Jom Follow

Rabu, 19 Mei 2010

oh upline


jam 9.00am tadi sempat jumpa dengan prospek. dah buat dengan group lain. nak join semula dengan taipan. tahniah. satu pilihan yang tepat. masih yakin bolah berjaya. mungkin salah pilih upline kot, jadi macam tu.
dulu join dah ambil 10 unit BA. lepas tu isterinya juga ambil 10 BA.
kenapa tak buat?

bila nak demo, mestilah ajak upline. bila tak closing je, upline dah tunjuk muka protes. muka tak suka je. 2,3 kali macam tu terus tak ajak upline dan tak buat. marah pada upline.

sebagai upline, kita tak sepatutnya buat macam tu. setiap kali pergi demo tak semestinya boleh closing. biasalah macamtu. tak munasabah kalau semua orang join.

bila bantu dline buat demo, closing ke, tak closing tu perkara ke2. perkara utama ialah kita ajar secara praktikal bagaimana nak cerita MP dengan betul. ini paling utama. jangan memilih prospek pulak. semua prospek yang dia tunjuk kita cerita sepenuh hati, sebab kita nak ajar pada dia. sepatutnya kita suka bila dline baru mula tunjuk prospek. tugas kita cerita MP, dengan harapan dline kita belajar. suruh dia fokus bila kita cerita MP. jangan dok buat hal-hal lain.

bila dia dah yakin boleh cerita sendiri, kerja kita baru senang sikit. dia pun dah boleh gerak sendiri. dah tak ajak kita pun.

kalau dline dah setkan appt tak payahlah kita tanya, prospek tu kerja apa. dline dah boleh baca, kita pilih prospek. kerja kerajaan atau swasta yang gajinya agak tinggi.


jumpa anda di puncak kejayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable