Jom Follow

Isnin, 31 Mei 2010

ucapan cdm zaiton






CDM ZAITON BINTI MAT NOOR.

BISMILLAHIROHMANIROHIM..

ROBBISROHLI SODRI WAYASSIRLI AMRI WAHLUL UKDATAM MILLISAN NI YAFKOHU KOULI.

ASSALAMUALAUKUM W.B.T

Terima kasih kepada pengurusi majlis YANG AKAN TERUS MENCERIAKAN MAJLIS penganugerahan SM & SSM KALI KEDUA BAGI KAWASAN LEMBAH KLANG UNTUK TAHUN 2009

Yang dihormati LAGI DI SEGANI Encik. Tan Kai He selaku PeNgarah Urusan Hai-o Enterprise Group Berhad,

Tan Sri Osman S. Cassim Pengerusi Hai-o Marketing Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan hai-o Marketing EN.Eng Lip Yong.

en jim oww pengurus besar hai o marketing sdn bhd

pengurus pemasaran encik tajudin ali serta

semua dif-dif kehormat para jemputan yang hadir pada malam yang penuh gemilang ini.

yang di KASIHI barisan pemimpin-pemimpin CROWN DIAMOND MANAGER. terutama mentor dan sifu usahawan JUTAWAn hai-o, CDM chem thiam chai , CDM chem thiam hock,

CDM Zulkifli Sohor, CDM Hamdan kamarudin, CDM Kartini mat yaakob . CDM Kamarudin Mamat, CDM Julianie mohd bastaman,

CDM Zulkornain ahmad nasir, cdm faridah mohd ali,

serta semua crown diamond manager yang hari ini berjumlah lebih 200 orang.

double diamond manager, diamond sales manager , senior sales manager, sales manager .serta hadirin hadirat yang sudi hadir pada malam yang penuh gemilang ini.

Sekalung TAHNIAH juga di tujukan kepada semua penerima anugerah SM & SSM usahawan Hai O yang diraikan pada malam ini.

semoga anugerah yang di terima menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya, jadikan Kejayaan hari ini sebagai langkah permulaan untuk anda terus berusaha segigihnya

kerana perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama . percayalah kita tidak akan gagal kecuali apabila kita mengalah. dan kita tidak akan tewas kecuali kita menyerah.

bersama hai-o kita menyanyi dengan lagu yang sama,kita berdendang dengan irama yang serupa dan kita menari dengan rentak yang tidak berbeza.

untuk berjaya dan menjadi kaya di haio peganglah pada prinsip ini . memberi baru kita menerima dan membina baru ia membangun

HARI INI KEHEBATAN HAI-0 usah di pertikaikan lagi . tahun ini sahaja WALAUPUN BARU SUKU TAHUN PERTAMA KITA LEWATI

TETAPI HAI-O TELAH MENGADAKAN EMPAT MAJLIS PENGANUGERAHAN

YANG BEGITU BERPRESTIJ SEPERTI MALAM INI.yang DI KHASKAN KEPADA

SEMUA PENGEDAR HAI-O TANPA MENGIRA PANGKAT DAN KEDUDUKAN ANDA di luar sana.

.

pengiktirafan sebegini kita tidak akan dapat di tempat kerja kita.dengan peluang kenaikan pangkat yang begitu mudah .

di samping insentif-insentif seperti tabung kereta dan bonus wawasan yang begitu lumayan inilah juga antara rahsia kenapa haio hari ini menjadi begitu hebat dan di geruni oleh syarikat-syarikat multilevel lain di luar sana.

Para hadirin yang dikasihi sekalian…

.

2 tahun yang lalu.di majlis yang sama seperti hari ini dalam dewan dan di pentas inilah yang menjadi sejarah yang terpahat kukuh ibarat ukiran pada batu . di mana ketika itu cdm Faridah Mohd Ali menjadi speaker mungkin ucapan beliau pada orang lain biasa

tetapi pada saya satu Gegaran semangat yang menggetarkan seluruh urat saraf dan denyutan nadi saya ketika itu

apabila dalam ucapan beliau mengatakan

bahawa tahun 2007 ini akan lahirlah seorang crown diamond manager dari golongan pasar malam

Syukur alhamdulillah hari ini CROWN DIAMOND manager YANG DI MAKSUDKAN tersebut berdiri di hadapan anda bukan untuk menjual barang 3 -10 3 -10 tetapi untuk berkongsi peluang dan semangat dengan anda akan bisnes hai-o yang cukup hebat ini.

saya crown diamond manager zaiton mohd noor anak kampung kelahiran Sungai Besar, Selangor.

se awal usia 18 tahun Datang berhijrah ke ibu kota semata-mata mencari rezeki sesuap nasi untuk meringgankan bebanan keluarga

dengan hanya berbekalkan sijil SPM gred 3 . saya hanya layak bergelar operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Bergaji RM250 sebulan, peritnya terasa . namun untuk selesa jauh sekali.


Bertemu jodoh dengan suami tercinta bakal CDM Mohd Razid b. Yunus

seorang peniaga pasar malam yang boleh di katakan agak berjaya. di sinilah bermulanya kerjaya baru saya sebagai peniaga pasar malam yang bertahan selama 15 tahun.

Pendapatan kami biasa-biasa saja namun setiap bulan mencecah lima angka

ingatkan inilah kerjaya saya seumur hidup

. Syukur Alhamdulillah kami bahagia, ekonomi keluarga stabil.

Telah dikurniakan lima orang cahaya mata, Nur Zafirah, M.Jamal Fikri, Nur Afifah, M.Iman Hafizi dan M.Iffan Hafifi.

namun ku sangka panas hingga ke petang .rupanya mendung mula menampakkan diri walaupun hujan belum mencurah keadaan ini berlaku apabila pasar raya besar mula tumbuh bagai cendawan

te rutama di kawasan lembah klang

ini memberi tempias kepada kami peniaga-peniaga pasar malam .

Hari demi hari pendapatan kami mula menguncup setiap bulan. berbagai perniagaan direct selling saya cuba sebagai alternatif menambah pendapatan

.

Duit tabung hampir habis saya gunakan sebagai modal

menjadi stokis beberapa produk kesihatan dan kecantikan

namun tiada satu pun yang serasi. ‘

sejarah bersama hai-o bermula apabila seorang pelangan datang membeli barang sambil menunjukkan peluang perniagaan yang luar biasa hebatnya. Terimakasih kepada pasangan CDM Julianie dan CDM Zulkornian. Budi dan Jasa kalian hanya tuhan yang mampu membalasnya.

9 bulan bersama hai-o saya berjaya di nobatkan sebagai crown diamond manager Kini 2 tahun bersama Hai O Markerting saya telah merasai kembali pendapatan lima angka setiap bulan. Kereta lama dan van pasar malam telah bertukar ke Mercedez Benz. Dahulu rumah hutang dengan bank tapi kini dengan haio segala hutang kami langsaikan .

Dahulu tidak pernah melancong keluar negara tapi sekarang bagai mimpi jadi realiti. Bermain salji di KOREA , melancong ke PARIS, SYDNEY dan MENUNAIKAN UMRAH semuanya percuma.patutlah orang selalu kata hai o ni. . hidup amat indah olright. memang bertepatan

Jutaan terimakasih tak terhingga kepada suami yang banyak memberi sokongan, galakan dan bimbingan. Pengorbanan yang terlalu besar darinya untuk sama-sama berjuang di haio dengan meletakkan jawatan 24 jam

untuk merubah kehidupan dari dunia perniagaan ‘pasar malam’ selama 22 tahun kepada perniagaan MLM. Saya sangat kagum dengan keputusan yang dibuat kerana beliau telah membina perniagaannya lebih 22 tahun tapi Kerana sifat tanggungjawabnya terhadap rangkaian kumpulan yang sedang berkembang dan dalam MLM segalanya tidak mustahil.

Restu dan Doa arwah ayah, ibu dan mertua yang mengiringi per-jalanan perniagaan saya serta perhatian dan kasih sayang arwah ayah yang meninggal Ketika saya baru hendak merasai kemanisan dalam perniagaan ini menjadi pembakar semangat

KEPADA ANAK-ANAK TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI PENGORBANAN MAMA. APA YANG MAMA LAKUKAN SEGALANYA UNTUK KEBAHAGIAAN KITA SEKELUARGA

KEPADA SEMUA STAF-STAF SYARIKAT HAI-O MARKETING TERUTAMA MISS FLORENCE.MISS TAN SIEW ZIE. EN CC TAN EN HASRUL HISYAM DAN SEMUA KAKITANGAN HOM YANG MENJALANKAN TUGAS BEGITU CEMERLANG DAN DEDIKASI . HAI-O HEBAT KERANA ADANYA PEKERJA-PEKERJA YANG HEBAT SEPERTI ANDA .TAHNIAH.

KEPADA CDM HARYANA DAN CDM HARYATI SERTA SEMUA RAKAN-RAKAN CDM SERTA SEMUA RAKAN-RAKAN KONGSI KUMPULAN TAIPAN KITA SEMUA TELAH BERJANJI UNTUK BERSAMA DAN BERSATU DI BAWAH SATU BUMBUNG 181. IMPIAN DAN HARAPAN KITA BUKAN SATU MIMPI SEBALIKNYA PASTI AKAN MENJADI SATU REALITI.


KEPADA STOKIS KENNY DAN NG TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU KAMI DALAM MELANCARkan perniagaan kami..

dan untuk semua

telus baru kita dapat fulus

TOGETHER WE ACHIEVE, STRIKE FOR SUCCESS

HAI-O MY CHOICE FOR LIFE

Para hadirin sekalian ……

Kejayaan dalam usahawan MLM boleh dirasai oleh semua golongan dan lapisan. Kejayaan usahawan MLM juga bukan kerana kehebatannya sendiri. Namun kehebatan usahawan MLM lahir bila usahawan MLM dapat melahirkan ramai usahawan MLM berjaya sepertinya.

Para hadirin yang dikasihi sekalian..

Miskipun ramai orang dalam kebimbangan kerana negara dalam kejatuhan ekonomi yang begitu teruk sekali. Banyak juga syarikat sedang mengurangkan pekerja dan masa bekerja. Namun perniagaan MLM terus pacu pertumbuhan Hai O. Banyak syarikat lain telah mengurangkan perbelanjaan pengiklanan dan promosi produk mereka, sebaliknya OSK research berkata, Hai O telah memilih memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya. Contohnya papan iklan BioAura dan Beautiful yang masih terpapar disepanjang lebuh raya, iklan BioAura di TV3 dan TV9.

suka-suka

salam. bertemu lagi hari ini. harap semua sihat sejahtera. terima kasih para follower sekalian. harap terus bersama dengan blog ini. syukur pada Allah, masih beri kesempatan pada saya untuk terus menulis. catatan ini sebagai sejarah kami dan meniaga kami. mungkin sekarang ni kurang berharga. 5,10 tahun akan datang baru kita nampak berharganya catatan ini. kalau orang lain tak bacanya pun cukuplah untuk koleksi sendiri. setiap hari pasti ada cerita menarik yang boleh dikongsi bersama.
sebenarnya kita manusia mesti ada tempat kita meluah perasaan. salah satu caranya menulis apa yang terbuku dihati. sesetengah orang perlukan kawan untuk mendengar kisahnya. kalau tak boleh keluar inilah yang jadi tekanan. saya buat blog ni pun senang nak baca semula. kalau tulis diary, malas nak baca. tapi kat blog ni, buka pc je boleh baca.
2001,2002 dulu, dah tulis diary. tapi tak berterusan. masa rajin tulis, malas tak tulis. bila free, saya baca semula catatn lalu, menarik dan terasa rugi tak menulis sepanjang masa. itu baru 5,6 tahun. kalau 10,20 tahun, betapa berharganya catatan tersebut. perjalanan meniaga kami, banyak tercatat dalam buku tersebut. terpikir juga nak transfer ke blog. kena ambil masa nak salin semula. tulisan saya tu, saya sorang je yang boleh baca.
buat masa ini, catatan saya banyak berkisar pada motivasi meniaga. inilah bidang yang saya ceburi selama 10 tahun. buku-buku berkaitan meniaga je sekarang ni saya beli. lain-lain beli juga tapi tak banyak. ilmu mesti dalam. baru rakan kongsi dapat sesuatu bila jumpa dengan kita. mereka akan jumpa kita selagi kita boleh bagi sesuatu pada mereka. setiap kali jumpa, benda sama je yang kita bagi. lama-lama mereka tak akan jumpa lagi. jumpa pun tak berlaku penambahan ilmu. kena sentiasa belajar dan tambah ilmu baru boleh berniaga lama.
nak berjaya, nak kukuh meniaga mesti lama. bukan 2,3 tahun je. malah mesti 5,6 tahun buat. tanyalah mereka yang berniaga di luar sana. bukan 1,2 tahun terus berjaya. malah mengambil masa 5,6vtahun baru berjaya. sebelum meniaga sendiri pun mereka dah kerja dengan orang dulu. timba pengalaman. bukan terus buat dan terus jadi.
buat mlm pun sama. belajar adalah mesti. kalau tak hayat kita tak lama. dline sekejap je bersama dengan kita. lepas tu macam-macam alasan. tak nak meniaga lagi. kenapa? tanyalah diri sendiri. biasa terjadi mulut tu yang tak jaga.
bertemu anda dipuncak kejayaan..

kenapa?


hari terakhir bulan mei 2010.
dah buat closing semua dan diharapkan ada peningkatan dari bulan lepas. kalau tak banyak pun kalau ada naik 10% pun dah cukup baik. sales turun, statik dan tak ada langsung. kena tahu kenapa? jangan biarkan berlarutan untuk bulan jun. kalau tanya cdm otai. kenapa berlaku sedemikian? tak cukup kerja.
kita dah buat macam-macam.
setiap hari jumpa prospek.
datang kelas.
buat senarai nama.
berguru dengan mentor.
hadiri seminar.
semua yang upline suruh dah buat. kenapa meniaga tak jadi-jadi.
kenapa?

nilai1

semalam ada kelas pengukuhan di Allison Kelana. kelas dikendalikan oleh cdm roshila dan cdm siti rohani. ramai yang hadir, lebih dari 100 orang. kat mana buat kelas, warga Taipan pasti datang. nak dapatkan ilmu. mula-mula nak buat kelas untuk group dia saja. tapi memandang sambutan hangat, pindah ke bilik yang lebih besar dan selesa. ramai juga cdm yang hadir, nak kutip ilmu untuk berjuang di medan dan boleh berkongsi dengan rakan kongsi. strategi tt ini masih lagi baru. perlu banyak lagi penambahan untuk lebih mantap lagi. tanya sini, korek sana semata-mata nak mantapkan MP. bila dah mantap nanti, meniaga akan menjadi-jadi. sekarang ni mungkin tak berapa nak jadi. tak apa ini proses belajar.
perkongsian ilmu oleh cdm roshila.


nak berjaya bukan mudah, pengorbanan dan yakin pada diri amat penting. dalam alam pekerjaan pendidikan menjadi sandaran utama, tapi meniaga mlm, taraf pendidikan dok tepi. rajin, tekun, berani dan buat,buat je sampai jadi. inilah prinsip yang dipengang oleh cdm siti rohani bersama cdm amran.
penuh dewan. dari kl dan melaka pun datang. bukan nilai je. ilmu punya pasal. dsm sharif dan dsm zul antara penggerak taipan di nilai. setiap jumaat akan bergemalah go go taipan di bandar baru nilai. setaip minggu semakin ramai. tahniah untuk anda berdua.

semalam aku ke sana. sorang je, cdm kartini kena layan anak-anak. sempat jumpa dengan kawan. bangkitkan semangat sikit. nak berjaya dalam hidup mesti ada keberanian. mana ada orang penakut jadi hebat. hanya orang berani je yang akan berjaya dalam kehidupannya. nak meniaga mulut tu kena lebat. kalau senyap, meniaga nak jadi. anak baru sorang, kos semakin bertambah. kena buat sesuatu yang boleh tambah pendapatan. masa muda inilah nak buat sesuatu usaha. masa muda inilah nak kumpul harta banyak, masa muda inilah nak kerja gile-gile. masa muda inilah nak cari pengalaman sebanyak mungkin. dah tua, dah tak larat. kena ada matlamat yang jelas. tak boleh main-main. keputusan hari ini, akan menentukan corak kehidupan masa akan datang. nak berniaga pun mulakan dengan kawan-kawan terdekat dulu. orang tak nak tak apa, anggap kita sedang belajar.
antara cdm yang hadir;

1-cdm roshila
2-cdm zefry
3-cdm wan mahathir
4-cdm shahrina
5-cddm syed huzair
6-cdm hj cha
7-cdm siti rohani
8-cdm amran
9-cdm khazir
10-cdm siti rozana
11-cdm tok din
12-cdm rema
13-cdm norzarina
14-cdm nasir
15-cdm kamarudin

fokus utama mereka ialah nak jayakan semua rakan kongsi. kalau anda nak berjaya, ikutlah jejak mereka ini. buat sampai jadi.
sape-sape yang nak buat kelas dipersilakan. taipan mengalu-alukan.
jumpa anda dipuncak kejayaan..

semalam telah berlalu tak payah lagi dok kenang kegagalan semalam. lebih baik fokus pada kejayaan hari ini. jadikan semalam sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan dalam membina masa depan yang lebih gemilang.

Ahad, 30 Mei 2010

perjumpaan cdm taipan 181

Semalam meeting CDM. Semua cdm ada, kecuali beberapa CDM yang ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. CDM Ah Hock pun ada. Semalam banyak dok bincang pasal cabaran dalam meniaga. Pertukaran strategi ini mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap syarikat.
Ada yang dah ragu-ragu kekukuhan syarikat.
Ada yang dah tak nak teruskan meniaga.
Ada yang dah lompat kapal lain.
Ada yang dok tunggu dan lihat.

Semalam ini semua dirungkaikan. Pertukaran strategi adalah untuk meniaga lagi besar. TT untuk naikkan volume. Nak lebih ramai lagi boleh join hai-o. Nak lahirkan lebih ramai CDM lagi. syarikat seperti biasa. Tak ugoh pun. Taipan tetap utuh, tetap bersemangat meniaga, tetap adakan meeting di seluruh negara. Taipan terima ini sebagai satu rahmat, Taipan terima dengan positif. Apa yang Taipan buat ialah cari strategi terbaik untuk menyesuaikan dengan strategi terbaru.

Sesetengah group, tak terima dengan positif. Marah pada syarikat. Marah pada kerajaan dan sebagainya. Kononnya nak sekat dari mereka meniaga besar. Kononnya tak suka melihat mereka kaya. Apa-apa pun ikutlah syarikat.

Semalam juga CDM Kartini menyentuh pasal loyalti. Kenapa dapat peluang buat duit sehebat ini ramai lagi yang tak loyal. Sayang, suka pada syarikat ketika dapat bonus besar. Bila kecil dah tak berapa suka. Lihatlah orang-orang MLM lain mereka begitu loyal, tak dapat duit banyak pun tak apa. mereka begitu taksub pada syarikat mereka, sehingga tutup terus dari mendengar cite-cite mlm lain. mereka nak cite pasal hebatnya syarikat mereka, tapi tak nak dengar kehebatan orang lain. hai-o ini dah dapat duit, produk berkualiti dan sistem bimbingan pun masih tak loyal. sepatutnya kita lebih taksub dari syarikat-syarikat lain. banyak dapat income dalam masa terpantas. nak dapat income besar tak perlu tunggu 4,5 tahun dulu. 4,5 bulan pun boleh dapat. hairan! orang lain ajak join lain, terus berkira-kira nak ikut. tak payah. baik terus buat hai-o. baik bersama taipan.
CDM Muhamad Razali ada cakap sikit. sentuh kelesuan meniaga. kita lesu, dline 10x lesu. kalau kita mengelabah, dline 10x mengelabah. kalau kita takut, dline lagi takut. jadi sebagai upline, kita mesti bersemangat. mesti teguh dengan TT. mesti ada mentaliti juara.
bagaimana nak terus bersemangat?
1
diri sendiri kena bina dan ikut group yang terkuat. jumpa dengan leader yang masih nak berniaga. banyakkan masa kita dengan mereka yang nak berjaya atau dahaga kejayaan. jangan layan orang yang tak nak berniaga. jangan banyak habis masa dengan orang negatif dalam group kita.
2
tak ada prospek? bagaimana nak buat? buka phonebook je. tengok berapa ramai lagi kawan. semak satu persatu yang mana yang dah join. terlalu sedikit. jadi masih ramai lagi kawan yang belum kita jumpa. ajak mereka, kita buat sama-sama. kami yang turun bantu.
3
zaman pakej boleh close, kenapa sekarang ni tak? masalah tetap sama iaitu modal dan nak cari 6 TT. kalau kita boleh selesaikan 2 perkara ni, mereka akan join. duit akan masukkkk. modal kita akan uruskan untuk mereka, kalau mereka tak mampu. kalau ada cash lagi baik. masalah nak cari 6 TT. kita suruh mereka senaraikan 20 orang kawan yang kerja kerajaan, 20 nama kawan yang kerja swasta, 20 nama saudara mara, 20 nama kawan-kawan lama. dah ada 80 nama, tapi kita nak hanya 20 orang je dan dari 20 orang tu kita nak hanya 6 orang je. bukan banyak pun. sedikit je. satu hari pun dah boleh penuh 6 kaki. kita yang akan gi jumpa mereka ini bersama dengan dia. bukan dia yang pergi sorang-sorang.

foto semalam
mc cdm shahril, baru balik mengerjakan umrah. ada jamuan kurma dan air zam zam.


pusing kanan. pusing kiri, pusing depan. go go taipan


penuh semangat cdm kita menari tu. cdm kelantan ada, cdm penang, cdm perlis, cdm sabah dan cdm kawasan tengah. meniaga punya pasal mereka sanggup datang.
cdm kartini menekankan betapa perlunya loyal pada syarikat dan group. kena pupuk pada awal-awal meniaga lagi. tapi masih belum terlambat lagi. go go taipan.

cdm muhamad razali berkongsi cerita mudahnya berniaga bersama TT


cdm Ah Hock. beruntungnya kita dapat berniaga bersama satu group terhebat, terbesar dan tercepat. kita dalam Taipan mungkin tak rasa beruntung. tanyalah orang di luar sana, mereka nak berniaga bersama taipan tapi tak berpeluang.


sesi semalam diakhiri dengan slot cdm faridah. tapi sebelum tu cdm juliani menyeru supaya sama-sama kita kuatkan ukhuwah sesama kita dan hentikan cerita-cerita belakang. malangnya bateri habis. tak sempat nak rakam gambarnya. cas semasa cdm juliani bercakap. mintak maaf banyak-banyak cdm.


menjamu di makhbul lepas meeting. makan lagi padahal tadi ada jamuan kek hari jadi cdm ash dan cdm shahril. tak kenyang kot.



ajak prospek.

1
kita ada strategi mudah, terkini, terpantas dan tercepat untuk buat duit. modalnya paling minimum. semua orang layak menyertainya. sediakan masa anda 15 minit untuk dengar penerangan dan tak ada paksaan untuk anda join.
2

peluang menjana pendapatan lumayan dengan strategi terkini, termudah, tercepat buat duit. dah terbukti, ramai dah berjaya dengan bimbingan dari kami. jangan lepaskan peluang terhebat ini. peluang tak tunggu kita, sebaliknya kitalah yang rebut peluang tersebut.
3
impian menjadi kenyataan dengan projek mesra rakyat anjuran kami. kami bimbing dan ajar anda bagaimana nak jana pendapatan lumayan. luangkan masa anda sekejap, bakal menggubah masa depan anda.
4
dengan luangkan masa kurang 30 minit. kami akan terangkan strategi termudah jana pendapatan untuk selesaikan masalah keewangan anda. keputusan anda hari ini, bakal merubah masa depan anda dan keluarga anda.
5
dengan team terhebat serta berpengalaman - bersedia untuk selesaikan masalah keewangan anda. bersediakah anda untuk mendengarnya. tak rugi luangkan sedikit masa anda untuk dengar peluang hebat ini. terbukti berkesan dan efektiff.
cdm kartini dengan ddm rahimawati kat toyota alphad


salam.
salam perjuangan.
salam 1malaysia
salam perpaduan.
dan semua jenis salam yang ada dan akan ada.
hari ini seperti biasa. hari yang dinanti-nantikan. hari yang ditunggu-tunggu. hari pembakar semangat. hari bertemu dengan orang-orang positif. hari bertemu dengan leader-leader hebat. hari bersua muka dengan prospek-prospek yang ingin mengubah sejarah perjalanan hidup diri dan keluarga.

kerana hari ini ada kelas di mines wellness hotel. dah 4 tahun berjalan dan tak ada tanda-tanda nak berhenti buat kat situ. orang dah tau. hari ahad je wajib hadiri kelas. itupun kalau nak berjaya. nak dapat apa yang orang berjaya dapat. kalau nak miliki apa orang berjaya miliki. nak hidup sebagaimana orang berjaya hidup.
orang berjaya miliki pendapatan 4,5 angka sebulan.
orang berjaya miliki rumah dan kenderaan selesa.
orang berjaya dapat menyediakan kemudahan pendidikan yang baik untuk anak.
orang berjaya dapat menyediakan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk keluarga.
orang berjaya dapat membahagiakan kedua orang tua mereka.
orang berjaya dapat membantu orang-orang yang memerlukan.
orang berjaya dapat dan dapat....
tapi ada juga yang dok kat luar je... buat apa pun tak tahu.
tapi ada juga yang tak ambil kesempatan bawa ramai-ramai prospek.
tapi ada juga yang tak ambil kesempatan buat closing kat sini.
tapi ada juga yang masih datang lambat, dah nak habis baru sampai.
tapi ada juga yang prospek dah lama tunggu, dia masih otw.
alasan demi alasan. dah 4 tahun, sepatutnya dah tak ada alasan lagi.

datang awal.
sambut dline.

sepanjang 4 tahun ni dah ramai yang saya perhatikan datang dan pergi. silih berganti. mula-mula bersemangat. dah punch, tapi tak nak buat. ada yang join, 3,4 bulan dah tak nak buat. ada yang berhenti masa dsm. ada yang hilang ketika ddm dan lebih malang lagi mengalah ketika dah jadi cdm. berapa ramai yang berusaha sepenuh tenaga nak jadi cdm. kita yang dah cdm tak nak buat. kenapa? jawablah dengan sejujur-jujurnya.
sebelum terlambat, datanglah semula. jumpa-jumpalah dengan leader anda. anda masih belum terlambat lagi. pangkat anda tetap disitu. kalau syarikat lain dah lama hilang pangkat anda itu. kalau anda kecewa bila semua group anda mati. kita bina baru. kita buat yang lain. satu join, dengan pangkat cdm tu anda dah dapat hampir rm1k. jangan malu nak aktif semula. semua orang sibuk berniaga je. tak ada masa nak sibuk-sibuk dengan anda. percayalah anda memang hebat. keluarlah singa dari dalam diri anda. jangan kecewa dengan sedikit ujian.

langkah pertama kalau nak datang semula, mesti masuk kelas. mesti datang kelas. datang je walaupun tanpa rakan kongsi. saya yakin dan percaya 4,5 kali je anda datang, lepas tu semangat akan datang dan meniaga pun akan jalan. sedikit demi sedikit akan berkembang. lepas tu keyakinan anda akan bertambah kukuh.

kalau dah tak nak buat pun. janganlah pulak dok buruk-buruk hai-o pulak. dok caci taipan pulak. dok kata buat ni mengkaya orang atas je. mengakulah anda yang tak tahan cabaran. diri sendiri yang salah bukan orang lain. tak ada orang suruh anda berhenti pun. punca anda hanyut sebab tak bersama dengan group besar.

datanglah semula, kalau anda masih nak kaya. projek tt ni mudah dan semua orang boleh join. prospek anda merata. buat, buat, buat jangan berhenti. kenapa berhenti? biarkanlah rakan kongsi kita yang dah nak buat. mereka masih ada kerja. masih ada gaji tiap bulan. tak buat pun tak jadi hal. anda ni yang dah resign. nak balik kerja semula. susah beb. lebih baik buat hai-o.

berjumpa anda dipuncak kejayaan.

Sabtu, 29 Mei 2010

petang no

salam. jumpa lg hari ini. peluang yang datang jangan lepas begitu saja. petang tadi sempat baca buku pasal mereka yang berjaya menjadi usahawan. mereka tetapkan matlamat sejak bangku sekolah lagi. tak nak hidup susah, cukuplah mereka je yang merasai susah itu. dalam buku ini, mereka tu rata-rata imigran dari negara cina. datang ke singapura, mencari kehidupan. ternyata dengan kerja keras, kerja lebih lama dan kerja lebih tekun akan membuahkan hasil lumayan. masa mudalah masa paling produktif kalau nak bina kekayaan. ada yang sanggup resign semata-mata nak berniaga. mereka tahu, nak kekayaan mesti dari usaha sendiri. tak buat tak dapat. berani ambil tindakan kalau mahu berjaya.   mereka juga mesti menabung. tak boleh pakai semua duit yang dapat. tak tahu bila susah nak datang.

pagi tadi2


sarapan dengan nasi kerabu darat. ayam percik serta daging bakar. gomo banyok giler. kerabunya bawa dari kelantan semalam.
cdm kartini dan anak-anak gi shooping kat Sogo. aku malas nak keluar. baca buku dan tengok-tengok majalah lama, lagi baik.

baru siap kemas majalah-majalah lama. ada yang dah rosak. udara lembab dalam setor. koleksi majalah tersebut dari 1997 lagi. majalah Wanita, Jelita dan Mingguan Wanita. sayang nak buang. siapa-siapa yang nak membacanya boleh datang rumah dan baca. tak boleh bawa pulang. baca kat sini je. free je.

nota-nota masa belajar master dulu dah aku buang dengan hati yang berat. rasanya dah tak akan pakai lagi pun. teori simpulan. buku-buku yang aku fotokopi pun buang semua. malas nak menyemak rumah.

koleksi buku-buku novel popular pun banyak. aku mula kumpul buku tu dari tahun 1997 lagi. sekarang ni tak banyak beli novel popular. novel berat tu ada lah beli sikit-sikit. kalau penulisnya dah ada nama aku beli dulu simpan dan kalau ada masa aku akan baca.
sekarang ni banyak dok baca buku-buku motivasi dan meniaga. sesuai dengan kerja aku sekarang. setiap hari kena baca untuk semangat dan ilmu.
azizi hj abdullah, faizal tehrani, nisah harun, abd talib hasan-saga, shahnon ahmad, abdullah hassan, rohani din, amirzuszati, sekadar menulis beberapa nama.

majalah Hai juga banyak aku simpan. cite artis dari bercinta, kahwin, bercerai dan bercinta lagi dan kahwin lagi. paling lama tahun 2000.

dalam banyak kertas adalah buku persediaan mengajar kami. cdm kartini semasa mengajar di sekolah menengah taman dato harun tahun 1998 dan aku punya tahun 2001 senasa mengajar sekolah menengah teknik kuala lumpur.

cdm kartini punya buku.
aku punya buku.

kenangan semasa mengajar terlalu banyak. di sekolah terlalu banyak cite-cite belakang. semua cikgu nak 100% dalam setiap peperiksaan. itu target semua sekolah pun sebab tu lahir pelajar yang hebat tapi moralnya ramai yang out.
aku dulu cikgu fizik. susahnya nak pahamkan pelajar.
sukan dok tepi. nak ikutkan sekolah tak payah ada pun tak apa. tak membantu pelajar dapat A pun. sebab cikgu PJ orang tak pandang sangat. padahal mereka ini amat penting.
pendidikan tak menentukan pendapatan seseorang. rajin dan tekun je boleh berjaya dalam hidup. sekolah tinggi-tinggi pun ramai yang kerja dengan orang yang tak sekolah tinggi. orang tak sekolah tinggi ni mereka ada keberanian mengambil risiko. berani memulai sesuatu usaha dan tak takut gagal. gagal mereka akan bangkit balik. tak maluUUUUU.

kata bob sadino
"orang 'goblok' biasanya lebih berani dibanding orang 'pintar'. kenapa? kerana orang 'goblok' sering tak berfikir panjang atau banyak pertimbangan. dia nothing to lose. sebaliknya, 'orang pintar' terlalu banyak pertimbangan."

jumpa anda dipuncak kejayaan!!!

kembara 3


selepas pasar minggu, hantar mak mertua dulu. makan kuih-muih dan ke destinasi kami seterus ke becah kelubi. kampung aku. mek buat makan-makan sikit. jamu orang kampung. dia nak gi umrah minggu depan. jamu laksa. aku sampai semua dah siap. makan je, tambahan sedang lapar. sedara-sedara ramai yang datang bantu. budaya gotong royong masih lagi kuat di kampung. masa kami sampai, orang sedang solat hajat.
rehat
rehat
rehat
tidur sekejap. semalam tak cukup tidur. malamnya nak memandu lagi. nak balik KL semula.
lepas maghrib kami ke KB pulak. ada kelas pengukuhan oleh cdm faridah. pasal bercakap dan bakar itulah kelebihan yang dia ada. bertuah taipan. semua orang boleh guna untuk besarkan meniaga. setiap minggu turun kelantan.
sebahagian warga taipan yang hadir kelas pengukuhan semalam. buat, buat, buat. jangan berhenti. kalau orang berhenti, kita jangan berhenti. perjuangan mesti diteruskan kalau mahu berjaya. bertahan.


lelaki pun hebat. sentiasa datang setiap kelas. belajar dan berjaya. tahniah buat mereka. bertahan sampai ke hari ini. fenomena di kelantan, orang suka pada mlm yang baru. 4,5 bulan akan pindah ke lain. 4,5 bulan pindah lagi. bila nak berjaya. syaarikat baru, tak menjamin kita berjaya. syarikat lama pun boleh berjaya. asalkan sanggup buat sepenuh hari. bukan hangat-hangat tahi ayam. tapi taipan dah bertahan lebih 2 tahun di kota baru. tahniah buat anda semua.

orang kelantan sedikit penat dengan projek tt. susah nak closing kalau nak dibandingkan dengan dulu. setiap hari jumpa 3,4 prospek. tak melekat. bulan mei ni lagi sikit. kenapa? mungkin skill belum ada. bulan jun pasti akan meletup.

jangan pindah kapal, bertahan. pasti ada jalan menuju kejayaan. kena ubah cara demo kot. cuba gi dengan2,3 orang dline. jangan gi sorang-sorang. bila dah dapat skill baru gi sorang-sorang seperti biasa. masa pertukaran strategi inilah masa paling kritikal. macam-macam cabaran datang. kita jangan goyah. berdiri teguh bersama taipan. kita harungi bersama cabaran tersebut. masa nilah dline nak mati. nak koma. nak buat benda lain. biarkan mereka. ini proses pemilihan. siapa yang bertahan dia akan berjaya.

amalkan baca surah al-waqiah setiap malam dan solat sunat dhuha setiap hari. jangan lupa. boleh juga kumpul 4,5 orang geng taipan. gi mana-mana masjid buat sama-sama. lebih bersemangat sikit. sorang-sorang ni almaklumlah. cadangan saja. kalau buat syukur. tak buat, masa masih ada. buat,buat.

orang yang datang tak ramai sangat. orang yang datang balik dengan penuh bersemangat. lebih nampak sikit apa yang perlu diperbaiki, perkemaskan lagi. kita mesti fokus pada kelebihan pada tt dan jangan fokus kelemahan tt.

lepas kelas semalam sempat sembang dengan cdm fazlan. sejak projek tt ni dia banyak dapat cash. lebih mudah katanya. tunggu masa nak meletup je.

12.30am baru bertolak ke KL. ingatkan boleh drive sampai KL. mengantuk punya pasal tidur dulu di r&r gua musang. 2 jam juga tidur. jam 4 sambung semula. sampai KL 8.30am.

jam 6pm tadi gerak ke sungai besar. tengok-tengok meeting. selain sungai besar, kat nilai pun ada kelas. kat ng pun ada, group cdm yan.

dah boleh tidur!!! update!!!

pasar minggu


cdm kartini dengan pok adik

26/5/2010 (khamis)
perjalanan dari Seberang Jaya lancar je. tak banyak lori. fokus pada jalan. sedar tak sedar dah sampai jeli. sampai kat rumah kami di pasir putih jam 4am. tidur sekejap.
jam 10am gi pasar minggu. orang pasir putih pasti menunggu-nunggu hari ini. pasarnya meriah. tapi sejak tempat dah bertukar, sedikit kurang. dok KL pun kalau hari khamis, teringat nak gi pasar minggu.
pakaian yang ada di sana. banyak gerai menjual kain, baju.
tapai pulut daun getah. ada kencing manis jangan dok makan. terlalu manis. kalau nak sangat. gomo gi! meniaga sebanyak tu, cukup untuk makan hari-hari je. mana boleh buat duit. satu periuk je. kalau pandai menabung tak jadi masalah. belanja harian semakin bertambah. kos di kampung sebenarnya lagi tinggi dalam sesetengah kes.

pokok ubat raja satun. aku pun tak berapa tahu. banyak lagi gerai jual ubat. ada yang bawa ular sebagai tarikan ubatnya. si penjualnya sebagai penghibur jalanan. seronok kalau gi dengar celotehnya. tak jemu. itu kalau ada masa free.
ikan kering pun ada.

ini lagi popular. petai.
makan nasi kena budu ikan bakar. petai pulok ada.
meleleh air liur.

mutabak pun ada. panas-panas lagi tu.
dalam raga tu dodol. katanya buat sendiri. aku pun tak pasti betul ke tak. meniaga sara diri. agak-agak dalam raga tu ada berapa dodol.


baju merah hitam tu, bukan orang taipan tapi orang agrobank. dok kutip bayaran balik pinjaman. tak payah gi bank bayar ada orang tukang kutip. hebatnya. jadi tak salah dengan projek tt ni pun ada yang buat pinjaman.

teruja kami melihat ketekunan para peniaga. keramahannya. orang lalu je tegur. buat MLM pun mulut tu kena lebat orang kata. baru senang dapat prospek stranger. mula-mula tu mungkin malu nak tegur, bila dah biasa, pantang jumpa orang. nak cite je pasal meniaga.

positiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiif1



masa menjual aku positif,
masa zaman pakej aku positif,
masa zaman tt pun aku positif,

sebelum berjaya aku positif,
menuju kejayaan aku positif,
selepas berjaya aku pun positif,

income tiada aku positif,
income kecil aku positif,
income besar pun aku positif,

income naik aku positif,
income turun pun aku positif,

orang masuk aku positif,
orang tak masuk aku pun positif,

dline aktif aku positif,
dlien tak aktif pun aku positif,

dline nak berhenti pun aku positif,
dline dah berhenti pun aku masih lagi positif,

dline datang meeting aku positif,
dline tak datang meeting pun aku positif,

hanya yang positif yang akan berjaya,
hanya yang positif yang akan bertahan,
hanya yang positif yang akan terus cipta kejayaan,
hanya yang positif yang akan terus cipta kemenangan,
hanya yang positif yang akan terus cipta kehebatan,
positif,
positif,
positiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiif.
ini dari cdm faridah!

Jumaat, 28 Mei 2010

kembara 2


semalam tak sempat nak update. line tak berapa elok di kampung. dah azam nak update setiap hari. kita boleh merancang, Allah yang menentukan. pagi tadi pun sampai rumah pun jam 8am lebih. tidur dan gi solat jumaat di masjid seri petaling. habiskan dulu al-quran. kali terakhir aku khatam 2007. syukur, hari ini sekali lagi aku dapat khatam al-quran setelah lama tak buat. hampir 3 bulan baru habis. mungkin lepas ini kena kurangkan kepada 50 hari.
mesti.mesti. kalau main-main tak jadi.





Safira Club-26/5/2010


perjalanan menuju kejayaan.
memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.
kembara kami bermula hari rabu, 26/5/2010.
Pergi ke safira klub bersama dengan CDM Mohd Nasir Hassan.

Buat kelas pengukuhan sebelum meeting mingguan.
dah setahun lebih Taipan buat meeting di safira klub.
setiap minggu.
kebanyakan MLM yang buat meeting kat sini 2,3 bulan je.
lepas tu bungkus.
buat pun tak setiap minggu. 2,3 minggu sekali.
tapi taipan setiap minggu.
konsisten buat baru boleh berjaya dan bertahan lama.
semakin ramai yang hadir.

Strategi baru, kena turun jumpa dengan
rakan kongsi lebih kerap lagi.
Bagi sokongan dan harapan pada projek TT.
Strategi baru belum mantap dan income sedikit kurang.
Masa inilah masalah akan timbul
. boleh hilang keyakinan terhadap meniaga.
Jadi kami turun, sebagai sokongan kami kepada group taipan di utara.
Kena sabar dan terus asah skill.
bila dah dapat skill, meniaga akan menjadi macam biasa balik.
Perlukan sedikit masa lagi.
Jangan panik dan tinggal medan perjuangan.
Fokus pada meniaga.
Jangan dengar cerita-cerita negatif di luar sana kalau mahu berjaya.
serangan dari luar amat hebat dalam 1,2 minggu ini.
kalau dengar bisa mengugat keyakinan terhadap perniagaan ini.
mungkin akan lari ke syarikat lain.
kami masih yakin 100%, kita pasti berjaya jika cabaran ini kita boleh lepas.
CDM Kartini bersungguh-sungguh menerangkan 
betapa mudahnya TT.
terus tempur, tembak tepat.

Fokus pada kelebihan TT dan bukan kelemahan TT.
Semua orang boleh join.
Warga penang ramai yang bekerja dalam sektor perkilangan.
Mereka semua ini ada prospek kita.
Kalau dulu susah nak ajak join. 
Sekarang ni tak lagi. 
Tempur, gempur, tawan.
Taipan datang sebagai penyelesaian masalah keewangan mereka. 
Dah ada yang nak resign kerja, nak gempur geng-geng kilang
dan geng-geng hotel. hotel dan kilang hidup 24 jam.
Kita pun boleh pulun 24 jam jugak.
Tak ada alasan kalau mahu berjaya.
buat, buat, buat dan doa.
Kita akan berjaya.
TT penyelesaian masalah keewangan anda!!!

warga Taipan tekun mendengar sesi ice breaking oleh CDM Muhammad Razali.

Saban minggu turun ke safira klub,
nak berjaya dan nak jayakan semua yang datang.
ikhlas membantu walaupun bukan kakinya.
indahnya persaudaraan dalam Taipan.
membantu tanpa diminta dan tanpa upah. 
upah baginya kejayaan setiap yang datang. 
bukan dekat, datang perlis.
kejayaan anda komitmen kami!

penuh sampai ramai yang berdiri.

tengok cdm abang ali dah cdm pun kelas tak pernah ponteng.
ramainya yang nak berjaya. 

kerja ini bukan boleh buat 1,2 orang, tapi semua cdm perlu terlibat
. pakat-pakat buat, pakat-pakat bantu, pakat-pakat tolak. 
pakat-pakat bagi idea.
sama-sama sampai ke destinasi.
CDM Utara seperti cdm fitri, 
cdm hasmidar, cdm mariam
, cdm cek mat, cdm sarjan mat,
cam abg ali.
beberapa cdm kl yang sentiasa genpur utara, 
cdm haryana, cdm zaki, 
cdm shahrina, cdm wan, cdm nuri.
kalau tak tertulis kat sini saya mintak maaf.
ddm pun dah ramai. 

menunggu nak jadi cdm je.

pakat-pakat buat, pakat-pakat bantu, pakat-pakat tolak!!


dah penuh, terpaksa dok kat luar

. meniaga tetap jalan. 
meniaga ni tak perlukan kedai.
buka mulut meniaga jalan
. tengok tu sambil berdiri pun boleh close.
semudah itu pun tak nak buat.
jangan pikir pasal nak jadi juara. 
TT mudah dan senang.
Yakinlah. 
TT inilah masa kita mengumpul kekayaan.
ada brader ni. 

down sikit pasalnya dah lama tak datang kelas
. kali ini datang, nak ambil semangat. t
erkejut dah ramai orang yang dia dah tak kenal.
cepatnya berkembang terutamanya projek TT ni.

buka mulut, meniaga jalan!!!

bakal cdm dari perlis. pok su manaf dan cik mat noor.
satu tu biasa-biasa.

kerja bendang, sekolah pun tak tinggi. 
mula-mula masuk, tak boleh tidur.
nak buat, nak buat, nak buat je.
lambatnya siang. sekarang dah merasai income besar. 
dulu nak mimpi pun takut, sekarang income 5 angka dah biasa. 
sekarang ni tak buat benda lain.
fokus pada hai-o je. hari-hari buat.
orang tak nak dah lali. jumpa lagi. 
hari-hari buat. hari-hari close.
seorang lagi, bekas bos perbadanan ekonomi negeri perlis

. bulan calang-calang orang.
duit dah banyak. anak dah berjaya.
dah ada meniaga lain. tapi kenapa buat hai-o?
peluang ada kenapa saya tak mahu ambil. 
duit semua orang nak.
orang hebat, sentiasa merujuk pada upline dan tak loket ilmu. 

bertuah saya ditemukan dengan orang sehebat beliau
. amat merendah diri.


selepas kelas tu,

kami minum-minum kat restoran pelita dulu,
lepas tu balik kelantan.
ikut laluan baling, grik ,jeli dan pasir putih
. syukur tak mengantuk. 
laju je bawa keta.
semangat dari safira klub masih membara
. sampai di rumah jam 4am.
perjalanan memakan masa 3.30 minit.

Sociable