Jom Follow

Ahad, 8 April 2012

Aiman Fly ke KB.

Hari sabtu.
Salah satu tugasan aku, hantar Aiman ke LCCT atau airport subang.
Aiman nak fly ke KB, esoknya sekolah.
Itu pun minggu yang dia balik.
Minggu lain, lain pulak tugasan.
Semalam hantar ke LCCT.
Alamak penuh sesak.
Nak parkir pun susah.
Kena parkir C, baru ada kosong.
Menapak menuju terminal boleh tahan jauhnya.
Tak tahu pasal apa.
LCCT asyik penuh orang.
Untungnya AirAsia.
MAS, sukar nak cakap.
Asyik rugi saja masih tak nak buat perubahan.

Sebelum ke LCCT, Aiman sempat bertemu dengan 'Mim' di Hospital Colombia Asia Puchong. Sempat tengok wajah adiknya yang terbaru. Tak perlu balik lagi, semata-mata nak tengok adik.

Semalam.
Seksa aku drive ke LCCT.
Mengantuk yang amat.
Beberapa kali juga terlelap.
Nasib baik tak berlaku apa-apa yang tak diingini.
Aiman kat sebelah membuta je.
Aku juga berkira-kira bile drive balik nanti.
Singgah mana-mana, tidur dulu...
Dah check in. Dah pandai dah tu..

Sampai, check-in, kena dulu KFC, solat dan Aiman masuk balai berlepas.
Awal lagi masa tu, belum pun lagi jam 3 petang.
Flight Aiman jam 3.40 petang.
Aiman macam tak nak masuk lagi.
Masih dah putar-putar kat luar.
Aku kena pujuk dia, agar masuk cepat.
Aku dah tak tahan, nak balik.
Nak tidur...
Masa untuk memboyot. KFC, pilihan Aiman. Aku pun sama. Belasah ayam yang tak diozon.
Bersedia untuk masuk balai berlepas. Selamat tinggal Abah! Aku tahu, Aiman tak gi lagi semalam. Nak tinggal sehari lagi. Mana boleh, esok dah sekolah. Lagi pun dah tengok adik dan 'Mim'. 2 kali juga Aiman hubungi aku, semasa dalam balai berlepas.



Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger