Jom Follow

Jumaat, 30 November 2012

Aiman Hilang Selipar Lagi.

Ha!ha!ha!
Lepas jumaat.
Balik rumah.
Rehat & Santai.
Petang nanti bertolak ke KT.

Ada kisah.
Ada cerita nak share.
Kisah biasa-biasa. 
Tak kongsi pun tak apa.

Kisah solat jumaat.
Kasut tak jumpa.
Kasut hilang.
Selipar tak jumpa.
Selipar hilang.
Balik rumah kaki ayam.
Balik peabat kaki ayam.
Ada kedai, beli dulu selipar jepun.

Hari ini Aiman yang kena.
Semalam baru beli selipar fipper.
Merah warnanya.
Harganya sekitar RM25 sahaja.

Nak balik rumah.
Semasa turun tangga.
"Harap-harap selipar abang tak hilang" kata Aiman.

Bila sampai je kat tempat letak kasut & selipar.
" Selipar abang, tak ada abah." 
" ye ke."

Semalam pulak.
Aku punya selipar yang hilang.
Bukan hilang kat masjid & surau.
Tapi hilang kat rumah.
 Aku sedar sekitar jam 10.30 malam.
Nak keluar, cari selipar tak jumpa.
hi!hi!hi!

Itu je yang aku nak kongsi.
Banyak ilmu yang aku dapat dari 2 selipar yang hilang tu.

Hukum tarikan...
Kalau dalam minda dok pikir 'selipar hilang, selipar hilang.'
Kebarangkalian selipar akan hilang menjadi besar.
Dan itulah jadi akhirnya.
Kita pikir, dia datang.
Kita pikir hilang. Hilang akan datang.

Mula-mula aku beli selipar baru pun gitu.
Kalau nak ke masjid solat jumaat.
Mesti pakai selipar lain, takut hilang.

Dah 2,3 bulan aku pakai.
Dah buruk, aku dah tak kisah.
Pakai gi masjid & surau.
Dah tak takut hilang.

Tapi Allah Maha Kaya.
Ingat kat masjid ke selipar boleh hilang.
Tengok semalam kat rumah pun selipar boleh hilang.
Aku dah terima pengajaran ini.
Aku dah banyak belajar.

Rehat seketika di tangga masjid sebelum pulang.
Sebelum masuk masjid. Isi perut dulu. Hari ini aku pilih nasi biryani ayam.
Aiman memilih nasi & ayammasak cili padi.
 

Khamis, 29 November 2012

BV Tawan Sabah.

Bio Velocity menawan hati rakyat Sabah.
Bakal lahir CDM-CDM 2013.
Tambah tenaga baru & tarik tenaga lama.
Berpadu tenaga gempur pasaran Sabah.
Sekejap sahaja akan jadi meletup kembali.
Lebih gempak & havoc.

Aku kutip foto ini yang dikongsi oleh CDM  Siti Rahmah Leonardo.
Hari ini diadakan sesi Bio Velocity Sleep Mate khas Usahawan Sabah.
Ternyata sambutan amat menggalakkan.

CDM Siti Rahmah Leonardo & CDM Kelvin

CDM Siti Rahmah Leonardo & DSM Rosmini Minal & CDM Maidah Malin.

DSM Dumantin & DSM Rosnani Minal.

Ramai-ramai teruja dengan Bio Velocity Sleep Mate.

CDM Siti Rahmah Leonardo.

CDM Kelvin & CDM Maidah Malin.
SSM Suzie & Suami.
 Ini baru permulaan.
Ingat tahun 2013 tahun gemilang Sabah.

Burger Bakar; Sri Pulai.

Selamat tengahari.
Aku share dengan anda.
Burger bakar. Food court Maulana Taman Sri Pulai.
Temiang, Negeri Sembilan.
RM12 satu.
Sempat aku tanya pada budak yang hantar aku punya pesanan.
Sendiri punya ke?
Kerja dengan tokey.
Burger bakar ini francais.
1 francais kena RM70K.
Bukan murah tau....
Berapa lama baru balik modal.
Satu malam stall kat sini cecsh ±rm 1700.
Berapa biji kena jual.
Nak siap satu biji, masa lebih lama dari burger biasa.

Add caption

Rumah Tuan Yus & Lin.

Temiang.
Negeri Sembilan.
Malaysia.
28/11/12.
Bersama CDM Kartini & CDM Jai.

Bertolak lepas maghrib.
Ikut LEKAS menuju Sri Pulai.
Rumah DSM Yus & Lin.
2,3 kali pusing juga baru jumpa.
Gelap& tak nampak signboard.
Ada makan-makan sikit bersama rakan niaganya.
Kami dijemput, memeriahkan suasana & share sikit tentang biz.
Macamana nak jalankan biz ini. Macamana nak maintain semangat.
Macamana nak hadapi rejection.
Senang cakap, macamana nak kaya melalui ATM181.

Sejak mereka join.
Semalam baru sempat kenal lebih rapat & mesra.
Selalunya jumpa kat kelas, tak sempat nak sembang serius.
hai!hai!bye!bye! saja.

Mereka punya potensi cukup besar.
Masih muda. Punya impian. Penuh energy.
Sayang kalau tak pegang & buat sungguh-sungguh peluang ini.
Pasaran buat mereka terlalu besar. Medan untuk bergerak cukup-cukup luas.
Perjalanan masih panjang. Nak kahwin. Nak rumah. Nak kereta.
Nak balik kampung setiap bulan ( Sabah ).
Walaupun ada AirAsia, tak mampu nak balik setiap bulan.

Nak bantu keluarga di kampung.
Setakat gaji sahaja, tak cukup sangat nak bantu keluarga.
Kalau bantu pun, hati tak puas. Kalau boleh nak bagi lebih lagi buat mereka.
Biz bersama ATM181, realisasikan hasrat tersebut.
Income tepi dari biz ini, boleh hulur pada keluarga lebih banyak & kerap lagi.
Adik nak sekolah. Adik nak belajar. Adik nak basikal. Adik nak beli buku.
Adik nak hp. Macam-macam lagi boleh beri pada adik-adik.

Kerja, cukup makan. Nak lebih-lebih memang tak boleh.
Kos hidup semakin tinggi. Gaji sikit je bertambah setiap tahun.
Harga rokok, naik tiap-tiap tahun.

Semalam dijamu dengan nasi & macam-macam lauk.
Ada siakap 3 rasa, ayam pandang, tomyam seafood. 
Lagi best ada durian...

Layan foto.
Macamana ni?

Serius dengar. Rugi pulun giler. ATM181, beri peluang untuk kaya.
Semua orang nak duit. Share je dengan sahabat. Jangan takut rejectiom. Tak nak, next...
Jam 11 lebih.
Kami bertolak balik.
Tak sampai 5 minit dari rumah DSM Yus.
Singgah dulu di Maulana Sri Pulai.

Jumpa kawan yang dah lama tak jumpa.
Ceritanya panjang & dapat ilmu dari perkongsian pengalamannya.
Syok & menarik.
Nak lama lagi, tapi mengantuk punya pasal.
Dari situ jam 1 pagi menuju ke Bukit Kinrara juga ikut LEKAS.
Sahabat baik. Jumpa & dapat ilmu. Tak rugi bersamanya 2,3 jam semalam.
Terpikat dengan nama. Burger bakar. Cuba juga sebiji. Harganya RM12. Semasa pekerjanya hantar. Sempat aku tanya. Berapa RM semalam dapat. Sekitar RM1700. Boleh tahan juga. Kami dah rasa. Kureng sikit. Masih boleh pertingkatkan lagi kesedapannya.

Selasa, 27 November 2012

Datang Kelas.

Hari ini selasa.
Macam biasa.
Malam ini ada kelas.
Ingatan buat diri aku.
Ingatan juga buat rakan niaga aku.
Ingantan juga buat sape-sape nak jadi macam aku.

Nak berbiz.
Datang kelas.

Nak berjaya.
Datang kelas.

Nak jadi CDM.
Datang kelas.

Nak Income besar.
Datang kelas.

Nak jadi mentor.
Datang kelas.

Nak ilmu.
Datang kelas.

Nak jadi macam CDM Jai.
Datang kelas.

Nak melancong.
Datang kelas.

Isnin, 26 November 2012

Anugerah Penghargaan CDC.

Saja-saja kongsi gambar ini dengan anda semua.
Sebagai kenangan buat kami.
Selalu aku kata, catatan blog ini adalah sejarah keluarga kami.
Kami catat, kami rakam semuanya, agar jadi rujukan untuk keluarga kami kelak.
Buat masa ini, tak nampak sangat kepentingannya.
Mungkin bagi orang lain, ini semua kecik je.
"ini pun nak share kat blog"
Anugerah Penghargaan CDC.
 
CDM Kartini Mat Yaakob. Asal, Kg. Kob Berangan, Pasir Putih Kelantan.
CDM Kamarudin Mamat. Budak Bechah Kelubi, Pasir Mas Kelantan.
Kami bersama-sama barisan CDC yang lain, CDM Safiah, CDM Samiah & CDM Rohana sedang terima anugerah dari Tan Sri.


Apa Dah Jadi Raja?' 0-3'.

The Star hari ini..
The Star hari ini...Dah lama aku agak akan kalah. Dok asyik buat eksperimen jah sejok jadi coach Malaysia.
Harian Metro hari ini.
Apa dah jadi Raja?
Baru Metro & The Star.
Belum masuk lagi Utusan Malaysia, Berita Harian & Sinar Harian.

Tak Mahu Sisa...

Bertemu lagi, kali ini belah malam pulak. Aku dok mengadap 'natang' ini selepas kecewa sakan akibat kekalahan Harimau Malaya kepada Singapura.

Masih panas? Masih hot? Masih hangus? Atau sudah sejuk beku? Sejuk ke panas. Aku tetap teruskan perjuangan, yang aku & isteri mulakan sejak 12 tahun dahulu. Masih buat, meski pun sentiasa ada yang angkat kaki. Kami bina yang baru. Setiap hari lakukan. Setiap hari buat. Dah pilih untuk buat, kena buat. Dah pilih nak ikhtiar hidup bersama Hai-O.

CDM Nurhasni dari Sabah. Perjalanan telah dimulakan. Teruskan perjuangan. Hasil lumayan sedang menanti anda. Pasaran amat luas di Sabah.

CDM Ayu dari Penang. Bersama CDM Fitri, bawa rakan kongsi menguasai pasaran Utara. Ayuh jangan berlengah. Jadilah leader hebat kusaai pasaran, bukannya leader yang hanya terima sisa-sisa tinggalan orang lain.
Kami cintai apa yang kami sedang buat. Kami sayang dengan apa yang kami sedang pulun. Kami setia dengan yang satu ini. Sejak 12 tahu, berpanas, berhujan mencari rezeki dengan biz MLM. Biz ini bukan satu perhentian sekadar singgah seketika sahaja. Bila ada peluang lain kami cabut. 

Kami sikit terkilan. Datang seketika, harap cepat jadi kaya raya. Bila tak berapa jadi. Kecewa. Frust. Tersangkut pada yang lain pulak. Ada yang dah pi, juga tak jadi juga. Tapi malu nak u-turn kembali pada Hai-O.

Ramai yang kata tak boleh buat. Ramai yang kata, semua dah masuk. Ramai yang kata nama dah busuk. Macam-macam lagi label negatif terhadap Hai-O. Sedarlah wahai kawan dan orang-orang di luar sana. Masih ramai yang join setiap bulan. Masih ramai yang jadi SM setiap bulan. Masih ramai!Masih ramai. Kutuk tapi tetap masuk...

Ayuh semua, kita ubah mindset mulai malam ini. Masalah sebenarnya tertanam dalam diri kita. Kita yang suka tengok pada sudut negatif.

Semalam. 35 CDM baru diraikan. Di mana mereka buat biz. Di Malaysia. Sama negara dengan dengan kita. Sama negeri dengan kita. Jadi mereka boleh. Kita juga boleh sekiranya kita ubah mindset.hihihihihi

CDM Carl Sum dari Sabah. Dianugerahkan CDM pada ulangtahun ke-20 Hai-O. Mara terus mara. In shaa Allah hidup anda lebih makmur. Hidup anda sekeluarga lebih indah.

Ahad, 25 November 2012

Ulang Tahun ke-20 Hai-O Marketing.

Selamat datang usahawan-usahawan Hai-O.

Wow! Ceria-ceria semua. Senyum lebar. Dapat suntikan semangat. Aku dapat bayangkan muka-muka anda pagi ini. Muka rezeki. Aku dapat bayangkan anda semua berada dalam mood teruja. Mood tak sabar nak terjah bakal prospek. Mood nak share peluang ini dengan insan-insan di luar sana. Aku doakan mood ini kekal lebih lama. Dengan mood ini, kita gapai semua impian yang telah kita gantungkan dipokok impian.
Penganugerahan CDM sesi ke-3.
Menteri KPDNKKsedang berikan amanat pada usahawan-usahawan Hai-O semua. Sempat lagi ngepen tu.
Pengasas Hai-O Marketing Sdn Bhd. Orangnya biasa-biasa sahaja. Punya tekad melihat manusia-manusia biasa hidup seperti mana mereka inginkan.

Kenapa mood ceria? Kan semalam baru lepas, majlis ulang tahun ke-20 Hai-O serta anugerah pangkat CDM. Sape yang datang semalam. Kalau tak rentung hangus, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tengok suasana pun dah cukup terbakar. Tengok deretan kereta mewah dah terbakar. Lihat pula dressing pun dah terbakar, walaupun ada sesetengahnya menyiksa diri sendiri(aku agak la). Dengar pula Ucapan Menteri KPDNKK, setinggi Himalaya memuji Hai-O. Ditambah lagi dengan janji-janji keteguhan syarikat dari Pengasasnya. Kita juga disajikan oleh 3 perkongsian kejayaan dari 3 leader unggul dari syarikat. Ada yang rentung hangus semalam. Ada yang terasa bukan tak boleh buat, cuma diri sendiri yang hanyut dengan suasana palsu yang kita cipta sendiri. Padahal pasaran tak terjejas sedikit pun.

Bila datang. Bertemu muka dengan orang-orang positif. Bertanya kabar. Sembang-sembang. Semuanya ini mengundang keyakinan kita terhadap potensi biz ini, mampu menjadi kerjaya masa depan. Aku dah 12 tahun terjun dalam biz ini pun semakin kemah keyakinan aku pada biz ini. Dari sembang-sembang semalam. Aku dapati semakin ramai yang join. Semakin ramai yang cuti tanpa gaji untuk 'pulun giler'. Ada yang berhenti kerja untuk full swing biz ini. Ada yang baru keluar keta baru. Macam-macam hal positif yang aku dengar dan ini berikan lagi gam untuk lebih kemah melakat pada Hai-O.

Semalam juga. Ada yang dah lama tak nampak. Mula berani menampakkan diri. Mula pecah hancurkan penjara minda masing-masing. Penjara palsu yang mereka buat sendiri dan mereka selesa terkurung dalamnya. Penjara tersebut bukan ada pintu pun. Penjara tersebut tidak ada apa-apa tembok pun. Pintu dan tembok buat sendiri. hihihihihi. Aku yakin, kalau mereka benar-benar keluar. Mereka akan jadi lebih hebat dari dulu.

Ada juga sesetengahnya malu, lihat diri mereka hari ini. Dulu gah di pentas berkongsi kejayaan. Kini tak lagi. Datang kelas seorang diri. Buang malu tu. Mula balik. Start balik. Dulu selalu cakap. Walau apa pun pangkat anda. Kerja macam SM baru rajin buat kerja. Baru rajin turun lapangan.
Aku bersama CDM Ah Hock. Tak sembang sangat. Masing-masing sibuk dengan rakan kongsi. Lagi pun  suasana bising, tak sesuai untuk sembang serius.
Aku bersama dengan CDM Sabri dari Kelantan. Sekali-sekala jumpa,sedut ilmu tentang keajaiban garam buluh.

Aku dengar, ada yang menangis dengar perkongsian semalam. Menangis kerana tak sungguh-sungguh buat. Bila tak sungguh buat, dapat pun tak sungguh-sungguh banyak. Orang yang buat sungguh-sungguh buat pun kadangkala tak sungguh-sungguh banyak. Menangis kerana pandang pada kekurangan diri padahal pada diri banyak kelebihan yang ada. Gunalah kelebihan yang ada untuk buat biz ini dengan sungguh-sungguh hati.

Orang baru. Ada yang tanya. Nak join lagu mana?

Jumaat, 23 November 2012

Rehearsal Big Day: CDM.

Petang tadi kami ke Stadium Melawati, Shah Alam. Ikuti rehearsal Majlis Ulang Tahun ke-20 Hai-O Marketing Sdn. Bhd serta Majlis Penganugerahan CDM tahun 2012. Kami terpaksa pergi, kerana kami sebagai CDC, esok ada sesi penganugerahan plak. Sesi ini dijalankan sebelum Penganugerahan CDM bermula.
Banting Hai-O, My choice for LIFE melekat setiap pokok yang memagari Stadium Melawati.

Sampai sana jam 4.15 petang. Sama sampai dengan CDM Ah Hock. Masuk dewan. Bintang Baru sedang rehearsal, tinggal beberapa pasangan je masa itu. Lain-lain CDM dah habis. Majlis rehearsal mula jam 2.30 petang lagi.

Kami juga naik pentas untuk majlis finale. Kena duduk depan lagi. Esok tak boleh merayap jauh, susah nanti. Tahun-tahun sebelum ini, aku boleh jalan mana-mana aku suka. Naik pentas ke tak naik aku punya pilihan. Tapi untuk acara esok, nama CDC akan dipanggil.

Kami sampai. CDM Ayu Yasin dah sudah. Sempat jumpa dan sembang-sembang. CDM Fitri & CDM Ayu dikepung oleh CDM Ah Hock. Mana mereka pi lepas acara, aku tak pasti. Agenda 2013 barangkali. 2013 ada agenda besar bagi ATM181. 

Kat bawah ini, aku kongsi beberapa foto yang sempat aku snap. Tak berapa jelas, tetapi cukup untuk sejarah perjalanan aku bersama ATM181.
Suasana pentas semasa kami sampai. Bintang baru sesi ketiga sedang rehearsal.
CDM bersama anak-anak pewaris & peniup semangat yang tak pernah letih. Go go go Ayah. Go go go Ibu. Kami doa kejayaan AyahIbu. Jerit anak-anak.
Bergambar bersama banting CDM Ayu. Itu pinjam sekejap. Esok pagi baru banting ini akan digantung. Kalau gantung awal-awal, kemungkinan akan hilang.

Khamis, 22 November 2012

Sambil Layan Champions League.

Sambil layan bola. Baca juga buku & majalah ini. Tambah info sikit-sikit. Majalah Q & A, banyak ilmu yang aku dapat. Teruja nak dapatkan keluaran-keluaran awal. Buku biografi Mohd Ghazali, beri suntikan motivasi untuk terus cipta kejayaan dalam hidup. Selagi kita yakin dan tak berhenti usaha. In shaa Allah akan capai.

Rabu, 21 November 2012

Kreatif Pecah Pasaran.

Ha!ha!ha!
Petang ini apa pula cerita.
Gambar Majalah Terbaru Q & A.

Aku tak nak cite pasal Majalah ini.
Aku pun tak pernah beli.
Tapi pagi tadi aku beli.
Aku beli semasa aku sedang minum pagi,
 di Restoran Bintang Tujuh di Batu Cave.

Tiba-tiba datang si penjual majalah ini.
Biasanya mereka jual buku-buku keluaran syarikat Direct Selling(x ingat nama).
Tapi kali ini, si penjual ini, jual majalah-majalah agama.
Antara majalah yang dia bawa, Solusi, Q & A serta Bersama Ustaz(kalau x silap aku).
Terkejut juga aku. Majalah-majalah ini boleh dapat dengan mudah di kedai Majalah @ Kedai runcit.

Fenomena ini baru bagi aku.
Tak pernah jumpa, tapi penduduk sekitar Batu Cave biasa jumpa.
Aku sempat tanya.
Satu majalah berapa dapat?
Lebih kurang RM3.
Satu hari biasa berapa majalah dapat jual?
Lebih kurang 30 buah majalah.

Lebih kurang RM90 sehari.
Itu congak-congak aku.

Tak sempat nak sembang lama.
Nama pun tak sempat tanya.

Dia pun nak cepat.
Bagi aku, dia kreatif cari pasaran.
Pasaran dahagakan ilmu agama.
Dia bawa majalah keagamaan.
Kalau memang dah selalu beli.
Bila dihulur majalah tersebut, 
lagi pun keluaran terbaru pulak.
Customer tak akan menolak.
Boleh baca sambil minum.
Taklah kosong sangat masa.
Majalah ini isinya ringan.
Syam bawa jumpa kawannya.

Selasa, 20 November 2012

Cek Bonus Hai-O, 15 Tahun Dulu.


Cek Hai-O Marketing Sdn Bhd bertarikh 13, Januari 97.
Jumlahnya; RM43.50
Bonus untuk bulan Disember 96.
Cek ini dah 15 tahun...

Cek ini atas nama; Sukiman Zakaria. Aku punya abang. 
Tapi dah meninggal.

Aku pun x tahu, macamana cek ini boleh berada dalam simpanan aku. 
Sayangnya cek ini terconteng. 
Ada bahagian yang tak nampak. 
Tak nampak, aku masih sayang..

Mungkin beliau tak capai CDM.
Tapi mana tahu, anak-anaknya akan teruskan perjuangan yang beliau mulakan.

Sejak dulu lagi.
Bonus tak pernah miss, kalau buat...

Kesiannya Kuda Aku.

Kesiannya. Kalau hujan malam. Pagi ginilah aku punya kereta. Parkir bawah pokok. Kena pula time daun gugur, lagi banyak.

UPSR; 5 A.

Tahniah.
Dapat semua A.

Tahniah juga.
Tak dapat semua A.

Nak minta kerja tak perlu tunjuk slip UPSR.
Jangan sedih bagi yang gagal dapat semua A.

Nak minta loan kereta/ loan biz/ personal loan/
Slip upsr bank tak nak tengok.

Apa yang aku harapkan.
Teruskan belajar untuk cemerlang sepanjang hayat.
Bukannya sekadar cemerlang di peringkat upsr/pmr/spm.

Dunia semakin banyak persaingan.
Cepat ambil peluang, akan berjaya.
Berani rebut peluang, akan berjaya.
Bijak pilih peluang, akan berjaya.


Isnin, 19 November 2012

Aroma Hijrah.

Lokasi makan malam. Restoran Aroma Hijrah. 
Pilihan aku sekeluarga. Maqlubah &kambing kabshah jadi sajian.
Dah kali keberapa aku ke sini tapi dah tak ingat. Paling penting sedap.
Sape-sape yang tak pernah ke sini. Sila cuba masakan arab di sini.
Bandingkan dengan restoran masakan arab yang lain.
Pasti ada perbezaannya, kalau tak mana mungkin aku kerap ke sini.

Biz besar-besar.
Biz sedang jadi.
Pasaran makin luas.
Permintaan semakin kencang.

Ahad, 18 November 2012

Mana-mana Boleh Berguru.

Berguru dengan Hj Mohd Kamel.
Dapat ilmu percuma/
Ketika menikmati capati disalah satu gerai di Pasar Tani Shah Alam.
Haji Mohd Kamel duduk sebelah.
Juga datang untuk menjamah capati kat sini.
Sedap & lembut. Customernya jangan cakap. Penuh.

Haji Mohd Kamel.
Umur dah 71 tahun. Dah 15 pencen. 
Menetap di Seksyen 10, Shah Alam.
Masih sihat. Selalulah berdoa agar Allah beri kesihatan yang baik.
Selalu berkebun sekitar rumah. Corner Lot ada ruang untuk aktiviti tersebut.
Kat Rembau, ada kebun juga. Selalu balik.

Soal duit muit & harta.
Jangan mudah percaya pada seseorang.
Hatta adik beradik sekalipun.

Tarian Naga.

Tonton tarian naga.






Sociable