Jom Follow

Khamis, 28 Februari 2013

Dah Tutup Bulan Feb 13.

Bertemu kembali. Aku masih di kg. Dok tunggu Maghrib. Sempat lagi menulis. Idea datang, kena terus catat. Lambat catat, hilang begitu saja. Kalau tulis pun dah tak sama isinya.

Tahniah. Hari ini, hari akhir bulan Feb 2013. Bagi mereka yang buat sale, hari ini tutup sale. Pendapatan bulan Feb 2013, tergantung kepada volumnya. Banyak sale. Banyak income masuk.

Warga ATM181, pastinya berkampung di stokis NG. Harap-harap semuanya puas hati dengan prestasi bulan ini. Tak puas hati, kita perbaiki bulan Mac 2013. Dana tak sempat keluar. Dana sempat keluar tapi tak sempat transfer. Mushkoh datang dari prospek.

Selain stokis NG. Harap NG jangan stress. Lebihkan senyum. Pengedar juga jangan beri tekanan pada NG. Kat stokis-stokis lain juga sibuk. ATM181 Sabah. Punch kat branch. IBC juga meriah saat ini. Kalut dengan urusan punch. Taipan Warriors, juga sibuk. Urusan punch & urusan bvsm.

Apa-apa pun kita perlu bersyukur. Mac 2013, kita tingkakan lagi volumenya. Kita tingkat masa kerja. Kita jumpa lebih ramai prospek. Kita urus dana lebih pantas lagi. Kita bawa lebih ramai rakan kongsi ke kelas. Kita kerja lebih jauh lagi. Senang cakap, nak lebih buat lebih. Jangan ada jeles pada yang besar biz. Kita juga boleh besar. Cuma perlu buat lebih tekun lagi.

Bvsm mudah pasarkan. Bvsm mudah taja prospek. Bvsm bawa income besar. Bvsm bawa kita ke Shanghai. Buat saja. Fokus. Bertindak. Ilmu dah banyak. Teknologi hujung jari dah mantap. Tak ada alasan lagi.

Aku dok kg pun terasa kehangatannya. Bvsm punya pasal. Stok habis. Permintaan diluar jangka.

BVSM & GARAM BULUH.

Dah khamis. Hari terakhir untuk bulan Feb 2013. Hari terakhir untuk punch sale. Walaupun hari terakhir untuk tutup sale, tetapi masih ada masa untuk buat sale. Mana tahu, cash disaat-saat akhir.

Memang hebat sambutan terhadap bvsm. Pengedar dan juga customer. Bvsm melonjak ahli baru. Ramai tajaan baru setiap bulan, gara-gara bvsm. Ramai pengedar berbunga-bunga hatinya. Sikit cerita, setuju beli. Sikit cerita setuju jadi ahli. Sikit cerita, setuju ambil 16 set. Sikit cerita, terus rembat 25 set bvsm. Sikit cerita, terus setuju ambil 30 set bvsm. Kenapa begitu? Senang nak pasarkan bvsm. Berapa ambil, in shaa Allah habis dengan cepat. Tak habis cepat macamana, satu rumah beli 2,3 set. 1 memang tak cukup. 2 pun tak berapa cukup. 3,4 baru ok. Jadi apala sangat kalau ambil 30 set pun. Hanya perlukan 10 buah rumah sahaja.

Jual bvsm. Edar bvsm. Pasar bvsm. Dapat income. Dapat pitis. Dapat money. Bukan duit je, melancong pun dapat. Hi!hi!hi. Shanghai sedang menanti siapa yang capai sasarannya. Nak tahu call @ email pada kami.

Aku menulis kali ini awal pagi. Aku tersedar seawal jam 3.40 am. Isi perut minta untuk keluar. Dah tak sabar-sabar nak keluar. Garam buluh punya penangan. Keluarnya begitu mudah. Tak perlu berlama-lama dalam bilik termenung. Semalam 2 sachet aku minum garam buluh. Kena sikit lebih, banyak makan. Kawal gula dalam darah. Tak nak kasi tinggi. Terkesan dengar nasihat dr semalam. Kena jaga. Kena jaga. Kena jaga. Jangan tinggi. Bawah 8 katanya.

Semalam juga aku bagi Mek aku 3 sachet. Macam paksa juga la. Kalau tak buat gitu. Tak makan. Dah lama bagi. Tak konsisten minum. Kalau minum pun 1 sachet tu bagi 2. Itu yang sampai naik bisul. Aku harap sangat kadar gulanya pagi ini akan turun. Cepat sikit sembuh sakitnya.

Masin katanya. Dah garam memang masin. Nak sihat, kena minum juga. Mula-mula je susah nak telan. 2,3 kali minum dah jadi biasa. Dah boleh jadi amalan harian.



Rabu, 27 Februari 2013

Aku Dok Klate.

Wow! Bertemu lagi. Hari rabu. Hari biz menjadi-jadi. Hari momentum maksimum. Hari penuh berani. Hari paling kemah demo. Maklumla semalam telah cas semangat. Baca status kat wall warga ATM181 menggambarkan keadaan dalaman anda. Status gembira. Status fun. Status positif dan optimis.

Aku tumpang seronok. Aku amat bangga dengan situasi sekarang. Masing-masing sibuk. Hari-hari ada demo & close. Tahap self-esteem makin tinggi. Bila dah tinggi, yakin & berani jumpa prospek.

Ramai rakan kongsi berani buat sendiri. Ramai rakan kongi dah demo sendiri wpun baru je join. Lain macam keadaan dulu. Dulu lambat demo sendiri. Dulu banyak tunggu. Dulu banyak nanti.

Kenapa?
Ilmu sama. Leader sama. Kelas sama. Mesti ada sesuatu yang baru. BVSM punya pasal. Fokus pada share kebaikan BVSM. Jadi rakan kongsi berani untuk share kebaikan BVSM. Bagi mereka share berani tapi kalau jual mereka tak suka. Share ialah sale secara tak sedar. Share juga taja dalam tak sedar. Ramai yang berani ambil 16 set BVSM kerana mereka nampak mudahnya pasarkan BVSM.

Satu lagi. Fokus utama kita bukan income lagi tetapi BVSM. Rakan kongsi berani demo wpun belum dapat cek. Mereka berani demo wpun tools lain tak ada, asalkan ada buku testimoni. Mereka tak sibuk-sibuk lagi nak statement bonus. Jarang guna. BVSM cukup kuat daya tarikannya. Jarang tolak bila rasa BVSM. Apa yang terjadi, terus ambil. Macam dipukau. Aura! Aura.

Aku di kg sekarang. Bechah Kelubi. Menulis atas jemoren. Depan aku punya mek. Mek sedang tidur. Kepenatan. Baru balik dari klinik. Jumpa doktor. Ada kudis, macam bisul kat perut. Sakit berdenyut-denyut. Tak boleh tidur. Gara-gara gula dalam darah tinggi. Tak konsisten makan ubat. Dah 2 minggu. Asyik berubat kg. Jadi aku balik semalam, hari ni terus bawa jumpa doktor. Kalau ikutkan doktor, dah suruh masuk hospital. Senang nak cuci luka dan kawal kencing manis.

Doktor bagi tempoh 5 hari dulu. Kalau masih tak ok. Kena masuk hospital....Aku bawa ke klinik Noriah TM. Cek gula tadi pun tinggi. 18 dan tekanan darah pun tinggi.

Aku harap cepat sembuh. Garam buluh dah bagi, tapi tak minum. Makan pun jarang-jarang. Satu sachet tu pun kena dua kali minum. Huhuhuhu. Balik klinik tadi, aku terus bagi garam buluh.... Agar cepat turun.



Isnin, 25 Februari 2013

Isnin oh Isnin.

Bertemu kembali. Isnin dah nak habis. Selasa pula mari. Pagi tadi balik hantar anak ke sekolah. Balik rumah. Keluar ke Kedai Teganu. Nak cari nasi belauk. Tak ada. Orang buatnya masih kat kampung. Ada nasi kerabu je. Nasi kerabu pun nasi kerabu lah. Asalkan kenyang. 

Melantak di Kedai Rejab. Baca paper, The Star & Harian Metro. Habis tu balik rumah. Update blog. Kisah-kisah Lahad Datu. Nak siap tu makan masa juga. Sampai jam 12. Lepas tu santai-santai sambil membaca. Sekejap baca buku. Sekejap baca majalah Success. Aku beli di Lahad Datu. 6 buah sekali gus. RM7.50 sebuah. Tak boleh duduk saja. Mesti baca sesuatu.

Lepas zohor. Main dengan anak. Jam 2.30 keluar lagi. Cari makan. Makan nasi ayam penyet, di kedai Indo. Sedap juga. Malas nak makan kat kedai Mamak. Tak berapa nak lalu, makan nasinya. Makan sambil baca Harakah. Sepatutnya pagi tadi aku dah baca. Tapi Uncle dah habis semalam Harakah. Hanya ada 10 naskah sahaja. Ini aku beli kat kedai Teganu.

Lepas tu, aku ke kedai Rejab. Tambah rojak pula. Tadi tak sendat. Masih ada ruang kosong. Kenyang tak lama. Kasi betul-betul padat. Lama sikit tahannya. 

Balik rumah. Solat Asar. Jam 6 sekali lagi aku ke kedai rejab. Minum dan baca majalah. Dapatlah sekitar 50 minit.

Solat Maghrib. Balik rumah makan beehun sup.Belum betul-betul lapar lagi. Dah tambah. huhuhuhu.

Jam 8.20, keluar ke Taman Melati. Servis Bio Aura. Sekali dengan demo BVSM. Sekejap je. Setuju nak BVSM. Dua anaknya asma. Beli Bio Aura dengan Mat Nor. Dah lama, baru nak servis. Tak boleh minum air lain. Dah tak sedap. Kena juga minum Bio Aura. Dah lama, minta diservis. Tak jadi-jadi nak ke rumahnya. Malam ini, wajibkan diri, kena servis juga.

Esok kena hantar. Janji malam, tapi ada kelas. Kena hantar awal sikit. Jam 8 dah kena keluar rumah. Baru sempat patah balik ke USJ. Kelas mana boleh tinggal.

Dan sekarang ni dah ada kat rumah. Dok pikir-pikir. Nak keluar ke tak nak. Kalau keluar. Dapat ilmu. Dapat api. Dapat minyak. Jumpa Cdm Otai.

Aku rasa letih sikit. Banyak sangat makan kot. Gula naik. hihihihi.

Kerja sendiri. Senang. Ejas masa sendiri. Kejar target sendiri. Sendiri buat target.



Makan-Makan Di Lahad Datu.

Tak sah tak makan. 
Cari mana yang best ditempat orang. 
Nak rasa makanan mereka. 

Mereka bawa, tempat yang mereka selalu makan.
Kita tidak dibenarkan bayar.
Mereka yang belanja, ini kebiasaan mereka. 
Bagi mereka, kita adalah tetamu.
Jadi mereka jamu kita.


Wow! Gerai Aneka Selera. Kg Cocos Jalan Segama Lahad Datu.

Sup tulang. Isinya penuh mangkuk. Mangkuk besar tu. Dagingnya lembut. Jam berapa mereka masak, untuk hidangan sarapan.
Nasi kuning, ayam masak kuah satay.
Ginilah makanan yang dijual di gerai ini untuk sarapan.
Ini petang dan malam. Ikan bakar. Tak jauh dari dataran prima & Maybank,  Lahad Datu.
 Gerai Acil Soto Banjar, Batu 15 Jalan Tawau. Singgah sini, sebaik saja keluar dari Airport Tawau sebelum bergerak ke Lahad Datu.
Makan malam, malam pertama. Ikan bakarnya, yang buatkan aku teringat.
Makan bersama selepas Hari BVSM di Anjung Selera.

BVSM Pikat Warga Lahad Datu..

Selamat pagi. Berjumpa lagi dan lagi dan lagi. Harap aku tak jemu-jemu menulis. Harap aku tak putus-putus idea. Harap aku masih cek kat. 

Bertambah sehari umur. Berkurang sehari juga umur yang tinggal. Sifirnya mudah. Sesaat bertambah umur, sesaat juga berkurang umur yang tinggal. Cuma kita tak tahu bila, akan dipanggil untuk menemui Pencipta. Paling penting bersedia. Bersedia, bekalan untuk ke sana. Apa bekalan? Amal soleh. 

Jam 9.55 pm. Pesawat MH 2707 mendarat di KLIA, dari Sandakan. Terbang dari Sandakan sepatutnya jam 7.10, tetapi sedikit lewat. 5 minit selepas itu pesawat berhenti di terminal, Gate A3. Ambil bagasi terus keluar. Cdm Inda sedia menanti. Katanya sebelum jam 9 dah sampai. Lama menanti.

3 hari 2 malam, kami berada di Lahad Datu. Kami bertolak dari KL hari Jumaat dan balik malam Ahad. Masa pergi, turun di Tawau. Masa balik, naik di Sandakan. Lahad Datu ni ditengah-tengah antara Tawau dan Sandakan. Jarak kedua-duanya lebih kurang sama je. Lahad Datu -Tawau lebih kurang 150 KM. Lahad Datu Sandakan, lebih kurang 180 KM. Jalan Lahad Datu- Tawau lebih elok kalau nak dibandingkan dengan Lahad Datu - Sandakan.
Hutang kelapa sawit di kiri kanan sepanjang jalan. Tawau -Lahad Datu- Sandakan. Tak jumpa hutan lain. Kalau yang masih baru, sayup mata memandang. Pemiliknya ada orang tempatan dan ada juga syarikat besar seperti Tabung Haji, IOI, KLK dan banyak lagi.
Tawau dan Sandakan ada flight dari KLIA. Tambangnya lebih kurang. Kena semak dengan MAS. Ada kalanya ke Tawau lebih murah. Ada ketikanya tambang ke Sandakan pula lebih murah. Kenapa begitu? Aku tak tahu...hihihihi.

Dari Tawau ke Lahad Datu naik teksi. Cdm Roshila yang uruskan. Tambangnya aku tak tanya pula. Semalam dari Lahad Datu ke Sandakan, juga naik teksi. Kami bertolak dari hotel penginapan jam 2 petang, sampai Airport Sandakan jam 5.20 pm. Semalam tambangnya kami yang bayar. RM200. Murah ke mahal. Aku rasa berbaloi, dengan jarak, masa dan keadaan jalan serta balik ke Lahad Datu tanpa penumpang.
Dua orang kuat Cdm Roshila di Lahad Datu.
Kami amat puas. Walaupun sekejap di Lahad Datu. Dapat bertemu dengan beberapa insan hebat, seperti Nora, Liza, Cham & Abg Rasyid. Aku yakin dan percaya dengan bimbingan Cdm Roshila dan ATM181, mereka bakal menjadi luar biasa hebat. Mereka ada impian, yang mereka nak kejar. Kami nampak, bukan sekadar wang ringgit tetapi nak kongsi kebaikan & kelebihan menggunakan BVSM. Bagi kami, mereka dah berduit. Mereka dah dikira senang. Ada kerja tetap dan ada kebun kelapa sawit. 

Lahad Datu terletak di Daerah Tawau. Populasinya 156,059, ikut kajian 2000. Sekarang ni mungkin dah bertambah. Wow! Luas lagi la pasaran BVSM.Bandar Lahad Datu, terletak di Darval Bay. Kelapa sawit dan koko. Tapi koko dah tak banyak. Dah bertukar kepada kelapa sawit.

Lebih 150 orang hadir pada acara Hari Bio Velocity. Ketua Daerah, datang rasmi dan tunggu sampai habis sesi testimoni. Tandanya orang Lahad Datu, memang positif dan boleh terima kehadiran BVSM. Bukan setakat hadir, sanggup tunggu sampai habis acara. Sampai cabutan bertuah.hihihihi. Ada yang terus beli. Tak bawa duit, esoknya beli. Ada yang sisi borang. Ada juga yang berminat untuk sama-sama buat biz.
Kelas khas diadakan selepas acara Hari Bio Velocity. Kasi ajar demo. Kasi ajar MP. Kasi bakar. Buang takut, ganti berani.
Esoknya, iaitu semalam. Ternyata paling sibuk bagi mereka. Sana sini panggil. Nak tengok produk. Nak beli produk. Nak breakfast pun tidak senang. Belum habis, makan dah ada yang panggil. Dah ada yang call. Ada dua rumah sekitar warung kami breakfast semalam. Bila Abg Rasyid cerita sikit, terus teruja nak dengar. Terus kami dipanggilnya. Abg Rasyid pun dah naik minyak. Selepas Hari BVSM dan kelas khas selepas itu. Jumpa orang, hukur flyers dan cerita sikit.

Nora. Salah seorang leader Lahad Datu.
Sebaik saja sudah breakfast. Terus jumpa prospek. Rumah prospek tu belakang warung kami breakfast. Demo yang tidak dirancang.

Nora ambil kami gi breakfast semalam. Sebelum tiba di hotel. Hantar dulu BVSM. Memang 'gile'. Ada rakan kongsinya nak bawa ke Semporna. Lepas breakfast, ada lagi yang nak BVSM. Cash!Cash!Cash! Pintu-pintu rumah orang Lahad Datu telah terbuka buat BVSM. Cuma anda perlu jumpa mereka sahaja. Ketika kami nak check out, berselisih dengan Cdm Roshila, lepas demo dan ada demo lagi. Berjujuk-jujuk demo.

Cdm Kartini petah berbicara kebaikan BVSM. Rumah pertama.
Rumah ke-2 kami kunjungi. Rumah pertama aku tak ikut. Breakfast belum khatam lagi.
Ralit dengar perkongsian BVSM. Keputusannya. Petang  hantar, petang bayar.
Gambar terbaru dari Wall Cdm Roshila. Wow! banyak tu. Cash lagi. Macam goreng pisang panas.




Ahad, 24 Februari 2013

Hari BVSM, Lahad Datu Sabah.

Selamat pagi, warga dunia. Selamat pagi warga Malaysia. Selamat pagi Warga Sabah. Selamat pagi warga Lahad Datu. Selamat pagi warga ATM181.

Semalam, telah berlangsungnya Hari Bio Velocity Sleep Mate di Lahad Datu, Sabah. Acara ini dirancang dan dilaksanakan oleh Cdm Roshila & rakan kongsi sekitar Lahad Datu. Acara ini yang ke-2, selepas KL.

Tahniah buat Cdm Roshila dan krew-krwenya. Bukan senang nak buat. Bukan mudah nak buat. Kena kerja kuat. Kena banyak sabar. Banyak habis masa. Banyak habis tenaga. Nak urus dewan. Nak jemput orang. Nak kumpul orang. Nak cetak kat jemputan. Nak kumpul testimoni. Aku tengok pun dah susah. Nak laksanakannya lagi susah. Tapi bila keinginan yang meluap-luap. Segala-galanya boleh diatasi dengan mudah. Cdm Roshila dah 10 hari berkampung di sini. Tinggal keluarga. Demi keluarga. 

Kami sempat tengok susah payah mereka. Kami sempat rasa kesibukan mereka. Kami sempat tengok kerisauan mereka, takut-takut majlis tak sempurna. Krew-krew Hari BVSM. Ada yang tak cukup tidur. Ada yang demam-demam. Wow! Tak semua orang sanggup buat. Kalau sekadar suruh orang buat tu mudah. Aku pun boleh suruh.

Syukur. Sudah selamat. Sudah habis. Berkat kerjasama semua. Berkat doa semua.  Lebih 150 orang yang datang. Ada yang beli barang terus. Ada yang nak beli lebih dari satu. Ada yang nak sampai 16 biji. Ada yang jadi pengedar. Mereka yang hadir terpikat, dengan demo-demo produk. Mereka tersentuh melihat 4 testimoni dari kalangan warga Lahad Datu. Mereka teruja, melihat kesungguhan ATM181 ingin menjayakan mereka.

Hari Bio Velocity. Di 'The Executive Hotel'. Jam 1 hingga jam 5.

Abang Rasyid. Testimoni ke-4. Legamen bahu kiri dah tak sakit. Penglihatan semakin terang. Turun berat badan.

Kenapa gambar ini dok kat sini. Sepatutnya akhir sekali. Ini sesi melantak, selepas berakhirnya acara. Lapar tahap gaban. Kena pula makanan yang sedap. Lagi sakan mengcekik.

Ketua Daerah. Datang untuk merasmikan acara Hari Bio Velocity. Terima kasih KD.

Antara mereka yang datang dan sempat kumpul untuk bergambar sebagai kenangan.

Nak masuk daftar dulu. Ada cabutan bertuah. Rugi kalau tak daftar.

Testimoni ke-2. Satu keluarga pakai. Dah beli 5 bvsm.

Cdm Kartini bersama adik Leeya.

Cdm Kartini..Sesi closing. Sesi buat duit. Sesi senangnya nak pasarkan BVSM. Sesi ubah impian.

Cdm Kartini, Cdm Siti Rahmah & Cdm Maidah.

Tak tahu tanya. Cdm Roshila sedang jelaskan apa yang kabur pada beberapa orang peserta.

Wow! Terus beli. Terus bawa balik. Terus boleh rasa kehebatan BVSM.

Cdm Roshila & Cdm Asiah. Upline & downline. Sama-sama booomkan biz.

Cdm Asiah...bijak kuasai pentas. Santai buat demo.

Mereka yang memenuhi dewan semalam.

Bacaan doa oleh Imam Majid. Agar acara berjalan lancar dan ada keberkatannya.

Cdm Kartini bersama Cdm Maidah Malin. Cdm Maidah, lepas je acara terus gempur Tawau. Wow! tak berhenti bekerja.

Ini testimoni pertama semalam. Tapi gambarnya aku saja letak akhir sekali. Encik Razak, dah 6 tahun strok. Setelah pakai BVSM, ada perubahan ketara pada kesihatan. Tangan kiri & kanan dah boleh bergerak. Penglihatan lebih jelas. Dah boleh bangun. Paling utama 'ceria' hidupnya. Kembali bertenaga. Semalam pun amat gembira.
Sempat aku tanya Cdm Roshila. Nak buat lagi tak? Cukup je sekali. Kalau buat lagi, orang dah kurang excited. Sama jawapan Cdm Ah Hock tempoh hari. Cukuplah sekali hari bio velocity. Sekali pun dah boom. Sekali je dah meletop sakan. Sekali je dah panas sakan.

Masa yang lama perlu diambil untuk menjayakan acara ini. Kadang-kadang terlepas demo....huhuhuhu.

Lahad Datu, telah tengok kehebatan BVSM. Hari ini, ramai yang nak jumpa. Hari ini, ramai yang nak tahu macamana nak buat duit melalui BVSM. Sibuk lagilah Cdm Roshila. Esok dah nak balik KL. Sibuk!Sibuk!Sibuk.

Kami akan terbang balik, malam ini. Naik di Sandakan. Jam 12 nanti bergerak ke sandakan...

 


Sabtu, 23 Februari 2013

Pasar Rakyat Lahad Datu.

Dah sampai sini.
Rugi rasanya tak menikmati suasana pagi.
Kami jalan-jalan sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu.
Dari hotel kami menapak lebih kurang 10 minit sahaja.
Cepat tu, sebab masih pagi. 
Tak banyak kereta lalu lalang.
Pasar terletak di tepi laut. 
Pasarnya lebih tersusun.
Bersih dan tak terlalu bising.

Jom ikuti kami, jalan-jalan Pasar Rakyat Lahad Datu.


Jalam Teratai, masih lengang ketika memulakan penapakan kami. Ketika ini baru jam 6.30 pagi. Ingat subuh di Sandakan jam 5.04 pagi.

Suasana di pasar. Ini tempat jual sayur-sayur. Segar-segar. Geram nak membeli. Tapi ingatkan susah nak bawa balik KL. Terbantut nak membeli. Cukup sekadar dengan mata sahaja.

Mudah mesra dengan orang luar. Lepas aku snap foto kat atas, mereka minta difotokan juga wajah-wajah mancho abang-abang ini. Mereka ni peniaga kat sini. Jam berapa mereka berniaga, aku tak tanya pula.

Bungkusan Jambu Batu. Banyak tu brooo. Aku tanya, kenapa banyak orang jual jambu. Orang sini suka buat jeruk. Ambil dari Kundasang.

Ini wajah abang yang jual jambu batu. Mula berniaga sejak jam 3 pagi lagi. Habis jam 7 pagi. 2 X seminggu ke Kundasang untuk ambil bekalan. Itu jika permintaan biasa. Kalau permintaa luar biasa, lebih kerap juga ke Kundasang.

Ini pula pasar ayam. Bawahnya tu laut.


Nak baru sembelih. Ada ayam pencen. Ada ayam telur. Aku sampai tadi, masih bersiap-siap nak berniaga.

Tiga ekor ni pula, ikan tongkol. Lebih 10kg satu ekor. Ini hasil pancing di Semporna.

Ikan setelah dibelah.

Sekerat tu hargan RM10.

Pasar Ikan masih sunyi. Belum ada yang buka.

Dalam pasar masih sejuk. Tapi di luar semakin panas. Ramai yang dah berniaga awal pagi. Rezeki masuk awal pagi. Kelihatan pakaian bundle.

Pasar Ikan.

Ini pula ubi kayu. Dah parut. Sebungkus tu RM6. Setiap hari sekitar 100 bungkus terjual. Ada beberapa lagi peniaga lain yang menjual ubi kayu parut.


Pasar Rakyat Lahad Datu....

Ini pula kawasan jual roti. Terdapat lebih 10 peniaga yang jual roti. Kita boleh pilih mana yang suka. Tapi kami beli roti dengan abang yang berketayap tu. Lebih yakin halalnya.

Ayam kampung ada dijual.

Pasar Rakyat Lahad Datu.

Pasar Rakyat Lahad Datu.

Baju bundle.

Ini menarik perhatian aku. Kena pergi sini bila buka. Mahu cari buku. Mana tahu terdapat buku hebat kat sini. Tak jauh dari hotel penginapan kami. Tak sampai 5 minit kalau jalan kaki.

Atas Auliah Store terdapat Madrasah.
Hotel penginapan kami semalam.

Orang-orang Lahad Datu mudah mesra. Mudah senyum. Ada juga yang macam sombong. Tapi sebenarnya bukan sombong. Mereka ni kurang faham percakapan aku je. Kena ulang 2,3 kali juga baru mereka faham. Kalau tak mereka senyap.

Sociable