Jom Follow

Sabtu, 22 Mei 2010

matlamat1

ramai yang tak buat.
kenapa?
dah buat tapi tak capai-capai pun.
takut gagal.
malu pada orang kalau tak capai.

bagaimana menetapkan matlamat.
1
mesti berfikir di luar kotak.
matlamat mesti hebat,
tinggi dan mencabar diri dan minda.
kalau cite kat orang lain, pasti terkejut.
"aku mati hidup balik pun tak dapat apa yang kamu nak tu"
"aku mati, hidup balik, mati lagi dan hidup balik pun tak akan dapat apa yang kau nak tu". biar sampai gitu orang kata pada matlamat kita.
" itu semua orang boleh dapat".
sebagai contoh;
nak imcome tahunan rm300K.
tahun ini aku nak income rm600K.
tahun depan naik lagi 30%.

nak kereta BMW.
dengar macam mustahil tapi dalam jangkauan. kalau lihat pendapatan dan kerja sekarang ini.

nak rumah bunglow mewah. ini mustahil bagi sesetengah orang tapi masih lagi dalam jangkauan. bila orang lain dapat, bererti kita juga boleh capai dan dapat. kita boleh capai, bila dah ada orang capai.

2
tuliskan matlamat anda tersebut dengan tepat beserta tarikh sekali. kalau nak ikutkan pakar motivasi, matlamat dalam 8 kategori. tapi di sini kita fokus pada meniaga MLM ini. jadi penetapan pangkat, kereta, rumah, pendapatan, melancong, pembangunan diri akan diulas. kalau nak tulis semua 8 katogeri pun boleh. nanti nampak banyak pulak.

nak dapat pangkat tertinggi= 21/12/2010
penetapan matlamat ini menjadikan kita lebih bersemangat untuk bekerja. menjadi sebagai minyak pada enjin.

3
dah tulis matlamat. tulis pulak apakah tindakan yang kita mesti lakukan demi mencapai matlamat tersebut. apa pengorbanan yang mesti dilakukan. apa ilmu yang mesti ada.
mesti sharing dengan prospek setiap hari.
mesti close setiap hari.
kelas-kelas mesti hadir.
seminar mesti hadir,
cari ilmu dari buku-buku, upline dan mentor.
sanggup ke KL untuk cari ilmu. tiap-tiap minggu sekali pun asalkan kejayaan jadi milik kita.
tanpa pengorbanan, kejayaan tak akan dapat.
duit tak akan turun dari langit.

4
baca setiap hari. sekurang-kurang 3 kali sehari. lagi kerap lagi bagus. menjadikankan kita lebih fokus setiap hari. ini untuk masukan ke dalam minda bawah sedar. minda bawah sedar tahu buat dan bertindak sahaja. tak tahu payah, tak tahu tak boleh.

5
matlamat paling utama anda, sentiasa bawa bersama. baca selalu.

6
bagitahu upline /keluarga. atau orang yang positif dan akan menyokong perjuangan mencapai matlamat. orang negatif akan ketawa dan perlekehkan kita.

ramai dah buat tapi tak usaha bersungguh-sungguh. atau pun buat sekadar buat, pun tak jadi jugak. nak buat tu mesti yakin dulu boleh capai. yakin dulu kita ni hebat. yakin dulu kita ni memang boleh capai.
buat tindakan sampai jadi. bukan buat sekerat jalan. kena ambil 100% tjawab terhdapa apa yang terjadi pada kita. tak salahkan orang lain kalau kita gagal mencapainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger