hal ini terjadi pada anda, bagaimana semangat anda? masih tinggi. masih nak teruskan jumpa prospek atau simpan segala fail dan tak payah buat lagi.

tapi warga ini teruskan usaha berjumpa dengan prospek. jumpa prospek k50. adakah prospek tersebut setuju masuk? TIDAK/GAGAL lagi. kawan-kawan mula menyata. dah perlekeh usahanya, dah tengok sebelah mata je, nak tunggu nak tepuk tangan je kalau dia berhenti. tapi upline, sideline dan group sentiasa bagi semangat. kelas sentiasa datang. roadshow pun pergi.

jumpa prospek lagi. prospek k58. masih tak nak masuk. dah nak mengalah tapi hati kecilnya memujuk."tak kan dengan orang tak nak dah nak undur diri. kalau undur diri, alamak tak merasa kesenangan hidup. orang lain boleh, kenapa aku tak boleh. yeeeessss aku pasti boleh".
juara dalam pembikinan. teruskan perjuangan sehingga berjaya.

dia bangkit lagi dan jumpa dengan prospek k59. ternyata perjudiannya berbaloi. prospek ini setuju masuk, prospek seterusnya pun masuk. sekarang ni dah cukup 6 kaki. bermula slow tapi dah laju sekarang ni. semasa tak close tu dia dengar MP sebanyak 58x dan sekarang ni dah yakin boleh cite sendiri. tak payah lagi tunggu upline nak gerak. itulah hikmahnya lambat jadi. boleh belajar MP secara praktikal dengan upline. bila dah pandai orang mula masuk. boleh bawa group sendiri pulak.

semangat sebeginilah yang perlu dipupuk dalam setiap diri warga Taipan. tak mengalah dengan penolakan. tak ugah dengan sedikit kata-kata sumbang. tak nak, jumpa lain lagi. buat, buat sampai jadi.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.tersenyum puas dapat pangkat ddm. usaha berterusan asas kejayaan.

meeting cdm komiti


apa yang menarik tu cdm!!

ralit dok tengok apo tu cdm ku yah
dok hangat bincang strategi baru.


makan tak tinggal, macamana nak kurus niiii


tadi telah berlangsungnya meeting cdm komiti Taipan 181 di Precint 16. kehadiran penuh kali ini. kalau sebelum ini tak seramai ini. mungkin kali ini tak ramai cdm yang keluar kawasan. semalam pun baru lepas diamond night. hari ini dok KL je kot.

banyak hal yang dibincangkan dalam usaha meningkatkan meniaga group. nak naikkan lebih ramai lagi cdm. nak tangani tranformasi yang sedang berjalan sekarang. nak tingkatkan keghairan group. meniaga ini meniaga semangat je.

kekurangan selama ini akan diperbaiki untuk meniaga lebih jadi lagi. kehadiran meeting lepas ini mesti lebih ramai dan lebih meriah lagi. setiap prospek yang datang, sebelum balik mesti sign up dulu. slide pun akan diperbaiki menjadi lebih menarik. teruja kalau tengok slide tersebut. tak boleh rasa puas dengan keadaan sekarang.

meeting akan diwar-warkan semula, sms akan disent untuk semua warga taipan. mereka akan dijemput datang bersama dengan prospek. dah lama meeting tak diwar-warkan secara aktif. kita anggap orang dah tahu. sebenarnya rakan kongsi nak layanan istimewa. setiap kali meeting, kita mesti sent sms pada mereka. dengan cara ini keghairahan nak datang meeting akan datang. kita akan tengok meeting Taipan lepas ini akan cecah 1000 orang. mungkin lepas ini warga taipan akan dapat lebih 5 sms setiap kali nak meeting. kena hidupkan balik sms war-warkan meeting. awal-awal dulu, setiap hari ada sms pasal meeting.

meeting kali ini juga bersetuju untuk menambahbaikkan lagi meeting taipan. nak tahu apa perubahan tersebut datanglah selalu meeting Taipan. kalau anda ada idea bolehlah bincang dengan komiti. kami mengalu-alukan cadangan dari warga Taipan semua. datang bersama dengan prospek. setakat hari ini taipan akan terus mengadakan roadshow seluruh negara. roadshow terdekat ialah di Miri, hujung minggu ini dan hari minggu ini roadshow akan diadakan di Kuala Selangor. pakat-pakat gi roadshow, anda akan sesuatu. tak rugi, bayarannya murah je.


tempat yang akan berlangsungnya roadshow pada 4/7/2010.

Ahad, 27 Jun 2010

diamond night

sekali tengok tak kenal. lain pada skalo, pemimpin pelapis Taipan 181

pasangan hebat idola ramai orang

sebahagian warga taipan yang sempat bergambar dengan Jimmy Ouw.

pagi kelas di USJ Taipan. kehadiran warga Taipan penuh. ramai yang kena berdiri. berdiri pun berdirilah, asalkan boleh ikuti kelas mingguan. kutip ilmu untuk jadi lebih kaya lagi. warga Taipan dari luar Lembah Kelang pun ramai hari ini. mereka datang untuk diamond night semalam dan terus tunggu kelas hari ini. tengok kehebatan kelas di Lembah Kelang. aura kelas di Taipan USJ memang berbeza dengan kelas-kelas di kawasan masing-masing. kelas terbaru yang dibuka oleh Taipan ialah di Pulau Batam, Indonesia.

kehadiran warga Taipan dari Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, Penang dan negeri-negeri lain, membakar semangat kami semua. lihat kesungguhan mereka mencari ilmu. jauh pun datang. dapat jumpa, sembang dan bergambar dengar cdm cukup-cukup bertuah pada mereka. dapat sedikit tips pun dah cukup gembira.


cdm fitri dengan geng-gengnya. kejayaan muncul setelah lepasi halangan.

Warga Lembah Kelang tak rasai seperti warga luar yang datang kelas di USJ. dah biasa sangat. rasa biasa jeee. bila dah selalu datang, dah tak rasa sangat. macamana nak meniaga sepanjang hayat. kalau macam tu. baru 2,3 tahun hadiri kelas dah tak rasa sangat. kami yang lama-lama ni dah 6,7 tahun hadiri kelas dan sekarang ni masih bersemangat dan rasa amat perlunya kelas-kelas sebegini. nak meniaga lama dan sepanjang hayat. kelas tak boleh tinggal. datang dengan rasa nak belajar, bukan nak tunjuk pandai. belajar dari upline, dline dan sideline. ilmu nak meniaga sepanjang hayat.anggun bergaya!!!
meniaga mlm adalah meniaga sepanjang hayat. pilih syarikat yang betul. pilih yang kukuh dan ada rekod yang baik. syarikat kita dah bertahan lebih 18 tahun dan akan terus gah dipersada mlm di Malaysia. jangan takut dengan kekukuhan syarikat. sejauh mana ketahanan kita yang paling penting. selama mana nak berniaga. selama mana kita nak bertahan. sesenang mana kita nak hidup.
dafi menghibur warga hai-o semalam.

hari ini warga Lembah Kelang, tak berapa ramai sangat. penat kot. tapi masih ramai juga yang oleh datang kelas walaupun agak penat, semalam lewat balik. cdm-cdm datang, tak penat pun. tak ada alasan kalau mahu berjaya. majlis semalam penuh kemeriahan dan ada talk motivasi oleh tuan hj hanim. ramai yang teruja dan yakin dengan perubahan oleh syarikat membawa kebaikan untuk semua. ambil cabaran ini sebagai batu loncatan mencapai lebih banyak lagi kejayaan.dah kenyang! tunggu ceramah motivasi oleh tuan hj hanim.
semalam juga sempat jumpa ex-GM, Jimmy ouw. banyak bantu Taipan meniaga sehingga jadi begini. ilmu yang dicurahkan amat kami hargai. jasa anda tak terbalas oleh kami warga Taipan semua. diharapkan perjalanan anda selepas ini lebih cemerlang lagi. selama 8 tahun 4 bulan kami dibawah pimpinan anda cukup menyeronokkan.

Taipan mesti jadi lebih kuat lagi selepas ini. tak boleh meniaga setakat cukup makan saja. cabaran datang kali ini sedikit berbeza dengan dulu. memerlukan ketahana dan ilmu baru. Taipan melihat cabaran ini dari sudut yang positif dan keadaan ini akan kembali keadaan asal dalam sebulan dua je.



kelas3


hari ini hadiri kelas di Taipan USJ. begitulah sejak dulu lagi, akan berterusan selagi syarikat wujud. dah jadi satu habit. ahad je mesti gi kelas. boleh kira dengan jari berapa kali kami gagal hadirkan diri.

setiap hari mesti ambil/buat tindakan untuk capai kita punya impian. sebagai contoh , ahli bina badang. bukannya dalam satu hari je terus dapat bentuk badan idaman. setiap hari mesti gi gim, dah buat,buat dan terus buat.

kalau setiap hari buat, ianya beri keyakinan diri untuk terus gerak capai impian. momentum sentiasa tinggi. segala cabaran dengan mudah diatasi. seolah-olah tak ada rintangan langsung. peluang je yang terbentang.

Sabtu, 26 Jun 2010

Mesti Positif



ramai orang tak jelas apa yang mereka mahu capai
dalam hidup tetapi mereka jelas apa yang mereka tak mahu.
seperti 'susah meniaga ni. 
'orang tak nak ', 
' upline tak suka kat aku'. 
'semua orang dah masuk'.
'takut tak boleh buat dan gagal'.
adakah ini yang mereka mahu. 
pastinya tidak tapi kenapa dok ada dalam kepala hal-hal ini.
bila kita pikir dan kita akan menarik hal-hal tersebut terjadi pada kita.
kenapa kita tak berfikir,
'mudahnya meniaga ini', 
'semua yang kita sharing akan masuk'
upline sayang kat aku'.
'aku hebat dan aku pasti berjaya seperti orang berjaya'.
bila berfikir seperti ini, kita rasa pun lega. 
tak adalah tekanan sangat.
jadi hal-hal positif akan terjadi pada kita. 
selalulah berfikiran positif dan 
berfikirlah apa yang kita nak jadi dan
bukannya apa yang kita tak nak jadi.

sentiasa pikir hal-hal positif sahaja.

jangan ada langsung hal-hal negatif.
cakap pun mesti positif je.
jangan ada negatif.
bila negatif emosi kita pun negatif dan
akan menarik hal-hal negatif datang pada kita.

sentiasa pikir positif dan

perasaan pun akan tenang.
buat kerja lebih lancar dan lebih konfident.
semangat pun semacam je.
perjalanan pun lebih mudah. 
kalau pikir negatif, 
mulalah ada tekanan.
cepat marah dan banyak lagi.



matlamat3

1-
tetapkan apa yang dicapai/dimiliki/apa yang kita nak jadi. kena tahu dengan jelas. dalam meniaga ini. tetapkan berapa simpanan yang mesti ada rm 100k. kena tepat. tak boleh main agak-agak. nak capai pangkat tertinggi tahun ini.
2-
tulis matlamat tersebut. 3 yang terpenting tulisn pada kertas dan sentiasa bawa bersama. bacanya setiap hari.
3-
tuliskan tarikh untuk mencapainya. jangkamasa inilah yang menjadi pendorong utama kita buat kerja. ingat tak ada matlamat yang mustahil, tapi jangkamasa je yang menentukan.
4-
listkan apa tindakan yang mesti diambil untuk capai matlamat tersebut. list juga halangan/ cabaran yang mungkin ada semasa kita berusaha capai matlamat. list juga apa ilmu dan pengentahuan yang mesti ada, untuk capai matlamat tersebut. listkan juga mentor/ leader yang kita perlu berguru kalau nak capainya.
5-
susun semula tindakan-tindakan tersebut ikut keutamaan. mana yang paling utama /cepat capai matlamat.
6-
buat tindakan SEKARANG. jangan bertangguh lagi. juara lebih kepada tindakan, orang kalah lebih kepada cakap-cakap. nanti tu, nanti ni, baru nak bertindak.
7-
setiap hari buat tindakan menuju matlamat yang dibuat. setiap hari!!!!. bukan 1x seminggu buat tindakan capai matlamat. tindakan ini memberi kita momentum untuk bekerja lebih giat lagi.

sama-samalah buat tindakan untuk capai apa yang diimpikan. tak ada yang capai tanpa buat. dok cakap je tak ada guna.

matlamat2

pengorbanan yang nak dibuat. komitmen yang nak diberi. sebanyak mana ilmu yang perlu dimiliki. bergantung kepada sehebatmana matlamat diri. matlamat diri, keluarga dan negara. kalau nak ada simpanan rm 1 juta, pengorbanan mestilah berbeza kalau nak rm 200k sahaja. kalau nak simpanan rm 5 juta, kerjanya mesti berbeza dengan nak simpanan rm 500k. kalau nak rm 2k, 3k sebulan mestilah usahanya tak sama dengan nak dapat rm 10k sebulan. kalau buat full time, kerjanya mesti berbeza dengan orang buat part time. tak ada yang mustahil kalau buat usaha sungguh-sungguh dan berterusan. berfikir di luar kotak sikitla.

ramai yang nak lebih, tapi tak nak kerja lebih. ini masalahnya. dunia perniagaan adalah dunia yang tak ada had pendapatan. tapi ramai yang takut menceburinya. sesetengah pendapat menyatakan orang melayu tak ada budaya keusahawanan. budaya ni tak diajar disekolah dan dipusat pengajian tinggi. budaya ini mesti dipupuk dirumah, tapi tak ramai keluarga orang melayu yang menjadi peniaga. berbeza dengan orang lain.

ramai yang menjadi penggangur terhormat. tamat belajar tak ada kerja. tak tahu nak kerja apa lagi. sekarang ni dah masuk fasa mencipta kerja. bukan lagi dok harap makan gaji. cipta kerja dan cipta peluang.

dari 0 hingga jutawan

hari ini dan esok hadiri seminar dari 0 hingga jutawan. penceramahnya hebat-hebat belaka. dah jutawan semua. bili lim, irfan khairi, azman chin, dr azizan, datuk maznah, chef li, abang abu. lebih ramai dari yang pertama dulu.
dapat ilmu dan kontak. yang datang semuanya meniaga atau pencari peluang meniaga. kita boleh jumpa ramai orang yang ingin berjaya dan open mind. boleh kongsi kejayaan dengan mereka.
ilmu hebat dari tokoh usahawan tanah air. bagaimana mereka boleh berjaya. bagaimana susah payah mereka semasa membina perniagaan mereka.tak rugi bayar mahal sikit. inilah pelaburan yang mesti dibuat kalau mahu sukses berterusan.

Jumaat, 25 Jun 2010

full time

buat mlm. ada yang buat part time dan ada yang buat full time. ada yang masuk terus buat full times. ada juga masuk,buat dan lihat perkembangan dulu, bila ok, baru buat full time. ada juga selama-lamanya buat part time. terpulang pada diri masing-masing. jangan ikut cakap orang. ini meniaga kita. pasal part time saya dah sentuh beberapa hari dulu. kali ini nak cite pasal buat full time. dah tak buat kerja lain lagi. dah jadi satu kerjaya. tak ikut rutin biasa lagi. tak payah keluar pagi dan balik petang. buat ni boleh keluar bila-bila dan boleh balik bila-bila, ikut suka kita. ikut rajin kita buat kerja. ikut matlamat diri sendiri. nak dapat lebih mesti buat lebih. tak boleh nak dapat lebih tapi buat kurang.

ada juga penyakit, bila buat full time, kerjanya lebih kurang sama je dengan masa buat part time. malah ada yang bagus kerja masa part time. buat appt, pun 2,3 je sehari. mana boleh macam tu. kalau ikut perkiraan pakar, kita mesti kerja 3x ganda lebih rajin dari semasa buat part time. kena lebih lama lagi buat kerja. kena jumpa prospek 3x ganda lagi. kena jumpa prospek sehingga 10-15 orang sehari. untuk direct line atau rakan kongsi. kena ada leader dah yang nak buat bawah kita. jangan hanya masuk dan kena ada kesanggupan untuk begerak lebih jauh lagi. dalam dunia seperti kita gi makan di kafeteria. ambil makanan dan mesti bayar dulu baru boleh menikmatinya. nak sukses mesti bayar harganya. tapi yang berlaku, nak sukses tapi tak nak bayar pengorbanannya. ada juga yang bayar separuh saja. mana boleh sukses macam tu. nak sukses, mesti ada idola atau model yang kena ikut. ikut betul-betul jejak mereka. kalau kita buat, buat,buat dan buat tindakan yang orang sukses buat, kita pun akan sukses. tak boleh buat mana yang kitta suka je. orangg sukses suka buat apa yang orang gagal tak suka buat.

impian mesti lebih besar lagi. kena lakar betul-betul. kena tulis dan sentiasa bacanya setiap hari. pengorbanan pun mesti lebih hebat lagi. sanggup hadapi cabaran yang datang. kecil atau besar. pantang undur walau selangkah. terus gerak ke depan. apa pun cabaran datang pasti ditempuhi dengan tenang. ketahanan amat penting kalau buat full time. berapa lama boleh tahan. mesti tahan selama-lamanya. tak boleh tahan 1. tak boleh tahan 2 tahun. tak boleh tahan 3 tahun. tak boleh tahan 7 tahun. mesti tahan sepajang hayat. hati tak mudah goyang, bila ujian datang. tak mudah lompat kapal kalau cabaran datang. tak panik kalau seluruh rangkaian kita mati. kita bina semula. ilmu pun mesti kena tambah. tak boleh cukup dengan yang dah ada. bacalah buku-buku. dengar cd-cd motivasi. hadiri seminar pembangunan diri sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. dapatkan ilmu terkini dan bimbinglah group sebaik mungkin. mesti ada coach kalau mahu cepat sukses. belajar dan bergurulah darinya. jangan dok rasa pandai je.

setakat ada senarai nama je belum cukup, kalau tak ada ketahanan. ada sesetengah kes, mula-mula resign, bersemangat gi jumpa prospek berdasarkan senarai nama yang ada. bila ramai yang tolak, mula kecewa. bulan ke2 dah habis senarai nama dan dah tak tahu nak gi mana. senarai nama pun tak tambah-tambah. berani jumpa dengan stranger.

Khamis, 24 Jun 2010

cakap

masih lagi di kuala lipis. seronok dan puas hati dapat bimbing rakan kongsi. bukan janji tapi tak tunai. kita berjanji untuk ditepati. bukan berjanji untuk dimungkiri. kalau nak meniaga lama, sebelum berjanji tu, kena pikir betul-betul dulu. boleh tunai ke tak. kalau agak-agak tak boleh jangan berjanji terus. kita buat ni untuk jangka masa yang panjang. bukan untuk setahun dua je. kalau boleh nak sepanjang hayat.

nak bertahan lama, mesti berubah. ramai orang berhenti disebabkan oleh masalah komunikasi. baiki komunikasi baru boleh berjaya dan bertahan lama. kita jangan cakap/kata pada orang lain, apa yang kita tak suka orang lain cakap/kata pada kita. kita jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka orang buat pada kita. ini hukumnya mudah. apa-apa yang kita nak cakap/buat pikir dulu.

pulau suatu hari

sedar tak sedar ramai orang berada di pulau impian. kat sini ramai penduduknya. suka dok bercite-cite masa depan mereka. nama pulau; 'pulau suatu hari'. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti aku, memiliki rumah mewah, ada 10 bilik. siap ada kolam renang. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, setiap tahun boleh gi mengerjakan umrah bersama keluarga. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh memiliki apa yang teringin miliki. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh melancong seluruh dunia. alangkah kalau suatu hari nanti, boleh buat apa yang disukai sahaja, boleh pilih nak kerja atau tak kerja. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, boleh membantu orang miskin, anak-anak yatim serta orang yang memerlukan tanpa had. alangkah seronoknya kalau suatu hari, memiliki berpuluh-puluh rumah kedai, beratus-ratus rumah sewa dan kilang-kilang, penghasilan dari situ sahaja cecah ratus ribu sebulan. alangkah seronoknya kalau suatu hari nanti, memiliki simpanan berjuta-juta dalam tabung haji.
nak capai ini, mesti belajar macamana nak buat duit. nak capai ini, kena buat berterusan. nak capai ini, mesti berguru dengan pakar. nak capai ini, kena baca buku-buku.

penduduknya terlalu suka pada 'alasan-alasan'. seperti; susah, banyak rintangan, tak ada masa.terlalu sibuk. anak nak periksa. tak ada orang mahu. malu, tak pandai cakap, kawan-kawan tak ada, mustahil boleh kaya dengan buat mlm. mana boleh kaya setakat jual penapis air tu, balik kerjo kena terus balik rumah, kelas jauh sangat, kalau dekat boleh gi, dan bla,bla,bla....bla.......

Rabu, 23 Jun 2010

pelaburan putar alam



hari-hari ada cite orang kena tipu. kena tipu sini. kena tipu sana. tipu-tipu-tipu. tak tahu kenapa. bukan jenis tak sekolah pulak tu. terlalu mudah tertipu dengan pelaburan. masuk dan duduk goyang kaki dapat duit. biasanya 10% setiap bulan. kalau 1 tahun jadi 120%. hebatnya pelaburan tu. hebatnya pelaburan tu sampai boleh bagi begitu tinggi. tabung haji pun yang ada panel pelaburan, pun boleh bagi keuntungan sekitar 5% setahun je. bijaknya dia buat pelaburan. pelaburan dalam apa tu, yang bikin untung 120% setahun tu. sekolah mana yang dia belajar tu. u mana yang dia tamat tu. begitu hebat meniaga sehingga boleh kaut untung melangit tu.

saya ni tak pandai sangat. tapi kalau pelaburan tu betullah. PNB akan sapu dulu lagi. KWSP akan longgokan duit berjuta-juta kat situ. kaya orang masuk ASB tau!!!!!!!

warren buffet tu orang terkaya dunia. tokoh/pakar pelaburan di dunia ni pun tak pernah dapat keuntungan sebanyak tu setahun. dia dapat pun sekitar 20% setahun je. jadi orang malaysia hebat lagi pada diala tu. sepatut ajak dia lah melabur sama. 10% tu banyak tuuuuuuuuuuuuuu! ramai lagi pelabur yang hebat-hebat. keuntungan setahun sekitar 20% je setahun.


hairan juga saya. gunalah otak sikit. tak kan melabur bela cacing dapat untung sebanyak itu. bela lembu pun untung begitu banyak. tanam rumpai pun melangit punya untung. guna otak la sikit. mudah sangat tertipu. malah buat loan lagi. bukan sikit, ada yang sampai 100k.
pikir,pikir,pikir. jangan tak pikir. kalau tak nak pikir, tanyalah pada yang boleh pikir. selalu ada orang yang tipu, selagi ada yang suka ditipu. paper hari ni pun ada laporan kena tipu. pelaburan lembu. kalau tanya lembu pun lembu gelak je. tak akan 'aku' semahal tu.

buat sampai jadi1

walaupun dah petang, itu tak penting. yang penting semangat juang masih maksimum. lepas kerja ni, terus jumpa dengan prospek. sharing peluang yang hebat ini dengan seramai mungkin. semakin ramai kita kongsi, semakin hampir dengan kejayaan. orang tak nak, itu biasa. kita sharing dengan orang lain pulak. satu tak nak, sharing k2, k3 tak nak, sharing dengan prospek k4. k4 tak nak sharing dengan prospek k5. prospek k100 tak, jumpa prospek k101. prospek k1000 tak nak, jumpa prospek k10001. semangat sebeginilah yang mesti kita ada kalau mahu berjaya. prospek tolak, balik kaji kenapa, perbaiki mana yang kurang pada cite mp kita tu, ubah.sharing lagi, tak jadi, perbaiki lagi cara cakap mp, sharing lagi. kalau beginilah kita buat setiap kali penolakan berlaku. kita akan jadi pemenang jua suatu hari nanti.
kalau thomas edision tak teruskan ujikaji k1000 setelah tak berjaya pada ujian k999. mungkin dunia masih bergelap sampai sekarang. tengoklah anak-anak kita, berapa kali mereka jatuh semasa belajar berjalan. jatuh, bangun lagi, jatuh bangun lagi, sehinggalah tak jatuh lagi. kita sebagai mak bapa pun terus bagi dorongan. kalaulah mereka tak nak teruskan usaha. sampai bila-bila pun tak boleh berjalan. jatuh untuk jadi lebih kuat lepas tu. bukan nak memusnahkan harapan.
dalam kehidupan sekarang ni susah sikit nak jumpa orang bagi dorongan/inspirasi pada kenkawan yang berusaha nak berjaya. banyak yang dok menyata, banyak dok nak mampuskan semangat yang ada. bukan orang lain pun. orang dekat dengan kita je. pasangan, adik beradik dan sedara mara. kalau kita nak berjaya juga, jangan kisah dengan cakap-cakap orang tu.
orang suksess suka buat apa yang orang gagal tak suka buat. contohnya dalam mlm. orang suksess suka datang kelas, walaupun jauh. bagi orang gagal, jauh sikit dah tak pergi. orang suksess suka sharing dengan prospek, orang gagal jumpa 1,2 dah boring. orang suksess ada mentor, tapi orang gagal, mentor tu menyusahkan mereka.
orang suksess ada matlamat harian, hari-hari buat, buat, orang gagal buat ikut suka je. malas tak buat, rajin buat giler-giler. tapi banyak tak buat dari buat. duit nak banyak, kerja tak nak banyak. pelik-pelik,



mengantuk1



mengantuk menguasai diri. ingatkan nak tengok bola malam ni. alamak tak dapat tengok. tengah hari tadi tak tidur sikit pun. kalau tidur mungkin boleh tengok. sape yang salah. dah tahu nak berjaga, tidur tengah hari.
dah tahu kamu tu jenis lemah. buat cara lemah. orang lain boleh tengok je. itulah kamu dok nak tiru orang. sepatutnya tahu apa kelebihan dan kelemahan diri dulu. tak payah dok susah nak baiki yang lemah tu, lebih baik polish betul-betul apa yang kamu lebih tu.
baru balik dari meeting di mines. syukur masih ramai lagi yang datang. masih lagi ramai yang mahu berubah. masih ramai yang yakin boleh berubah. di sinilah tempat yang sesuai untuk memulakan langkah.
mengantuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 22 Jun 2010

part time1

setiap hari adalah hari terbaik untuk jumpa dengan tt. sambung tt tersebut dan akan jadi tt yang kukuh dan tahan lebih lama lagi. tak payah nak tunggu lagi. halangan mesti ada, lepas satu, satu akan datang. nak tunggu masalah selesai, alamak tak meniagalah kita. orang hebat melihat peluang terhidang dan bukannya masalah yang mendatang.

ada orang bertanya bagaimana nak suksess. bagi saya senang je. capai apa yang kita impikan. ada orang yang join taipan nak dapatkan duit poket rm1000-2000 sebulan. dah capai dah suksess namanya. ada yang nak lepas bayar keta setiap bulan, dah capai itu dah suksess namanya. ada yang dapat lebih sikit dari gaji. dah dapat itu dah suksess namanya. ada yang nak gi melancong, dah capai itu dah suksess namanya.

ada yang nak lebih lagi. seperti nak jadikan sumber pendapatan utaman. dah capai, dah suksess namaya. ada yang nak capai bonus sehingga rm40k sebulan. dah capai, dah suksess la tu. ada yang nak buat full time, dah dapat, dah suksess namanya.

buat part time tak boleh impikan terlalu tinggi. masa pun terikat. lepas kerja baru boleh buat. kalau boleh celah-celah masa makan tengahari ok jugak. itu pun boleh jumpa tt yang dekat-dekat je. hujung minggu kalau boleh buat giler-giler. itu pun kalau tak ada kerja lain yang kena buat. bawa anak jalan-jalan. sedara-mara datang rumah, kenduri kendara lagi. kalau kita boleh atasi halangan ni, kita boleh berjaya.

kalau hari kerja nak gi jauh pun boleh, tapi kena rancang betul-betul. setakat nak gi penang, ipoh, melaka, jb dan kuantan tu boleh. gi dengan geng, jangan sorang diri. balik kerja je terus gerak. dalam 2,3 jam dah sampai. jam 9, 10 dah boleh jumpa prospek. lepas tu boleh balik. gilir-gilir rehat. sampai KL jam 2,3 pagi. tidur dan esok boleh gi kerja lagi. kami dah buat, tak jadi hal. hati kata nak je. kami dah alami, tak penat pun. kerja tu kita anggap permainan je, mana ada penat. minat punya pasal mana boleh penat. meniaga ni kesukaan kita, tak mudah penat dan tak mudah kecewa.

buat part time, kena betul-betul jaga etika. masa kerja jangan wat meniaga. ada yang sakit mata pulak. tak boleh angkat telepon, dok cakap pasai meniaga. ada yang pedih telinga mendengar. tak boleh selalu keluar. ada yang mati meragam nanti. tak boleh MC selalu, kelak ada yang gi intai kat rumah. betul ke MC. kot-kot gi meniaga. masuk tengahari pun tak leh lewat, pedih-pedih nanti kenkawan. kadang-kadang bos bagi macam-macam kerja. hujung-hujung pulak tu. nak suruh balik lewat.

kalau kerja kerajaan, boleh ambil cuti tanpa gaji dulu. ini pun sesetengah bos tak bagi.padahal kerajaan menggalakan rakyatnya jadi usahawan. tak kan terus nak buat full time. bina dulu meniaga. bila dah kukuh boleh resign terus. berilah peluang kepada kakitangan awam menjadi usahawan. bagilah kemudahan untuk mereka cuti tanpa gaji. kalau layak bagi je.

ada juga sesetengah syarikat, halang pekerjanya wat mlm. salah ke nak cari duit lebih. ada juga tak bagi buat skim cepat kaya. rangkum sekali mlm. pelik-pelik. dunia hari ini tak pelik lagi kalau kita kena wat 2,3 kerja. kos hidup melambung. barangan keperluan hari-hari naik. gaji dah semakin tak cukup. kalau tak tambah, macamana nak hidup.

kerja,kerja,kerja.

Isnin, 21 Jun 2010

pikir-pikir4


tan sri bersama isterinya.
salah satu masjid yang di bina oleh tan sri

setiap orang berhak mencari kekayaan dan menjadi kaya. kaya bukan untuk berlagak. kaya bukan untuk menyombong diri. kaya bukan untuk derhaka kepada Allah. mencari kekayaan sebanyak-banyaknya dibolehkan. apa yang paling penting takwa kepada Allah. setiap jumaat, khatib ingatkan kita supaya bertakwa. tak ada pun pesanan jangan jadi kaya. tak ada pun sekatan dalam mencari rezeki. tapi sepanjang 10 tahun menjalani ramai yang kami jumpa "duit tak boleh bawa mati". "duit bukan boleh beli syurga". kami tahu anda juga bertemu dengan kata-kata seumpamanya.

beberapa sahabat nabi yang kaya raya, seperti Thalhah bin Ubaidilah, Abdurrahman bin Auf, Utsman bin Affan. mereka ini milionair. Ada lagi; Abu Bakar, Umar bin Khattab, Sa'ad bin Abi Waqqas, Khalid bin Walid, Amr bin Ash, serta banyak lagi sahabat yang termasuk dalam golongan orang berada. kalau mencari kekayaan itu tak bagus, kenapa mereka ni kaya.contohilah mereka. mereka ada yang dah dijamin syurga semasa hidup di dunia lagi. mereka lebih paham agama dari kita. berapa banyak pengorbanan untuk kembangkan agama.

tan sri syed mokhtar bin syed nor al-bukhary. salah orang terkaya di malaysia tapi banyak menyumbang kepada orang memerlukan menerusi yayasan al-bukhari. berapa banyak masjid-masjid yang didirikan. berapa banyak rumah anak-anak yatim yang dibantu. berapa banyak rumah orang tua yang dibantu. semasa saya mengajar dulu ada tiusyen yayasan al-bukhary percuma di seluruh negara. yayasan ni yang bayar gaji guru-guru yang mengajar. itu yang orang tahu, yang dia sumbang senyap-senyap.

cuba bayangkan kalau ada 10 orang yang sepertinya. betapa bertuah negara kita. jutawan lain pun ada yang memberi sumbangan sepertinya.mungkin kita tak tahu. jadi cari kekayaan dan jadi kaya tak salah. salah tu yang lupa pada Sang Pecipta.

kita buat mlm ni pun sama. nak ubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. bukan untuk kita semata-mata. boleh bantu orang miskin, anay-anak yatim dan banyak lagi. tak boleh bagi banyak, sikit pun boleh. masa makan gaji, nak beri sumbangan pun susah. tapi bila buat mlm ni, tangan pun semakin ringan untuk bersedekah. dah berapa ramai yang dah merasai sumbangan warga Taipan. tak payah nak sebut-sebutkan kat sini tapi saya tahu itu semua.

"duit gaji dah cukup untuk besarkan anak-anak". ini cakap-cakap orang penting diri sendiri. kita cari duit untuk diri dan boleh membantu orang yang memerlukannya. bukan untuk makan pakai diri dan keluarga sahaja. ramai lagi yang menanti untuk dibantu. ibu-ibu tunggal yang terpaksa besarkan anak-anak.
bertemu di puncak kejayaan.

Ahad, 20 Jun 2010

ardi rizal!!!!!sekadar renungan








Ardi Rizal baru 2 tahun dah merokok 40 batang sehari. mula merokok ketika umurnya 18 bulan.

Sociable