Jom Follow

Khamis, 30 Jun 2011

Jom Berjaya

Semuanya cabar diri. Bulan depan naik pangkat lagi. Dapat tabung kereta. Dapat wawasan pun lagi baik. Usah beralasan lagi. Ilmu telah dicurahkan. Ilmu dah banyak. Tunggu masa nak guna. Jangan dok simpan. Nanti berkarat. Usahlah bermuram durjana kalau tak close, semua org alaminya. Cari lain, dan jangan berhenti menaja. Jangan ada niat sekali pun.

Semua happy.
Semua seronok.
Semua enjoy.
Semua puas.
Semua gembira.

Ada yang baru.
Ada yang lama.

Ada Cdm.
Ada Ddm.
Ada Dsm
Ada Ssm.
Ada Sm.
Ada pengedar.

Bekerja untuk diri.
Bekerja untuk pasangan.
Bekerja untuk anak-anak.
Bekerja untuk mak bapak.
Bekerja untuk bangsa
Bekerja untuk agama.
Bekerja untuk negara.

Ada yang yakin.
Ada yang tak yakin.
Ada yang 50-50.


Aku dan prospek..


Tiada rahsia capai kejayaan.
Semua dah tahu.
Ada impian.
Buat perancangan.
bertindak ikut perancangan.
jgn give up.
jgn berhenti. 
bertanya pada yg jadi.

Selalulah bayangkan apa yg kita impikan.
tanamkan keyakinan kita boleh capai impian tersebut.
Selalulah cakap apa yang kita impikan.
Tampalah gambar-gambar impian.
Rumah idaman. Kereta impian. Percutian idaman.

impian meniup semangat juang.
tak gentar hadapi cabaran.
tak goyah dengar cite negatif.
orang gagal, adakah kita juga akan gagal.
sepatutnya jangan buat apa yang menyebabkan mereka gagal.
ambil cabaran, kita boleh berjaya.

bila dengar.
bersemangat.
balik rumah, pikir, tak jadi. tangguh dulu.
lebih-lebih lagi, tanya yang gagal.
tanya orang tak buat.
tanya orang negatif.

adakah kita juga gagal.
belum buat lagi,
belum masuk lagi.
dah takut.

ramai gagal.
adakah kita juga akan gagal.
kenapa tak lihat orang berjaya.
kenapa tak tanya orang-orang positif.

takut gagal.
hingga tak berani mencuba.
mulut asyik merungut gaji tak cukup.
barangan naik. boring kerja.
ajak berubah, takut gagal.


Malaysia vs Taiwan.

  
Suasana diawal perlawanan. Dapat masuk setelah perlawanan berlangsung lebih kurang 5 minit. Tiket baru beli, nasib baik tak lama sangat beratur.
Sibuk berniaga. Sibuk jumpa prospek. Sibuk bantu rakan niaga. Dicelah-celah kesibukan tersebut, masih lagi beri masa pada diri meneroka minat yang tertanam sekian lama. Menonton bolasepak di stadium. Tahun ini dah beberapa kali, bersesak-sesak di stadium. Menonton perlawanan-perlawanan penting bola sepak.
Bukan setakat ibu-ibu yang hadir, anak-anak juga hadir bersama. Beri sokongan pada pasukan kebangsaan Malaysia vs Taiwan semalam. Walaupun mereka tak tahu apa yang terjadi, sekurang-kurangnya dapat lihat keseronokan pemain dan penonton dalam stadium. Baby boring yang amat. Komplen penonton bising. Tak senang duduk.
Tak sampai 1/2 jam dah jumpa kawan. Dah mesra. Dah boleh bermain bersama. Mudah. Senang. Kalau buat networking memang berjaya. Itu budak-budak. Kenapa kita yang dah berumur ni, sepatut lagi cepat bina persahabatan dengan orang yang baru kita temui. Pasti senarai nama akan sentiasa bertambah. Tak susah nak cari prospek.
Lihat Mak cik kat bawah tu. Dari mana datang. Dengan siapa datang. Semangat betul dia semalam. Tak senang duduk dia semalam. Sekejap duduk,sekejap berdiri. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah.
Ini yang aku alami sendiri.
Aku beli 4 tiket, dari kaunter.
Ada ulat ambil tiket dari aku.
bawa aku dan rombongan masuk stadium melalui pintu kenalan mereka,
tanpa tiket dikoyak.
Jadi tiket tersebut akan dijual balik.
Harap pihak FAM ambil tindakan.
Agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

2-1
Malaysia menewaskan Taiwan.
Akan bertemu lagi 3/7/11 di Taiwan.
Kerja lebih mudah sikit.
Perlawanan ok la, menarik.
Penonton pun ramai, lebih ramai dari 
perlawanan kelayakan Olimpik 2012 minggu lepas.
Penonton seronok dengan permainan pasukan Malaysia.
Menang pulak tu.

Meniaga kita pun sama.
Semakin menjadi-jadi.
Semakin mudah tarik prospek.
Semakin ramai yang close.
Senyuman semakin manis.
Mimpi pun berbunga-bunga.

Rabu, 29 Jun 2011

Masa Depan.


Masa depan diciptakan melalui pikiran,
kata-kata dan tindakan masa lalu. 
Masa depan adalah tuaian dari benih yang kita tabur,
di masa lalu.

Hujan; Melepas Minda Terjajah


Rabu.
Hari nan indah lagi mendamaikan.
Hujan turun pagi ini sedikit menyejukkan bumi.
Memberi isyarat kemarau telah berakhir.
Musim bah datang membangunkan jiwa kita.
Menghilangkan resah yang menawan jiwa sang pejuang.
Menyuburkan yakin pada perniagaan yang kita tekuni.

Tidur sering terbangun.
Aura kelas malam tadi sering mengacau.
Malah masih mengacau hingga kini.
Aura menerjah setiap jiwa yang hadir.
Aura piala kemenangan dan kekayaan telah menjelma.
Peganglah erat-erat, julanglah seteguh-teguhnya.
Semakin benar.
Semakin terang.
Semakin bersinar.
Semakin bercahaya.
Tak semua orang nampak.
Tak semua orang percaya.
Tak semua orang rasai kewujudannya.

Wang sudah sampai.
Duit pitis sudah tiba.
Dollar sudah mampir.
Kutip, ambil, pungut.
Tapi buat dulu sedikit usaha.

Jam terlalu cepat.
Demo penuh dan tertunggu-tunggu.
Sempat 2,3 demo dan lain kena esok dan esok.
Harap prospek dapat bersabar.
Nak dapat sesuatu yang berharga mesti bersabar.

Datang pasti teruja. Lihat ramai orang berjaya dan sedang berusaha untuk berjaya.


Jauh dekat pasti sampai. Tua muda pasti sampai. Lelaki perempuan pasti tiba.

Selasa, 28 Jun 2011

Sabar
Bekalan ampuh utk berjaya.
Atasi semua yg memusnahkan dr meraih impian.
Senang hati, berdepan halangan.

Gawat!!

Bertemu lagi.
Masih belum jemu.
Masih bersemangat.
Masih ada sesuatu utk dikongsi.

Kedudukan kt hari ini atas pilihan kt.
Tak ada org lain yg boleh tetapkan utk kt.
Tahap pendidikan, jenis pekerjaan, pendapatan,
Rumah kt diami, kereta yg kt miliki dan byk lg.
Kedudukan kt biasanya ditentukan oleh pendapatan yg kt bawa balik rumah.
Bukan semata-mata gaji.
Pendapatan tidak ditentukan oleh tahap pendidikan seseorang. 
Tetapi pekerjaan biasanya ditentukan oleh pendidikan.
Ada org buat overtime utk tambah pendapatan.
Musim-musim gawat ni, ot dah tak ada.
Parah akibat kerana harapkan gaji yg tak seberapa.
Ada org buat kerja sambilan.
Ada org berniaga kecil-kecilan, jual burger, nasi lemak, goreng pisang.
Ada org terpaksa tambah pendapatan yg belum cukup.
Ada org suka-suka tambah pendapatan kerana nak tampung perbelanjaan hobi masing-masing.
Ada jg yg berniaga mlm. ada yang buat insurans dan macam-macam lagi.
Lepas kerja, beri masa beberapa jam utk bina networ, sebelum balik rumah.

Maharaja Lawak Akhir


Sepah Juara Maharaja Lawak. Dapat RM350,000. Berbaloi penantian selama 13 minggu. Perah otak cari idea bukan mudah. Penangan persembahan terakhir mereka, beri impak yang besar terhadap undian mereka. Jangan kecewa peminat Jozan. Jozan tetap menang dihati anda semua. Kami datang nak saksikan mereka secara live. Ternyata menyeronokkan. Rasanya 3 jam berada kat stadium Malawati berbaloi. Dapat lihat ragam-ragam mereka yang bergelar artis. Ada suka dan tak kurang juga yang meluat. Terpikir juga aku, jadi artis kena jadi begini ke..

Celah-celah kesibukan berniaga. Sempat juga hadirkan diri, lihat Pertandingan Maharaja Lawak Akhir. Teruja tengok peserta beraksi. Bukan mudah nak buat orang ketawa. Bukan mudah, untuk orang undi kita. Tapi kalau kita buat yang terbaik dan nampak kesungguhan kita, peminat tetap bersama dengan kita. Ramai juga yang ambil kesempatan edar flayer, letak kat kereta penonton. Ada 3,4 jenis flayers yang berbeza. Cara mudah, tapi belum tentu cara paling berkesan.

Selasa Pagi

Bertemu lg. 
Ada yg masih berjuang di medan.
Ada yg baru sampai rumah. 
Ada yg br keluar rumah, demo lepas shif malam.
Ada yg diulit mimpi-mimpi indah. 
Ada yg masih merancang utk aktiviti esok.
Aku jg masih segar. 
Masih hangat. 
Masih panas.
Semangat membara. 
Tidur pun tak lena.
Tak sabar tunggu hari esok.
Nak berkongsi dgn prospek.
Nak cerita peluang buat duit.
Nak perbetulkan salah faham terhadap hai-o.
Nak buktikan kepada rakan niaga, meniaga ini masih ada masa depan.
Meniaga ini boleh sara keluarga. 
Meniaga ini boleh jadikan kt kaya.
Berjesi Harimau Malaya. Semangat juang mereka semakin hebat sejak balik dari Hong Kong. Berterusan hingga hari ini. Hari-hari ada demo. Bukan 1 malah 3,4 demo sehari.

Sejak balik dr Hong Kong, keyakinan pd mlm makin tebal. 
Keyakinan pd syarikat makin kukuh. 
Utama sekali yakin pada diri makin kuat. 
Aku ada potensi yg luar biasa, cuma aku belum guna sepenuhnya. 
Segala cerita negatif pasal dunia mlm dan syarikat adalah tak betul. 
Cerita dah tak leh cari makan, itu semua bohong.
Saja nak jatuh kt punya semangat juang. 
Org meluat bila dengar Hai-o, itu jg bohong. 
Masih ramai yg join.
Bulan Mei, 2000 org pengedar baru.
Sape kata org meluat.
Org saja-saja buat cite agar smgt kt kendur. 
Kt banyak dengar cite propaganda saja.
Cie nak jatuhkan lerniagaan kt. 
Cite nak musnahkan apa yg kt miliki sekarang.
Pergi x close, itu biasa. 
Cdm pun biasa x close.
Usah frust kl x close. 
Kt join pun setelah 2,3 kali dengar. 
Jgn give up, terus cari prospek baru. "yes" berada sebalik "no".
Mungkin 10 no baru temui yes.
Kt mesti terima realiti, bkn iadel saja.
MP nampak mudah. 
Nampak senang. 
Bila kt buat, tak semudah itu org join. 
Kalau cpt patah smgt, kejayaan memang sukar mendekati kita.
70% peserta seminar adalah orang baru. Jadi permulaan yang bagus bagi mereka. Mulai usaha dengan hadiri seminar sebegini hebat. Membantu mereka dapat info terkini dan dapat bertemu Cdm Otai. Mereka jadi bersemangat.Sebelum ini hanya dengar cerita dari leader Sabah saja. Ada yang bertekad, mahu buat sungguh setelah dapat suntikan motivasi dari Cdm Otai. Keraguan yang wujud sebelum ini telah terpadam setelah hadiri seminar. Ada yang tak balik rumah, terus singgah jumpa prospek terlebih dahulu. 48 jam mesti lakukan perubahan. kalau tak memang tak berubah.

Semalam NDS Sabah. 
Peserta yg dtg suruh Sabah. 
Hampir 100 org yg datang, meskipun bertembung dgn 'jom heboh'. 
Mereka yg dtg, memang terbakar. 
Mereka yg dtg memang bersemangat. 
Mereka dtg, memang bertuah. 
Dpt inspirasi utk terus bekerja, meskipun ramai yg telah undur diri.
Mereka tahu apa nak buat seterusnya.
Mereka dpt ilmu, bgaimana nak tambah senarai nama.

Mereka jg teruja dgn tawaran ganjaran yg bakal mereka perolehi jk capai satu2 target.
Mereka jg dpt sentuhan direct Cdm Otai, jika sebelum ini hanya dengar nama sahaja. 
Kali ini boleh bertemu mata, boleh peluk, boleh cium.

Isnin, 27 Jun 2011

NDS Sabah- Apa mereka dok bincang?

Sekitar NDS Sabah.
Agak-agak apa yang mereka dok bincang.
pasal impian. hebatnya MP. pasal semangat.
pasal inspirasi. pasal gerak kerja.
itulah yang biasa dibincangkan dalam dunia mlm.
bila 2 org bertemu, tambahan pulak rakan niaga.
semangat pasti ditiupkan.
jangan bergossip pulak.
meniaga tak tentu hala nanti.
Mengalah bukan pilihan seorang panglima. ayuh kita sahut cabaran. atasi segala halangan menuju destinasi pulau impian.

Apa lagi mahu. Ilmu dah tercurah. Buat seperti yang diajar. Hasilnya pasti lumayan.

Tiru macam kami. Hari-hari buat. Tanpa jemu. Tanpa give up. Tak ada niat nak berehat pun.
Sama-sama kaya. sama-sama berjaya. NDS bekalan ampuh untuk bertempur di medan.

Makan pagi. Malam tak leh tidur. Semangat punya pasal. Dah tak sabar nak kongsi peluang dengan prospek. biar kaya sama-sama.

Rehat sekejap pasti ada cerita nak dikongsikan. Meniaga ini memang kita boleh buat. boleh ubah hidup. NDS ubah persepsi salah terhadap perniagaan mlm.


Beg Siapa Punya?







berbagai jenama beg.
aku pun tak berapa arif.
bonia, prada, LV, Coach,
banyak lagi..

ada murah, ada sederhana dan ada mahal.
pilih ikut minat.
pilih ikut kemampuan membeli.
pilih ikut penggunaan.
pilih ikut kawan.

Isnin2

Hasilnya paling penting. Tunggu 2,3 bulan lagi, baru nampak hasilnya.

semalam telah berlalu.
hari ini, muncul kembali.
hari untuk kita cipta sejarah baru.
hari untuk kita raih sesuatu yang luar biasa.
hari untuk kita buka diari baru yang lebih indah.
hari ini pelangi-pelangi indah berada atas kepala kita.
Mesti berani. Berani. Berani. Buat. Buat dan terus buat. Tengok hasilnya nanti. Orang tak nak, kita tak mati pun, cari yang seterusnya.

hujan pagi ini.
tandanya kemarau telah berakhir.
tanah-tanah subur kembali. 
pokok-pokok kembali caria.
hati kita pasti berbunga-bunga.
Dunia penuh dengan wang. Diman-mana ada wang, cuma perlu tahu cara nak tarik wang tersebut. Dimana ada manusia disitu ada wang.

kita dilahir untuk jadi juara.
kita dilahirkan untuk jadi pemenang.
kita dilahirkan untuk mengatasi segala halangan/cabaran.
walau siapa pun kita, latarbelakang, pendidikan dan keturunan.
kita tetap jadi juara....

Penduduk Malaysia 27 juta orang. Prospek memang tak habis. Kita yang kehabisan harapan, menyebabkan gelap mata dan tak nampak prospek lagi...rugi.

9/10 punca rezeki dengan berniaga.
kita dah berada dalam dunia perniagaan.
dunia penuh duit. dunia penuh pitis.
dunia penuh wang. dunia penuh dolar.
walaupun penuh wang, halangan/cabaran pun hebat juga.
cabaran dalaman. cabaran luaran.
cabaran luaran lebih mudah.
tapi cabaran dalaman lebih sukar.
ramai yang tersungkur lantaran cabaran dalaman.
Saya boleh! Saya hebat! Saya pasti berjaya. Laungkan setiap hari supaya meresap dalam minda separuh sedar. Anda akan tahu apa akibatnya nanti.

cabaran dalaman.
tak yakin boleh berjaya.
tak yakin potensi yang ada.
berada dalam zon selesa, tak mahu berubah.
Pikir boleh, maka kita boleh. Pikir tak boleh, maka tak bolehlah kita. Pikir gagal, maka gagallah kita.

mlm adalah dunia unik.
ramai jutawan lahir dari dunia mlm.
dunai bagi yang berani mencabar diri.
dunia kejayaan tanpa limit.
hadnya wujud bila kita menciptanya.
bila kita letakkan batas-batasnya.
dunia bagi yang rajin.
dunai buat yang tekun.
dunai buat yang kreatif.
dunia penuh kebajikan.

Ahad, 26 Jun 2011

Transformasi Perubahan Diri

- Keinginan yg meluap-luap.
- Sikap yg betul. Kalau kt sangka susah- maka susahlah kita. Kalau kt fikir malas- maka malaslah kt. I can, lbh penting dr I Q.
-
Bertamu lagi pagi ahad.
Pagi yg amat menakjubkan dan paling bersemangat.
Suntikan ilmu, motivasi oleh En.Roslan Muhamad punya pasal.
Slot yg penuh dgn tips untuk terus cemerlang dalam dunia mlm.
Siapa yg sungguh2 ambil ilmu dan ada niat untuk amal, pasti dpt hasilnya.
Kita buat mlm, untuk kita dan keluarga.
Ubah minda, jgn dok ckp citer negatif. Dok pikir negatif.
Hai-o dah tak leh buat.
Hai-o org dah tahu.
Hai-o ramai yg gagal.
Inilah yg dok bermain dlm pikiran.
Menggangu gerak kerja. Kt kurang bermotivasi.
Kt jd tak bersemangat. Jd malas utk bertindak. Berjuta dalih akan terhasil.
Hari ini,
hai-o masih hidup
hai-o, semakin ramai yg join.
Hai-o, semakin ramai yg berubah hidup.

Sebenarnya, org rajin tak ada masalah.
Org ada impian, mereka tetap buat. Mereka kejar impian sampai dpt. Mereka yakin pd potensi yg mereka miliki. Hal2 negatif mereka letak tepi. Tak kisah dgn ckp2 org.

Sabtu, 25 Jun 2011

LCCT punya kisah.

Tunggu masa nak terbang ke KK.
Hari ini dan esok, ada seminar.
Masa utk gempur habis.
Masa untuk pulun giler.
Masa citer negatif telah berakhir.
Masa org negatif telah tiada.
Masa emas telah kembali.
Zaman rancak telah muncul semula.
Zaman org cari duit lebih telah bergema semula.
Kongsi buat duit. Kongsi mudahnya buat duit.
Kongsi cara buat duit. Cara betul punya.
Bukan cara tipu punya.
Kalau ada yg gagal, kerana mereka tsk buat.
Kalau ada yg gagal, kerana tak ikut ckp leader yg berjaya.
Gagal kerana meniaga cara ikut suka aku.
Gagal kerana jemu berguru.

Ayuh kita bina network kembali.
Pasaran masih luas. Org masih ramai.
Lombong emas dah depan mata. Kita letupkan ketulan batu. Dpt banyak dan cepat.
Bukan lg pecahkan dgn tangan. Lambat jumpa. Kalau jumpa pun sikit.
Ayuh rakyat malaya. Usahlah kita dok lemad dlm mitos ciptaan kita sendiri.
Hai-o,dah tak leh buat. Org dah tak nak. Dengar nama pun dah meluat. Siapa kata? Kita kata. Anda kata. Saya kata. Habis yg pergi hong kong sampai 700 org tu siapa. Hari-hari ada yg masuk. Hari-hari ada yg ambil dana. Hari-hari barang bertukar tangan.
Mitos tersebut dah berakhir. Bila tamat? Saat ini. Minit ini. Jam ini. Hari ini. Buka langkah kembali. Gelanggang kembali hidup. Gendang dan serunai kembali bergema. Kita pasti cemerlang.

Sabtu.


Sabtu.
Cuti hujung minggu.
Lebih hepy bila gaji dah masuk.
Boleh belanja lebih sikit.
Makan kat luar bersama keluarga. 
Boleh jalan-jalan dengan anak.
Paling malang bila sekolah buat aktiviti hari sabtu.
Rosak segala perancangan. Nak ke mana pun tak boleh.
Sekolah kerap buat penataran ilmu. Adus?
Itu dulu, sekarang semasa aku jadi cikgu dulu.
Balik sekolah pun dah jam 3pm. Ada koko kena tunggu lagi.
Tak koko kelas tambahan pulak. Rabu minggu pertama setiap bulan.
Meeting guru pulak, meeting jabatan, panitia, kelab dan banyak lagi.
Bila lepaskan jawatan, Segala itu telah tiada. Bebas apa nak buat.
meniaga dan meniaga.
apa lagi nak buat selain dari meniaga.
hari ini kami gi sabah. gempur..

Jumaat, 24 Jun 2011

Masjid Di Hong Kong



 Astro Oasis pun dah sampai...

Tetap Tumbuh.


Jumaat- Sri Petaling, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Aku pasti tumbuh.
Aku pasti berjaya.
Aku tetap bangkit kembali.
Aku tetap cemerlang kembali.
Janji syarikat utuh berdiri.
Mati. Mati aku taja baru.
pergi!pergi! aku taja baru.

aku ambil hari ini. 8/7/11. sayang. belum besar dah musnah. belum kukuh dah dikhianati oleh tangan-tangan ganas. kalau ikutkan gambar 1, dah besar. dah tumbuh besar.
 jangan musnah aku.
aku pun nak hidup.
bagilah peluang.
bajailah aku.
patah tumbuh ,
hilang beganti.
kena jaga baik-baik.

Jumaat. 23/9/11. Aku kembali subur. Semakin besar. Semakin cantik. Tiada lagi tangan2 nakal yang mematahkan aku punya pucuk2. Tambah pulak, selalu hujan. Tanah kian subur. Aku juga bertumbuh bergaya.
 Aku tetap lawan.
Aku hanya tahu, tumbuh subur.
Lain2 aku tak tahu.
Aku punya kerja, naik dan terus naik.
Capai awan pun tak ada masalah.
Bila aku besar nanti.
Ramai yang boleh ambil manfaatnya.
Paling kurang tumpang berteduh dari panas.

Macam aku berniaga.
Buat tetap buat.
Meskipun ramai yang dah tak nak buat.
Aku nak kaya. Aku nak duit banyak.
Tahun depan, aku nak gi umrah dengan anak-anak.
Tentulah belanja pun besar.
Kena kerja kuat dan menyimpang.

Buku Terbaru...




Koleksi baru. 
beli kat Masjid Sri Petaling.
Sampai awal, sempat baca dulu.
Isinya menarik. Teruja membacanya.
Surah Yaasin, sering kita baca.
malah antara surah paling banyak,
dibaca oleh orang kita selain ayat-ayat lazim.
Tetapi kena masih lagi belum hafal. 
Kenapa belum melakat dalam hati.
"Sesungguhnya aku inginkan supaya surah ini ( YaSiin) berada di 
dalam hati (dihafaz oleh) setiap orang di kalangan umatku" 
Hadis Riwayat AL-Bazzar.

beri semangat untuk aku.
kena baca setiap hari. 
atau masa terluang.
dah ingat.
jagalah jangan lupa.
 banyak kelebihannya.
buku ini bagi sedikit panduan menghafalnya.
1- mesti ada niat nak hafal.
2- baca berulang kali sehingga hafal.
3-guna minda untuk hafal.

Pas Masuk Maharaja Lawak 2011

Tak pernah gi tengok. Kali ini final. Ada pas masuk. Tak akan lepas peluang ini. Malam ini, aku dan isteri, cdm Kartini akan ke stadium melawati. 2 minggu awal tengok TV. Lepas tu layan youtube. Tak masuk pun pakej warna. Nanti anak-anak melekat depan tv . Bermacam-macam cerita yang dihidangkan. Aku pun bisa melekat. Hilang tumpuan pada meniaga dan minat aku. Malam ini, akan aku gagahi jua. Lihat pentas akhir. Tengok lawak-lawak mereka yang bergelut dipentas akhir. Sukar nak tentukan siapa bakal menang RM300K. Lawak mereka malam ini jadi penentu. Aku pun kena undi malam ini. Tak boleh minat sahaja, tanpa bertindak. Sokong, tapi tak undi. Hampeh. Suka, tapi tak undi. Minat, tapi tak undi. Nak undi siapa? Rahsia. Sanggup perhabis duit malam ini. Kena bayar bil siap-siap. Biar puas hati mengundi. Asalkan menang..... jam 10pm, di stadium melawati. Kena hadirkan diri. Tak sabar nak lihat lawak-lawak maharaja lawak.


Khamis, 23 Jun 2011

Cite Panas!!!


Hong Kong-Sarapan pagi, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Malam semakin larut.
Semangat berniaga masih panas.
Darjah kepanasan macam menaik je.
Tak turun-turun lagi, pasti merebak pada rakan niaga.
Datang dekat.
Kayu basah bisa kering. 
Dah kering pasti terbakar. 
Dah terbakar pasti bermanfaat.
Ambil hawa panasnya.
Momentum masih naik.
Meniaga semakin rancak.

Makin cabaran datang.
Semangat juang makin kuat.
Makin ramai yang kurang yakin.
Semangat niaga menjadi-jadi.
Makin ramai yang perlahan-lahan undur.
Menaja semakin rancak dan jadi.
Makin ramai menyata aku.
Aku jadi semakin kebal.
Makin ramai yang menyata aku.
Aku semakin kukuh.
Makin banyak menyata aku.
Aku semakin ceria.
Makin banyak menyata aku.
Aku semakin lebar menaja.
Makin ramai yang pergi.
Makin ramai yang aku jumpa.
Makin ramai yang akan pergi.
Makin ramai aku menaja.

Jom Join Kami


Sejak balik dari Hong Kong.
Semangat berkobar-kobar, seperti duduk atas bara api.
Sentiasa kepanasan dan otak sentiasa mahu bekerja.
Sentiasa nak kongsi cara buat duit. Cara lebih mudah dan berkesan.
Tak langgar undang-undang negara. Cara paling selamat.
Bukan pelaburan, yang janji bulan-bulan masuk duit tanpa kerja.
Kena buat tindakan yang minimum setiap bulan untuk dapat income.
Lebih 10 tahun bertapak tapi masih bolah pakai.
Tak ada jalan lain yang dapat ganti cara ini.
Semakin ramai yang tertarik dengan cara ini.
Hari-hari ada orang berminat untuk join.
Hari-hari ada orang yang join.
Senang. Senang. Senang.
Mudah.Mudah.
duit. duit.
wang.

Cara mudah buat duit.
Mudah-mudah pun kena buat kerja.
Terbukti berjaya. Terbukti berkesan.
Terbukti boleh ubah cara hidup.
Terbukti pendapatan bisa bertambah.
Life style pun semakin berubah..

Jom Join Kami.
Jom Ikut Kami.
Jom bersama-sama kami.
Jom sama-sama kaya.

Pak Cha Gi Hong Kong.

Tak sangka.
Dengan meniaga ini.
Dapat pakej melancong.
Hong Kong destinasi pertama.
Belgium dan Holland sedang menunggu.
Pak Cha akan melancong lagi.




Satu pakai payung, satu pakai topi.


Pak Cha bersama dengan rakan-rakan akademi taipan181. Selain lihat negara orang, pak cha dapat juga kenal mengenal dengan rakan niaga taipan dari kl dan sabah.
Apa yang dicari. Cari roti, lapik perut kot.

Terima kasih Hai-o dan Akademi Taipan181.
Pengalaman luar biasa buat Pak Cha.

PKB 181

Selamat pagi.
Bertemu lagi, pagi yang ceria.
Pagi yang mengujakan.
Pagi yang memberangsangkan.
Pagi yang penuh bermakna.
Pagi yang penuh bererti.

Penantian berakhir sudah.
Semalam telah memandu kereta idaman.
Honda Accord.
Mungkin bagi sesetengah orang mampu memilikinya.
Tak hairan dengan kereta ini.
Tapi bagi Ddm Din, kereta ini menjadi simbol kejayaan.
Simbol kekegigihan. Simbol ketekunan. Simbol kejantanan.
Simbol kemenangan.
Dalam menekuni dunia MLM.
Cabaran dan halangan dapat diatasi. Dapat ditakluki.
PKB 181 dah menjalar semalam. Hari ini akan menakluki Utara. Awas!

PKB 181 menjadi  tumpuan terbaru Safira Club. Siapa kata mlm dah tak leh cari makan. Bukti terbaru, mlm masih boleh menampung hidup.

PKB 181. Guna sepenuhnya untuk kembang dan kukuhkan perniagaan. Lebar dan dalam lagi group.



Cdm Muhamad dan Cdm Abg Ali. Cuba PKB 181. Best. Hebat. Bergaya.



Ddm Din tuan punya PKB 181. Tak ada cabaran yang tak bisa diatasi. Perlukan ketekunan untuk berjaya. Semalam dah bermula era baru. Era lebih gemilang. Kejayaan lebih besar sedang menanti.


PKB 181. Pasaran masih lagi luas. Pasaran masih lagi kosong. Pasaran masih lagi muda. Jom turun padang. Jom kerja! Jom buat! Jom kaya. 





Sociable