Jom Follow

Isnin, 10 Mei 2010

kerja ku!!

lega! dah habis kerja hari ini. baru sampai rumah. Lepas Solat Asar terus update blog. Sekadar berkongsi dengan anda semua. nak tolong g demo, tak mampu dah terlalu ramai. nak bagi talk pun tak berapa pandai. jadi melalui blog ni, dapat berkongsi apa-apa tips, memberi dorongan untuk kita bersama. kata bijak pandai ' orang miskin tak memerlukan ikan tapi berilah mereka inspirasi'.

baru sampai dari PKNS shah alam. jumpa prospek. tapi sebelum tu g KL dulu, jumpa dengan rakan kongsi di First Cup Cafe, Plaza Bukit Bintang. sejam juga kat situ. bincang jalan alternatif bagi mereka yang dah tak boleh buat dana dari mana-mana bank lagi. blacklis, citos dan macam-macam lagi. cuba anda bayangkan kalau ada saluran lain yang boleh buat dana, berapa besar meniaga anda. semua orang nak berjaya, semua orang nak duit.

sebelum bertolak ke Shah Alam makan tengahari kat restoran tarbush. sedap dan memenuhi standard kami. harganya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan restoran arab kat seri petaling. tak payah dok cite pasal tu. lbh baik cite pasal meniaga kita, lagi bagus, lagi kaya.

seharian sibuk, tak sempat nak baca buku, seingat saya dah ada 20 buah dok menunggu. ingakan malam ni sekurang-kurangnya 2,3 buah kena habis. kalau anda ada masa boleh cari buku ini; rahsia bisnis rasulullah. oleh prof. dr. laode m kamaluddin. saya pasti banyak persoalan terjawab dalam buku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger