Jom Follow

Rabu, 5 Mei 2010

senarai nama

salam. berjumpa lagi. hari nak sambung sikit lagi pasal orang baru. apa lagi yang mesti buat kalau nak berjaya dalam bidang ini. berjaya seperti cdm-cdm. lakarkan impian adalah syarat utama kalau nak berjaya. buat apa-apa mesti ada tujuan. kalau tak ada tak kemana kita. meniaga mlm impian cukup penting. impian adalah bos kita. impian menentukan berapa lama kita perlu bekerja. impian menentukan berapa banyak prospek yang kita mesti jumpa. impian menentukan berapa banyak closing yang mesti kita buat setiap hari. impian menentukan berapa rajinnya kita g kelas-kelas.

impian menjadi bos dan jangan lupa keyakinan diri/percaya diri boleh capai apa yang kita. buat apa berimpian kalau tak yakin boleh capai. lihatlah sekeliling, kerja orang yang yakin dapat capai impiannya. kualiti kerjanya berbeza. tak penat, tak letih, tak mengantuk dan mereka lebih fokus. orang yang tak yakin dengan keupayaan diri, cepat mengalah, cepat give up, suka main hati. pada dia bila yakin datang, mereka rajin buat tetapi bila keyakinan diri turun, malas akan ikat dia dari buat, buat dan buat. bila malas mengikat, datanglah tunggu dulu, tunggu dulu, esok masih ada. kerja pun tak fokus lagi.

selain dari impian, orang baru juga mesti buat senarai nama. nak berjaya mesti ada senarai nama. nak cemerlang mesti ada senarai nama. nak cepat kena ada senarai nama. bergurulah dengan siapa pun, mlm mesti ada senarai nama. tak ada susah nak berjaya.
1-adik beradik anda.
2-adik beradik pasangan anda
3- saudara mara anda
4- saudara mara pasangan anda
5- rakan sekerja anda
6- rakan sekerja pasangan anda
7- jiran-jiran anda
8- kawan tadika dulu-dulu
9- kawan belajar sekolah rendah
10- kawan sekolah menengah
11- kawan kat maktab, u, kolej.
12-tempat-tempat yang sering kita kunjungi; pejabat pos, bank, pasaraya, kedai slim, cuci kereta, service keta, service muka,
13- kawan klub - badminton, futsal
14- ibubapa kawan anak anda.

senarai betul-betul, kita akan dapat begitu ramai kenalan. kalau tak tulis kita tak tahu berapa ramainya mereka. itu semua prospek meniaga. jangan buat keputusan untuk mereka. biar mereka buat keputusan sendiri. sharinglah dengan mereka. pilih mana yang dekat dengan kita dulu. dok jauh tu tunggu dulu tapi senarai nama mesti tulis.


bila nak sharing dengan prospek, kita mesti yakinkan dia, hanya dengar dan buat keputusan. tak ada paksaan dan masa jumpa dia hanya sekejap sahaja. jangan buat sesetengah orang, dok berjam-jam rumah prospek. dok pujuk supaya masuk. rimas prospek. kita jangan buat begitu. kita awal-awal dah bagitahu, kita jumpa hanya 30 minit. kerja kita lepas tu follow up jelah. kalau perlu tinggalkan profil syarikat ke. tujuannya kita boleh jumpa dia sekali lagi, nak ambil barang yang kita tinggal pada prospek, kalau dia tak nak masuk. peluang pujuk masih ada lagi.

selain senarai nama, kita perlu ada fail penajaan. cd produk, name card. ini sentiasa ada bersama kita. sentiasa bersedia buat demo bila-bila masa sahaja. prospek boleh ada setiap masa dan dimana kita g. mana tahu, masa sembang-sembang kat cuci keta, service keta, jogging, pasar borong, ada yang berminat nak dengar peluang, terus boleh tunjuk. pantas dan cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable