Wow! Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Dah bermula hari ini. Aku sempat ke sana petang tadi. Kena awal, esok lusa penuh dengan pengunjung. Hari ini, belum ramai lagi. Pilih buku dengan tenang. Tak sesak sangat.
|
Stesen LRT Bukit Jalil. Paling dekat dengan rumah aku. Aku boleh pilih samada nak naik di stesen LRT Sri Petaling. Aku pilih sini, senang nak parkir aku punya kereta. |
|
Jelas papan tanda. Jangan lupa sebelah tu, senyum. RHB Esy pun ada kat stesen LRT. |
Jam 4 petang aku bertolak ke sana. Malas nak tempuh kesesakan lalulintas. Aku pilih naik LRT. Dah lama aku tak naik. Nak beli tiket pun dah tak ingat. Bukan setakat tak ingat, mesin pun dah lain. Dah RapidKL yang ambil alih. Dulu pakai tiket, tapi kini pakai token. Nasib baik, masa aku beli tiket tak ada orang lain. Lama juga aku dok beli token.
Sampai PWTC, jam 4.30 petang. Terus masuk, dengan konfidennya. Nak beli buku. Nak beli buku. Tajuk-tajuknya dah ada dalam kepala. Cuma tunggu jumpa je. Biasalah singgah booth karangkraf, PTS, Popular dan beberapa lagi. Beli buku santai-santai je hari ini. Boleh jadi teman harian aku. Boleh tahan 4,5 hari kot. Aku cari buku keluaran terbaru. Kat sini boleh lebih murah sikit. Dapat borong lebih sikit.
|
Rapi tersusun. Tunggu pembeli saja. |
|
Dah 12 tahun PTS. 2012 tahun paling banyak buku-buku terbaru keluar. Kadang-kadang tak terkejar. Kena kerja lebih tekun lagi. Boleh beli buku tanpa had. |
|
Booth Popular pun menarik. Aku lalu je tadi. Malas nak singgah. Dah selalu ke kedai bukunya. Malas nak tengok buku-buku yang aku dah biasa tengok. Dalam seminggu, kadang-kadang sampai 3 kali masuk kedai buku popular. |
|
Ini salah satu booth yang aku singgah. Nak dapatkan buku terbaru Nisah Haron. Tapi belum ada lagi. |
Buku-buku yang aku beli hari ini, di PBAKL.
|
Biografi A.Samad Said. |
|
Motivator yang sedang naik. Mana-mana ada orang cakap pasal kehebatanya. Dah memiliki syarikat penerbitannya sendiri. |
|
Pemenang Pertama Hadiah Sako. Dah lama nak beli. Tapi rasa berat je tang harga. Tapi tadi tengok terus capai je. 25% diskaun. Bila lagi nak beli. Pemenang ke 3, dan saguhati aku dah beli. |
|
Dato' Affifudin Omar. Sedang rancak berkarya. Dah 3 karyanya aku miliki. Ini yang terbaru. Keluaran syarikatnya sendiri. Dah bersara dari politik. buku-bukunya banyak berkisar pada dunia perniagaan dan politik. menarik kerana ada pengalaman dalam bidang politik. Pernah menjawat timbalan menteri kewangan. |
|
Kenapa aku beli buku ini? Kerana penulisnya. Aku dah biasa baca hasil tulisannya. Jadi aku percaya, buku ini juga tak mengecewakan aku. Lagi pun boleh tahu sikit-sikit macamana dia berkarya. Mana tahu suatu hari nanti aku juga nak jadi penulis. hihi!hi! |
|
Aku beli buku ini, kerana ianya ditulis oleh Andrea Hirata. Peminat sastera mesti tahu kewujudannya. Aku dah memiliki 5 novelnya dan ini yang ke 6. Nipis sahaja. Hasilnya pasti menakjubkan aku. Percayalah tak rugi kalau anda membaca buku-buku tulisan Andrea Hirata. |
Wow! Malam ini, malam penuh cabaran. Baca buku kasi habis. Bukan setakat habis, kena paham la...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan