Jom Follow

Ahad, 31 Mac 2013

Kacang Pool Haji, Terbaeek.

Wow! Petang-petang macam ni. Mendung je. Nak hujan, tapi macam tak jadi pulak. Sedapnya kalu ada ubi rebus. Makan goreng pisang sambil2 minum kopi. Nok-nok atas jemore.

Rojak pun ok. Laksa pun boleh. ABC pun molek. Tapi bagi orang Johor. Pekena Roti & Kacang Pool. Adus sedap bedo'oh. Minggu lepas kami gi Johor. Sampai 2 kali kami kunjungi gerai kacang pool ni.

Kami ajak abang & anak buah. Kami nak gi sendiri, tak tahu kat mana. Cuma aku ingat-ingat pernah gi situ. Tak jauh dengan bomba. Itu je yang aku tahu.

Abang & anak buah pun tak pernah gi. Tapi mereka tahu. Jadi mudah je sampai sana. Cdm Kartini & Aiman tak pernah cuba lagi. Cdm Kartini, dengar orang dok cakap, kacang pool ni sedap. Itu kali pertama kami gi. Kali kedua pula, lepas LEGOLAND. WOO! Makan ketika kelaparan. Nikmat sungguh.


Roti cicah kacang pool. Tengok ini pun dah terliur. Siap ada telur mata lagi. Tengok roti tu, lain dari yang lain. Tak cukup satu, boleh minta lagi. Asalkan jangan malu. Satu set RM 4 sahaja.
Ni dia alamatnya. Salin jangan tak salin. Mana tahu, nak pi pekena kacang pool. Hj Kacang Pool ni paling sedap dan paling popular di JB.

Sabtu, 30 Mac 2013

Jumpa Siti Nurhaliza Di Legoland Malaysia.

Wow! Agenda cuti sekolah. Bawa anak bercuti. Johor adalah destinasi pilihan. Ziarah abang. Dah sampai sana, rugi pula kalau tak masuk LEGOLAND.

Tahun lepas lagi nak datang sini. Tapi kami memilih ke USS Singapura. Cuti kali ini, bawa anak-anak masuk sini. Tunai hajat Baby & Aiman.

LEGOLAND. Dibuka 15 September 2012. Pertama di Asia dan Pertama di Malaysia Taman Tema bertaraf antarabangsa. Amat sesuai untuk mereka yang berumur 3 hingga 13 tahun. 

LEGOLAND  terletak di Nusajaya. Tapi tak siap sepenuhnya lagi. Nak cari tu susah sikit. Signboard tak banyak. Dekat-dekat baru ada. Kalau orang tak biasa, memang susah jumpa.

Parking pun tak ditar sepenuhnya. Ruang jalan je, tapak parking hanya batu-batu. Dah la Malaysia kerap hujan. Nak jimat. hihihihi.

LEGOLAND.  Banyak permainan outdoor & indooor. Diperlukan 12 jam, kalau mahu main semua permainan yang ada. Buka jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

LEGOLAND. Harga tiket, untuk satu hari. Dewasa RM 110.00. Kanak-kanak, RM 80.00.Hati-hati ulat tiket pun ada. hihihihihi. Malaysia mana boleh lari dari ulat tiket.

Kami pi 5 orang. Bayangkan berapa RM kena. Jadi kena poket tebal juga, baru boleh masuk sini. Itu belum masuk makan-makan lagi. Itu belum masuk beli-beli lagi.

LEGOLAND. Terdapat 6 segmen.
1) LEGO THECHNIC.
2) LEGO KINGDOMS.
3) IMAGINATION.
4) LAND OF ADVENTURE.
5) LEGO CITY.
6) MINILAND.

Surau ada di dua tempat. Satu di pintu masuk dan satu lagi di IMAGINATION. Toilet tu biasalah. Mana-mana segmen pun ada.

Kami tak sempat main semua. Hujan. Mula-mula sampai tu panas, walaupun mendung. Petang pula hujan.

Walaupun tak sempat main semua. Anak-anak puas. 

Jom follow kami. Sekejap je dah cukup.

Dari parking, menapak dan naik Escalator menuju ke Medini Mall dulu. Lepas tu baru ada pintu masuk LEGOLAND. Esclator naik je berfungsi. Turun mampuh. Tak jaga. Itulah Malaysia. Cakap je besar. esclator pun takleh nak jaga. Pelancong asing ramai.
Ruang legar Medini Mall. Terdapat lot-lot kedai kat sini. Kalau tak nak masuk LEGOLAND, boleh lepak-lepak kat sini. Sayangnya tak ada kedai buku. Kalau ada boleh promosikan buku-buku tentang Malaysia. Sinikan tempat tarikan pelancong luar.
Wow! Dah tak sabar Aiman & Baby nak masuk.
Sebelum masuk. Ambil gambar anak beranak dulu.
Queue beli tiket pun tak ramai. Lagi pun kaunter pun banyak buka.
Dah kat dalam ni. Mulakan penjelajahan. Jangan gelojoh. Pilih yang dekat dulu. Jangan terus masuk sampai hujung. Penat nanti.

Kami masuk. Kami ikut kiri dahulu. LEGO TECHNIC.

Pokok pun malu-malu. Masih baru.
Apa-apa pun kena beratur.
Snap dulu.

Biz tak berhenti walaupun bercuti.
Cari teman. Sembang-sembang. Akak sebelah tu dok tunggu anaknya main. Selalu sangat datang sini. Ada pass semusim. Nak masuk berapa kali setahun pun tak kisah. Ada 4 anak.
Wow!
Masuk sini. Main sini. The Dragon.
Tengah queue.
Ini pula Merlin's Challenge.
Snap je lah. Kalau tak, tak ada gambar. Watak apa pun aku tak tahu.
Wow! Agenda isi perut tak boleh lupa. Satu plate tu RM20 bro. LEGOLAND ada 7 tempat isi perut.
Wow! Kamarudin Mamat.
Kami seronok bila lihat anak-anak enjoy.
Queue nak masuk LEGO Studios. Tengok wayang 4D.
Tinggi tu Zirafah kat belakang tu...
Sini pula, Lost Kingdom Adventure.
Terakhir kami main sebelum hujan. Beetle Bounce.
Wow! Seronok anak-anak. Aku melayan mereka je. Tak semua aku main. Pilih-pilih. Tak menakutkan aku join mereka.

Kalau nak lagi mencabar ke USS. Baru betul-betul puas. Kena simpan duit lebih kalau nak ke sana. Mahal tapi berbaloi. Sebenarnya kami dah bawa passport. Kalau anak nak ke USS lagi pun ok.

WoW!WoW!Wow! Sebelum terlupa. Dato' Siti Norhaliza juga ada di LOGALAND.

Tengok tu. Siap ada Polis Bantuan dan security LEGOLAND.

Ini pun rombongan Dato" & Pemenang peraduan persimplysiti.

Jumaat, 29 Mac 2013

BVSM Sana Sini.

Bertemu lagi. Hari jumaat. Penghulu segala hari. Hari penuh barokah. Hari cuti. Hari akhir kerja. Dah 29/3/2013. Dah hujung bulan. Tapi masih ada masa untuk buat sales bulan Mac 2013. Masih ada peluang. Masih ada masa sponsor. Masih ada masa naikkan volume. Masih ada masa bantu rakan kongsi naik pangkat. Masih ada masa, bantu rakan kongsi lepas 'car fund'. Masih ada masa cukupkan wawasan. Masa belum berakhir. 

Wow! Hari ini, Cdm Kartini buka booth di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan. Jam 11 am hingga jam 3 pm. Aku diberitahu, dapat sambutan hangat. Teruja tengok demo bvsm. Teruja dengan kesan bvsm. Aku harap bukan setakat teruja sahaja, tapi biarlah ada yang beli dan lagi molek jadi usahawan sekali. Setakat beli, kita je yang dapat merasai kehebatan bvsm. Kalau jadi usahawan, ramai lagi yang boleh memiliki bvsm hasil promosi kita. Selain itu, dapat jana income membolehkan meningkatkan tabungan kita.
Foto ini aku kutip dari wall Cdm Kartini. Wanita besi yang tak kenal erti penat. Jam 5 am sampai dari Johor. Jam 11 am dah tercokoh di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Buka booth di sini, nak sebar seluas-luasnya manfaat bvsm kepada masyarakat. Disamping itu juga, cari sesiapa yang berminat nak pasarkan bvsm.
Aku tak ikut hari ini. Tidur mati. Penat. Drive dari Taman Putri Wangsa, Tiram Johor ke Bukit Kinrara, Puchong Jaya Selangor. Jam 11.45 pm dan sampai jam 5 am. Tidur di R & R Seremban. hampir 2 jam. hihihihi. 

Tahniah buat warga ATM181. Tak jemu-jemu tingkatkan kualiti diri dan rakan kongsi. Hampir setiap hari mereka berusaha. Kongsi kebaikan bvsm. Tak kira jauh atau dekat. Kena bermalam pun tak kisah, asalkan dapat kongsi bvsm dengan seramai mungkin.

Terima Kasih Cdm Roshila kongsi foto ini.

Ddm Khairul Nizam. Menjelajah Penang. Cdm Kuyah berkelana di Sabah. Begitu juga Cdm Roshila mengukuhkan lagi bvsm di Pantai Timur Sabah. Cdm Hazrizal & Cdm Yati telah melebar hingga Tanjung Malim. Cdm Faridah pulun di Kelantan. Cdm Asiah & Wahida sedang jelajah Sarawak dengan bvsm. Itu beberapa orang yang aku tahu.

Terima Kasih TYI, kongsi foto ini.
Roadshow oleh syarikat juga semakin rancak. Semalam di Veenai Hotel, Penang. Sambutan hangat. Tak muat dewan. Taipan Warriors pun ramai yang hadir bersama Upline kesayangan mereka Cdm Fitri dan Cdm Ayu.

Tunggu anak main. Kena semak fb. Mana tahu ada oarng tanya pasal bvsm. Ada orang oder bvsm.
Heboh. Kacau bilau. Huru hara.  Kalut ribut. Nak bercuti pun tak tenang. Ada-ada je orang tanya pasal bvsm. Kami sepatutnya balik dari JB hari ini. Terpaksa dipercepatkan. Gara-gara bvsm. huhuhu. Sempat bawa anak ke Legoland. 




Rabu, 27 Mac 2013

Bonus!

Wow! Dah 27/3/2013. Dah nak habis bulan. Sape-sape nak bercuti tu. Nak bawa anak berjalan-jalan. Nak balik kampung. Sempena cuti sekolah. Boleh dah closing kat stokis @ branch. Nanti terlepas pulak. Terlepas closing, terlepas bonus. huhuhuhu.

Ada yang dah sampai Klate semalam. Ada yang nak terbang ke Kuching. Ada yang nak ke Johor. Ada yang bapak dah tanya. "Cuti sekolah ni, tak balik kg ke?".

Apa-apa pun ok. Asalkan closing siap-siap. Awal closing tak apa, dari tak closing langsung. Sekadar ingatan.

Buat Je!

Selamat pagi. Rabu telah tiba. Mahu tak mahu rabu tetap muncul. Matikan jarum jam sekalipun. Rabu tetap tiba. Pecahkan jam di rumah anda sekali pun rabu tetap mari. Tidur tak bangun-bangun, rabu tetap muncul.

Pagi ini. Sikit je nak share. Why people fail in MLM. Kata tak ada gagal. Cuma belum jadi. Betul tu. Tapi kalau tak berhenti buat. Gagal bila berhenti buat. Gagal bila dah tutup buku. Gagal bila hati dah tertutup pada biz mlm.

Sepanjang aku berbiz. Gagal bila tak buat. Itu je. Selagi dok buat, selagi itu tak gagal. Banyak sebab tak buat. Tapi kat sini, tak payah hurai sebab musabab tak buat.

Bila tak tak buat. Penyebabnya datang dari diri sendiri. Bukan datang dari orang lain. Bukan dari upline. Bukan dari downline. Bukan dari sideline. Gagal pilihan sendiri.

Biz ini biz kita. Kita buat kita dapat. Senangkan. Tak puas hati dengan upline. Cari upline atas lagi. Kalau upline atas lagi tu tak boleh bantu, cari upline atas atas lagi. Asalkan jangan berhenti. Ada juga yang berjaya, tak bersama upline pun. Jadi apa pelik. Buat dan terus buat. Menjadi akhirnya.

Fokus pada biz. Jangan fokus pada upline. Ni tidak, asyik dok semak kerja upline je. Upline bantu sape. Upline buat biz ke. Upline ada kaki lain lagi ke. Berapa income upline. Tak payah. Menyusahkan kita je. Lebih baik buat kerja kita dan jaga group kita. Jangan terperangkap dengan main hati, terutamanya dengan upline.

Jangan berhenti. Apa pun cabaran datang. Kalau dah nampak biz ini boleh bawa sinar. Pedulikan cabaran. Tempuh saja. Terus buat. Menjadi akhirnya. Bila nak jadi. Terpulang pada usaha.

Buat je. Buat je. Buat je. Buat je. Buat je. 

Kami buat tak berhenti. Cdm Faridah buat, tak berhenti. Cdm Kuyah tak berhenti. Cdm Siti Rohani tak berhenti buat. Cdm Ah Hock tak berhenti buat, Kenapa kita nak berhenti buat.



Selasa, 26 Mac 2013

Lautan Salji Di Aire de Baralle, Paris

Add caption
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Tersangkut dijalan lebih 30 jam. Nasib baik hanya 1 km dengan R & R. Menapak dalam kesejukan yang menikam dan menikmati kopi panas. Aduh nikmatnya. Hanya 1 km, tapi dek kesejukan terasa jauh yang amat. Namun begitu, enjoy sepanjang menapak ke R & R. Tak habis-habsi bergambar.

 Sejuk pun posing juga. Bila lagi nak bergambar berlatarbelakangkan lautan salji. Sayup mata memandang. Seperti bumi ini penuh dengan salji putih. Kalau Malaysia, boleh tengok air banjir je, tapi taklah sesayup ini.

Sebenarnya kami tak sangka gini jadi. Ingatkan dah musim panas. Rupa-rupa sejuk lagi. Ini kepelikan. Jadi aku tak bersedia sangat dengan pakaian sejuk. Sekadar itulah. Itu yang tak boleh tahan sejuknya.

Wow! Dah sampai. Dah boleh pekena kopi. Dah boleh keluarkan bekalan yang masih berbaki. Cari roti sebagai alas perut. Kira breakfast la tu.

Dah masuk dalam. Dah hilang sikit sejuknya. Dapat pula kerusi. Wow! kemah. Mula-mula satu kerusi je kosong. Lepas tu, satu-satu orang lari @ pindah. Mungkin serabut kot. Kami bising je. Cakap pun mereka tak paham. Akhirnya semua kerusi jadi milik kami. hihihi. Kat sini apa tempat cas hp. Tak dapat kerusi, bersila pun jadilah. Lenguh berdiri.

Add caption
Add caption
Add caption
Tunggu punya tunggu. Lama gile. Lenguh duduk. Bangun. Geram tengok salji memutih. Tak redah salji, rasa rugi juga. Kat Malasyia dah memang tak merasa. Sejuk pun sejuk la. Sempat juga berposing walupun sejuk menggila. 

Setelah tergendala hampir 11 jam. 7 jam berada dalam bas. dan 3 jam berada di R & R. Bas pun boleh bergerak menuju Kota Paris. Wow! Tak sabar nak tawan Kota Paris.

Kelas USJ 26/3/13

Jangan lupa malam ini. Kelas ATM181. Kutip ilmu. Cas semangat. Berguna untuk besarkan biz masing-masing. Berguna nak tambah tajaan baru. Berguna nak naikkan volume. Berguna nak naikkan bonus masing-masing. Berguna untuk bantu rakan kongsi tambah hebat. Kita hebat, baru boleh bantu rakan kongsi hebat.


Anda akan dibantu. Anda akan ditarik ke atas. Bukannya ditolak/dipijak ke bawah, untuk leader ke kemuncak.

Cdm Kartini Mat Yaakob: Selamat Ulang Tahun ke-40

Hari ini 26/3/2013. Genaplah usia insan hebat dan berjiwa kental ini 40 tahun. Tahniah buat isteri, ibu dan sahabat aku. Cdm Kartini Mat Yaakob.

Cdm Kartini berjiwa kental, akan buat sampai jadi. Baginya tak ada mustahil. Suka pada cabaran. Suka pada kebajikan.

Hidupnya simple. Perancangannya tak banyak. Tapi amat fokus pada yang terpenting pasa satu-satu masa. Merendah diri. Tak suka pada pujian.

Suka bekerja. Suka lihat kejayaan rakan niaga. Mengelak dari menaja kawan-kawan rapat. Tapi kalau datang menyerah diri. Cdm Kartini tak menolak.

Cdm Kartini tak akan lari dari masalah. Berani hadapai masalah. Apa-apa pun mesti selesai.

Strateginya mudah dan simple. Lepas car fund dan wawasan. Nak lihat lebih ramai yang lepas kedua-dua bonus tersebut.

Kat bawah ini, aku share pelbagai wajah Cdm Kartini.

Cdm Kartini.
Good sejak bersama Hai-O.
Bersama rakan kongsi di Miri.
Mencari ilmu dengan membaca.
Bersama dengan salah seorang pemimpin besar ATM181.
Gaya seorang leader.
Leader yang merendah diri.
Mana-mana orang minta bergambar.
Leader yang disukai oleh rakan niaga.
Majlis di Penang.
Semasa mengerja umrah.
Bersama Aiman.
DI Masjid Nabawi.
Birthday baby.
Menjamu rakan kongsi dengan patin tomyam.
Semasa jalan-jalan cari pasal di DownTown.
Leader yang murah senyumannya.
Leader & Isteri
Ketika makan malam bersama.
Bersama Anak Mohd Chan.
Bersama Baby.
Ketika melahirkan Amar.
Ketika memangku Amar.
Ketika Kelas di ATM181
Sentiasa ceria dan positif.
Senyum.
Serius.
Dok cari-cari apa.
Ketika Pameran Buku Antarabangsa KL.
Bersama leader hebat.
Ketika menghadiri SM & SSM Melaka.
Semasa mengunjungi Pameran Buku.
Semasa bertemu dengan Haji Hanim dipejabatnya/
Isteri & Sahabat.
Sentiasa tersenyum.
Aiman & Cdm Kartini & Baby
Terima Kad Selamat Hari Lahir dari Aiman.
Ketika tinjau persiapan terakhir seminar.
Di meja pendaftaran.
Bersama Tuan Haji Hanim
Ketika menghadiri majlis perkahwinan anak buah abang.
Seminar di Quality Hotel.
Jelas mana nak tuju.
Ketika shopping di London.
Santai & main boling dengan anak.
Bersama Adik Cilik sempena Hari Testimoni BVSM di Lahad Datu.
Wow! Kongsi kehebatan BVSM.
Bersama rakan niaga semasa Diamond Nite.
Semasa bagi talk kepada rakan kongsinya.
Semasa dinner Jakarta Bandung.
Singgah menikmati sate Jabi.
Semasa trip ke Bandung.

Sociable