Jom Follow

Ahad, 23 Mei 2010

Anugerah Kuantan




Majlis Penganugerahan sm&ssm Pantai Timur, berlangsung di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kuantan.

Jam 3am, kami baru tiba dari Kuantan. Bertolak ke Kuantan jam 6.30am dan balik semula. pergi awal, ada kelas minguan di Kuantan. Pergi naik Toyota Alphad, bersama Cdm Kuyah, Cdm Inda, Cdm Kartini,Cdm Kamarudin dan Cdm Zefry. Malam ini ada majlis penganugerahan sm&ssm Pantai Timur. Terkejut. Terlalu ramai orang. Siapa kata dah tak boleh meniaga lagi. Kalau lihat tadi, ternyata silap kalau ada orang menyatakan meniaga Hai-o dah menurun. Sebenarnya tidak, malah semakin mendapat sambutan hangat. Mungkin sales turun hanya fenomena sementara sahaja. Bulan ni dah nampak ada peningkatan. Group kita dah mula selesa dengan projek terbaru ini.


Kelas pagi tadi dan majlis malam ini menjawab segala-galanya. Kehadiran lebih 1,400 orang malam ini. Itu yang beli tiket, yang datang tanpa tiket pun ramai. Taipan dari KL rasanya tak ramai ada tiket. Kuantan di tawan Hai-o malam ini. Encik Mohamed Azni berucap mewakili syarikat. antara pesanannya;
1
Fokus
Nak meniaga ini kena betul-betul buat. Jangan buat sambil lewa sahaja. Kalau perlu buat sepenuh masa pun boleh. Kalau buat part times pun kena bersungguh-sungguh, seolaj-olah buat sepenuh masa.

2
Yakin
Yakin diri boleh berjaya. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Yakin pada syarikat. Yakin pada group masing-masing. Inilah orang yang akan berjaya dalam perniagaan.

3
Target
Nak berjaya mesti ada target. Tak boleh asal buat je. Contohnya, bila nak jadi cdm. Bila dah ada startegi senang nak atur strategi dan lebih cepat capai target tersebut.

4
Doa
Sentiasa berdoa pada Allah. Kita hanya berusaha dan bertawakkalah pada Allah.
Itulah beberapa pesanan yang dibuat oleh En. Mohamed Azni semasa berucap mewakili syarikat.

Speaker Taipan bersama cdm-cdm yang lain. bergaya.
suasana semasa menyanyi lagu pikirkan boleh

malam ini ada 5speaker.
1- Cdm Rahmawati bt Ibrahim-8581- ucapan alu-aluan.
2- Cdm Rohani Md Rasid- Taipan 181- pengiringnya seperti tempat-tempat lain. penuh dan bertenaga dengan nyayian lagu pikirkan boleh. taipan datang dari seluruh negara. dari kelantan, terengganu, pahang dan KL. malam ini tak kalah dengan group-group lain.
3- Cdm Fazelina Bt Isa- K369-banyak cakap pasal masa. jangan persiakan peluang yang datang. kalau tak ambil rugi. hari hanya ada 3 sahaja. semalam -untuk merancang, hari ini- buat ikut perancangan dan esok- kutip hasilnya.
4-Cdm Azlini- 369
5- Cdm Suriati-smart taiqun- tak sempat tengok, dah balik. hajat hati nak tunggu, esok pagi ada kelas. jadi mesti balik awal.

sesekali bergambar bersama

sehingga berjumpa dimajlis penganugerahan lain kali pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger