Jom Follow

Jumaat, 30 Disember 2011

Lensa Cap Ayam.

Lensa cap ayam.
Sekadar untuk kenangan di hari tua.
Makan jangan tak makan. Biar sakit, asalkan masih boleh isi. Isi jangan x isi. Balik rumah, nanti menyesal. Asalnya tadi tak nak makan. Saja singgah kat gerai ini. Nak beli buah potong saja. Tapi hari ini tak ada pulak. Jadi terbau nasi briyani. Terus lapar. Itu yang melantak juga, walaupun dah kenyang...hi!hi!hi! Semalam dah kena kat JM Bariani House. Jaga sikit makan tu Mat Din. Kamu tu ada penyakit....

Penjual Kebab. Sedang ralit dok toreh daging..Aku pernah beli dan makan. Tapi rotinya sedikit keras. Kurang enak. Itu dulu, hari ini aku tak beli. Mana tahu dah sedap. Dia ni pekerja kat sini.

Berbekam. Buang darah kotor. Baik untuk kembali sihat. Baik untuk kembali bertenaga. Tapi kena lakukan sekitar tangga masjid...carilah tempat lain. Masjid x boleh berniaga. Tak kan itu pun tak tahu. Doklah kawasan orang-orang meniaga. Baru orang tak kata...

Osbon Juara....


Di umumkan;
Kumpulan Osbon juara Maharaja Lawak Mega.





Tiket dah ada.
Tunggu nak gi je.

Dulu Maharaja Lawak pun aku dah gi.
Kali ini pun(insyaalah) aku akan gi.
Nak tengok lawak dari pelawak otai.
Sebelum ni hanya dok layan youtube je.
Dah final, gi la juga.
Nasib baik dapat tiket.

Mungkinkah Osbon bakal dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak.
Sama-sama kita tunggu malam ini.
Sape2 yang tak gi Stadium Malawati, boleh tengok melalui saluran Warna.


Dah sampai rumah.
Dah boleh tidur.
Dah boleh mimpi yang enak-enak.
Dah boleh terbang ke alam fantasi pilihan.
Dah boleh ke Vietnam/Holland/Belgium.
Secara percuma, bawa diri sahaja.

Rumah - USJ - Taipan Corner - Rumah.

Segelas kopi, dua buah buku jadi peneman aku tadi. Menelaah sambil tunggu kelas produk habis. Sempat juga berbicara dengan teman baik aku ini. Ingatkan malam ini boleh terus berbicara sampai pagi. Kalau tak larat tunda pertemuan kita esok pagi.

Kerepok Lekor. Sedap. Susah nak jumpa kat KL yang sesedap kat sini. Setiap kali ke sini. Kerepok Lekor hidangan wajib. Malam ni saja order sampai 6.

Cholek nenas juga tak tinggal. Kesukaan Cdm Kartini.

Sabar menanti.

Lepas kelas.
Kami ke Taipan Corner.
Makan dulu sebelum balik.
Tak makan tak leh tidur.
Perut asyik berbunyi.

Ada geng baru.
Tak pernah sampai sini.
Dsm Azza denganisterinya
Masih alam honeymoon lagi.
Tapi kelas tak pernah cilok.
Tahniah semoga lebih suksess lagi di masa-masa akan datang.

Lain-lain geng, bertamu di Makbul.
Diskusi kat situ pun panas dan cukup bermakna bagi yang ambil kesempatan.
Minum, makan dan sembang pasal visi dan misi tahun depan.
Bagaimana nak besarkan rangkaian dan naikkan sales masing-masing.
Bukan sembang kosong, tapi sembang penuh berisi.
Sembang penuh hikmah. 

Ada juga yang terus balik.
Nak rehat dan esok kena kerja .
Ada juga yang dari opis terus ke kelas.
Tahniah. Pengorbanan anda pasti terbalas jua.

Khamis, 29 Disember 2011

JM Bariani House Puchong.


Tak jadi ke Sungai Ramal. Kami ke sini saja.
Saji Pujian Sdn. Bhd.
G25, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5,
Bandar Puchong Jaya.

Lebih dekat dengan rumah dan tak perlu tempuh jam.
Petang-petang gini, jam giler, nak lepas Puchong. 
Niat nak makan mee bandung muar, tapi sayangnya dah habis.
Cepat pulak tu habis. Kempunan lagi gamaknyo.
Aku ni dah beberapa hari teringin sangat-sangat nak makan mee bandung muar.
Nampak gayanya kena tangguh sampai esok.
Isyaalah esok aku mesti cari sampai jumpa.

Tadi pekena, nasi briyani kambing sahaja.
Sedapnya boleh tahan. 
Siap tambah nasi lagi.
Makan pun sekadar main-main.
Tahan sampai jam 10 malam.
(hi!hi!hi!)
Kira sedap la tu.
Sikit kurang dah sejuk.
Sepatutnya kena panaskan dulu.
Baru kick sikit.

Malam ni pulak ada kelas.
Kelas ilmu.





TAK TAHU.
KAMI AJAR.

TAK PANDAI,
KAMI BIMBING.

TAKUT.
SAMA-SAMA BUAT.

TAKUT TAK JADI.
BERANI GAGAL.
RAMAI GAGAL.
KELIH YANG JAYA.

RAMAI DAH TAK BUAT.
KAMI MASIH BUAT.


 

RM10K


RM10K.
Insurans dan cukai jalan.
Ada berani?

Rabu, 28 Disember 2011

Alahai Anak Aku..


Khaleed Amar bin Kamarudin.


















Pameran Buku.




Pameran buku.
Tambah koleksi.
Tambah ilmu.
Tambah info.
Tambah lokasi.
Murah, tak sangat.
Senang nak pilih,
penuh buku-buku.


Motivasi Free;

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Pagi tadi.
Kami breakfast kat Desa Serdang.
Gerai tepi jalan sebelah Minlon.
Sepasang suami isteri yang berniaga kat situ.
Nasi belauk, Nasi kerabu, Nasi dagang, mee, Beehun, kuih muih pun ada.
Ada juga sesekali aku ke situ, tapi dah lamala kami tak ke sana.
Tapi hari ini, pagi-pagi dah bergerak ke sana. 
Beli breakfast kat situ dan makan kat kedai mamak sebelah.
Sayangnya, hari ini, makanannya tak berapa sedap.
Dah tak sama dengan dulu-dulu.
Tak tahu kenapa. Tukang masak dah tukar ke. Lebih masin..
Jagalah kualiti masakan, baru pelanggan akan sentiasa datang.
Sekejap ok, sekejap tak ok. Mana boleh bertahan.
Kalau pelanggan lari, kata orang bomoh pulak.
Padahal kualiti makanan tak dijaga dengan baik.

Merah?

Teruja?
Breakfast tak berapa sedap.
Tapi inilah hikmahnya.
Dapat motivasi percuma.
Dapat motivasi free pagi-pagi.
Terpana. Terkedu.
Teruja tengok keta ini.
Merah nyela..
Intai sticker...Gita Bayu...
Padan pun, mungkin ini keta paling murah bagi penghuni Gita Bayu.

Tak salahkan.
Tak silapkan.
Teruja dengan kereta ini.
Boleh push kami punya kerja.
Ok apa.
Lebih tekun, lebih rajin, lebih fokus.
Masuk pun lebih banyak.

2011 dah nak habis.
2012 dah nak tiba.
Impian 2011 masih ada belum capai.
Impian 2012 masih tercari-cari.
Besarkan meniaga sudah pasti.
Jadikan Cdm lebih ramai lagi.
Lebih ramai rakan niaga punyai simpanan.


Selasa, 27 Disember 2011

Kerja Sini; Bisa Berharta...

sahabat blog.
sahabat biz.


2,3 hari aku tak menulis.
Pasal meniaga la.
balik dari balik kampung hari tu hingga kini.
Tapi meniaga ok, cuma tak menulis.
Apa alasannya?
Tak payah cakap. Malas lah.

Kerja Hai-O bersama Akademi Taipan181.
Kerja utama aku sekarang.
Kerja utama isteri aku sekarang.
Kerja utama kami sekarang.
Kerja yang tak boleh tinggal.
Hari-hari kena buat.
Tak ada cuti rehat.
Tapi nak rehat bila-bila pun boleh.
Asalkan dah cukup buat kerja.
Asalkan dah penuhi hajat hari, minggu, bulan tersebut.
Nak rehat pun kami tak perlu minta mc. 
Nak rehatnya tak perlu mengadap boss.
Rehat pun tak sehari penuh.
Kadang-kadang rehat belah pagi.
Belah petang keluar kerja.
Kadang-kadang belah pagi kerja.
Belah petang pulak rehat.
Rehat yang tak tentu, kerja yang tak tentu..
Kerja selama-lamanya.
Kerja yang tak akan ada pencen.
Kerja yang mampu buat simpanan hari tua.
Kerja yang mampu beli aset-aset sebagai punca pasif income.
Kerja sampai matilah katakan.

Tak ada sebab nak berhenti.
Masuk lebih, masuk banyak, masuk melimpah ruah.
Berhenti sayang, berhenti rugi, berhenti bererti tolak tuah.

Kerja kat sini.
Sungguh selesa dan mengasyikkan.
Sungguh menggembirakan.
Tak ada kena yang kena marah-marah.
Tak ada yang bising-bising.
Tak ada surat amaran.
Tak ada punch card.
Tak ada budaya ampu.
Tak ada cakap besar kat sini.
(sales tentukan segala-galanya, bukan sekadar cakap).

Kerja kat sini.
Peluang naik pangkat seluas-luasnya.
Seluas lautan, seluas lautan, seluas alam jagat.
Nak naik pangkat, tak ada yang sekat-sekat.
Malah dibantu, dialu-alukan, diraikan sekiranya naik pangkat.
Lagi cepat lagi baguuuuuuuuuuuuus.
Lagi pun naik, pangkat tak semestinya income besar.
Kalau dah naik pangkat, tapi tak buat kerja, memang tak ada income.
Income masuk, bergantung pada kerja dan pangkat anda.
Cdm tapi kerja macam Sm, income besar beb.
Cdm tapi kerja macam orang baru, income booom bro..

 

Isnin, 26 Disember 2011

Jutawan Senyap- Ubi Keling.


Singgah sini dulu.
Kampung Paloh, Tanah Merah.
Banyak gerai di sepanjang kampung ini.
Jual hasil pertanian...
ubi keling, jagung, ubi badak, labu dan beberapa jenis lagi.

Beli apa yang patut.
Beli apa yang susah kat KL.
Kalau ada pun harganya lebih tinggi.
Dah lah harganya tinggi, bekalan lama punya.
Dah lain rasanya kot.
( biasa beli ke, ckp gitu. Kalau agak baik tak payah)

Ubi keling. RM5 sekilo ada RM7 pun ada.

Labu pun ada.

Ini pun ubi keling

Macam-macam saiz ubi keling.

Ini ubi itik....

Sedang layan pelanggang.

Kira jangan tak kira. Orang kata ggori pagi-pagi ni
Aku cukup kagum.
Depan rumah mereka dirikan gerai.
Orang kata tok dok ssajo.
Jual hasil pertanian, ditanam sekitar kampung.
Mana tahu, ada antara mereka dah jadi Jutawan Senyap.
Mana kita tahu. 9/10 punca rezeki dari perniagaan.

Mereka dah amalkan. Kita ni bila lagi.
Kalau tak berniaga pun, berilah sokongan pada yang meniaga.
Jangan lah pulak, dok sindir, dok menyata belakang pasal orang-orang meniaga.
Nak cari duit lebih. Tak salahkan. Tak berdosakan.
Dahlah tak sokong. Kutuk pulak.
Tak nak berniaga. Tak nak sokong. Senyap jelah bro.
Mereka rajin. Mereka nak kaya. Biarkanlah mereka berusaha.



Tok Bali.

  Balik kampung.
Sempat jumpa kawan-kawan.
Sama-sama balik kampung.
Cuti hujung tahun 2011.
Nak habiskan sisa-sisa cuti yang tersisa.

Sesekali jumpa, seronok.
Cite itu, cite ini, sampai pagi pun belum tentu habis.
Sambung esok pun belum khatam.
Sambung lusa belum juga puas.
Nasib baik, pasangan masing2 sekitar Tanah Merah.
Itu sebabnya balik 3,4 hari kat kampung.
Tiap-tiap malam, jumpa kawan-kawan sampai pagi.
Pasangan pun bisa hot.
Ada je, benda yang jadi topik bualan.
Lepas tu gelak sakan. Hilang semua segala tekanan.
Kenangan zaman sekolah kembali segar.

Tok Bali.
Ingatkan sekadar minum makan kat Tanah Merah je.
Timbul pulak idea nak ke sana.
Apa lagi, semuanya setuju.
Tapi impo dulu kat pasangan.
(kalau x, tidur kat luar gamoknyo)


Gerai Pok Su Leh..
(kalu tok salah).
Makan ikan bakar.
Jam 11 malam baru gerak.
Nasib baik kedai masih buka.
Itu pun kami kira last pelanggang.
Lepas tu dah tak ada lagi.
Ikan bakar dengan ketam bakar.
sedap dan capai hasrat.

Kongsi suka duka kehidupan. Masing-masing tak sama jalur hidupnya. Perkongsian menambahkan ilmu. Eratkan silaturrahim. Rezeki bertambah. Tak sekarang, mana tahu masa depan nanti.

Royat ko bini la tu.

Kira licin semua. Makan dah lewat malam, melantak sakan juga. Tak ingat...

Dah sampai Tanah Merah kembali. Masing2 dah kenyang. balik tidur la... la

Jumaat, 23 Disember 2011

MLM;Jangan


Jangan berhenti buat sebelum berjaya.
Jangan berhenti buat walaupun dah berjaya.

Jangan give up buat demo.
Jangan give up datang kelas.
Jangan give up jumpa upline.
Jangan give up jumpa dline.
Jangan give up follow up.

Jangan malas buat demo.
Jangan bertangguh call, setkan appt.
Jangan bertangguh jumpa.
Jangan bertangguh kutip dokumen.

Jangan banyak alasan.
Jangan menipu upline.
Jangan menipu dline.
Jangan cakap besar.
Jangan perlekeh prospek.
Jangan biarkan prospek tunggu kita.
Jangan lambat datang kelas.
Jangan boros.
Jangan kedekut.
Jangan sekat kemaraan rakan niaga.
Jangan cemburu kejayaan rakan niaga/side line.
Jangan curi dline orang lain.
Jangan kutuk upline.
Jangan kutuk dline depan dline2nya.
Jangan banyak arahan.
Jangan banyak janji2 manis.
Jangan rasa diri terlalu hebat.
Jangan rasa diri dah banyak ilmu/pengalaman, hingga x mahu belajar/x boleh diajar.
Jangan asyik puji diri sendiri.
Jangan kedekut senyuman.
Jangan kedekut puji pada rakan niaga.
Jangan banyak gossip.
Jangan leka dengan kejayaan yg dikecapi.
 



Aku Tak Jadi???

orang lain buat, aku pun buat.
orang lain jadi, aku tak jadi.

orang lain datang kelas, aku pun datang.
orang lain jadi, aku tak jadi.

orang lain demo, aku pun demo.
orang lain jadi, aku tak jadi.

orang lain diet, aku pun diet.
orang lain jadi, aku tak jadi.

orang lain nak kaya, aku pun nak kaya.
orang lain kaya, aku tak kaya-kaya.

orang lain fight ke Vietnam, aku pun fight juga.
orang lain lepas, aku tak lepas.

orang lain uplinenya A, aku pun uplinenya A.
orang lain jadi, aku tak jadi.

Kenapa???
Aku tak jadi.

Khamis, 22 Disember 2011

Nak Berhenti, Tak Jadi.


kadang-kadang aku terpikir nak berhenti berniaga.
Lantaran banyak cabaran yang datang. 
Banyak penolakan yang terjadi.
Sentiasa terdera dek sindiran-sindiran tajam rakan sepejabat.
Kawan karib, mula pergi. 
Tak nak jumpa. Takut aku ajak berniaga.

Tapi...
Aku dah janji dengan diri aku. Aku tak nak hidup susah lagi.
Aku tak nak hidup dalam kempunan lagi.
Aku mahu anak2 aku hidup lebih senang.
Aku mahu anak2 aku hidup lebih ceria.
Setiap tahun mampu bercuti bersama-sama.
Setiap bulan mampu makan kat luar.
Setiap anak punya bilik sendiri.
Anak aku nak makan kfc, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak aku nak pizza hut, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak isi top up tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak beli buku rujukan, tak perlu hari gaji.
Bapa aku perlukan duit, boleh bagi tanpa tunggu hari gaji.
Servis kereta, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak beli kasut sekolah, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak ikut lawatan sekolah, aku mampu tanggung.
Anak nak kasut bola, aku mampu sediakan.


Jadi mahu, tak mahu.
Aku mesti teruskan  berniaga.
Aku mesti berjaya.
Aku mesti kaya.
Aku mesti jadi.
Aku mesti atasi halangan.
Aku mesti abaikan sindiran kawan sepejabat.
Aku tak kisah hilang kawan, demi nak maju dalam perniagaan ini.
Aku mesti teguhkan keyakinan diri.
Berniaga ini aku, capai semua impian aku dan anak-anak.
Kebahagian aku dan anak-anak lebih penting dari sindiran mereka.
Anak-anak aku terlalu penting.
Perniagaan aku bina semata-mata untuk kebahagiaan mereka.
Semata-mata untuk kehidupan mereka.
Aku sanggup tak rehat, demi anak-anak.
Aku sanggup kurang tidur, demi anak-anak.
Aku sanggup kejar sana, kejar sini, demi anak-anak.


Rabu, 21 Disember 2011

Terima Kasih Cdm Jai.


Terima kasih.
Cdm Jai dan Cdm Haryati.
Jemput kami sekeluarga hadiri,
majlis ulangtahun kelahiran Anis Sofia yang ke 8.
Di A&W, PJ.


















Sociable