Jom Follow

Isnin, 23 April 2012

Taktaz Restoran & Sekitarnya.

wow! tempat lama. baru tahu. keluar paper semalam. terpikat dengan cerita. tengahari tadi terus datang. nak merasa keenakan makanannya. mudah cair dengan makanan. tengok gambar dah terpikat. dah boleh lama-lama.
Taktaz Restoran. Dah 4 tahun beroperasi di sini. Depan South City Plaza. Deretan ini terdapat beberapa lagi restoran timur tengah. Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.
wow! sofa sambut pengunjung.
Salah satu gambar yang terdapat dalam restoran ini. Dekorationnya simple. Tak mewah seperti sesetengah restoran arab lain.
Menu yang aku oder.

Taktaz special pizza. Garing. Lain kali pi, ini mesti oder.
Lamb Shanks. Makan dengan nasi dhall.
Nasi dhall. Nasi hijau..
Lamb koobidi kebab. Ini pun sedap.
Roti kebab.
Teh Iran.
Kenyang perut senang hati. Boleh blah..
Habis makan. Tak terus balik. Ronda-ronda dulu. Tengok kedai sebelah. Banyak kedai Arab. Ada restoran dan kedai runcit.  terkejut juga mulanya. Aku pun tak pernah sampai ke sini. Pasal makan, aku sampai. Dah boleh buka kedai runcit, tentu dah ramai komuniti mereka kat sini. Kedai komputer ada. DHL pun ada. Dulu aku ingat, kawasan sini kawasan Cina, rupa-rupa puak-puak arab ramai tinggal kat sini. Malah mereka dah ada teksi mereka sendiri, Salon women dan hair salon untuk lelaki.
Wow! ini cawangan ke -2. Kat Ampang Park ada 1. Jual produk dari Arab. Rezeki ada dimana-mana asalkan berusaha. 9/10 punca rezeki dari perniagaan.
Tersusun rapi. Macam pasaraya besar.
Macam-macam ada. Garam Buluh ada juga ke?Aku sempat tanya casheir. Dia datang sini dah 4 tahun. Teman anak dia belajar di Multimedia University.


Akademi Taipan181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable