Dok tunggu-tunggu azan maghrib. Aku hampiri rak-rak buku. Tengok-tengok buku. Mana tahu, belum baca. Mana tahu, nak baca sekali lagi. Sedar tak sedar terambil buku ni. Lupa aku. Dah baca ke belum. Tengok tahun terbitannya 2005. Dah lama rupa-rupanya buku ni terperap kat rak buku. Buku ni, diterbitkan ketika kemuncak kepopulariti MAWI. Beli tapi tak baca? Aku pun tak boleh jawab dengan pasti. Tapi aku beli, kerana nak simpan. Tambah koleksi. Mana tahu suatu hari nanti berharga. Mana tahu suatu hari nanti aku akan mengunyahnya. Masa tu tak berapa perlu lagi kot. Kini, kena start baca. Nak tahu juga perjalanan hidupnya sehingga popular. Tapi sejak akhir-akhir ni dah tak dengar lagi namanya disebut-sebut orang. Dah tenggelam kot. Kena tunggu buku lain pulak. Kisahkan kehidupan semasanya. Tak lama bertahan. Kenapa? Itu aku takleh nak jawab. Aku bukanya terlibat dengan dunia glamour. Tapi tak boleh, pekakkan telinga langsung. Kena tahu juga serba sedikit dunia artis. Bukan buku Mawi je aku ada. Buku tunangnya pun aku beli. Buku Ina Naim. Buku Azwan Ali pun beli. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan