Jom Follow

Sabtu, 1 Mei 2010

Hari ini!!!

Salam. Selamat pagi semua. Baru ada kesempatan untuk update blog. Seharian sibuk. Pagi tadi kat Hotel Promenade Kota Kinabalu. Flight ke KL jam 15.30PM. Sampai KL jam 18.00pm. Terus ke asrama anak dulu, kat Surau Al-Amirin fasa 4 tambahan. Jumpa anak dulu. Dah 2,3 hari tak jengok anak, buat kerja untuk melahirkan usahawan dermawan.

Balik rumah, tapi CDM Kartini terus ke tempat NG, buka bill. Ada yang nak masuk. Prospek lama, dulu tak nak, bila projek baru terus nak dan nak fight ke Swiss. Saya yakin dia akan layak, orang buat insurans, cina pulak tu. akan diceritakan bagaimana boleh jumpa dan convince dia. Bukan senang nak ajak dia buat hai-o, tapi dengan pendapatan dan kereta yang kami pakai, dia teruja.

Rumah tengah buat renov sikit, berhabuk dan terpaksa tidur kat hotel untuk 1,2 ni. Alang-alang esok ada seminar kat sini, kami pun terus menginap kat Hotel Cempaka. terjumpa dengan CDM Asiah, CDM Abdul dan geng-geng dari Sarawak kat kedai makan. Mereka datang semata-mata untuk seminar bersama HJ Hanim dam Roslan Muhamad. Pengorbanan mesti dilakukan kalau mahu berjaya. Jarak dan kos bukan lagi soalnya. Asalkan dapat ilmu macamana nak berniaga lebih lama, lebih pandai, lebih pantas dan cepat kaya. Buat dulu pengorbanan, baru menuai hasilnya. Lebih 10 orang datang dari sarawak dan ini semakin bertambah. itu tandanya mereka sentiasaa bekerja dan tak jemu-jemu buat perubahan.

Sampai hotel, siap-siap nak tidur, teringat blog belum update lagi. Kena buat dulu, dah janji dengan diri update blog 2,3 kali sehari. Janji mesti tunai. Mengantuk pun kena tahan. Siap dulu baru boleh rehat. Catatan ini akan jadi sejarah pada kami dan diharap anda semua dapat sedikit manfaat darinya. Saya berharap dan berdoa pada Allah agar bagi kekuatan pada saya untuk terus berkongsi cerita dengan anda semua. sedikit motivasi dah cukup untuk menolak kita terus bergerak dan bergerak menuju impian.

Pagi tadi bersama dengan beberapa leader sabah, sembang pasal meniaga. mereka terima perubahan dengan positif dan terus buat strategi yang kita buat. Selepas 4 minggu hasilnya baru nampak. Dah seronok dengan strategi ini dan keyakinan semakin bertambah. Meniaga lagi besar dan ramai lagi yang boleh masuk hai-o. Pulun kat Kota Kinabalu pun tak habis. Tak payah nak pilih-pilih prospek lagi. Mereka sedikit penat, terlalu ramai yang nak jumpa. Kena buat berkumpulan lagi senang dan cepat. Kumpul 4,5 orang sekali gus. Kalau ada yang negatif, awal-awal kita asingkan, jumpa lepas bentang MP yang positif dulu. Kalau tak dia racun yang lain-lain. Satu lagi yang kita perlu ingat, jangan pikir negatif, ada yang dok pikir nak buat benda lain dah,takut hai-o tutup, kete tak leh bayar, rumah pun sama dan bermacam-macam lagi. ini semua mengarut je. Boleh jejas semangat juang kita. Saya tahu ada yang terima sms suruh cari sumber lain. Ini kerja gila, siapa yang buat tu. Orang sedang gila meniaga, dia dok menakutkan orang dengan sms sampah tu. Siap suruh leader-leader sabah jangan datang seminar esok. bazirkan duit je. lebih baik buat demo. biar betul beb!

kita belum tau lagi apa yang berlaku dengan projek baru ini. apa yang pasti ada kebaikan. jangan panik. dari sembang-sembang tu ada yang dah closing lebih dari 100tt. apa takut, meniaga tetap naik bagi yang masih sanggup bekerja keras. paling penting kesanggupan buat lebih dari orang lain. Kita jangan jadi seperti leader-leader dari group lain. mereka sendiri panik dan masih tercari-cari solusi. rakan kongsi lagi panik. ada yang dah berhenti meniaga lantaran terbiar tanpa penyelesaian. upline dah banyak simpanan. taipan bukan lepas tangan.Kita dah ada solusi dan buat, buat,buat,buat je. projek ini semua cdm pun masih gila kerja. sama-sama buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger