Jom Follow

Selasa, 31 Mei 2011

think big.


'
'apabila berfikir, fikirlah perkara yang besar-besar.'

'apabila bermimpi, impikan perkara yang besar-besar.'

Apa Aku Kisah???


bertemu.
dah hujung bulan mei 2011.
jun pula menyusul.
suka tak suka pasti kita kena terima.
masa bukan kita punya. kita tak berkuasa mematikan masa.
semakin pantas masa berlalu. semakin laju meninggalkan kita. 
semakin suntuk untuk kita gapai impian tahun 2011.
lebih-lebih lagi, kalau kita jenis bertangguh kerja.
lebih-lebih lagi, kalau kita jenis punyai ribuan alasan untuk tidak bertindak.
ada yang jenis diketuk baru nak bergerak. lagi parah.
dunia hari ini, ketuk mengetuk dah lama orang tinggalkan.
nak maju dan mundur pilihan sendiri.
mungkin sekali 2 akan ketuk. lama-lama orang pun cuak juga.
tren sekarang ni bukan ketuk tapi simbah asid...

closing datang lagi. berapa PV bulan ini.
capai target atau lebih atau jauh dari capai.
ada meningkat, statik atau menurun dari bulan lepas.
kalau jenis tak buat kejo, tak kisah dengan itu semua.
memang dok takat itu je. tak naik-naik. tak turun-turun.
tak muncul-muncul orang baru. nak dapat leader baru jauh sekali. 
dok doa je kot. dok mimpi-mimpi je kot.
kalau jenis buat kerja.
jenis ada target.
jenis ada impian. 
akan kisah kalau turun.
akan kisah kalau naik. 
akan kisah kalau tak naik-naik.
turun apa sebab?
naik apa sebab?
kaki mana yang naik?
tak naik-naik apa sebab?
kena cari puncanya. kena gali asbabnya.
kena cari. kena tahu.
baru senang nak perbaiki. kita yang lemah ke. 
kita yang silap.
kita yang kurang kerja.
rakan niaga ada masalah. 
mesti ada sebab. sangkut urusan dana.
lulus tapi tak jadi masuk.
tak ada appt. tak cukup appt. 
dah mengecut senarai prospek.
itu bulan mei. dah lepas. 
dah tak boleh buat apa lagi. dah tak boleh ubah.
berapa PV dan BV, terimalah dengan hati yang terbuka.
jadikanya sebagai panduan buat diri.
jadikan guru, buat diri dalam menuju kecemerlangan.

jun 2011.
bulatkan tekad dan nekad. 
tetapkan target. utuhkan impian. kukuhkan matlamat.
berapa PV nak? berapa BV mahu?
berapa RM nak?
buat kerja. take action.
hari-hari bertindak, hari-hari buat. fokus betul-betul selama 30 hari, bukan 1,2 hari.
bukan fokus sehari seminggu, itu pun hari ada kelas. 
disiplin kena ada. buat kerana kita nak buat. kita pulun kerana kita nak pulun.
bukan kita buat kerana terbakar oleh upline. 
bukan kita pulun kerana upline yang sungguh-sungguh ketuk.
aku tak buat aku yang rugi. peluang dah depan mata.
rebut dah, tapi tak sungguh-sungguh.
sungguh-sungguh pun tak kekal lama.

malam ini. ambil 1,2 jam.
buat perancangan bulan jun 2011.
baiki kelemahan bulan mei 2011, kita buat lebih baik lagi.
kita bawa lebih ramai prospek datang kelas. 
kita call lebih ramai prospek buat appt.
call upline, dapatkan suntikan semangat nak berniaga.
rugi kalau tak meletup bulan jun 2011.
bekalan RM untuk puasa nanti.

aku; kamarudin mamat.
isteri; kartini mat yaakob.
dah 10 tahun buat mlm.
rakan niaga dah beribu-ribu.
ada yang masih aktif, ada yang koma.
ramai juga yang dah mati.
dah kalih. dah kebas. dah lali dengan cakap-cakap orang.
dah bersedia dengan mental hadapi semua itu.
cakap dan terus cakap. kami tetap terbang menuju angkasa.
kami tetap cari, bina, kukuhkan network. 
Utara, Selatan, Timur dan Barat. wilayah akan kami terokai.
kalau takut pada dilambung ombak, jangan berumah tepi pantai.
tsunami kami mampu bertahan. gempa bumi kami tetap teguh bertahan.
ombak datang dan terus datang. mana boleh halang. sekali besar dan biasanya kecil je.
sekadar cakap nak melepaskan tanggungjawab diri sendiri pada kami.
banyak berteori dan praktikal tak pernah bikin. memang tak berapa nak jadi.

kita tak boleh ubah orang lain.
tp, kita boleh ubah diri sendiri.

kita tak boleh ubah masa lalu.
tp, kita boleh ubah masa depan.

kita tak boleh halang orang kata kat kita,
tp, kita boleh kawal respon terhadap kata-kata orang.

Isnin, 30 Mei 2011


cintailah apa yang anda lakukan, dan lakukanlah apa yang anda cintai. wang memang penting bagi kehidupan kita, tetapi wang bukan segala-galanya. mereka yang mencintai wang lebih dari pada pekerjaannya akan mudah menyerah kalah/give up bila rintangan menghalang. bagi mereka yang mencintai pekerjaan mereka, mereka sambut rintangan dan halangan sebagai berharga yang mendorong mereka menjadi lebih kental lagi. menjadi lebih hebat lagi. menjadi lebih kreatif.menjadi lebih pandai.

ramai org tertarik dgn org kaya. bercita-cita nak jadi kaya. 
nak miliki separti org kaya miliki. nak melancong seperti orang kaya.
tapi mereka sering kali berfikir, mereka tak mampu capai seperti org kaya capai.
mereka tak punyai keistimewaan seperti orang kaya miliki.
mereka tak ada kable untuk jadi kaya.
mereka tak pandai berniaga. nak berniaga pun modal tak ada.
ada modal, sibuk pulak melanda. ada juga yang takut gagal.
jadi tak pernah mencuba berniaga.

Pancing Udang

Pancing Udang.
RM 10 sejam.




lepas makan tengahari.
cuba nasib pancing udang.
tak pernah buat pun, tapi tengok ramai dok memancing.
cdm kartini apa lagi. nak cuba. tak sampai sejam, dah jemu.
tak dapat. mungkin skill belum ada.




Pasar Minggu Serikin-Bau.

bertemu lagi. masih lagi cite semalam.
cite ziarah Sarawak. bertemu mata dengan leader-leader Sarawak.
berkongsi pengalaman dan bagaimana nak bertahan lama berniaga.
dicelah-celah kesibukan, sempat juga kami ke serikin(harap betul ejaan), Bau.
2 jam dari kuching. dah lama niat nak melawat, jadi semalam baru ada kesempatan.
terima kasih pada cdm asiah dan ddm wada serta ddm kunaini, sudi menjadi peneman kami.
 serikin adalah bersempadan dengan negara Indonesia.
hujung minggu akan ada pasar kat situ. ala-ala pasar minggu atau pasar malam.
mula sabtu tamat jam 2pm hari ahad.
peniaga dari negara jiran datang menjual. pelbagai barangan ada.
pilih saja. dulu Tebedu jadi tarikan, kini kat sini pulak.
cdm kartini dan ddm kunai. tempat parking kereta.
penuh. kereta dan bas. kiri kanan jalan juga penuh sesak. berpusu-pusu manusia.
shooping kat sini.
warga indonesia yg menguasai pasar ini. orang kita, pembeli.
rantau panjang kelantan, orang siam peniaga, pembelinya orang kita.
sepanjang 2 km kot gerai-gerai tepi jalan. jam jalan nak masuk.


shooping sempena hari gawai dan cuti sekolah.
kain ini pun ada. tak tanya pulak berapa harganya.

telekung sembahyang pun banyak.
pelbagai corak ada. ada murah. ada mahal.
3,4 gerai yang jual guiter. siap ada buku skali.

kulit kayu manis. besar-besar. kt biasa tengok kecik2 je.
bubu ada, saji ada
bawang merah...
 ini aku tak tahu. kulit apa?

 ramai yang datang. ambil kesempatan sebelum balik cuti. orang kelantan pun ramai juga.
dari cakap-cakap mereka.
kuali, periuk pun ada.

ini salah seorang peniaga kat sini. sempat aku sembang dengannya.
Hajah Busera. umur 62 tahun. asal Padang, Sumatera Barat. dah 4 tahun berniaga di sini.
sebelum ini berniaga kat Tebedu, tapi tak menarik orang ramai lagi.
pindah ke sini pulak. nak ke sini perlukan 3 jam lebih. 
berniaga telekung solat. gigih bekerja. 
kenapa masih berniaga?
isi masa lapang. bukan setiap hari pun.
hanya sehari setengah je. sewa pun murah. 
hanya rm20 seminggu.

Pasar Minggu Serikin- Pokke

 

 POKKE!

First time aku tengok.
Sebelum ni hanya tengok gambar je.
Selalunya aku dengar org cakap.
Ramai orang cari. Ramai orang nak. Ramai orang gile.
Semalam boleh tengok sendiri. Ada orang jual kat Pasar Serikin, Bau, Sarawak.
Murah!Murah!Murah! Katanya.

Duit???

 
Duit???
  1. bayar rumah = ?
  2. bayar kereta = ?
  3. bayar bill telepon = ?
  4. bayar api air = ?
  5. loan pribadi =?
  6. loan belajar = ?
  7. bagi orang tua = ?
  8. minyak kereta = ?
  9. servis kereta =?
  10. tambang bas sekolah anak =?
  11. tol-tol  = ?
  12. belanja dapur = ?
  13. belanja anak sekolah = ?
  14. jajan anak-anak = ?
  15. tuisyen anak = ?
  16. bayar kutu = ?
  17. bayar maid = ?
  18. bayar perabot = ?
  19. persiapan raya = ?
  20. belanja balik kg = ?
  21. saman = ?
  22. renew road tax & insurans = ?
  23. insurans kesihatan = ?
pendapatan:
tak cukup.
cukup-cukup.
lebih sikit.
lebih banyak.


inflasi semakin naik.
kenaikan gaji tak dpt tampung kenaikan inflasi.


kerja hakiki
kerja part time
buat insurans
mlm.

Ahad, 29 Mei 2011

Orang Lain Sapu.


setiap saat jalani kehidupan ini dgn terbaik. 
jd sepanjang hidup, kita jalani kehidupan terbaik.
kt tak akan sesal, kerana telah lakukan yg terbaik.
disiplin cukup-cukup penting, sentiasa lakukan yg terbaik.
bukan ikut mood. mood ok, lakukan yg terbaik. tak ok, asal siap.

peluang datang.
rebut dan bertindak segera.
kita tak ambil, org lain sapu.
kita ambil, buat main-main, org lain sapu.
buat sungguh-sungguh, tapi tak lama, org lain sapu.
kita give up, org lain sapu.
kita beralih arah, org lain sapu.
kita tak fokus, org lain sapu.
kita berjuta alasan, org lain sapu.


makan gaji saja.
tanpa ada kerja sampingan.
berapa rm sebulan kita boleh menabung?
sekarang ni dah ada berapa rm kita punya tabungan?
atau x boleh menyimpan langsung.
menabung bila ada lebih.
menabung selepas belanja.
simpanan ada sikit, terus ambil, tak sempat menimbun.
ada yg buat part time.
nak cukupkan belanja.
susah nak menabung, nak makan pun tak cukup.
inflasi tinggi, harga barangan naik.

Sarawak4; Ngui Kiew Kiong



sape?
Ngui Kiew Kiong.
Branch Executive Kuching, Sarawak.
lebih 10 tahun bersama Hai-o dan tak ada niat nak pindah kerja lain.
gaji kurang sikit tak apa. hati seronok, tak boring dan gembira dengan kerja yang dilakukan.
dapat jumpa ramai orang dan setiap hari dapat pengalaman baru.
suka lihat kejayaan pengedar-pengedar hai-o. ternyata servisnya tip top. 
mudah ingat orang dan mulutnya boleh tahan.
tahu pasal produk dan punyai banyak testimoni.
sentiasa beri semangat dan motivasi pada pengedar.
mudah berurusan dengannya dan memahami dunia mlm.
siapa yang pernah berurusan dengannya pasti seronok.
syarikat kukuh, ape perlu risau dengan masa depan. 
lagi pun selalu dapat melancong sejak kerja kat sini.

kenapa ramai berhenti berniaga?
kata Ngui;
mudah give up dan tak kreatif.
tak boleh jalan ini, mesti cari jalan baru.
hati dah tak ada dengan hai-o.
pakej kurang jalan. main produk dulu. lepas tu pakej balik.

lepas kelas semalam.
ada sambutan hari lahir Cdm Asiah.
kat sini, sibuk dengan persediaan hari gawai.
jalan jam, ramai dah balik kampung dan pasaraya penuh.
kelas tak berapa ramai, tapi semangat yang datang cukup-cukup hebat.
mereka permata dalam pembikinan dan bakal bersinar tak lama lagi.
rajin-rajinlah datang kelas dan hari-hari jumpa prospek.
share peluang hebat dan produk terkini dengan setiap orang yang ditemui.

gambar kenangan di lobby hotel 360.
baru lagi, bilik cantik dan menarik.
tak mahal...datang Sarawak boleh menginap sini.


Sabtu, 28 Mei 2011

Sarawak3; kaya..


kaya;
1) mewarisi wang
2) kahwin dgn orang kaya.
3) dgn usaha sendiri.
 
1 dan 2 ramai dah lepas.
yg ke 3  lagi tinggal.

buat apa kaya, kalau akhirat nanti masuk neraka.
nak syurga di akhirat, 
adakah perlu miskin di dunia.
adakah perlu susah-susahkan diri di dunia.
adakah perlu pasrah dgn apa yg ada sahaja.

kaya yg beramal.
kaya yg bertakwa.
kaya yg ahli masjid.
kaya yg ahli al-quran.
kaya yg sentiasa bersedeqah.
kaya yg sentiasa puasa sunat.

Sarawak2?


pekena telur 1/2 masak dan roti bakar. buat alas perut.

bersarapan di KLIA, sebelum terbang. pagi tadi agak lewat sedar.
si kecik berjaga. jam 4.00am baru dia tidur. tergesa-gesa ke KLIA.

makan tengahari kat kuching. makan ayam penyet. sambal cicahnya yang sedap.
 dulu ayamnya dipenyet, tadi aku makan, ayam goreng biasa je. 
aku biasa makan kat masjid. katanya baru pindah kat sini. orang kuching mungkin tahu lokasinya. 
cdm asiah dan ddm wahida yang bawa sana.

antara menu popular kat sini.
goreng pisang cheese. nampak sedap dan ramai yang makan.
sedap, manis dan lembut. pisang nangka goreng.

Syukur pada Allah.
aku dan isteri selamat sampai ke Kuching. 
fy608. jam 11.45am. sampai airport Kuching, dijemput oleh cdm Asiah dan ddm wahida.
mana tujuannya selain makan. menuju restoran sadad court. malangnya tutup. 
tuju pula ke Raja Ayam Penyet Kopitiam.
boleh tahan. kualitinya terjaga, aku dah beberapa makan, rasanya tetap sama. 
sekarang ni dah berehat kat hotel 360. tunggu kelas malam ini.
sambutan hari gawai, mungkin tak berapa ramai.
ramai yang balik kampung.
sempat menelaah buku. bekalan 3 buah buku.

Kuching/ Sarawak.
kami datang lagi. bersama-sama anda buat perubahan. 
dari hebat jadi lebih hebat lagi. bina kehidupan kita dan keluarga seperti mana kita impikan.
bukannya menjalani hidup ini bukan kehendak kita. terpaksa hidup begitu. 
ayuh kita berubah. kalau orang lain boleh berjaya. kita juga boleh.
orang lain boleh senang, kenapa kita masih ditakuk lama.


usahlah dok merungut.
gula naik.
rokok naik.
barangan naik. 
tambang bas naik.
tambang teksi naik.
tambang bot naik.
tambang flight naik.
naik dan akan terus naik. usahlah tunggu turun.
kucing bertanduk pun tak akan turun.
siapa menang PRU 13? harga barangan tetap tak berubah.

merungut?
untuk apa merungut.
seolah-olah kita mengutuk diri sendiri.
menyalah diri sendiri dengan apa yang berlaku. 
seolah-olah kita tak berkuasa mengatasinya.
cari alternatif. 
cari negara lain laaa...
keluar dari keadaan tersebut.
terima keadaan tersebut dan bertindak.

adalah lebih mudah.
terima hakikat dan bertindak keluar dari kemelut tersebut.
nak keluar mudah je. tambah pendapatan yang masuk.
lihat golongan berada, barangan naik, apa mereka kesah.
kenapa?
duit masyuk banyak. malah terlalu banyak.
naik sikit-sikit tak jadi hal.

ayuh kita bertindak sekarang.
tak perlu tunggu esok.
tak perlu tunggu semua naik.
kita bersedia sebelum semuanya naik.
ketika tenaga masih kuat.
ketika kita penuh bersemangat.
ketikan ada team yang hebat...

ayuh warga Malaysia.
jom bangkit.
kembali raih kekayaan...



Sarawak?


bertemu lagi. pagi yang damai dan penuh ceria. pagi ini, semangat membara. semangat meningkat naik. penuhi hari ini dgn appt. kita tak akan rugi. kita pasti jadi juara hari ini. ramai yang sedang menanti untuk ditaja. kalau kita tak jumpa mereka, memangla mereka tak akan join. kalau mereka join pun sudah pasti dgn orang yang gi jumpa mereka. nak suruh orang join dengan kita, jumpalah mereka segera. beribu-ribu orang join mlm setiap hari. kita 1 pun tak masuk. malah 1 pun kita tak buat appt. ada yang masuk syarikat baru. semalam baru lancar. belum tentu kekal lama. malah ada yang bertahan 4,5 bulan je. itu pun berpusu-pusu orang join. kenapa? mereka bertebaran cari prospek. kita ni asyik berpeluk tubuh dan alasan tak ada orang nak jumpa. alasan demi alasan keluar. semua alasan tu betul bagi anda. mungkin tidak pada orang lain. ramai lagi yang belum join. ramai lagi yang belum tahu syarikat kita. malah yang belum pernah dengar pun. produk kita hebat, unik dan berguna. kongsilah dengan semua orang. tak cite, sape pun tak tahu.

maaf tak leh lama. aku akan ke kuching sat lagi. malam ini ada kelas kat kuching. pada warga sarawak, boleh jumpa malam ini. bawa diri dan prospek. lihat peluang terhebat ini. strategi terkini dan tercanggih. belum pernah dibentangkan dimana-mana syarikat mlm. strategi pertama di malaysia. orang sarawak memang bertuah. sentiasa dapat yg terbaik....

esok malam baru balik. sibuk dan menyibukkan diri. cuti sekolah lagi sibuk.

Jumaat, 27 Mei 2011

Bukit Kinrara???



hujung bulan. masing-masing sibuk closing. masing-masing ambil barang.
beginilah suasana petang depan stokis Ng.
bulan mei, ada peningkatan. ramai yang dah boleh senyum. dah kurang stress.
dah sibuk appt. dah sibuk urus dana. dah kalut dgn dokumen.

pemuda myammar ralit timbang bola takraw. setiap petang main kecuali hujan.

budak-budak sedang main rugby. 
sekejap main bola. 
sekejap main badminton.

pemuda bangla sdg main kriket.

macam-macam ada. masing-masing dgn permainan. asalkan badan jadi sihat.
seharian bekerja, petang-petang main bersama. kukuhkan ikatan sesama mereka.

Seminar DISC Penang - GO GO GO TAIPAN

ReadMalaysia.

bertemu kembali. seperti biasa kalau aku tak ke mana-mana.
lepas jumaat, rehat-rehat kat rumah. sambil baca buku.
sambil pikir strategi terbaru utk terus cemerlang dalam dunia mlm.
tambahan pulak tadi bersolat jumaat di Masjid Bandar Kinrara Seksyen 5.
selepas sarapan di Kajang. 
balik singgah, pameran buku di MIECC.
hari ini mula, sampai 5 jun 2011. peminat buku / gila buku/ jgn lepaskan peluang.
banyak buku, murah-murah pulak tu. bukan setakat berbahasa melayu, bi dan cina pun banyak. 
selain buku-buku, barangan berkaitan pendidikan pun banyak dipamerkan.
aku dah borong sakan. boleh capai 1000 buah buku tahun ini.
aku borong buku dari Indonesia. terlalu murah. 90% potongan. 
kalau biasa baca buku indonesia, boleh ke sana.

upin &ipin makin popular.
wajah mereka digunakan utk promo pameran  buku 'readmalaysia.'
booth gramedia, 90% potongan. buku-buku bermutu dari jiran serumpun.

suasana dewan pameran. tak sibuk lagi, masa kami sampai tadi, majlis perasmian sdg berlangsung.
esok akan sesak dgn orang ramai. dijangkakan masyarakat cina akan berpusu-pusu.
 
berat bawa buku. kepuasan dapat beli buku dan menelaahnya.
ini yg seronoknya buat mlm.
masa kita tentukan sendiri. bila mahu bekerja dan bila nak rehat. 
masa rehat boleh baca buku sepuas-puasnya.
 produk macam biozone pun ada. fungsi pun sama.

chocaletes dari rusia pun ada. sedap dan tak manis sangat.

Khamis, 26 Mei 2011

R&R Tapah


Assalamualaikum.
aku dtg lg. selalu je ada cerita.
harap-harap tak ada yg jemu. sajian kali ini, lain sikit.
cite pasal pak cik ni. namanya aku tak ingat.  dah baca kat surat.
 jumpa 2 tahun lepas. dan beberapa minggu lepas jumpa lagi.
kalau singgah di r&r tapah hala utara.
selalu ada di surau. mintak derma ikhlas. hidap berbagai penyakit.
kos perubatan boleh tahan. dah sakit tak boleh wat kerja berat.
nasib baik tak kahwin. duit yg dia dapat boleh tampung kos perubatannya.
datang dari teluk intan. jam 6 baru balik.
rabu ke safira club, kalau singgah kat tapah. akan jumpa.
sedeqah utknya. aku tahu dia tak menipu. jd aku ikhlas beri. mana tahu doanya utk aku akan dimakbul.

bonia.


005 (2), originally uploaded by kartinimatyaakob.

Bonia, jenama pilihan.
setiap bulan hadiah utk diri.
terutamanya handbag
setelah sebulan bekerja, apa salahnya.
menaja, bimbing, pimpin rakan niaga.
menuju tingkat demi tingkat kejayaan.
tanpa jemu, tanpa give up.
jayakan rakan niaga, diri sendiri tempa kejayaan.
sama-sama berjaya. sama-sama kaya.

Selagi Kamu



d

jj






tak sangka. anak petani. budak kampung. tak terpikir pun nak lihat negara orang suatu hari nanti. 
sampai juga akhirnya. walaupun hanya beberapa hari sahaja. 
setidak-tidaknya aku pernah jejak kaki di Sydney pd tahun 2009. Ibu kota Australia.
bagi sesetengah orang dah  biasa, tapi bg aku ini dah luar biasa.
jarang-jarang berpeluang dapat melancong.
dapat lihat negara orang putih. lihat budaya orang luar.
lihat keindahan alam ciptaan Ilahi. lihat betapa kerdilnya diri bila lihat alam ciptaanNya.
banyak lagi yg belum aku sampai. masih banyak lagi keajaiban ciptaanNya yang belum dilihat dan dinimati.
gambar sebagai kenangan. sesekali tengok, seronok dan hati berkata.
ada peluang datang lagi?
ada peluang ke negara-negara lain lg?
 
selagi kamu berniaga, memang ada peluang datang ke sini atau ke tempat-tempat lain.
selagi kamu masih buat, peluang melancong tetap ada.
selagi kamu tak berhenti, banyak tempat lagi yang kamu akan sampai.
selagi kamu tak give up. selagi itulah kamu ada peluang lihat negara orang.
selagi kamu tak beralih arah, selagi itulah peluang berrehat-rehat di negara lain akan wujud.
selagi kamu fokus, selagi itulah peluang wujud.

Sociable