Jom Follow

Ahad, 9 Mei 2010

aku vs mat din

mat din, kamu dah lupa pada janji. dah lama kamu tak baca surah yaasin dan al-waqiah. dah sebulan. kamu baca pun masa kamu rajin je. sebelum tu setiap hari kamu baca. setiap hari kamu mesti baca, sibuk macamana pun kamu baca. kenapa tak baca lagi. dah lupa pada janji kamu. janji nak baca 2 surah tu sampai mati. rugi mat din kalau kamu tak baca. sekarang ni kamu mungkin tak rasa rugi. bila kamu mati, baru kamu tahu. buat sesuatu tu mesti istiqamah walaupun sedikit. bukan perlu masa lama mana pun mat din. buatlah mat din. tak rugi. yang rugi bila kamu tak baca. kamu hidup pun tak lama mat din. jangan menyesal kemudian. kalau nak menyesal sekarang. setelah kamu mati, menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna. nak buat apa pun sementara masih hidup. itu belum lagi aku cakap pasal kamu dah lama tak khatam al-quran. ingat mat din, kamu mesti khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun. ini hak al-quran terhadap manusia. berapa tahun kamu tak khatam? buat mat din. jangan tak buat. rugi, rugi. bukan susah mana pun nak habis. baca setiap hari satu juzuk, sebulan habis. mudah je kalau kamu nak buat mat din. lepas subuh baca 5 muka surat dan malam sekali lagi 5 muka surat. boleh mat din. penat sikit tak apa. sibuk sikit tak apa. baca, jangan tak baca. untung kamu. kamu baca, kamu akan tenang dan lagi semangat nak berniaga. dengar aku cakap ni mat din. jangan dok wat pekak je. ingat jangan menyesal selepas kematian tau. mesti baca setiap hari. kamu baca paper setiap hari boleh. kenapa al-quran tak boleh. tak baca paper satu hari kamu dah serabut. tapi al-quran tak baca seminggu kamu biasa je. taubatlah mat din. baca setiap hari. aku tahu dulu-dulu setiap hari kamu baca. kini tak lagi. kena baca balik mat din. kalau setiap bulan kamu habis, aku pasti meniaga kamu akan menjadi-jadi mat din. meniaga menjadi bukan pasal kamu hebat, tapi Allah yang izin kamu berjaya. mat din berubah. mulai malam ini, kamu mesti nekad nat baca al-quran setiap hari. aku yakin kamu boleh buat, aku tahu kamu dah mula, tapi sikit-sikit je. dah sampai masanya kamu kena lebih agresif lagi baca. baca,baca,baca dan baca. kamu pun bukan kerja macam orang lain. kerja sendiri. banyak masa free. jumpa orang pun bukan ramai pun. masa free tu kamu habiskan begitu je ke. jangan mat din, kamu rugi nanti. sekarang ni kamu tak nampak nilai kerugiannya. mat din baca al-quran setiap hari dan khatam setiap bulan. ini lagi bagus buat kamu. aku tahu kamu ada kemampuan untuk membacanya.

sebelum aku terlupa, akau nampak kamu dah tak istiqamah solat dhuha. apa dah malas. dah kaya ke kamu. jangan begitu, rezeki tu Allah bagi pinjam je buat kamu. bersyukurlah mat din. solat dhuha akan menambah rezeki buat kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger