Jom Follow

Selasa, 11 Mei 2010

pewaris kami


khalif aiman & khaleeda ameerah
inilah peniup semangat utk kami terus bekerja. pewaris cdm kamarudin dan cdm kartini. keluar pagi-pagi, sebelum orang bangun, balik pagi orang dah tidur tak kisah. pergi JB dan siap kerja terus balik pun tak kisah. ke sabah, sarawak, labuan pun tak kisah. kerja ini untuk mereka dan masa depan mereka.
kami jadi idola mereka. mereka dah tahu, bukan senang nak senang. kerja mesti kuat, kerja mesti rajin, kerja mesti tekun, setiap hari mesti kerja. cita-cita mereka adalah menjadi kaya walaupun jadi cikgu.
tak sayang anak ke, aysik tinggal? sape kata tak sayang. kerja ini untuk mereka. kita kena pikir masa depan mereka. kalau sayang mereka pun, bila mereka besar nanti hidup susah buat apa. lebih baik selalu tinggal sekarang, bila besar mereka senang. buat simpanan untuk mereka banyak-banyak. bila besar nak belajar tak payah pinjam duit kerajaan. habis belajar je dah ada hutang. belum kerja dah ada hutang. kalau kita kerja kuat sekarang, belajar kita tanggung sendiri. kalau ada rezeki lebih belajar kat luar negara sekalipun duit sendiri. kan bagus gitu. kalau sakit demam kita ke hospital swasta, tak payah tunggu giliran kat hospital kerajaan tu. kalau nak berniaga, modal kita boleh bagi.
mereka pembakar semangat kami. tak letih, tak down, tak penat, tak give up.
semasa belajar dulu, sewa rumah kat taman bukit serdang. jiran saya tu cina. saya panggil dia 'mak'. kerja mengasuh anak orang. seminggu sekali ibubapa dia datang ambil. jiran saya sekarang ni pun jumpa anak sekali seminggu jugak. berjaya pun anak mereka. cukup pun kasih sayang.
kita wariskan kekayaan buat mereka dan bukan kemiskinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger