Wow!
Lena yang panjang. Syukur masih hidup. Boleh sedut kembali udara Medan. Boleh menjengah kembali keadaan masyarakat Medan. Kami breakfast kat hotel saja. Nak keluar, tak tahu nak ke mana. Jadi ambil breakfast kat hotel. Nasi goreng dan segelas teh cina. Dah cukup.
Lepas tu, kami terus menapak keluar hotel. Tengok suasana pagi. Tengok kesibukan pagi. Dalam tak sedar, kami menapak sampai ke Garud plaza hotel. Pak Supir, ambil kami kat sini. Bawa kami ke pasar Pajak Ikan.
Wow! walaupun breakfast kali ke-2. Tetap licin. Lama juga kami dok melepak kat sini. Orang meniaga biasalah. Banyak kisahnya berkisar dengan meniaga. Lebih-lebih lagi meniaga MLM. |
Dari sini kami bergerak pula le Medan Mall. Kat sini, macam tak nak beli apa-apa. Tapi bila dah sampai. Mulalah cair. Tengok itu nak. Tengok ini nak. Tengok sana bekenan. Tengok sana sesuai dengan selera. Lama juga kami ronda-ronda sekitar Medan Mall. Murah. Menarik. Banyak pilihan. Kelabu mata. Nak tak nak, aku beli beberapa pasang baju sebagai ole-ole anak.
Aku juga tambah teman baru kat Medan Mall. Teman semalam tak cukup. Jadi masuk lagi Gramedia. Dah masuk, tak keluar yangan kosong. Mesti berteman. Aku sempat memilih beberapa buah buku sebagai tambahan koleksi aku. Enjoy. Suka. Dapat tambah teman setiap hari. Teman setia. Teman ikut kemana aku pergi. Teman dengar apa yang aku cakap. Tak ada bantahan. Teman tidur. Wow! Baiknya aku punya teman.
CDM Roshila, juga mulakan langkah kanan kat sini. Beli ole-ole untuk anak. Kalau tak kat sini kat mana lagi. Petang nanti, ada kelas dan malamnya dah tentu tak larat. Esok dah nak fly ke KL. Perguna sebaik mungkin masa dan duit yang dimiliki.
Sempat basahkan tekak. Lama sangat kot tunggu CDM Roshila shopping. Biasalah nak pilih tentu memakan masa. Kelak bila kembali ke KL tak puas hati pulak. Rugi. |
Dari Medan Mall. Kami lunch. Kena awal. Nak bersiap, nak ke meeting petang nanti.
Ikan bakar jadi sajian kami. Warung Halimah.Ternyata tidak mengecewakan kami. |
Bukan kami saja. Tengok kat belakang tu. Tak putus-putus orang datang. |
Lepas makan, terus balik hotel. Dah jam 1 lebih. Kena bersiap nak ke meeting pula. Kalau ikutkan jam 2 dah mula. Kena cepat. Tak sempat tidur. Hanya sempat mandi dan solat sahaja. Kalau tidur, kan terlepas meeting. Tujuan kami datang untuk meeting. Nak tengok gerombolang baru. Nak support SSM Yan menjadi CDM. Nak shopping lain kali datang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan