Jom Follow

Isnin, 16 April 2012

Medan! Medan! Medan! Meeting Bulanan.

Tujuan aku fly ke Medan. Hadir meeting Hai-O. Support SSM Yan. Aku tahu, aku tak pi pun majlis tetap on. Aku tak nampak muka, SSM Yan tak heran. Lagi pun dah lama, aku tak jejak kaki kat sana. 

Aku ke sana, ingin panjangkan lagi persahabatan dengan Pak Supir. Ingin bantu dia bergabung dengan Hai-O. Agar Pak Supir bisa keluar dari jebak kemiskinan. Dia dah jemu jadi miskin. Dah 45 tahun miskin. Kalau boleh hari ini juga, mahu keluar dari garis kemiskinan. Nak bawa keluarga ke Bandar Medan pun tak mampu. Pendapatan cukup untuk makan sahaja. Nak buat lain memang tak mampu.

Dah lama kenal Pak Supir. Dia punyai keinginan untuk merubah hidup. Jalur mana yang sesuai dengannya masih belum ketemu. Aku harap sangat, bila dia bergabung dengan Hai-O, rezeki hidupnya akan berubah. Kita tak tahu, bila kita akan perolehi kekayaan.

Meeting diadakan di Hotel Garuda Plaza. Pada 14/4/2012. Hari Sabtu.

Antara mereka yang hadir meeting kat Medan.




Kat Medan, nampak ada sinar. Kerja keras SSM Yan dan ketekunannya mula menampakkan sinar. Lagi pun Jun lakukan servis bagus dan lebih fokus. SSM Yan adalah rakan niaga DDM Rohana. Menetap di Stabat. Tapi mencari rezeki di Petaling Jaya. Kenal Hai-O di Malaysia. Bawa peluang ini balik ke Medan. Ternyata bukan senang orang nak percaya dan bergabung dengan MLM baru nak bertapak. Tapi dia tetap sabar dan terus buat, buat dan terus buat.
SSM Yan sedang berkongsi kehebatan produk-produk Hai-O. Salah satu produk Hai-O yang cukup-cukup laku kat Medan ialah syampu.




Pak Hermansyah, akan jadi testimoni produk garam buluh. Pak Herman hidap penyakit diabetis. Kalau tak salah aku la, Pak Herman akan dapat garam buluh Hai-O, percuma selama sebulan.


Luka pada kaki Pak Hermansyah. Insyaalah dengan garam buluh, luka tersebut akan pulih. Kita tunggu result sebulan dari sekarang. Aku harap dapat fotonya sekali, bukan setakat dengar cerita sahaja nanti.

Pak Sudiarto dan Pak Hazairin Daukay, turut hadir. Kehadiran mereka berdua, akan push Hai-O lagi cepat merebak di Medan. Mereka punyai pengaruh. Malah Pak Sudiarto akan jadi calon MP kat Medan.
Bagi Pak Sudiarto, dengan Hai-O dia lebih yakin. Apa yang kerap terjadi. Sepuluh syarikat MLM, buka cabang di Medan. 9 daripadanya adalah tipu. Itu yang susah orang nak percaya. Sebelum dia bersetuju untuk bergabung dengan Hai-O, dia siasat dulu. Mana tahu, tipu juga. Dia percaya dan yakin setelah lihat kantor syarikat dan bisa bertemu dengan orang syarikat. Insyaalah pertemuan selepas ini, akan lebih ramai lagi bakal prospek yang bakal hadir. Nak dapat income besar, mesti invest pun besar.



Pak Sudiarto bersama Pak Asminan. Gandingan mantap. Akan pecah pasaran SUMUT. Bergading dengan SSM Yan dengan bantuan pihak Hai-O, Cik Jun. Lagi mudah membumi Hai-O kat sana. Ketekunan serta kesabaran SSM Yan, Allah dah ketemukan dengan mereka. Bakal merubah perjalanan hidup SSM Yan serta semua yang bergabung dengan Hai-O di Medan.
Hafizi bersama salah seorang yang hadir meeting. Aku tak ingat nama Pak tu. Datang bersama anaknya. Jemputan Hafizi tak dapat datang, ada hal katanya. Hafizi orang meniaga, dah masak dengan karenah customer. Tapi dia tak putus asa. Tetap datang lagi. Nak jumpa juga dengan bakal prospek tersebut.
Sempat aku bergambar dengan Pak Supir bersama rakannya. Surainto(baju biru). Seorang lagi tu aku tak ingat namanya.
Wow! Sempat menempel kat sini. Sebelum balik ke Hotel Melati.
Makan malam hari ke-2. Bakso Amat. Sesuai dengan namanya. Amat sedap. Berbaloi. Dulu 2 pintu, sekarang dah 4 pintu. Pelanggan cukup-cukup ramai. Servisnya cekap. Tak lama menunggu. Setiap kali datang ke Medan, Bakso Amat mesti rasa.

Lepas makan bakso. Balik hotel. Rehat-rehatkan diri sambil tonton tv kat lobi. Sempat juga cas bateri hp. Hafizi pulak dok promote kat pekerja hotel. Dari balik kosong, rugi. Kena dapatkan juga seorang prospek. Alhamdullilah, berminat. Bagi beberapa sachet garam buluh untuk diberikan pada Mak Ciknya yang sakit gula. 

Orang positif, mesti ada idea. Mesti ada jalan. Kawan tak jadi datang. Cuba yang lain pula. Tapi bagi siapa yang nak cuba-cuba buka kaki kat Medan. Pastikan ada prospek yang benar-benar berminat. Bukan sekadar kenal gitu-gitu. Kos ke Medan bukan sikit. Lebih baik kukuhkan network kat Malaysia. Pasaran masih luas. Pasaran masih besar. Pasaran masih hangat.

Ahad pagi kami fly ke Malaysia. MAS. MH 861.

Orang kuat syarikat Hai-O. Liza dan Zakril. Jasamu amat besar pada kami. Bantu kami melebarkan sayap Hai-O, di Indonesia, khususnya Medan. Kami harap kerjasama seperti ini akan kekal selamanya. Biarlah mereka yang bergabung dengan Hai-O, hidup seperti mana mereka impikan. Tak miskin lagi.
Akademi Taipan181.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger