Jom Follow

Jumaat, 14 Mei 2010

jumaat.

teringat dulu-dulu. hari jumaat cuti bg negeri kelantan. tak sekolah. masa kecik-kecik dulu, hari jumaat kena g dengar orang mengajar di balaisah. mula-mula tu dekat, tp bila sekolah menengah dah kena g ke masjid padang hangus. org kata g dengar kulliah. masa tu kelantan di bawah BN lagi. masjid padang hangus penuh masa tu, seumpama nak tunjukan kekuatan PAS. sentiasa penuh, kena pulak ustaz yg mengajar tu kaki hentam orang. lagi seronok dengar. bertukar-tukar tok guru. malas macaman pun wajib g. arahan bapak aku. kalau tak g kena bedal. dari kena bedal baik aku ikut. bukan dekat. 1o batu jugak tu. g dengan 2 basikal.mak aku satu dan aku sekali dgn bapak. sampai sekarang ni pun bapak aku tak reti bawak motor, hanya berbasikal je.

malu pun ada masa tu. tak ramai budak-budak yg g balaisah hari jumaat. nak macamana. dah arahan. kalau nak ikutkan hati, seronok lg naik bukit, cari ikan, main bola dan byk permainan masa tu. kena berkawan dgn orang tua. dari situlah amalan agama lebih dekat dengan aku. solat tak pernah tinggal. seingat aku sejak kecil lg. baca al-quran pun selalu.

masa tu, keluarga aku mana ada motor. hanya basikal. ke mana-mana pun guna basikal je. umur aku awal 20an masih lg ke mana-mana naik basikal. cuti u, balik kg dan g mana-mana naik basikal je. org lain dah ada motor. aku jenis tak kisah. naik basikal pun tak apa janji sampai. aku biasa berbasikal dari kg aku, becah kelubi berbasikal ke smk tok uban.

sikap tak kisah dgn org kata menjdkan salah satu sebab kami berjaya. buat sesuatu kerana nak buat. terutamanya pasal cari duit. jual nasi, hantar nasi pakai motor. cuba anda bayangkan cdm kartini dok belakang motor sambil pegang raga, penuh dgn nasi bungkus. kawan-kawan tengok pun tergelak. tapi tak apa, duit masuk. meniaga kat bazar ramadhan. ikut ekspo-ekspo, meniaga car boot sale di satdium shah alam. semua tu dah lalaui semua.

ini satu kes yg tak akan kami lupakan. meniaga makanan kat grand prid joran di UPM. tahun tak ingat. satu habuk pun tak laku. dah la penat. bangun 4 pg lg, g pasar borong selayang, balik masak dan g hantar makanan kat org mancing, di bukit ekspo. tak laku, bukan tak habis. satu pun tak laku. tapi gerai sebelah laku gile. entah apa malang kami hari tu. kenangan tu sedih tapi itulah asam garam nak berjaya. makanan tu disedekah pada geng-geng cdm nasir kat uia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable