Jom Follow

Khamis, 20 Mei 2010

sanggupkah kita2


sambungan catatan tadi, bersediakah kita menjadi sang juara.
upline dah berusaha semampu mungkin. penuhi segala janji dengan kita. kalau seminggu sekali nak datang, mereka akan tunaikan. walaupun ada halangan, mereka tetap tunaikan, kecuali hal-hal yang tak dapat dielakkan.
mereka sebenarnya ternanti-nanti nak jumpa dengan anda.
bila sampai ke tempat anda. appt pun tak ada ini yang sedikit kecewa. kalau ikutkan mereka, ada demo dari pagi sampai malam pun tak apa. sebab itu tujuan mereka datang. orang nak atau tak nak tak jadi masalah pada mereka.

anda jangan kecewa, kalau prospek yang kita jumpa itu tak nak join. jangan ada kesian pada upline, datang jauh-jauh prospek tak join. bagi mereka itulah proses belajar untuk mereka dan anda. mereka lagi kecewa kalau tak dapat jumpa prospek.

setkan appt sebanyak mungkin. semakin banyak buat appt semakin banyak anda belajar berdemo secara praktikal. ini penting. lepas tu anda boleh buat sendiri. bila dah boleh buat sendiri, inilah permulaan meniaga anda sebenarnya. selagi harap upline, anda belum meniaga lagi. income pun tak berapa besar lagi. kalau besar pun tak lama.

belajarlah semasa upline ada bersama dengan anda.
kalau nak setkan appt, kita kena yakinkan prospek bahawa mereka perlu dengar sahaja perkongsian. tak nak masuk pun tak apa. tak ada paksaan. kita jumpa mereka pun tak lama. paling lama pun 1 jam je. kita tak akan beria-ria pujuk.
sebenarnya mereka dah takut dengan MLM. kalau pergi rumah, tak akan balik selagi mereka tak sign up. dok lah kat situ. itu yang prospek menyampah. tapi kita lain. cerita dan kalau tak nak kita tak akan merayu-rayu. menaiga kita ni meniaga bermaruah. tak akan berlaku pujukan melampau.
"bantulah melayu"
"bantulah kawan"
kata-kata ini jangan sekali-kali guna. ini tak meruah punya meniaga.

pasal meeting pun, anda hanya bawa prospek baru je. mesti. mesti, mesti. katakan pada diri setiap kali meeting aku bawa seorang prospek. tanam betul-betul. saya yakin anda akan dapat lakukan ini. baru setiap minggu orang datang meeting pun akan bertambah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger