Jom Follow

Ahad, 28 Ogos 2011

SMDMPRTM.


Sahabat blog.
Sahabat Akademi.

Ha!ha!ha!ha!
Aku dah dok kat kg. Semalam sampai,setelah harungi perjalanan selama 6 jam. Bermula jam 2am dan sampai jam 8.30 am.
Perjalanan ikut plus, menuju utara dan exit di kuala kangsar, tuju grik, jeli dan tanah merah.
20km sebelum sampai tapah, jam. Tak teruk sgt. Tp memboringkan. Bawa slow tak macam selalu. Dr kl munuju kuala kangsar ambil masa hampir 3 jam. Hari biasa hanya 1.30 jam sahaja.
Dar situ ke grik, jalan lancar. Tak ada sgt keta. Bersahur dijalanan. Bekal memang dah bawa, tak perlu singgah kedai.
Anak2 lena sakan. Tak bising.
Kenapa lewat bertolak. Gi alamanda dulu. Beli ganjaran diri sambil buat pelaburan. Beli barang kemas. Masa plg baik buat pelaburan emas. Boleh pakai dan untung pun dpt. Malas nak pakai, simpan kat bank rakyat. Bila emas naik, gi buat kontral. Dpt untung. Lumayan. 2 hari lepas emas naik cecah 197. Tertinggi. Meniaga mlm, dpt duit, beli emas. Bg yg minat. Tak minat, jgn buat. Paling penting terus berniaga hingga capai segala impian.
Banyak sgt. Semua berkenang. Itu nak. Ini suka. Itu sesuai. Ini lawa. Itu cantik. Pilih. Pilih. Tanya kawan. Nasib baik juga gi 3,4 org. Bolehlah bawa bincang. Tanya2 pendapat. Tak cukup duit, geng boleh top up. Hi!hi!hi!. Semuanya singket. Itu yg lama. Ingatkan siap awal tapi jam 10 pm belum siap lg. Bukan km je yg ada, ramai lagi.
Lepas situ. Makan dulu. Taipan corner jd pilihan. Macam2 ragam. Macam2 cite. Itu yg jd lewat. Balik rumah. Susun barang dan memulakan perjalanan balik kampung.

Kelantan.
Meriah. Dah ramai yg sampai. Kat tanah merah. Sesak. Nak parkir pun susah. Jln dah byk yg sehala. Sikit pening. Baru mulakan.

Towkey emas paling happy. Kedai emas penuh. Pelanggan ramai. Org luar, balik beli kat kelantan. Byk pilihan kata mereka. Paling penting, orang melayu. Walaupun tak semuanya melayu. Semalam, aku lalu beberapa kedai emas. Penuh. Lagi pun getah mahal. Dapatlah beli rantai, gelang, subang baru. Berhati2hati. Byk kes ragut dan kecurian. Tak happy raya nanti.
Bukan kedai emas je yg jd tumpuan. Kedai perabut dan barangan letrik juga penuh. Anak2 balik. Hadiahkan utk perabut/barangan pada orang tua. Beli sofa,katil, dapur, periuk letrik,kipas, lampu, peti sejuk dan apa2 lagilah nak. Kipas barang pilihan utama. Panas. Tak leh nak tidur. Kipas ada, tapi tak cukup. Kena beli tambah. Lebih2 lagi. Kat bandar pakai ac. Lg ketara panasnya.

Raya dan perniagaan. Paling akrab. Raya dan buat duit.
Raya dan MLM. Akrab. Tambah senarai nama. Sahabat lama, senang jumpa. Kawan lama, muncul kembali. Reunion dah macam wajib, setiap kali raya. Masa inilah nak sambung silaturrahim. Salah satu punca2 rezeki ialah orang yg selalu bersilaturrahim. Niat jumpa kena ikhlas. Jgn pula gi reunion semata2 nak cari prospek. Kalau yg menyerah diri nak jd prospek. Itu tak salah. Kita bersedia.

Aku pun ada reunion. Hari khamis. SMDMPRTM.
M

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ganjaran diri.

Ganjaran untuk diri setelah kerja keras.
Sambut raya dengan serba baru.
Apa salahnya sekali-sekala beli barang kemas.
selalunya dok beli handbeg sahaja.
kali ini beralih arah. 
mana tahu momentum lebih hebat lagi.
gerak kerja lebih tangkas lagi lepas ini.
mana tahu, dapat untung bila harga emas naik.
lepas berbuka tadi.
terpaksa lewatkan waktu berangkat balik kampung.


Jumaat, 26 Ogos 2011

Lastik


Lastik- bahasa baku.
bbidah- bahasa kelate.
masa aku kecik-kecik dulu.
cuti sekolah, ralit dok bbidah burung.
kalau tak burung, buah pauh, buah jambu, buah sentol.
siapa yang kena, memang teror.
permainan ini pun ikut musim juga.
jagok pun guna kayu yang bercabang.
main dengan sahabat-sahabat.


Dah Closing...


sahabat blog.
sahabat akademi taipan.

jam menuju 6.30pm. 1 jam lagi. 60 minit saja. buat kerja sikit. lagi cepat masa bergerak. kalau dok menung, memang lambat lagi. apa-apa pun sabarlah semua.

hari ini. hari terakhir berbuka kat KL. esok akan berbuka di negeri serambi mekah. negeri kami suami isteri. Insyaalah, malam ini bertolak. lepas aiman tiusyen. harap sempat sahur kat kg. sepanjang hari dok doa, agar tak sangkut jam. ramai yang akan balik malam ini. jalan pasti sesak. kalau kena pun bukan aku sorang sahaja. ramai-ramai yang kena. kalau tak ramai, mana boleh jam. hi!hi!hi!. insyaalah akan balik ikut Grik.

biasa jam. Pandan Indah. Tol Gombak. Tol Karak. Bentong. Raub. Gua Musang. Kuala Krai- Machang(paling teruk). Minyak isi penuh. nanti kena beratur panjang nak isi. pernah berlaku, minyak kat stesen minyak habis. lagi parah. 

bekalan sahur mesti ada. kedai makan penuh. silap-silap makanan habis. ini pengalaman.

semua orang sibuk. sibuk buat kuih. sibuk beli baju. sibuk beli barang kemas. sibuk servis kereta. sibuk hantar tempahan. macam-macam sibuk. anak-anak sibuk dok tanya 'bila nak balik?' ada juga yang sibuk closing. ada sibuk tukar duit. sibuk bermaaf-mafaan sesama rakan pejabat. sibuk kemas barang nak wat balik kg. jangan lupa baju raya.
Buku-buku dari MPH Alamanda.

aku macam biasa. pastikan ada buku yang aku bawa balik. tadi lepas jumaat, gi MPH Alamanda, jam 3pm. beli bekalan. cari buku terbaru. syukur. dapatlah 3,4 buah. beli kat dbp pun belum habis lagi. tak apa. baca kat kg nanti. banyak masa. kalau tak tak tahu nak buat apa.
Ini pun bagus.
sekejap kat mph. tak puas. tiba kat situ. dapat call. suruh ambil anak balik sekolah. alang-alang dah sampai , masuk juga. pilih buku pun kalut. nak cepat. mana yang sempat, jr tengok. biasanya kena 1,2 jam baru puas. pilih dan tengok buku. satu kepuasan bagi aku. sebelah kedai buku, tu kedai emas....semalam beberapa sahabat niaga ke sana. apa lagi kalau tak....tak payah ulas. baca blog ini.

bayar. terus keluar. start keta, menuju usj. ikut highway belakang putrajaya. sangkut. ada keta rosak. tag n go pun habis duit. beratur bayar tol juga melambatkan perjalanan aku. jam 4.10pm, sampai kat sekolah anak. at tamimi international schoo. sikit lambat. semua pelajar dah balik. tinggal mereka bertiga dan seorang guru. anak aku, dan 2 anak cdm roshila. kesiannya. maafkan papa wahai anak ku. bukan papa sengaja lambat, tapi papa lambat tahu yang papa kena gi ambil baby.

Sahabat MLM.
dah closing.

Dah Haram.


Larang...Dato Ismail Sabri Yaakob menunjukkan bebola kristal diharamkan berkuat kuasa hari ini.

aku lupo


Beryani Gam Johor.


Sahabat blog.

Tadi sempat singgah kat sini.
Restoran Beryani Gam Johor.
Di BK 4. Bersebelahan dengan Giant.
Buka 24 jam, katanya.

Lalu dan nampak gah.
Singgah nak merasa.
Menu Nasi Beryani.
Ada juga yang nama menu ada terpampan.
Padahal tak ada pun.
Seperti Nasi Beryani Rusa, Nasi Beryani Udang Galah, Nasi Beryani ayam kampung, Dalca Daging.
Yang biasa-biasa tu ada.
Nasi beryani ayam, nasi beryani daging.

Masakan panas.
banyak yang ada.
pelanggan ramai, sesuai untuk lepak santai.
bincang-bincang meniaga pun cantik.
tak sibuk sangat, tak bising, bebas tekanan.
suasan sejuk,angin bertiup lembut.
sesuai sangat bagi pejuang MLM, berdemo kat situ.
wi fi pun ada. senang nak wat kejo.
jom serang! kerang bakar. Roti canai dan seumpamanya pun ada.
 





Buka Puasa ke 25.

buka puasa hari ke 25....
  1. ikan tongkol(ayo)singgam.
  2. ayam masak sambal.
  3. sambal belacan.
  4. ulaman.
  5. telur goreng.
simple tapi menyelerakan.

mereka yang singgah.
tak sempat balik rumah kot.
projek besar tadi, membangggakan.
buka puasa kat teratak buku aku.
  1. Dsm Azizi
  2. Cdm Aida
  3. Cdm Roshila
  4. Cdm Inda
mereka pulun sakan. kekenyangan. bukan selalu dapat makan makanan simple tapi menyelerakan.

Khamis, 25 Ogos 2011



Azizi Hj Abdullah meninggal dunia.

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad mencium dahi jenazah Azizi Hj Abdullah ketika menziarahi di rumahnya di Taman Bersatu, Kulim,Kedah semalam

Berbuka di restoran tajuddin hussein.

Berbuka puasa di Restoran Tajuddin Hussein, Pulau Pinang. Korumnya Cdm Fitri, Ddm Ayu, Cdm Nizam dan aku. Gambar pun setelah habis makan. Tak sempat nak ambil sebelum berbuka. Kebulur kot.....Sampai pun dah azan. Terima kasih pada Cdm Fitri bawa aku dan Cdm Nizam ke sini, boleh merasa daging angsa. lembut, sedap.....
Licin.
Semuanya disental.
Hanya tulang-tulang yang tinggal,
bersama kuah karinya saja.
Lain-lain dah masuk perut,
pagi ini pun masih belum habis lagi diproses.
hi!hi!hi!

Angsa lauk utama.
Kambing tu dah biasa.
Ayam pun selalu kena.
Udang beso doh.
Nasi beryani, nasi tambahnya, nasi tomato.

"Terima Kasih Adikku"

Nama; Muhamad b. Omar.
Dah 34 tahun menyedut oksigen di bumi bertuah.
Rakan baru Akademi Taipan181.
Asal Sungai Tempawang Kedah.
Seorang pendidik sedang mengajar di sekolah
SK Bandar Baru Sungai Lalang Sungai Petani.
Dah 14 tahun mendidik anak bangsa mengenal aksara.
Baru join minggu lepas.
Baru 2 kali memenuhi panggilan Safira Club.
Biasanya hadiri kelas di Sungai Petani.
Kenapa join?
Nak memiliki rumah sendiri.
Nak bantu adik beradik keluar dari kehidupan hari ini yang sempit.
rata-rata kerja kilang dan menoreh dengan pendapatan yang tak seberapa.
Punyai 4 kakak dan 2 abang serta anak buah 22 orang.

Kata-kata yang terpahat dihati dan jadi pendorong utama nak join.
"Nak ubah hidup yang ada sekarang".

Aku cukup terharu bila dengar kisahnya semalam. Apa yang aku paparkan ini sedikit sahaja.
Mungkin aku tak pandai menulis sehingga menyentuh hati kecil anda semua. Percayalah keinginan dan hasratnya ingin bawa adik beradiknya keluar dari kehidupan sempit hari ini adalah hasrat yang amat mulia. Marilah kita doakan agar Allah memudahkan perjalanan perniagaannya.

Telah banyak pemgorbanan yang telah dibuat untuk kehidupan mereka, tapi masih belum cukup untuk keluar dari kehidupan tersebut. Terpanggil mencuba berniaga bersama Akademi Taipan181, mana tahu di sini jalan keluar terbaiknya. Bukti depan mata, dah bertemu,dah berbicara, dah berjumpa, dengan mereka yang dah berjaya. Keinginan untuk berjaya begitu kuat. Membuak-buak. Aku yakin kalau semangat ini, sentiasa dia bawa dalam perniagaan. Dia akan berada di puncak dalam masa yang singkat.

Jangan peduli dengan kata-kata orang yang tak suka pada perubahan.
Langkah baru bermula. Gendang baru dipalu. Perkuatan langkahmu. Perkuatkan kuda-kudamu. Perkuatkan mindamu. Laungkan sekuatnya.

"aku boleh"
"aku hebat"
"aku pasti berjaya"(insyaalah)

biarlah laungan itu nak terus ke langit sana.
biar semua makhluk dengar suaramu itu.
maka semuanya akan doakan kejayaan mu.
kejayaan (insyallah) pasti kamu gengam jua.
kamu akan lihat kegembiraan pada wajah-wajah ahli keluargamu.
mereka akan pelukmu. mereka pun sama-sama ucapkan.
"terima kasih adikku"
saat ini pasti tiba, jika langkah mu tak terhenti dijalanan.


Tiket WAB.

Macam gula Cdm Nizam. Serbu. Mana gi, pasti ada ekornya. Nak belajar. Nak ilmu. Nak motivasi. Nak inspirasi. Nak kutip mutiara kata, penguat semangat juang yang kadang berapi-api, kadang sejuk beku. Tambahan pulak dah lama tak memunculkan dirinya di Safira Club. Sesekali muncul, bagaikan ikan duyung timbul di permukaan air. Kelihatan Keluang Man, Hafez dan Habil sedang menadah telinga.

Tiket WAB mula dijual. Macam goreng pisang panas. Jom pakat-pakat beli. Berlumba-lumba pakat beli. Berebut-rebut pakat beli. Takut tak sempat. Takut tak dapat tiket. Takut terlepas peluang ikuti program WAB. Tiket bukan banyak pun. Ramai yang nak. Ramai yang tak sabar-sabar nak ikuti kelas. Programnya pun hebat dan menarik sakan. Pastikan ikuti kelas WAB anjuran Akademi Taipan181. Baru ngam. Baru khaw. Baru dapat tips-tips no. 1. Macam-macam program seumpama ini sedang berlangsung. Nak tambah tiket lagi, boleh hubungi Ddm Ayu.

Rabu, 24 Ogos 2011

Sampul Tanpa Isi

sampul duit raya.
tak bernilai tanpa isi.
hanyalah sekadar sampul.
tak bernilai,
selepas isinya disapu.

sampulnya bertaburan.


"bang, duit raya ada?."


Buku,pencil&garlic.


Buku, garlic dan pencil.
Memori Abadi sedang aku ganyang, penulisannya menarik.
tak jemu, dah mula kena teruskan sampai habis.
kalau tak tertanya-tanya apa kisah seterusnya.
kisah dirinya sebagai pendidik, punyai keinginan kental untuk tingkatkan prestasi diri.
halangan adalah batu loncatan untuk lebih berjaya.
aku belum habis lagi. itu baru sikit.
ada lagi sikit..

pencil tu buat catatan.
mana tahu ada ayat dan perkataan yang belum biasa.
buat garu belakang, kalau gatal. pun boleh. ini yang lebih kerapnya.

garlic???

Rabu+Safira=??

Rabu.

datang lagi. bertandang lagi. bertemu lagi. suka ke tak suka. memang kena berjumpa dengan rabu. dari dulu lagi. rabu memang wujud. wajib ada. tak boleh tukar. ada orang suka. ada orang tak suka. bukan tak suka hari rabu. tak suka tugasan hari rabu. jangan salah paham.

dulu-dulu aku tak suka rabu. lebih-lebih lagi rabu minggu pertama setiap bulan. kenapa? meeting guru. paling boring. paling tak suka. paling menyampah. 2,3 jam dok tadah telinga. balik pulak cecah jam 5pm lebih. dengar leteran pengetua. nak buat itu, kena buat ini. nasib baik ada kudapan. tahan sikit, api keboringan aku. bukan aku je yang tak suka. ramai lagi. tapi senyap je. setuju. aku pun masa tu. angguk je. setuju je. cakap lebih-lebih pun tak guna. aku sekadar kuli biasa. sepak ke tepi, gi ke tepi. tiup ke kanan, aku ke kanan.

jadual hari rabu. padat. penuh kelas. tak ada releks. terkejar sana, terkejar sini. ngajar fizik. ngajar kat makmal. kena pulak kelas ramai pelajar sakit otak. selalu menyusahkan aku. tak makan saman. masuk kelas lambat. tak bawa buku. tak siapkan laporan amali. tak buat amali. dok kacau orang buat amali. macam-macam lagi. apa aku kisah. aku ngajar je. habiskan silibus. nak berjaya mereka. gagal pun mereka. masa depan kat tangan mereka. cikgu sekadar cakap. sekadar nasihat. sekadar bagi motivasi. tak nak dengar sudah. keluar result teruk baru tahu. nak sambung belajar pun susah. tak ada yang panggil.

hari ini. dah berubah. dah suka. dah tertunggu-tunggu.
rabu lebih menarik. lebih mencabar. lebih seronok. aku akan ke Safira Club. kutip semangat. kutip ilmu. belajar jadi hebat. belajar jadi tekun. belajar jadi juara. bukan dekat. pergi dan terus balik. kalau semangat biasa-biasa, tak sampai bro. hadiri kelas bop. dah 3 tahun berjalan. masih lagi berjalan. tak rehat, walaupun puasa. cuma mula lewat sikit. lepas terawih. orang tetap datang. orang tetap maintain. ramai yang boleh tahan. kadang-kadang melimpah sampai ke luar. dah 2 minggu berturut-turut aku ke sana. hari ini, insyaalah akan ke sana lagi.

tahniah buat pejuang taipan warrior. tak jemu-jemu buat. tak berhenti buat. Cdm Fitri dan Ddm Ayu teruskan perjuangan anda. bukan ada keseorangan. Cdm Abg Ali, Cdm Paksu, Cdm Mariam, sentiasa bergandingan membantu warga taipan.

Minggu pertama puasa aku tak gi.
Minggu kedua puasa aku, Cdm Kartini, Cdm Hasmidar yang ke sana.
Minggu lepas aku, Cdm Kartini, Cdm Faridah dan Cdm Dzul yang ke sana.
Minggu ini, belum tahu lagi.

Jumpa di sana..
Berbuka kat mana hari ini pun belum tahu lagi.
Solat terawih kat masjid mana pun belum tahu lagi.

Sebelum bulan puasa aku ke sana bersama Cdm Muhamad Razali, Cdm Nizam dan beberapa lagi leader yang ada network kat sana.

Aku dan Safira Club semakin mesra. semakin rapat. semakin bersatu. Bersatu menuju jaya. bersatu bina asas kekayaan.


- - - -



buanglah jauh-jauh.
perkataan negatif.
istilah negatif.
cakap-cakap negatif
dari kamus kehidupan.
ianya tak bagus.
ianya tak molek.
ianya tak membantu apa-apa,
malah menyejuk beku semangat.
ianya ikat kita dari bertindak.
ianya jadikan kita menerima seadanya,
tanpa melawan.
  1. tak boleh.
  2. tak mampu.
  3. tak mungkin.
  4. tak pandai.
  5. mana orang suka.
  6. bukan rezeki aku.
  7. dah cukup dengan apa yang ada.
  8. rezeki secupak tak akan jadi segantang.
  9. meniaga bukan untuk orang melayu.
malah banyak lagi.
kita sering guna,
kita sering dengar.
jom berubah.
hidup lebih positif.
hidup lebih ceria...
lawan tetap lawan.

Lacto-lite + Garam Buluh..

Sebelum tidur.
bagus juga minum lacto-lite.
cuci kolon.
anda akan rasai perbezaannya.
wow! aku cuba dan memang berbeza.

beberapa jam kemudian.
sebelum makan sahur.
pekena dulu garam buluh 1 sachet.
insyaalah, tak sampai 10 minit.
kolon akan dicuci
tadi belum habis makan sahur.
lega...perut kosong..
kalau ianya aku jadikan satu disiplin.
setiap hari lakukan, bisa turun berat badan.
hi!hi!hi!

Sambil duduk2





Cdm Aida, sambil duduk pun boleh.
asalkan mahu.
dok kongsi rahsia apa?
dok promote tiket WAB.
bersama rakan niaga yang hebat.

Selasa, 23 Ogos 2011


berpuluh 'no' yang aku terima,
sekali 'yes', tak terkira seronoknya.
seolah-olah tak pernah bertemu dengan 'no'.

Next!

wooit!
Aku dan isteri.
aku pukul gambar ini semasa majlis berbuka puasa anjuran,
Syarikat aku bernaung di Grand Bluewave Shah Alam.
Sahabat Kami.
bersahabat baik dengan penolakan.
bersahabat baik dengan kerja keras.

hari-hari kami jumpa.
kadang-kadang bergerak bersama.
tak boleh terpisah.

penolakan datang tak tentu masa.
ketika pagi, ketika tengahari, ketika petang,
ketika malam, ketika tengah malam.
tengah berbuka puasa pun datang.
ketika tidur, ketika jaga. ketika dalam toilet,
ketika berjalan, ketika berlari, ketika memandu.


tut!tut!tut! sms masuk.

"maaf saya tak jadi join perniagaan puan, saya dah banyak komitmen. 
terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya."

" saya tak jadi masuk, mak saya tak kasi."

"duit dah masuk, tapi saya nak pakai duit, baiki rumah kat kampung."

kelu seketika.
termenung.
terduduk.

apa kami cakap!!

next!!!

ha!ha!ha!
kami tak akan mengalah.
kami tak boleh dikalahkan dengan penolakan.

Duit Raya 2011..

Sahabat Blog.

raya tiba lagi.

duit raya.
berapa budget tahun ini?
berapa banyak biru?
berapa banyak hijau?
berapa banyak merah?
berapa banyak kelabu?

nak bagi berapa?
ibu bapa.
anak buah.
anak jiran.
anak rakan.

jangan pening2.
 setkan awal-awal.
kalau tak terlebih budget.
lepas raya, merana.
asalkan bagi je.
jangan tak bagi.
sukakan hati mereka semua.

budak bandar biasa mintak duit raya. 
datang rumah.
"duit raya tak ada ke?"

budak kampung kena panggil, nak bagi duit raya.
itu pun tak nak.
"woi! mari! nak duit ko dok?"
itu pun kadang-kadang lari.

Laluan Mana Nak Pilih Jumaat Ini?


sahabat blog.

balik mana raya puasa tahun ini.
  1. kelantan.
  2. terengganu.
  3. pahang
  4. perlis
  5. kedah
  6. penang
  7. perak
  8. sabah
  9. sarawak
  10. johor
  11. n9
  12. melaka
  13. selangor
  14. indonesia
  15. thailand
  16. myammar
  17. india
  18. bangladesh
  19. pakistan.
mana lagi anda balik. ada kampung je yang balik. orang asal KL, balik mana? kalau kahwin dengan orang ada kampung bolehlah balik kampung. rasailah kemeriahan berhari raya di kampung.

aku balik kelantan....
masalahnya laluan mana nak pilih.
jam jalan. semuanya bertolak jumaat ini.
lepas anak aku tiusyen. jam 10 lebih...

  1. KL-Bentong-Gua Musang- Kuala Kerai-destinasi.
  2. KL-Bentong-LPT- Bukit Besi-Jertih-destinasi
  3. KL- Simpang Pulai- Cameron Highland-Gua Musang-Kuala Kerai-destinasi
  4. KL-Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang-Jeli-Tanah Merah-destinasi
  5. KL-Kuala Kangsar-Greek-Jeli-Tanah Merah- destinasi.
mana mau pilih. mana kereta tak banyak. mana paling lancar.
mana paling laju. mana satu. salah pilih jam giler. bisa berbelas-belas jam baru sampai ke destinasi.
syukur aku tak pernah merasai jam, ketika balik kelantan.
Ya Allah, mudahkan perjalanan kami balik kampung nanti,
bersedia mental dan fizikal. bekalan sahur mesti ada. silap-silap berbuka pun dalam keta. kedai makan penuh. mungkin makanan habis. 

Cat Kelas....

ini yang aku cakap tadi.
nak ke usj 9.
nak cat kelas WAB.
buat sedikit pembaharuan.
nampak lebih menarik.
lebih wow!
warna lebih memikat hati.
suasana baru, meniaga lebih boom.
dah lama tak bertukar wajah.
masuk kelas, semangat jadi beku.
bila buat sedikit perubahan ini,
semangat boleh memuncak kembali.
tak ramai, tapi cukup untuk siapkan kerja mengecat.
terima kasih pada yang hadir.
Kerusi dah dok tepi blako. baru mudah nak wat kijo. tak ada gangguan.
d
dok kikis cat. baru cantik bila cat baru. baru naik seri.
Dok bancuh cat. hasilkan yang terbaik.
Talian hayat sentiasa ada. sat dok ggoba. domino pizza lagi tu.
wat molek sikit abe kita tu. dok suko ko ggapo. royat ko kawe getek. biar kita ppakat suko.itulah gelagat Cdm Nizam
Cat jangan tak cat. biar cantik. biar boombastik kita punya bilik WAB.
taiko kita malam tadi. wan inda. dah macam pakar.
Biar cantik. prospek datang teruja. prospek datang rasa tenang. 
gandingan mantap. kerja lebih mudah dan cepat.
Ini yang dah siap. 1 lapis baru. lepas ni kena 1 lapis lagi. baru ngam.
 
Tinggi tu. hati-hati nak jatuh.fokus.
talian hayat ke2. pizza,satay pula muncul. rehat dulu. makan-makan. lepas tu sambung kembali. satay pun datang dari bangi.

Isnin, 22 Ogos 2011

Aku

syukur.

berbuka hari ini dengan nasi lemak. sambal bilis. wow! sedapnya. tambah pula dengan telur rebus. nikmat tak terkata. makan pula dengan isteri dan anak-anak.cdm inda dan suami pun ada. kuih akok yang lembut dan sedap. melantak bukan main banyak lagi tadi. kekenyangan. kalau boleh nak tidur sahaja. tapi apakan daya, nikmat bertemu bulan ramadan serta solat terawihnya lagi bernilai. lebih bernilai dari nasi lemak yang aku kata sedap sangat itu. nikmat itu, tak bernilai selepas mati. tapi pahala solat terawih akan kekal dan berguna selepas mati nanti. jangan mengalah dengan kenyang. sekejap lagi ok la tu.

sediakan diri nak gi masjid. sediakan jiwa nak bersolat. pergi saja. jangan dok pikir letih. jangan dok pikir kenyang. balik solat nanti kita sama-sama pikir. letih ke, lapar ke. bukan jauh pun surau. hanya 1 km sahaja. jalan kaki pun sampai. merangkak pun sampai. kamu tu ada motor. kamu tu ada kereta. tak akan tak boleh sampai kot. buat malu je, kalau kau tak gi malam ini. tidur dalam kekenyangan tu tak ada pak edahnya.

dah 10 hari terakhir. jangan pulak hanya awal-awal je gi solat. sepatutnya masa ini makin rajin. solat lebih rajin. baca quran lebih rajin. doa lebih rajin. zikir makin rajin. puasa dah nak gi. tahun depan belum tentu jumpa lagi. dah ramai mereka yang tak sempat bertemu ramadan tahun ini. mereka tu sedara-sedara kita. mereka tu pak cik kita. mereka ayah kita. mereka ibu kita. mereka tu jiran tetangga kita. mereka tu orang kampung kita. mereka tu rakan sepejabat kita. mereka tu rakan niaga kita. mereka itu sekelas kita. tapi kita, Allah sempatkan. oleh itu gunalah sebaik mungkin. sekarang tak nampak lagi. lepas mati nanti, baru tahu.

meniaga, meniaga juga. solat kena juga. bukan lama pun. kalau buat 8 rakaat, 9.30pm dah siap. lepas tu bolehlah gi demo. lepas tu boleh gi kelas. lepas tu boleh jumpa dengan upline. lepas itu boleh gi jumpa dline. buat dulu. besar pahalanya. aku pasti/yakin Allah akan mudahkan segala urusan kita. mana tahu, mudah closing. mana tahu, masuk pakej penuh. mana tahu, seorang yang kita nak jumpa, tiba-tiba 2,3 orang yang datang meneman. skali yang meneman tu yang join. mana tahu. bukan kerja kita.

ok dah. dah azan isyak. aku nak gi solat dulu. lepas ini kita sambung cite lagi.
salam.
aku yang pelupa..

bersambung lagi. aku harap masih ada yang sudi membacanya. entry aku ini biasa-biasa. kadang-kadang ok. kadang-kadang tak ok. baru balik dari surau taman bukit kinrara. kat situlah aku bersolat terawih  tahun ini. hanya 2x je aku solat kat lain. itu pun masa aku ke safira club. malas nak ke lain. malas nak jajak surau dan masjid. lebih selesa tempat sendiri. imam jemputan pun ok. bacaan sederhana. tak laju dan tak lambat. ok la. solatnya pun 8 rakaat. witir aku buat kat rumah. itu pun tak selalu buat. kalau nak 20 boleh sambung sendiri kat rumah. atau yang nak lebih boleh ke surau atau masjid yang buat 20. tak ada masalah. pilihan ditangan kita. jangan dok bising-bising.

dah tak ramai. awal-awal dulu. melimpah sampai ke luar. sekarang ini, kat dalam dah cukup. kat luar tu hanya jemaah kanak-kanak. itu semua tak penting. asalkan aku yang hadir. asalkan aku yang pergi. asalkan aku bersolat terawih. Ya Allah pilihlah aku untuk bersolat terawih untuk hari-hari seterusnya. pi solat pun kena ikhlas. jangan nak bangga sangat. sampai akhir pun aku masih gi. Allah terima amalan ikhlas saja.

lepas ini aku akan ke USJ taipan. gi ttc. ttc terletak di USJ 9. satu deret dengan bank alliance. sebelahan saja. ttc terletak di tingkat 1. atas kedai hardware. berdepan dengan stokis ng. hujung sebelah sana restoran al-munawarah. ada kerja sikit. nak indahkan lagi bilik WAB. cat baru. hiasan baru. biar lebih menarik.biar tak jemu memandang. dok lama pun boleh. nyaman sekali. prospek datang teruja. prospek datang memberangsangkan. prospek datang bisa close. hi!hi!hi!. meniaga pun kencang kembali. meniaga melonjak kembali. suasana kembali meriah.

ok.
aku dah nak pi sekarang.
nanti jumpa lagi lepas ini.


Kedai Buku Koperasi DBP; Berubahlah...


sahabat blog.

inilah resit beli buku kat koop DBP tadi.
pelik bin ajaib.
orang lain dah maju.
kat sini masih pakai tangan.
masih pakai manual.
terkedek-kedek menulis.
orang dah pakai 'cash register machine'
terkedek-kedek tekan kalkulator.
berapa lama customer mau tunggu.



kalu gini punya buku.
berapa lama nak tunggu.
bazirkan masa sahaja.
hi!hi!hi!

buku banyak.
kat pasaran susah nak dapat.
penerbit lain berlumba-lumba pasarkan buku.
penerbit lain berlumba-lumba temui peminat buku.
penerbit lain guna pelbagai cara nak lakukan buku mereka.
apa sudah jadi. dah nak berkubur..
hi!hi!hi!
kalau kata buku berbahasa melayu tak ada peminat.
kedai-kedai buku sekarang ni dah berlambak-lambak buku bahasa melayu.
ramai peminat, laku pun buku, berebut orang beli.
duit je yang jadi masalah sekarang.
buku banyak pilihan.

Keta oh keta..




Salam Ramadan.
Buat sahabat blog.
Sahabat seperjuangan.
Sahabat seperniagaan.
Sahabat semalaysia.
Sahabat seasia.
Sahabat sedunia.

apa hal aku pagi ini.
aku pun tak tahu.
tetiba je bubuh gambar keta.
nak tambah keta?
ohhhh tidak, untuk hari ini.
esok lusa belum tahu.
duit ada, ada yang terpikat.
tak mustahil aku tambah keta....

ada keta.
pasti ramai yang ada.
pasti ramai yang berkira nak memiliki keta.
pasti ramai yang nak tukar keta.
pasti ramai yang nak keta yang lebih besor. 
hi!hi!hi! keluarga dah bertambah.


beli cash atau loan bank.
cis! itu yang keluar...
mana ada orang beli keta cash.
keta lembu boleh la.
keta harga 4,5 ribu boleh la....
mestilah loan bank....
berapa lama mahu ikat?
berapa lama bank mahu bagi?
selama yang boleh.

kenapa tak 3 tahun?
lebih jimat.
tapi berapa RM sebulan kena bayar.
kenapa tak 4 tahun?
pun masih lagi jimat.
tapi berapa RM sebulan kena bayar.
kenapa tak 5 tahun?
pun masih jimat.
tapi berapa RM sebulan kena bayar.  


 ikut teori perancang kewangan.

kalau gaji rm 2000,
kita hanya layak beli keta dengan ansuran rm 200 sahaja. 
keta apa bayar sebanyak tu sebulan....
kalau gaji kita rm 4000,
kita layak memiliki keta dengan ansuran rm 400...

ikut teori perancang kewangan,
kita bayar keta bukan dari duit gaji.
bayar melalui pasif income, pelaburan, perniagaan yang kita buat.
senang cite, 
dari sewa rumah ke. sewa kedai, jual burger malam2.
jual nasi lemak, jual goreng pisang, jual air kelapa, jual air tebu, jual kat pasar malam.

itu yang mereka cakap.
lain pulak yang kita cakap.
terpulang pada diri kita.
tapi ikutlah kemampuan kewangan kita.
jangan sampai membebankan kewangan kita.
nak makan pun berkira, nak beli susu anak pun susah.

jom berbisness bersama aku???
mana tahu boleh beli keta bayar dalam masa 4,5 tahun sahaja....

Pertanyaan Sebelum Azan Subuh......


  1. Berapa pendapatan anda sebulan?
  2. Berapa perbelanjaan anda sebulan?
  3. Berapa simpanan anda sebulan?
  4. Berapa simpanan anda sekarang?
  5. Berapa lama simpanan anda boleh bertahan, andainya anda diberhentikan kerja hari ini?
  6. Berapa income pasif anda hari ini?
Ke mana duit mengalir;
  1. loan rumah
  2. loan kereta
  3. bil api
  4. bil air
  5. personal loan.
  6. belanja dapur.
  7. pampes anak
  8. susu anak
  9. minyak motor
  10. tol
  11. parking
  12. insurans

Ahad, 21 Ogos 2011

Sukakah Anda Kalau Hari2 Begini...











Sahabat Blog.
Sahabat MLM
Sahabat Hai-o.
Sahabat Akademi Taipan181.

Suka kalau begini hari-hari.
Sekali convince, 2,3 orang.
Lebih mudah, lebih laju, lebih cepat.


gambar ini kat safira club minggu lepas.
suasana begini bukan sahaja kat sana.
kat lain-lain tempat pun sama.
KL, Melaka, Kota Baru, Seremban, Miri,
Kuching, Kota Kinabalu dan banyak lagi.
setiap kali lepas kelas bop.
selonggok sana, selonggok sini.
ada juga yang tak ada longgok.
maka tumpang longgok dengan mana-mana longgok.
masing-masing dengan upline.
ketika inilah ramai orang baru/prospek dipertemukan dengan Cdm2.


inilah fungsi kelas bop.
convince secara beramai-ramai.
bukan kita je yang je yang convince,
tapi suasana yang tolong convince.
lebih senang kerja kita.
oleh itu sama-sama ramaikan kelas bop.
buat pejuang-pejuang MLM semua.


lepas kelas tu, proses isi borang.
tanya sikit-sikit pasal produk.
tanya sikit-sikit pasal bagaimana nak mula.


Sahabat Blog.
Sahabat MLM.
Sahabat Hai-o.
Sahabat AKademi taipan181.


Ada juga penyakit.
Orang lama atau yang perasan lama.
perasan otai, perasan kukuh network.
longgok longgok dah tak buat.
bukan tak buat tapi tak ada orang nak longgok dengan kita.
itu tandanya tak ada orang baru, tak ada prospek,
hanya harap rakan niaga yang bawa.
"kau bawa berapa orang hari ini."
soalan itulah yang selalu ditanya.
rakan niaga dah tahu.
tapi nasib baik rakan niaga tak tanya balik.
"upline pulak bawa berapa orang malam ini."
terngaga nak jawap. silap-silap boleh strook.
atau pun terus balik rumah.


dunia mlm.
perjalanannya tak ada perhentian.
perjalanan yang adil dan saksama.
mesti menaja. sekali lagi. mesti menaja.
tak boleh berhenti menaja.
sekali lagi,tak boleh berhenti menaja.
menaja tak boleh tinggal.
apa pangkat pun kita.
kena buat kalau mahu income.
kalau tak buat kerja, mana dapat income.
income tak bertahan. income boleh turun.


Sahabat blog.
sahabat mlm.
sahabat akademi taipan181.





Sociable