Jom Follow

Sabtu, 1 Mei 2010

Tak Ada Gagal Dalam MLM???

Kunci kecemerlangan- keinginan yang kuat, membuak-buak dalam diri sendiri. Bukan upline je beria-ria nak jayakan, upline bagai nak gila dok pikir nak jayakan rakan kongsi. Dline nak tak nak je. kalau jadi ok, tak jadi, tak ada rezeki. Nak berjaya mesti datang dari dalam dan bukan dari luar diri. Kaya adalah pilihan kita sendiri, bukan pilihan orang lain, bukan pilihan upline. Mana boleh berjaya tanpa ada motivasi tinggi. Mana boleh cemerlang tanpa ada motivasi tinggi. Motivasi datang bila kita ada impian nak capai, matlamat yang nak gengam, kehendak yang tak pernah padam. Semua ini perlu lahir dalam diri sendiri.

Perlu diingat motivasi hakiki wujud dalam diri sendiri, tiada siapa dalam dunia ini yang boleh mendorong kita berubah, tiada siapa dalam dunia ini yang boleh mendorong kita bertindak, jika kita enggang melakukan tiada siapa boleh menolongnya.
1- kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.
2- alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
3- belakang parang diasah lagikan tajam.

Ramai orang tahu apa yang perlu buat kalau nak berjaya, tapi tak ramai yang buat apa yang mereka tahu. orang berjaya ialah orang yang bertindak. Pengentahuan banyak kalau tak ada tindakan kurang berguna. kalau ikut kajian pun orang berjaya/ kaya mereka ini tak sekolah tinggi. Orang 'bodoh' mereka tahu buat,buat, buat je. Mereka lebih banyak buat dari dok pikir takut.

Nak berjaya, diri sendiri jadi motivator. boleh bakar diri sendiri. ini lagi bagus. kita sentiasa panas. sentiasa nak berubah, nak jadi cemerlang diri dan kemampuan untuk bertindak cukup-cukup penting.

mentaliti orang melayu terhadap meniaga; nak meniaga ni sebelum dapat kerja dan nak tambah duit poket je. bila nak kaya kalau dok pikir macam ni. berbeza orang cina, orang berniaga lebih tinggi maruahnya.
nak berjaya tumpu pada peluang dan bukan halangan. kejayaan bermula bila berani buat tindakan dan hari ini juga mesti mulakan. fokus hari, hari, hari pada kecemerlangan.
3 rahsia kecemerlangan;
1- usaha
2- usaha
3- terus berusaha.
kalau yang no 3 tak jadi, kita balik ke no 1 dan no 2. begitulah seterusnya sampailah berjaya. pencapaian hebat mesti datang dari usaha yang hebat juga. kalau jadi pendapatannya berganda-ganda. meniaga ini tak ada yang gagal, tapi belum jadi je. kegagalan tak ada dalam mlm. kegagalan tak ada dalam mlm. ingat yang ada belum jadi, belum jadi.

tak ada gagal, belum jadi.
tak ada gagal, belum jadi.
tak ada gagal, belum jadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable