Jom Follow

Sabtu, 31 Mac 2012

Lambat&Lembab.

tunggu nak settle bill pun lambat. hampir 3 jam menunggu. jam 6 petang baru boleh balik. sape yang lambat. pihak hospital. pihak PruBSN. aku tak pasti. geram pun ada. nasib baik sabar. kalau tak dah kena. hi!hi!hi!.

105% Loan.


oper MBSB, originally uploaded by kartinimatyaakob.
Menarik.
Menakjubkan.
Menyeronokkan.
Syarat-syaratnya?
Mudah lulus ke?
Umur?
Gaji?
Berapa lama boleh lulus?
Harga rumah?


Akademi Taipan181.

Malaysia: Takut di culik.



Lihat hujung jalan tu. Tak jauh bukan. Aku rasa tak sampai pun 30 meter. Tapi kalau anak aku nak ke rumah jiran tu, aku/wife/maid/ kena hantar atau tengok dari luar rumah, sehingga anak aku masuk dalam rumah tu.Tak yakin 100% selamat, aku punya anak. Terlalu kerap kes-kes penculikan di Malaysia. Polis......hihihihihi.

Anda bagaimana?


Akademi Taipan181.

Berapa PV Meniaga Bulan MAC 2012?

 Berakhir sudah bulan Mac 2012. Dah closing semua sales. Jangan simpan sales. Puas hati atau tidak dah tak boleh buat apa. Terima sajalah dengan berlapang dada. Setelah berhempas pulas, itu sajalah yang mampu dipunchkan. Bersyukur, bulan April 2012, kita pulun lagi. Jadikan kekurangan lepas, sebagai pengajaran berguna. Kita perbaiki prestasi, dan tingkatkan gerak kerja. Tingkatkan iltizam. Tingkatkan semangat juang. Buang sikap cepat puas hati. Baru submit loan, dah seronok sakan. Dah selesa sesangat. Padahal, apa-apa pun boleh berlaku. Loan tak lepas. Loan lepas sikit. Loan lepas, prospek tak jadi masuk.

Hai-O, tak kira berapa ramai kita jumpa prospek. Hai-O, tak kira berapa ramai datang kelas. Hai-O, tak kira berapa banyak kita submit loan. Hai-O, tak kira berapa jam kita buat kerja sehari. Hai-O, tak kira berapa kerap anda jumpa mentor. Hai-O, tak kira berapa dentam-dentum kita bagi motivasi. Hai-O, tak kira berapa tingginya kita punya motivasi bulan tersebut. Hai-O, tak kira berapa hebatnya kita jadi emcee. Hai-O, tak kira berapa hebat, kita bagi ice breaking. Hai-O, tak kira berapa ramai prospek yang kita bawa datang kelas. Hai-O, tak kira berapa ramai kita bawa rakan niaga melancong. Hai-O tak kira pujian-pujian yang rakan niaga bagi kepada anda. TAPI HAI-O, TENGOK BERAPA SALE YANG KITA PUNCH PADA BULAN TU. Itu satu-satunya perkiraan Hai-O. Bonus kita dibayar ikut, berapa BV yang kita punch. Bukan tak penting apa yang saya kata kat atas tu. Tapi jangan selesa dengan itu. Kalau sales yang kita punch kecik. Income pun kecik.

Ada yang simpan sales, sampai hujung bulan. Seronok tengok pakej yang ada. Padahal kalau setiap kali prospek dah bagi duit terus punch sales. Baru kita tak rasa banyak pakej yang menanti. Punch dan kita lupakan sales tersebut. Seolah-olah belum punyai sales lagi. Baru kita lagi rajin bekerja. Baru kita lagi tekun jumpa prospek.




Akademi Taipan181.

Jumaat, 30 Mac 2012

Amar; Dah 5 hari Kat Hospital Colombia.

Dah masuk sarang.
Mungkin tak ke mana-mana lagi.
CDM Kartini dah kepenatan. Tok cekat.

Petang tadi.
Gi tengok Amar.
Layan Amar makan.
Lepas maghrib kami balik.

Syukur.
Bonus wawasan setiap bulan lepas.
Bulan ni, masih layak walaupun tengah sarat.
Nak jumpa prospek pun tak larat.
Nak tambah senarai nama pun tak larat.
Tapi bonus wawasan masih lepas.
Macam tak bergerak tapi bergerak.
Macam slow tapi gerak kerja laju.
Bukan mudah, tapi tak mustahil.

Dah 5 hari Amar ditahan kat Hospital Colombia Asia.
Menu makan malam. Pekena siap-siap kat Colombia Cafe. Malam ni dah tak payah memboyot lagi. Itu pun kalau boleh bertahan. Harap-harap boleh. "Malaysia Boleh".

Bila dah tak ke mana-mana.
Bolehlah aku sambung baca buku.
Harap boleh habis, malam ini.
Kalau aku tak bungkus awal.
Sekarang ni tak tentu, bila-bila masa boleh terbungkam.
Dah la awal terbungkam, sampai pagi pulak tu.
Tidur itu nikmat....

Akademi Taipan181.

99 SPEEDMART; 330 CAWANGAN

Mana-mana nampak.
Semakin banyak cawangan.
Semakin dekat dengan pengguna.
99 SPEEDMART PUNYAI LEBIH 330 CAWANGAN.
1987 bermula dengan 1.
2012 punyai 330 cawangan.
Menakjubkan.
Apakah rahsianya.

Solat Jumaat: Masjid Sri Petaling.

Dah boleh rehat.
Sambil baca buku.
CDM Kartini dah gi stokis.
Closing bulan Mac 2012.
Sorang-sorang kat rumah.
Hanya bertemankan teman setia.

Hari ini solat jumaat.
Masjid Sri Petaling.
Awal pi sana.
Makan dulu.
Pekena air tebu.
Tengok2 buku, kot2 ada buku terbaru.
Menarik untuk dibaca.

Sempat juga baca Al-Quran.
Sempat habiskan 6 muka.
Sepatutnya aku mesti khatam dalam bulan Mac.
Entah sempat ke tak sempat. Masih ada lagi 7 juzuk.
Nak khatam juga, hari ini 3 juzuk dan esok 4 juzuk.
Larat ke nak baca tu. Dah terdesak baru nak pulun.
Sebelum ni, baca tak sungguh-sungguh.

Masjid Sri Petaling. Masjid aku solat jumaat hari ini.
Lepas solat.Sebelum balik. Singgah dulu kedai. Beli buku ni. Buku terbaru. Sebelum ni tak ada. Minggu ini baru ada. Aku beli sebiji. Buku ringan saja. Nipis pulak. 30 minit baca sambil makan roti canai pun dah boleh habis. Tajuknya menarik....


Akademi Taipan181.

Pisang Hari Jumaat.

Macam biasa pagi jumaat.
lepas hantar anak ke sekolah.
langsung ke parkir masjid jame' serdang.
pasar tani, cari apa-apa yang patut.
cari daging segar. sayangnya hari tak meniaga pulak.
aku rasa dah 2 kali gi, tak meniaga.
tak ada lembu? dah dapat tapak baru?
dari situ, aku ke jabatan pertanian.
pekena dulu mee sup sebelum balik rumah.
balik rumah, rehat-reh sambil baca paper(hari ni, harakah dan the star).
tunggu nak gi masjid sri petaling.

Aku sempat snap gambar2 pisang,
semasa aku pusing-pusing pasar tani.
Pisang-pisangnya cantik2.
Masak pulak tu.
Bukan 1 peniaga tapi ramai yang jual.
laku kot..
Atau ramai yang beli, letak sedeqah kat masjid2.





Akademi Taipan181.

Buku Lagi: Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Ada sesuatu yang menarik. Berkaitan dengan kita dan kehidupan harian. Perbezaan antara lelaki dan wanita. Buku ni dah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh PTS. Mudah nak faham. Senang nak ingat. Jom baca. Kalau boleh semua orang patut baca buku ini. Tak rugi. Sangat bertuah, kalau baca dan memahaminya.






Akademi Taipan181.

Income Kecik: WHY!!!

Selamat Pagi.
Jumaat dah.
Dah 30/3...
2 hari lagi dah masuk April...
Pantasnya masa berlalu...
Closing lagi, rasanya baru je closing...
Bonus nak masuk lagi, rasanya bonus baru je masuk...

Syukur...
Gaji masuk, lepas 2 minggu bonus pulak masuk.
Macam gaji setiap 2 minggu.
Itu bagi yang berniaga secara part-time.
Wow! Insyaalah. Poket sentiasa berisi.
Masalah kekeringan di hujung bulan dah dapat diselesaikan.
Keberanian terjun dalam dunia MLM, berikan sedikit kelebihan pada diri.
Sesak hujung bulan sedikit demi sedikit dapat diselesaikan.
Anak-anak pun dapat merasa sedikit kemewahan....

Dah closing ke?
Kalau dah...ok.
Kalau belum...cepat-cepat closing sebelum tarikh tutup.
Sikit ke. Banyak ke. Mesti kena closing. Mesti kena maintain.
Semua kita harapkan banyak. Tapi kalau dah pulun sakan, tetap tak banyak.
Nak buat macamana lagi. Terima sajalah. Ambil pengajaran, kenapa sikit.
Semak kat mana puncanya. Tahu punca senang nak selesaikan.
Bulan depan pasti lebih banyak...

Puncanya kat mana.
Kelas ke.
Tak close.
Dana tak lepas.
Dana lambat lepas.
Prospek tak jadi join.
Tak buat follow up.
Prospek jauh.
Presentasi marketing plan lemah, prospek kurang faham.
Ramai prospek kerja swasta.
Ramai prospek kerja sendiri.
Lebih tumpuan pada satu kaki sahaja.
Tak buat komunikasi secukupnya dengan leader-leader.
Tak cukup jumpa bakal prospek.
Ramai prospek telah stabil ekonominya.
Ramai prospek berusia lebih 40 tahun ke.
Tumpuan pada sales produk-produk kecil.
Ikuti trip melancong.
Kesihatan yang tak mengizinkan. 
Masalah keluarga.

Macam-macam masalah ada. Kena cari apa penyebabnya.
Kalau nak tulis, semua banyak.
Kena tahu, penyebabnya. Diri sendiri kena kaji.
Boleh juga bincang dengan mentor-mentor.



Akademi Taipan181.


Khamis, 29 Mac 2012

Terkaya Di Dunia; Dari Tahun 1987-2012.

WOW!
Senarai orang terkaya dunia.
Dari tahun 1987-2012.

Tak tahu tak jadi hal.
Tahu pun, tak dapat apa-apa.
  1. 1987 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 20 Billion.
  2. 1988 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 19 Billion.
  3. 1989 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 15 Billion.
  4. 1990 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 16 Billion.
  5. 1991 - Taikichiro Mori = USD 15 Billion.
  6. 1992 - Taikichiro Mori = USD 13 Billion.
  7. 1993 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 9 Billion.
  8. 1994 - Yoshiaki Tsutsumi = USD 9 Billion.
  9. 1995 - Bill Gates = USD 13 Billion.
  10. 1996 - Bill Gates = USD 18 Billion.
  11. 1997 - Bill Gates = USD 36 Billion.
  12. 1998 - Bill Gates = USD 51 Billion.
  13. 1999 - Bill Gates = USD 90 Billion.
  14. 2000 - Bill Gates = USD 60 Billion.
  15. 2001 - Bill Gates = USD 59 Billion.
  16. 2002 - Bill Gates = USD 53 Billion.
  17. 2003 - Bill Gates = USD 41 Billion.
  18. 2004 - Bill Gates = USD 46 Billion.
  19. 2005 - Bill Gates = USD 50 Billion.
  20. 2006 - Bill Gates = USD 50 Billion.
  21. 2007 - Bill Gates = USD 56 Billion.
  22. 2008 - Warren Buffet = USD 62 Billion.
  23. 2009 - Bill Gates = USD 40 Billion.
  24. 2010 - Carlos Slim = USD 54 Billion.
  25. 2011 - Carlos Slim = USD 74 Billion.
  26. 2012 - Carlos Slim = USD 69 Billion.

Aku Jaga Amar...

Wow!
Pagi sampai tengahari tadi.
Aku dok kat hospital.
Jaga anak. Teman anak. Layan anak.
Maid balik rumah, kemas serta basuh pakaian.
Pagi-pagi lagi dah sampai.
Lepas tu, CDM Kartini dan maid hantar baby ke rumah CDM Shila.
Hari ini baby ke sekolah, tumpang CDM Zefry.
Dari situ, balik rumah dulu, hantar maid.
CDM Kartini gi semula ke hospital.
jaga anak. teman anak. Layan anak.
Sama-sama dengan aku.

Hari ini aku dan isteri yang jaga pagi tadi....
Nurse pun tak kenal lagi, sape mak bapa Si Amar.
Tadi ada nurse tanya CDM Kartini.
Jadi macamana dengan Amar?
kah!kah!kah!
Awal Amar bangu pagi ni. Sempat CDM Kartini malayan Amar, sebelum hantar Baby ke rumah CDM Shila.

Aku dengan Amar.
Apa lagi, baring-baring hingga tertidur.
Sejam lebih juga ketidurannya.
Apa yang syoknya, Amar juga lena sakan.
Senangkan jaga anak kalu lagu ni.
Dr Tin masuk pun sedar tak sedar.
CDM Kartini bersama Amar. Tunggu di panggil masuk berjumpa dengan Dr Raja.

CDM Kartini.
Gi lagi ke hospital. Ada appointment dengan Dr Raja.
Pemeriksaan terakhir kot, sebelum operate.
Hari ni juga inject ubat kuatkan paru-paru bayi(betulke).
Hari ini juga, dr raja dah fixkan tarikh bila nak operate.
Isnin 9/4/2012.
Amar bersama pakar fisioterapi. tepuk belakang. nak cairkan kahak. tak nangis pun Amar. Malah suka bila ditepuk. setiap kena buat. hari ini, petang pun kena. esok baru x-ray. Hari ini baru aku tengok sendiri. Sebelum ni maid aku je yang cerita. Aku tak boleh bayangkan macamana proses tersebut. Hari ini baru aku tahu. Bertuah juga jaga Amar pagi tadi. Dapat pemgalaman baru. Nak ambil gambar pun dia orang tak bagi...

hari ini juga aku bawa amar gi fisioterapi.
tepuk belakang, nak cairkan kahak.
nama saintifiknya aku tak berapa tahu.
aku tengok, amar kena tepuk belakang.
30 minit juga, petang ni satu kali lagi.
kahak tersebut akan keluar bersama najis nanti.
Lenanya Amar tidur. Lepas nurse masukan ubat.

Jam 2 aku pun balik.
wow! rehat.
seronok bukan.
kerja sendiri.
tak ada siapa nak arah.
tak ada siapa nak suruh.
tak ada siapa nak marah.
teman amar, aku habiskan novel.

kerja sendiri tu,
aku buat MLM.
dah 12 tahun.
dah 6 tahun buat secara full time.
tinggalkan kerjaya sebagai seorang pendidik.
Sempat juga, khatamkan novel ni....


Akademi Taipan181.

CDM Kartini & Bank...

Bank oh Bank...Hutang wajib bayar..
Wow!
CDM Kartini buat apa?
Keluar duit?
Masuk duit?
Bayar bil?

Sebelum berpantang.
Selesaikan dulu, mana yang patut.
Bayar mana yang patut bayar.

Nak operate.
Kat Hospital Colombia Asia, kosnya cecah RM6K.
Jadi malas nak guna cash. Guna kad kredit. 
Kot-kot bermasalah, bayar siap-siap hutang kad kredit tu.
Biar tak ada hutang...baru senangnya dalam hati.
hi!hi!hi!
bukan nak menunjuk. bukan nak berlagak.
tapi inilah hasilnya buat meniaga ini..

Syukur, meniaga masih maintain.
Bukan setakat maintain, malah semakin baik prestasinya.
Nak berpantang pun hati senang dan tak risau sangat.
Leader-leader dah mantap dan boleh bimbing leader-leader baru,
yang lahir dalam network masing-masing.
Leader-leader baru muncul,
seperti cendawan tumbuh lepas hujan.
Satu, satu datang. Belum habis bimbing leader baru muncul lagi.

Syukur pada Allah, berikan kami, warga akademi taipan181,
leader-leader baru, yang muda-muda, yang punyai potensi untuk digilap.
Bakal mewarnai kancah MLM Malaysia.
Kuantiti sedang datang, kualiti dengan digilap.
Tengoklah nanti, dalam 5,6 bulan lagi.
Lahir ramai singa-singa dari bumbung Akademi Taipan181.


Akademi Taipan181.

Minum Petang Di Colombia!!!

CDM Roshila dan CDM Zefry, singgah kat Colombia Asia Hospital. Mereka ambil baby dari sekolah dan hantar ke situ. Lagi pun masa mereka hantar baby, kami dah ada kat sana. Kami ajak mereka makan. Makanan kat sini, sedap pulak tu. Harganya tak mahal sangat. Itu yang mereka singgah Nak melawat Amar. Amar dah ok. Dah tak demam. Kena tunggu, nak masukan antibiotik je. Alang-alang singgah, sampai maghrib juga. Apa lagi orang meniaga punya sembang. Gi situ, gi sini. Demo situ,demo sini. Jumpa prospek. Hantar barang. Submit borang. bla.bla.bla... Seronok juga aku dengar. Tapi ada yang tak seronok, cite yang dah dengar ada keluar juga. hi!hi!hi! Mereka berdua nampak kepenatan. Seharian keluar bekerja cari rezeki untuk diri dan keluarga.


Akademi Taipan181.

Rabu, 28 Mac 2012

Safira Club, Hangat ke Malam ni?

Tahniah.
Taipan Warriors.
Masih pertahankan kelas di Safira Club.
Setiap rabu, jam 9 pasti bergema 'go go go CDM'.
Bukan setakat bertahan, malah minggu demi minggu semakin hangat.

Malam ini bagaimana?
Hangat juga ke?
Lebih hangat dari biasa?


Akademi Taipan181.

Apa Cite A & W, IOI.

Apa ini?
Kosong saja.
Hanya dinding bercat putih.
Kat mana ini, orang nak tahu.

Kalau anda biasa kat sini.
Pasti tahu.
Tingkat 2, IOI Mall.
Sebelah Kemaman Kopitiam.
Tak jauh dengan GSC dan Popular.
Dulunya restoran A & W.
Tutup ke renovation?
Atau dah pindah kat tempat baru.
Tak laku ke?
Tak untung ke?
Tak mampu tanggung kos?

Itu aku tak leh nak jawab.
Paling penting aku dah tak boleh menikmati makanan kat sini.
Aku selalu juga, makan dengan anak-anak kat sini.

Persaingan hebat.
KFC
McD
Pizza Hut.
Kenny Rogers.

Sape sanggup bertahan dan hadapi cabaran.
Pasti akan menang.
Terbang menerjah awan bersama Akademi Taipan181.

Akademi Taipan181.

Tertunai Sudah; Pameran Keunikan Bonsai.

Pameran  Keunikan Bonsai.
15 MAC HINGGA 15 APRIL 2012.
MUZIUM ALAM SEMULA JADI.
JALAN Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.

Aku ke sana pagi tadi.
Minggu lepas, tak jumpa.
Tadi, senang je jumpa.
Tepi jalan je.

Saja-saja tengok.
Macam-macam bentuk ada.
Macam-macam pokok ada.
Pokok dah cecah 40 tahun ada.
Nak bentukkan pokok-pokok perlukan kesabaran.
Perlu kreatif. Perlu ilmu. Perlu kemahiran. 
Paling penting minat.

Habis kau pi tu, kau minat tak?
Minat tu ada la sikit-sikit.
Sekadar menikmati keunikan bonsai.
Sekadar menghargai hasil seni bonsai.
Sekadar tambah pengalaman/ilmu pasal bonsai.

Muzium Alam Semula Jadi. Tempat berlangsungnya pameran 'keunikan bonsai'.

Wow! Berminat dengan bonsai. Jangan lepaskan peluang.

Sebelum entrance dah ada beberapa bonsai. 



Penjual Bonsai pun ada.
Nak beli pun boleh.
Harganya terjangkau.
Paling penting minat.


Sempat sembang dengan tokey bonsai seremban.

Pokok belum dibentuk.

Pameran keunikan bonsai ditingkat atas.
Lama juga aku dok kat situ.
Menghayati keindahan bonsai(hi!hi!hi!).
Sayangnya tak ada seseorang yang boleh aku tanya.
Kalau boleh pastikan ada juga seseorang yang mahir, membantu orang-orang seperti aku ini.
Aku sekadar tengok dan 'pukul' gambar sahajalah. 
Tak dapat penerangan lebih lanjut, sesuatu bonsai tersebut.
Mungkin kena pi hari cuti atau hujung minggu.
 



Selain pameran ada juga pertandingan bonsai.
kursus asas bonsai.
lelongan bonsai.

Akademi Taipan181.

CDM Kartini: Shopping Barang Baby.

Selepas pameran 'keunikan bonsai'
Destinasi kami seterusnya
IOI, beli barang baby baru.
Beli mana yang tak cukup lagi.
Sampai IOI, jam 11.40 pagi.
Wow! awalnya.
Orang kerja sendiri.
Bila-bila boleh gi.
Bila-bila boleh shopping.
Tak payah tunggu waktu rehat.
Tak payah tunggu waktu balik kerja.
Tak payah tunggu hujung minggu.
Sebelum masuk kedai, sempat lagi bergaya.

Napkin baby.

Bantal baby.

Ini pun baru beli.
Baby baru bakal lahir.
Anak ke 4 kami.

Dah tak sabar nak full swing.
2,3 bulan ni, tak buat sepenuhnya.
Maklumlah sedang sarat. Nasib baik tak 'mabuk'.
Boleh terus berjuang, cuma akhir-akhir ni yang tak larat.

Nasib baik juga buat MLM.
Dalam pantang pun, income tetap masuk.
40 hari pantang, income tetap masuk.
60 hari pantang, income tetap masuk.


Akademi Taipan181.

Sesi Memboyot Yang Tak Boyot.


Tak larat.
Tidur awal.
Lepas isyak dah hanyut.
Sedar pun awal.
Jam 12 dah cerah mata.
Pejam pun dah tak jenero.
Mungkin perut dah kosong.
Perlukan sikit bekalan.
Nak keluar, ke tak.
Pikir-pikir punya pikir.
Keluar juga sudahnya.
Ke mana lagi, kalau tak ke Taipan Corner.
Makan tak banyak mana pun.
Ikan kembong goreng kicap, sayur campur dan nasi putih.
Tak boyot, berhenti sebelum kenyang. hi!hi!hi!

Balik dah jam 3 pagi.
Layan bola dulu.
Benfica VS Chelsea.
Chelsea menang.
Baru habis. Nak tidur, terlewat sedar pulak. Terlepas subuh.
Tahan dulu, lepas hantar Baby ke sekolah baru tidur.

Itu yang bestnya kerja sendiri. Tak terkejar-kejar.
Appointment pun dah kurang, sejak akhir-akhir.
Tunggu masa je sekarang ni. Banyak rehat kat rumah.
Masuk tetap masuk. Bulan-bulan income masuk.
Masuk dan tak berkurang...hi!hi!hi!
Tak sangkut apa-apa, rumah, kereta dan lain-lain lagi.

MLM.
Pilihan tepat.
Bina meniaga.
Kukuh sekukuhnya.
Income tiap bulan masuk.
Kena buat kerja dulu la.
MLM bukan pelaburan.
Masuk dan tunggu duit masuk.
Tak ada dalam dunia MLM.
Kalau ada yang claim begitu, memang sah-sah menipu.


Akademi Taipan181.

Selasa, 27 Mac 2012

X Larat Sangat.

Mungkin tak gi kelas malam ini. CDM Kartini tak larat. Dah dekat. Dah tak lama lagi. Lepas bersalin, baru pulun semula. Dah tak bergerak sangat dalam sebulan dua ni. Tapi syukur. Buat MLM, income masih ada, walaupun kerja sedikit berkurang. Income tak terkesan sangat. Maintainlah katakan.


Akademi Taipan181.

Amar Masih Di Colombia Asia.

Amar.
Hari ke 2.
Dijangkakan hari sabtu,
baru balik rumah.
2,3 hari lagi kat situ.
Nasib baik, maid ada.
Lagi pun kami kerja sendiri.
Tak ada masalah....
Bila-bila masa boleh gi.
Pagi, tengahari, petang, malam atau tengah malam.
Demam dah keboh.










Akademi Taipan181.
Powered By Blogger