Jom Follow

Isnin, 31 Mei 2010

suka-suka

salam. bertemu lagi hari ini. harap semua sihat sejahtera. terima kasih para follower sekalian. harap terus bersama dengan blog ini. syukur pada Allah, masih beri kesempatan pada saya untuk terus menulis. catatan ini sebagai sejarah kami dan meniaga kami. mungkin sekarang ni kurang berharga. 5,10 tahun akan datang baru kita nampak berharganya catatan ini. kalau orang lain tak bacanya pun cukuplah untuk koleksi sendiri. setiap hari pasti ada cerita menarik yang boleh dikongsi bersama.
sebenarnya kita manusia mesti ada tempat kita meluah perasaan. salah satu caranya menulis apa yang terbuku dihati. sesetengah orang perlukan kawan untuk mendengar kisahnya. kalau tak boleh keluar inilah yang jadi tekanan. saya buat blog ni pun senang nak baca semula. kalau tulis diary, malas nak baca. tapi kat blog ni, buka pc je boleh baca.
2001,2002 dulu, dah tulis diary. tapi tak berterusan. masa rajin tulis, malas tak tulis. bila free, saya baca semula catatn lalu, menarik dan terasa rugi tak menulis sepanjang masa. itu baru 5,6 tahun. kalau 10,20 tahun, betapa berharganya catatan tersebut. perjalanan meniaga kami, banyak tercatat dalam buku tersebut. terpikir juga nak transfer ke blog. kena ambil masa nak salin semula. tulisan saya tu, saya sorang je yang boleh baca.
buat masa ini, catatan saya banyak berkisar pada motivasi meniaga. inilah bidang yang saya ceburi selama 10 tahun. buku-buku berkaitan meniaga je sekarang ni saya beli. lain-lain beli juga tapi tak banyak. ilmu mesti dalam. baru rakan kongsi dapat sesuatu bila jumpa dengan kita. mereka akan jumpa kita selagi kita boleh bagi sesuatu pada mereka. setiap kali jumpa, benda sama je yang kita bagi. lama-lama mereka tak akan jumpa lagi. jumpa pun tak berlaku penambahan ilmu. kena sentiasa belajar dan tambah ilmu baru boleh berniaga lama.
nak berjaya, nak kukuh meniaga mesti lama. bukan 2,3 tahun je. malah mesti 5,6 tahun buat. tanyalah mereka yang berniaga di luar sana. bukan 1,2 tahun terus berjaya. malah mengambil masa 5,6vtahun baru berjaya. sebelum meniaga sendiri pun mereka dah kerja dengan orang dulu. timba pengalaman. bukan terus buat dan terus jadi.
buat mlm pun sama. belajar adalah mesti. kalau tak hayat kita tak lama. dline sekejap je bersama dengan kita. lepas tu macam-macam alasan. tak nak meniaga lagi. kenapa? tanyalah diri sendiri. biasa terjadi mulut tu yang tak jaga.
bertemu anda dipuncak kejayaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable